Saturday, 24 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 49 (Stadium Bernabeu & Barajas Airport)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 49: Spain
MADRID (Stadium Santiago Bernabéu & Barajas Airport)

HARI KESEBELAS (1)

Part 141: Pagi Terakhir Di Madrid

Hari terakhir kami di Spain tiba. Sedih juga rasa nak meninggalkan negara ini sebab kami tahu ada masih banyak lagi tempat yang belum kami terokai. Namun setakat ini sajalah dulu rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kami. Kalau ada rezeki yang lain, Insyaallah mungkin kami boleh kembali melawat tempat-tempat lain yang belum kami terokai di Spain dan Portugal.
 
Sarapan pagi terakhir di Madrid
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur menerusi Dubai dijadualkan berlepas pada petang ini. Namun seawal pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari Hotel Holiday Inn Express di Getafe ini untuk melawat ke destinasi terakhir kami di Madrid, Stadium Santiago Bernabéu.

Planta dalam Bahasa Spanish bermaksud Aras, bukan marjerin Planta macam di Malaysia.
Korridor di Holiday Inn Express
Pemandangan ke luar tingkap dari bilik kami
Ada shopping mall di sebelah sana yang tidak sempat kami kunjungi
Check-out dari hotel
Bas menunggu di depan hotel
Memasukkan bagasi ke perut bas

Part 142: Santiago Bernabéu Stadium

Perjalanan dari Holiday Inn Express di Getafe menuju ke Santiago Bernabéu Stadium (disebut: Santiago Berna-bey-yu Stadium) memakan masa kira-kira sejam kerana jalan di Madrid sedikit sesak pagi itu kerana warganya keluar bekerja.

Menuju ke Santiago Bernabéu Stadium
Lebuhraya menuju ke Madrid
Lambang kota Madrid ~ beruang yang sedang memanjat pokok strawberry
Menara TV di Madrid
Menara ini dinamakan sebagai Torrespaña (Towerspain)
Disebabkan ada projek pembinaan sedang berlangsung dekat Stadium Bernabéu, bas kami tidak dapat berhenti betul-betul di depan stadium. Terpaksalah kami berjalan kaki sedikit menuju ke sana.

Bas berhenti di depan gereja ini untuk menurunkan kami
Berjalan kaki menuju ke Stadium Bernabéu
Ukiran Tree of Life (El árbol de la vida) yang didedikasi kepada petugas-petugas perubatan sewaktu Covid-19
Gerai bunga di tepi jalan
Santiago Bernabéu Stadium adalah home ground bagi pasukan bolasepak terkemuka dunia FC Real Madrid. Ia adalah juga antara stadium yang termewah di dunia dan pernah menjadi venue bagi 4 perlawanan akhir European Cup / UEFA Champions League pada tahun 1957, 1969, 1980 dan 2010.

Stadium Santiago Bernabéu
Menyeberang jalan menuju ke Stadium Santiago Bernabéu
Stadium Santiago Bernabéu mempunyai rekabentuk yang moden. Kalau dipandang dari luar, tak percaya yang bangunan ini adalah sebuah stadium bolasepak. Disebabkan populariti pasukan FC Real Madrid di kalangan peminat bolasepak, ia telah menjadi antara tumpuan pelancongan yang terkenal di Madrid.

Pintu masuk utama ke Stadium Santiago Bernabéu
Berjalan menuju ke pintu masuk pelawat ke Stadium Santiago Bernabéu
Salah sebuah pintu masuk untuk menonton perlawanan di dalam stadium
Ramai orang datang ke stadium untuk membuat Stadium Tour, tetapi kami tidak berbuat begitu. Kami sekadar melawat ke kedai souvenir rasmi Real Madrid yang dinamakan Tienda.

Berjalan ke kedai souvenir rasmi Real Madrid
Kedai souvenir rasmi Real Madrid yang bernama Tienda
Real Madrid adalah salah sebuah kelab bolasepak yang paling berjaya di dunia. Mereka pernah memenangi 33 La Liga dan 13 UEFA Champions League. Bukan sekadar itu, ramai pemain bolasepak ternama dunia pernah bermain dengan Real Madrid. Antara mereka termasuklah Alfredo Di Stéfano, Raúl González, Zinedine Zidane dan Cristiano Ronaldo. 

