Tuesday, 24 January 2023

2022 BALKANS BHG. 43 (Kavala 2)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(GREECE: Thessaloniki & Kavala)

Bahagian 43: Greece 6
KAVALA (Kavala Walking Tour)

HARI KELAPAN (7)

Part 119: Kavala Walking Tour (2)

CHURCH OF ST. NICHOLAS

Perhentian pertama kami dalam Kavala Walking Tour adalah Church of St. Nicholas. Gereja ini pada asalnya adalah sebuah masjid yang dinamakan Ibrahim Pasha Mosque yang dibina pada tahun 1530 oleh Pargali Ibrahim Pasha, Perdana Menteri kepada Sultan Ottoman, Suleyman the Magnificent.

Masjid ini ditukar menjadi sebuah gereja pada tahun 1926 dan menara masjid ditukar menjadi sebuah menara loceng. Disebabkan Kavala terletak di pinggir pantai dan menjadi persinggahan ramai pelaut, gereja ini dinamakan Church of St. Nicholas, sempena patron saint kepada pelaut.

Church of St. Nicholas
Gereja ini pada asalnya adalah sebuah masjid yang bernama Ibrahim Pasha Mosque
Menara masjid yang diubahsuai menjadi sebuah menara loceng
Di luar gereja ini pula ada Apostle Paul Monument yang didirikan pada tahun 2000. Mengikut kepercayaan Kristian, Apostle Paul adalah orang yang berjasa mengembangkan ajaran Kristian selepas kematian Jesus Christ di palang salib. Monumen ini dibina untuk memperingati peristiwa ketibaan kapal yang membawa Apostle Paul ke Kavala pada tahun 49M dalam perjalanan ke Philippi. Menurut ceritanya Kavala adalah tempat pertama di Eropah yang dijejaki oleh Apostle Paul dalam perjalanan beliau untuk mengembangkan agama Kristian.

Memorial peringatan untuk Apostle Paul yang dibina di luar Church of St. Nicholas
Memorial ini menggambarkan pendaratan Apostle Paul di Kavala dalam perjalanan untuk mengembangkan agama Kristian di Philippi
Menurut ceritanya, Apostle Paul singgah di Kavala setelah bermimpi bertemu dengan seorang pemuda Macedonia yang mengajaknya ke sana.
Keterangan dalam Bahasa Greek
Kisah kedatangan Apostle Paul ke Kavala dalam bahasa lain

PANAGIA

Selepas singgah di Church of St. Paul kami dibawa oleh Mehmet berjalan lagi ke arah kawasan bandar lama yang dinamakan Panagia. Nama lama kawasan ini adalah Neapolis (New City). Tak ada tinggalan Greek atau Roman Purba diperhatikan di sini. Yang ada cuma bangunan-bangunan lama yang didirikan di zaman Ottoman dan Byzantine. Kawasan ini kini dipenuhi dengan kedai, hotel dan restoran.

Menyeberang jalan nak menuju ke Panagia
Pemandangan pelabuhan Kavala di malam hari
Pelabuhan Feri untuk menuju ke pulau-pulau di Lautan Aegean
Arah ke Panagia dan Kavala Castle
Berjalan mendaki bukit di Panagia
Suasana di Panagia
Bersiap-sedia nak menutup perniagaan untuk hari ini
Lukisan pemandangan Kavala pada dinding
Bangunan lama yang telah diubah menjadi restoran
Banyak bangunan juga telah ditukar menjadi hotel di Panagia
Bukit di Panagia tinggi dan curam. Namun keletihan berjalan mendaki bukit ini tidak terasa bila kita dapat melihat keindahan Pelabuhan Kavala di bawah sana.

Pemandangan keindahan pelabuhan Kavala dari atas bukit
Jom kita berjalan mendaki lagi... Di beberapa tempat kita akan dapat juga melihat sebahagian runtuhan kota pertahanan lama yang pernah dibina mengelilingi seluruh Kavala.

Runtuhan tembok pertahanan Kavala
Mengintai dari runtuhan tembok kota
Pelabuhan Kavala

IMARET

Sewaktu kami melawat ke Cairo di Mesir dulu, kami telah berkenalan dengan seorang pemerintah Mesir yang bernama Muhammad Ali. Dia adalah seorang berketurunan Albania yang pada asalnya berkhidmat untuk Kerajaan Ottoman. Namun selepas berjaya menakluk Mesir bagi pihak Kerajaan Ottoman, Muhammad Ali mengisytiharkan diri berpisah dari Kerajaan Ottoman dan terus menjadi pemerintah Mesir.

