Sunday, 18 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 46 (Palacio Real & Plaza de Oriente)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 46: Spain
MADRID
(Madrid Historic Centre: Palacio Real & Plaza de Oriente)

HARI KESEPULUH (3)

Part 131: Menuju Ke Historic Centre Of Madrid

Selepas makan tengahari dan bersolat di Centro Cultural Islámico, kami dibawa dengan bas menuju ke Historic Centre of Madrid.

Meninggalkan Centro Cultural Islámico
Centro Cultural Islámico de Madrid
Menuju ke Historic Centre of Madrid
Menuju ke Lebuhraya M-30
Parque de Breogán
Fuente Avenida de Brasilia
Pancutan air di Fuente Avenida de Brasilia
Lebuhraya M-30
Kawasan perumahan di tepi Lebuhraya M-30
Penunjuk arah
Madrid adalah sebuah kota yang bersejarah. Semakin menghampiri Historic Centre of Madrid, semakin banyak landmark bersejarah yang kita temui.

Menghala ke Glorieta de las Pirámides (Pyramids Roundabout)
Glorieta de las Pirámides (Pyramids Roundabout)
Satu ketika dulu, kota Madrid pernah dikelilingi oleh 5 buah tembok kota yang mana salah sebuah di antaranya adalah Walls of Felipe IV (Real Cerca de Felipe IV). Tembok kota ini walau bagaimanapun bukanlah dibina bagi tujuan pertahanan, ia sebaliknya dibina untuk mengawal pergerakan keluar-masuk ke kota Madrid bagi memudahkan urusan kutipan cukai.

Walls of Felipe IV yang mempunyai 19 pintu kota kini telah runtuh. Toledo Gate (Puerta de Toledo) adalah antara kesan pintu kota yang masih dapat dilihat. Ia dibina pada tahun 1812-1827.

Toledo Gate
Pandangan Toledo Gate dari dekat
Patung di atas Toledo Gate
Toledo Gate ini adalah salah sebuah kesan peninggalan Walls of Felipe IV yang pernah dibina mengelilingi Madrid pada satu ketika dulu
Satu lagi pemandangan Toledo Gate
Pemandangan berhampiran Toledo Gate
Spain adalah sebuah negara yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Kristian Roman Katholik pada satu ketika dahulu. Oleh yang demikian, ada banyak gereja yang dilihat di kawasan bersejarah di Madrid. Salah sebuah di antaranya ialah Royal Basilica of Saint Francis the Great (Basílica de San Francisco El Grande).

Menurut ceritanya, gereja ini didirikan di atas tanah yang dihadiahkan kepada Saint Francis of Assisi oleh pemerintah Spain sewaktu beliau singgah di Madrid pada tahun 1214 dalam perjalanan untuk berziarah ke Santiago de Compostela. Gereja ini kini terkenal kerana memiliki kubah yang keempat terbesar di Eropah selepas Saint Peter’s Basilica dan Pantheon yang kedua-duanya terletak di Rome serta Basilica of Saint Mary of the Flower yang terletak di Florence.

Royal Basilica of Saint Francis the Great (Basílica de San Francisco El Grande)
Royal Basilica of Saint Francis the Great ini memiliki kubah yang keempat terbesar di Eropah selepas Saint Peter’s Basilica dan Pantheon yang keduanya terletak di Rome serta Basilica of Saint Mary of the Flower di Florence.
Restoran Cina di Historic Centre of Madrid
Cathedral of Saint Mary the Royal of the Almudena yang lebih dikenali sebagai Almudena Cathedral adalah gereja utama Roman Katholik di Spain. Ia juga dianggap sebagai Gereja Diraja kerana terletak bersebelahan Royal Palace of Madrid. Bangunan yang dilihat sekarang dibina pada tahun 1883 dan dirasmikan oleh Pope John Paul II pada tahun 1993. Tapak gereja ini adalah bekas sebuah masjid yang dimusnahkan pada tahun 1083 sewaktu Alfonso VI menawan Madrid dari tentera Islam.

Cathedral of Saint Mary the Royal of the Almudena (Catedral de Santa María la Real de la Almudena)
Gereja Almudena ini dianggap sebagai Gereja Diraja Spain kerana ia terletak bersebelahan dengan Royal Palace of Madrid
Tempat parking bas di bawah tanah berhampiran Gereja Almudena

Part 132: Royal Palace of Madrid (Palacio Real de Madrid)

Tempat lawatan pertama kami di Historic Centre of Madrid adalah Royal Palace of Madrid (Palacio Real de Madrid). Istana ini adalah kediaman rasmi keluarga diraja Spanish tetapi kini lebih digunakan bagi upacara-upacara rasmi. Dengan sejumlah 3,418 bilik, ia adalah istana diraja yang terbesar di Eropah.

Royal Palace of Madrid
Dari tempat parking bas, kami menaiki tangga dan muncul di sebelah tepi Royal Palace of Madrid. Istana ini pada asalnya dibina oleh Khalifah Córdoba yang bernama Muhammad I. Ia telah diambilalih oleh Raja-Raja Kristian dan seterusnya diperbesarkan bila Madrid menjadi ibukota Spanish Empire pada tahun 1560.