Pintu masuk ke kedai Tienda
Berbagai barangan souvenir dijual di kedai Tienda tetapi harganya tidaklah murah. Maklum sajalah sebab semua barangan yang dijual adalah original. Namun ia bukanlah masalah bagi peminat-peminat hardcore dalam kumpulan kami. Bagi yang semi-hardcore pula, mereka sekadar membelek dan bergambar dengan semua barangan yang dijual di dalam kedai ini. Hahaha!!

Jersi Real Madrid
Photo Opp Booth
Bola cenderamata untuk dijual
T-shirt
Dinding kedai Tienda dihiasi dengan poster-poster bintang Real Madrid
T-shirt dan stokin untuk jualan
Membelek jaket Real Madrid
Zon Fotografi di mana gambar kita akan di super-imposed dengan bintang-bintang Real Madrid
Beratur nak membayar barangan yang dibeli
Kaunter Pembayaran
Disebabkan kami bukan peminat Real Madrid, Myself dan Husband lebih banyak melepak di luar stadium sambil bergambar.
 
Bergambar depan pintu masuk ke Stadium Tour
Sedang kami melepak di luar tiba-tiba ramai orang menyerbu seseorang kat depan stadium. Rupa-rupanya ada seorang superstar Real Madrid yang bernama Jude Bellingham berada di situ.
 
Ramai yang menyerbu Jude Bellingham
Jude Bellingham
Bila ditunjuk gambar ini kepada anak-anak saudara di Malaysia yang memang peminat Jude Bellingham, kata mereka ini bukan Jude Bellingham sebenar. Cuma impostor yang look-alike dengan Jude Bellingham. Siap dia orang tunjuk kat kita Tik Tok pasal Mamat yang menyamar menjadi Jude Bellingham ini. Hahaha!! Bak kata P. Ramlee, "Tak kisahlah, Labu". Kita bukan kenal pun dengan Jude Bellingham ini sebenarnya. Tapi kesian kat semua orang kat situ kena tipu. Hahaha!!

Berjalan meninggalkan Stadium Santiago Bernabéu
Parish Church of the Sacred Hearts (Iglesia Parroquial de los Sagrados Corazones) di seberang Stadium Santiago Bernabéu

Part 143: Barajas Airport, Madrid

Selepas meninggalkan Stadium Santiago Bernabéu, kami terus dibawa menuju ke lapangan terbang antarabangsa di Madrid yang bernama Adolfo Suárez Madrid–Barajas Airport. Disebabkan nama rasminya yang panjang, ia lebih dikenali sebagai Barajas Airport (disebut: Barahas Airport).

Menuju ke Barajas Airport
Instituto de Medicina Legal
Kawasan-kawasan perumahan
Adolfo Suárez Madrid–Barajas Airport. 
Tempat parking kenderaan di Barajas Airport
Satu lagi pemandangan tempat parking kenderaan di Barajas Airport
Tempat bas menurunkan kami di Barajas Airport
Posing dulu dengan beg besar kami selepas turun dari bas
Barajas Airport ini sangat besar. Bas menurunkan kami di tempat drop-off di Bangunan Parking. Dari tempat bas menurunkan kami sehingga ke tempat kaunter check-in, berlapis-lapis escalator yang perlu kami naiki.