Berjalan menuju ke Imaret
Menyusuri bangunan Imaret
Kafetaria berhampiran bangunan Imaret
Pemandangan Imaret dari luar
Walaupun berketurunan Albania, keluarga Muhammad Ali sebenarnya berasal dari Kavala. Pada tahun 1817, Muhammad Ali (yang dikenali sebagai Mehmet Ali di Greece) telah mendirikan sebuah bangunan yang bernama Imaret. Imaret berfungsi sebagai sebuah asrama untuk pelajar Madrasah dan juga sebuah rumah kebajikan.

Bangunan berkubah di depan sana adalah pada asalnya sebuah masjid yang menjadi sebahagian binaan Imaret
Bangunan Imaret ini pernah berfungsi sebagai asrama pelajar Madrasah dan rumah kebajikan pada masa dahulu
Chimney Imaret
Bangunan Imaret ini kini berfungsi sebagai sebuah hotel mewah. Kita boleh melawat ke dalam Imaret dengan bayaran tertentu untuk melihat kesan sejarah di dalamnya tetapi kami tidak berbuat begitu.

Mehmet memberi penerangan tentang sejarah Imaret
Imaret kini berfungsi sebagai sebuah hotel
Pintu masuk ke Hotel Imaret
Sedikit suasana Hotel Imaret
Suasana berhampiran Hotel Imaret
Kucing-kucing Kavala yang sedang menjamu selera
Kami berjalan lagi memanjat naik ke atas bukit...

Bangunan Imaret sebenarnya sangat besar. Ada sebahagiannya yang masih terbiar
Bahagian Imaret yang masih terbiar
Pemandangan Pelabuhan Kavala dari Imaret
Satu lagi pemandangan Pelabuhan Kavala dari Imaret

STATUE OF MEHMET ALI

Di puncak bukit, kami bertemu dengan sebuah gereja Greek Orthodox yang bernama Panagia Church. Nama rasmi gereja ini ialah Church of the Dormition of Virgin Mary. Gereja asalnya telah berusia beratus tahun tetapi bangunan yang dilihat kini dibina pada tahun 1965. Ia adalah gereja yang terbesar di Kavala.

Panagia Church
Destinasi kami sebenarnya bukanlah gereja ini. Sebaliknya ia adalah patung Mehmet Ali yang dibina di sebuah dataran di depan gereja. Patung Mehmet Ali yang sedang menunggang kuda ini dihadiahkan oleh rakyat Greek di Egypt kepada City of Kavala.

Patung Mehmet Ali
Disebabkan kamera kita tak canggih nak menangkap gambar di malam-malam begini, kita gunakan gambar yang ditangkap oleh kamera kawan kita Kanesh yang canggih itu...

Patung Mehmet Ali
Close-up sikit wajah patung Mehmet Ali
Patung Mehmet Ali dengan Church of Panagia di belakangnya
Binaan berkubah pada gereja ini menunjukkan ia adalah sebuah gereja Orthodox
Di depan patung ini ada sebuah tempat untuk berehat sambil menikmati pemandangan Pelabuhan Kavala. Di sanalah kami menghabiskan sedikit masa sebelum melangkah kembali balik ke Hotel Galaxy.

Tempat berehat sambil menikmati pemandangan indah Pelabuhan Kavala
Pelabuhan Kavala
Pemandangan kota Kavala di malam hari
Selepas dah puas melihat pemandangan indah Pelabuhan Kavala dari atas bukit, kami berjalan kembali ke Hotel Galaxy.

Berjalan kembali ke hotel
Tangga naik ke atas bukit
Kembali ke arah Imaret
Banyak restoran dan kafetaria di Kavala dibuka sehingga ke tengah malam
Peta Kavala Old City
Kembali ke arah Gereja St. Nicholas
Gereja St. Nicholas
Menyeberang jalan dekat Gereja St. Nicholas
Kembali ke Galaxy Hotel
Kedai menjual peralatan memancing di sebelah Galaxy Hotel

Part 120: Dinner Di Galaxy Hotel

Dinner pada malam itu disediakan di hotel penginapan kami, Galaxy Hotel.
 
Jom kita dinner dulu...
Menunggu hidangan dinner di restoran Hotel Galaxy
Roti
Disebabkan makanan Halal sukar diperolehi di Kavala, kami diberi hidangan vegetarian untuk dinner malam ini.

Salad
Sayur Rebus
Spaghetti
Dessert di Balkans yang rasanya sentiasa sangat manis. "Dessert Potong Kaki," kata seorang ahli Group kami sebab boleh mengakibatkan diabetik.
Sebelum balik ke bilik, kita nikmati pemandangan Pelabuhan Kavala dari restoran pulak...

Good Night, Kavala


Bersambung ke Bahagian 44...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):