Pemandangan Royal Palace of Madrid dari sebelah tepi
Berjalan menuju ke Royal Palace
Pandangan lebih dekat Royal Palace of Madrid. Kain merah yang digantung pada balkoni ini mengandungi lambang kebesaran Keluarga Diraja Spain.
Bumbung istana
Selepas melihat bangunan istana dari tepi, kami dibawa pula melihat istana ini dari pintu masuk rasminya di sebelah depan.

Bermain muzik dari gelas kaca di tepi istana
Muzik dari gelas kaca
Taman awam di sebelah istana
Bangunan-bangunan lain yang terletak berdekatan dengan istana
 Menyusuri istana menuju ke arah pintu depan
Pintu masuk utama ke Royal Palace of Madrid walau bagaimanapun hanya boleh dipandang dari jauh kerana dilindungi dengan pagar.

Pandangan dari depan Royal Palace of Madrid
Pandangan lebih dekat pintu masuk utama ke Royal Palace of Madrid
Peta keseluruhan Royal Palace of Madrid
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, kita hulurkanlah saja kamera ke dalam pagar istana...

Pintu masuk utama ke Royal Palace of Madrid dari dalam pagar
Bangunan istana di tepi pintu masuk utama
Almudena Cathedral yang kita lihat dari atas bas tadi terletak betul-betul setentang dengan pintu masuk rasmi ke Royal Palace of Madrid ini. Nama rasminya adalah Cathedral of Saint Mary the Royal of the Almudena.
 
Almudena Cathedral
Almudena Cathedral (kiri) dan Royal Palace of Madrid (kanan) yang terletak bertentangan
Pintu masuk ke Almudena Cathedral
Patung St. Peter di penjuru bangunan Almudena Cathedral
Suasana di depan pintu masuk ke Almudena Cathedral. Ramai yang menumpang berteduh kerana cuaca sangat panas hari ini.
Pemandangan pintu masuk rasmi ke Royal Palace of Madrid dari depan Almudena Cathedral.
Potret Elisabeth Farnese, Queen of Spain 1743 di depan Royal Palace of Madrid
Kenderaan Tuk Tuk yang boleh disewa oleh pelancong di tepi Royal Palace of Madrid
Tourist Information Centre

Part 133: Plaza de Oriente

Selepas melawat Royal Palace of Madrid, kami dibawa pula melawat ke taman di sebelah istana ini yang dinamakan Plaza de Oriente.

Plaza de Oriente
Patung Raja-Raja Spain yang menghiasi Plaza de Oriente
Plaza de Oriente dihiasi dengan 20 patung Kings of Visigoth dan First Christian Kingdoms yang berjuang menentang tentera Islam pada masa dahulu. Patung-patung ini adalah sebahagian dari 100 patung Raja-Raja yang diukir atas arahan King Ferdinand VI untuk dijadikan perhiasan di Royal Palace of Madrid. Sewaktu pemerintahan King Carlos III walau bagaimanapun, beliau berpandangan bilangan patung ini terlalu banyak untuk ditempatkan di dalam istana lalu memerintahkan supaya sebahagian patung tersebut dipindahkan ke Plaza de Oriente, Sabatini Gardens, Retiro Park dan tempat-tempat lain di seluruh Spain.

Patung Raja-Raja yang menghiasi Plaza de Oriente ini pada asalnya adalah patung-patung perhiasan di dalam Royal Palace of Madrid
Berjalan di Plaza de Oriente
Patung King Alfonso XIII
King Eurico
Suasana di Plaza de Oriente
Patung King Felipe IV di tengah Plaza de Oriente
Patung King Felipe IV yang sedang menunggang kuda di tengah Plaza de Oriente direka oleh Diego Velázquez atas arahan King Felipe IV sendiri yang inginkan patung beliau diukir menunggang kuda sambil kaki hadapan kuda terangkat ke atas. Velázquez seterusnya mengupah seorang pengukir di Tuscany yang bernama Pedro Tacca untuk mengukir patung tersebut. 

Pening kepala Tacca bila melihat potret King Felipe IV yang dihantar oleh Velázquez kepadanya. Ini adalah kerana patung sebegitu belum pernah dibuat di mana-mana pun sebelum itu. Mujurlah pereka cipta Itali yang terkenal Galileo Galilei datang membantu. Beliaulah yang mencadangkan supaya Tacca membuat kaki belakang patung kuda yang ditunggang King Felipe IV dibina padu dan kaki depan kuda yang terangkat pula dibina berongga.

Patung King Felipe IV di tengah Plaza de Oriente
Patung King Felipe IV menunggang kuda sambil kaki depannya terangkat seperti ini adalah yang pertama dibina di Eropah
Pemandangan patung King Felipe IV dengan berlatar belakangkan Royal Palace of Madrid
Pemandangan patung King Felipe IV dari depan
Suasana taman yang cantik di Plaza de Oriente
Taman yang penuh dengan kehijauan
Husband bergambar di tengah kehijauan
Bangunan cantik yang dibina di seberang Plaza de Oriente ini adalah Madrid Opera House (Teatro Real). Ia dibina bersama Plaza de Oriente oleh King Ferdinand VII pada tahun 1818.

Madrid Opera House di seberang Plaza de Oriente
Bunga-bunga cantik di depan Madrid Opera House
Pemandangan patung King Felipe IV dari depan Madrid Opera House
Papan tanda Plaza de Oriente
Berjalan meninggalkan Plaza de Oriente
Menuju ke Calle de Arenal


Bersambung ke Bahagian 47...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):