Escalator pertama
Pemandangan tempat bus drop-off dari escalator pertama
Berjalan menuju ke Main Building
Menolak bagasi ke Main Building
Pemandangan dari walkway yang menyambungkan bangunan Parking dengan Main Building. 
Naik walkalator pulak...
Pemandangan dari walkalator
Bangunan parking yang kami tinggalkan tadi
Ada escalator pulak kat depan sana...
Escalator kedua
Husband posing kat escalator
Mengintai kapalterbang yang tengah parking dari escalator...
Perhentian bas awam kat bawah sana...
Walkalator lagi...
Sampai di Main Building
Escalator ketiga
Arrival area di bawah sana
Tiba di boarding area
Admiring bangunan airport yang sangat besar ini
Kita pun admiring bangunan airport yang sangat besar ini
Dari sini, kita berjalan pulak mencari kaunter Emirates untuk check-in. Kami akan pulang menggunakan penerbangan Emirates ke Dubai dan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Pemandangan di boarding area
Mencari maklumat flight pulang kami
Kaunter Iberia yang merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Spain
Perkhidmatan wrapping beg
Banyak syarikat penerbangan yang tak pernah kita dengar di Malaysia mempunyai penerbangan ke Barajas Airport
Penerbangan kami Emirates EK 142 dijadual berlepas ke Dubai pada pukul 3.25 petang
Penumpang yang membuat check-in di kaunter Iberia
Menunggu kaunter Emirates dibuka
Sementara menunggu kaunter Emirates dibuka, Encik Hatta menunjukkan tempat untuk membuat claim VAT kepada ahli kumpulan yang ingin berbuat demikian. Kami selainnya yang tidak membuat claim duduk sajalah menunggu sampai kaunter dibuka.
 
Ahli-ahli Grup kami yang nak pergi membuat claim VAT
Myself dan Husband dah membuat online check-in di hotel malam tadi. Jadi bila kaunter Emirates dibuka, kami terus membawa bagasi untuk bag drop.

Kaunter Emirates
Thank you, Zarina. Muchos gracias!
Akhirnya tibalah masa untuk kami berpisah dengan Zarina kerana khidmatnya sebagai Tour Guide kami berakhir di sini. Muchos gracias! Zarina yang juga fasih berbahasa Korea kerana dia belajar di sana dulu adalah sebenarnya seorang Tour Guide free-lance di Spain. Katanya dia selalu menjadi guide kepada orang Malaysia dan Indonesia yang membuat private tour di Spain. Kalau sesiapa bercadang nak membuat private tour dan memerlukan Tour Guide di Spain boleh berhubung dengan Zarina di no. h/p: +34 602 15 49 10.

Berjalan ke pemeriksaan passport dan boarding gate
Arah ke Boarding Gate
Dari tempat check-in, kami terpaksa menaiki airport train ke Boarding Gate.

Sayup sungguh escalator menuju ke perhentian airport train di bawah sana!
Stesen Airport Train
Modern Art di stesen train
Train dah tiba
Pemandangan di dalam tren
Perjalanan tren memakan masa kira-kira 5 minit
Pemandangan gerabak di belakang
Tiba di stesen boarding gate
Naik escalator lagi
Arah ke gate perlepasan
Ada kerja-kerja renovation sedang dibuat di airport
Disebabkan masih ada masa lagi sebelum waktu berlepas, Myself dan Husband bercadang mencari lunch. Maklumlah, flight kami lama lagi nak berlepas. Takut kelaparan pulak kalau sekadar nak mengharap makan dalam kapalterbang.

Kedai Duty Free
Satu-satunya makanan Halal yang kami temui adalah Fish Burger yang dijual di Burger King. Maka di situ sajalah kita makan tengahari.

Burger King
Ordering perlu dibuat menggunakan mesin. Jangan risau sebab ada option dalam Bahasa Inggeris disediakan
Suasana di restoran Burger King
Nombor kita dah dipanggil
Hidangan lunch kami. Tu dia! Terkejut tengok saiz fries yang diberi.
Fish Burger
Lepas dah lunch barulah kami berjalan mencari pintu perlepasan kami S21 & S22. Disebabkan flight Emirates dari Madrid ke Dubai menggunakan Airbus 380 yang besar gedabak itu, ada 2 pintu digunakan serentak untuk melancarkan pergerakan penumpang masuk ke dalam pesawat.

Berjalan mencari Boarding Gate
Suasana di Boarding Gate
Crew Emirates baru sampai di Boarding Gate
Peramugari Emirates
Menunggu flight bersama crew Emirates
Boarding Pass MAD-DXB-KUL
Dua gate digunakan serentak untuk kemasukan penumpang ke dalam pesawat menuju ke Dubai


Bersambung ke Bahagian 50...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):