Thursday, 22 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 48 (Gran Via & Flamenco)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 48: Spain
MADRID (Gran Via & Flamenco Show)

HARI KESEPULUH (5)

Part 138: Gran Via

Malam ini adalah malam terakhir kami di Spain. Sebagai finale kepada pengembaraan kami di Spain, kami akan menyaksikan satu persembahan tarian Flamenco. Pertunjukan Flamenco ini bermula pada pukul 7.30 malam. Oleh yang demikian, pada pukul 7 malam, kami berkumpul semula di Puerta del Sol untuk bergerak ke teater persembahan.

Teater Flamenco terletak tidak begitu jauh dari Puerta del Sol. Untuk ke sana, kami berjalan melalui sebatang jalan popular di kota Madrid yang dinamakan Gran Via. Jalan ini sering dibandingkan dengan Ginza di Tokyo dan Broadway di New York City.

Gran Via
Berjalan di Gran Via
Disebabkan Gran Via dianggap the most fashionable street in Madrid, ada banyak kedai dan butik barangan mewah di sini. Ia juga sentiasa dipenuhi dengan pelancong yang datang dari seluruh dunia.

Gran Via dipenuhi dengan pelbagai kedai menjual barangan mewah
Persimpangan jalan di Gran Via
Pengunjung dari seluruh dunia dapat dilihat di Gran Via
Menunggu nak menyeberang jalan di Gran Via
Teater Flamenco yang ingin kami kunjungi terletak di lorong sana
Pemandangan selepas dah selamat menyeberang jalan di Gran Via
Lorong menuju ke teater
Lorong ini sedikit sunyi kerana ia adalah off-street dari Gran Via
Masih berjalan menuju ke teater

Part 139: Flamenco Show

Persembahan teater yang kami saksikan bertempat di Teatro Flamenco Madrid.

Teatro Flamenco Madrid
Maklumat persembahan
Suasana di dalam teater
Teater ini tidak besar, hanya boleh memuatkan kira-kira 200 orang pengunjung dalam satu-satu persembahan. Setting di dalamnya benar-benar mengingatkan Myself dan Husband sewaktu kami menyaksikan persembahan Ladyboy Calypso Cabaret di Bangkok dahulu.

Tiket persembahan Flamenco yang berharga Euro 40 (RM 202) seorang ini turut termasuk hidangan minuman di dalamnya. Ada pilihan arak dan soft drinks kepada penonton. Untuk kemudahan, kami semua memilih minuman Nestea.

Minuman dihidangkan kepada penonton sebelum pertunjukan bermula
Kami memilih minuman Nestea sahaja di sini
Menuang Nestea untuk diminum
Nestea Ais dengan Lemon. Olives turut dihidangkan bersama minuman.
Kaunter penyediaan minuman
Kemudahan tandas terletak di sana
Tarian Flamenco berasal dari Andalusia dan kini terkenal di seluruh Spain. Malah tarian ini turut diiktiraf sebagai Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO pada tahun 2010. 

Menunggu persembahan bermula
Suasana di dalam teater sewaktu menunggu persembahan bermula
Persembahan bermula
Flamenco bukan sekadar tarian. Ia turut diiringi dengan nyanyian vokal dan petikan gitar. Satu ciri persembahan ini ialah tiada mikrofon digunakan dalam nyanyian. Penyanyi Flamenco perlu melontarkan suara mereka seperti penyanyi-penyanyi opera. Semua lagu yang dinyanyikan adalah dalam Bahasa Spanish. Memang kita tak faham apa yang dinyanyikan.

Persembahan pertama
Selepas persembahan nyanyian, penari lelaki Flamenco memulakan persembahan. Penari lelaki Flamenco dinamakan Bailaor. Dia menari sambil menghentak-hentak kaki seperti tarian Line Dancing yang popular di Ireland itu.

Kita saksikan beberapa gambar yang kami ambil dalam persembahan ini...

Kemudian barulah penari-penari solo wanita yang dinamakan Bailaora memulakan persembahan. Mereka juga menari sambil menghentak-hentak kaki. Seperti tarian Hindustan yang sering kita lihat di TV, facial expression juga penting dalam tarian Flamenco.

