Oktober 2022
SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE & TURKIYE BORDER)
Bahagian 44: Greece - Turkiye
DARI KAVALA KE ISTANBUL
HARI KESEMBILAN (1)
Part 121: Perjalanan Ke Turkiye
Sedar tak sedar, perjalanan kami dah hampir sampai ke penghujung. Pada hari ini, kami akan meninggalkan Greece menuju ke negara terakhir dalam siri lawatan Balkans Tour kami ~ Turkiye.
|
Good morning, Kavala. |
Perjalanan kami dijadualkan bermula sangat awal pagi ini ~ pada pukul 6.00 pagi. Sebaik waktu Subuh masuk pukul 5.30 pagi, kami terus bersolat dan selepas itu check-out dari hotel. Sarapan pagi ini telah siap dibungkus oleh pihak hotel untuk dimakan dalam perjalanan.
|
Sarapan pagi yang dibungkus oleh hotel untuk dimakan dalam perjalanan |
|
Set breakfast kami |
Selepas dah mengambil set breakfast yang disediakan kami terus naik ke atas bas.
|
Suasana awal pagi di Kavala. Suhu pagi ini adalah 5'C |
|
Membawa bagasi masuk ke dalam bas |
|
Walau di awal pagi begini dah ada perniagaan yang dibuka di Kavala |
|
Satu lagi pemandangan awal pagi di Kavala |
|
Set breakfast yang disediakan |
Perjalanan kami hari ini adalah melalui sebuah wilayah purba yang dinamakan sebagai Thrace (disebut: Traki). Ia kini meliputi 3 buah negara: Bulgaria (Northern Thrace), Greece (Western Thrace) dan Turkiye (Eastern Thrace).
|
Peta wilayah purba Thrace yang kini berada di dalam 3 buah negara: Bulgaria, Greece dan Turkiye |
Perjalanan dari Kavala menuju ke sempadan Turkiye masih menggunakan Lebuhraya Egnatia Odos.
|
Pemandangan awal pagi di Lebuhraya Egnatia Odos |
|
Bergerak ke Turkiye |
|
Perjalanan ke timur menuju ke arah mentari terbit |
|
Suasana desa di bumi Greek |
|
Laut Aegean |
|
Mega merah di ufuk timur |
|
Plaza Tol |
|
Mentari terbit di Greece |
|
Suasana selepas mentari terbit |
|
Greek countryside |
|
Kincir angin |
|
Lebuhraya Egnatia Odos |
Disebabkan perjalanan kami masih jauh, bas membuat perhentian Happy Hour di sebuah Hentian Sebelah yang bernama Maroneia-Sapes. Cuaca ketika itu masih agak sejuk ~ 4'C. Maklumlah, matahari baru nak keluar.
|
Satu lagi pemandangan dari perhentian Happy Hour |
Di perhentian Happy Hour ini juga, kita dapat melihat binaan sebuah shrine Orthodox kecil. Shrine ini dibina sebagai penghormatan kepada St. Christopher yang dianggap sebagai patron saint bagi pengembara. Satu kepercayaan penganut Kristian ialah orang yang sedang mengembara boleh memohon perlindungan kepada St. Christopher untuk keselamatan sepanjang perjalanan. Kami pernah melihat sebuah patung St. Christopher di Cologne Cathedral di Germany dulu yang dibina sebagai ucapan terima kasih dari pengembara atas perlindungan yang diberi kepada penziarah sehingga selamat sampai di gereja. Di sini pula, shrine kecil ini dibina untuk membolehkan pengembara berdoa supaya selamat sampai ke destinasi.
|
Shrine Orthodox yang dibina di perhentian Happy Hour |
|
Shrine ini dibina sebagai penghormatan kepada St. Christopher yang merupakan patron saint kepada pengembara |
|
Tulisan Greek ini bermaksud St. Christopher.
|
|
Mengintai ke dalam binaan shrine. Ada potret St. Christopher diletakkan di sana. |
|
Pokok bunga ros putih |
|
Meneruskan perjalanan |
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke sempadan Greece - Turkiye. Pemandangan bumi Greece dipandang sepenuh hati kerana kami akan meninggalkan negara ini sebentar lagi.
|
Meneruskan perjalanan menuju ke sempadan Turkiye |
|
Bumi Greece yang dipandang sepenuh hati |
|
Hellenic Duty Free Shop di sempadan Greece. Hellenic bermaksud Greek (dari perkataan Hellas yang merupakan nama tempatan bagi negara ini) dalam Bahasa Greek. |
|
Masuk ke Kedai Duty Free |
|
Outdoor cafe di Hellenic Duty Free. |
|
Bas kami parking di sana sementara menunggu pemeriksaan passport selesai |
|
Suasana di dalam Hellenic Duty Free |
|
Pelbagai wine jenama Greece |
|
Askar Turki berkawal atas jambatan |
|
Pemandangan di sebelah Turkiye |
|
Duty Free Shop di sebelah Turkiye |
|
Kami tak disuruh masuk ke Kedai Duty Free ini di sini. |
|
Lori yang menunggu giliran untuk masuk ke Greece |
|
Bandar sempadan di sebelah Turkiye ini bernama Ipsala |
Part 124: Turkiye
Alhamdulillah, Allah izinkan lagi Myself menjejak kaki ke Turkiye buat kali ketiga. Perasan tak Myself gunakan nama Turkiye dalam blog ini dan bukan Turkey macam dulu? Turkey secara rasmi telah menukar nama kepada Turkiye pada bulan Jun 2022 yang lalu. Penukaran nama ini juga telah mendapat pengiktirafan dari United Nations. Sebutan sebenar nama Turkiye pula adalah Tur-ki-yey.
|
Turkiye |
|
Mehmet yang merupakan seorang rakyat Turkiye mengalu-alukan kedatangan kami ke negaranya. |
Republic of Turkiye adalah sebuah negara yag merentas dua benua. Bahagian timurnya terletak di Semenanjung Anatolia di Asia Barat manakala bahagian baratnya pula terletak di sebahagian Semenanjung Balkan di Eropah Tenggara. Ibu negara Turkiye adalah Ankara yang terletak di wilayah Anatolia dan matawangnya bernama Lira.
Bandar terbesar di Turkiye yang bernama Istanbul dikenali sebagai Constantinople pada masa dahulu. Pada zaman Rom Purba, ia dikenali sebagai Byzantium. Pusat kebudayaan dan ekonomi Turkiye terletak di bahagian Eropah Istanbul. Republik Turkiye ditubuhkan pada tahun 1923, selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Kemerdekaan Turkiye. Sebelum tertubuhnya Republik Turkiye, negara ini adalah pusat Empayar Ottoman.
Banyak tamadun dunia seperti Hittites, Rom dan Byzantine juga pernah bertapak di Turkiye. Walaupun Islam adalah agama rasmi Turkiye, sejarah agama Kristian juga banyak berlaku di negara ini. Jika nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry yang Myself tulis mengenai Laodikeia dalam lawatan yang sebelum ini. Disebabkan Turkiye terletak di kedua-dua belah Eropah dan Asia, ia menjadi pintu penghubung di antara kedua-dua benua.
|
Peta Turkiye |
|
Turkiye adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan budaya |
Bahagian negara Turkiye yang sedang kita lalui kini adalah sebahagian dari wilayah purba Eastern Thrace (disebut Trakiya dalam Bahasa Turki). Di sinilah Raja Macedonia Alexander the Great pernah bertapak dalam perjalanannya menakluk wilayah timur sehingga meliputi Parsi dan India.