Gaun panjang yang dipakai oleh Bailaora dalam persembahan Flamenco juga menarik perhatian. Semakin persembahan menuju ke kemuncak, pakaian tarian mereka semakin kembang dan berlapis-lapis. Kagum kita melihat bagaimana mereka menari menghentak-hentak kaki sambil melibas-libas ekor pakaian yang dipakai. Memang jelas yang penari Flamenco wajib memiliki skill menari menghentak-hentak kaki sambil melibas-libas gaun yang dipakai untuk mengelak dari jatuh terpijak.

Walaupun kita tak faham lagu yang dinyanyikan dan cerita yang disampaikan dalam persembahan selama sejam ini, Tarian Flamenco tetap menarik dan menghiburkan. Pakaian dan pergerakan tariannya yang sopan juga memang menggambarkan pengaruh Islam di dalamnya.

Persembahan penutup

Part 140: Kembali Ke Gran Via

Selepas persembahan Flamenco tamat, kami berjalan kembali ke Puerta del Sol melalui Gran Via sekali lagi.

Berjalan menuju ke Gran Via
Restoran India yang kami temui dalam perjalanan kembali ke Gran Via tetapi mungkin Tidak Halal
Tiba kembali ke Gran Via
Gran Via
Suasana malam di Gran Via memang sangat meriah. Lampu-lampu neon terang yang dipasang di sini mengingatkan Myself dan Husband kepada suasana di Osaka, Jepun yang pernah kami lawati dahulu.

Suasana malam di Gran Via
Bergambar kenangan di Gran Via, Madrid
Menyeberang jalan untuk kembali ke Puerta del Sol
Lampu-lampu neon di Gran Via
Lampu neon Schweppes ini adalah yang paling terkenal di Gran Via
Masih berjalan menuju ke  Puerta del Sol
Iklan San Isidro 2024
Walaupun hari telah malam, masih banyak kedai yang dibuka untuk perniagaan
Suhu ketika ini adalah 23'C
Lorong menuju ke Puerta del Sol
Church of Our Lady of Carmen and San Luis Obispo (Parroquia de Nuestra Señora del Carmen y San Luis Obispo)
Tiba di Puerta del Sol
Puerta del Sol nampak meriah pada malam ini. Tetapi mungkin disebabkan ada banyak hiburan malam lain di sekitar, bilangan pengunjungnya tidaklah seramai sewaktu siang tadi.
 
Puerta del Sol
Suasana malam di Puerta del Sol
Patung Beruang memanjat pokok strawberry yang menjadi simbol bagi kota Madrid
Walaupun Beruang ini memanjat pokok strawberry, tradisi yang diamalkan oleh penduduk Madrid dalam sambutan Tahun Baru adalah memakan buah anggur dan bukan buah strawberry.
Pemandangan lebih dekat patung Beruang memanjat pokok strawberry
Bas kami menunggu di Plaza de Canalejas di belakang Puerta del Sol. Zarina memimpin kami berjalan menuju ke sana.

Berjalan menuju ke Plaza de Canalejas
Suasana sewaktu berjalan menuju ke Plaza de Canalejas
Hotel Four Seasons Madrid di  Plaza de Canalejas
Patung di atas bangunan Hotel Four Seasons
Hotel Four Seasons Madrid
Galeria Canalejas
Pintu masuk ke Galeria Canalejas
San Fernando Fine Art Royal Academy
Pintu masuk ke Hotel Four Seasons Madrid
Real Casino de Madrid yang terletak bersebelahan Hotel Four Seasons Madrid
Bas kami menanti di sana...
Perjalanan seterusnya adalah pulang ke hotel penginapan kami Holiday Inn Express yang terletak di Getafe.

Pemandangan malam di kota Madrid
Kedai cokelat mewah di kota Madrid
Dinner pada malam terakhir di Madrid ini juga disediakan secara bungkus dan dihantar terus ke bilik hotel. Makanan yang disediakan adalah set Nasi dengan Ikan Goreng, Telur Goreng dan Sambal Terung yang disediakan oleh sebuah Restoran Indonesia di Madrid. Walaupun rasanya tidak semacam di Nusantara, ia cukup mengenyangkan. Malam ini juga kami makan dessert baki Portuguese Egg Tart yang dibeli di Lisbon semalam. Walau dah disimpan semalaman, Portuguese Egg Tart ini masih rangup dan sedap. 

Tiba kembali di Holiday Inn Express
Dinner dan Dessert
Portuguese Egg Tart yang masih sedap dan rangup


 Bersambung ke Bahagian 49...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):