Wednesday, 14 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 44 (Las Rozas Village)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]

Bahagian 44: Spain
MADRID (Las Rozas Village)

HARI KESEPULUH (1)

Part 125: Pagi Pertama Di Madrid

Walaupun kami tiba sangat lewat pada malam tadi, syukur Alhamdulillah kerana kami dapat berehat dengan sempurna dan tidur dengan nyenyak di Hotel Holiday Inn Express ini. 

Pemandangan dari tingkap bilik kami ~ cuma sekadar tempat parking kereta
Pemandangan di korridor Hotel Holiday Inn Express
Disebabkan kami tiba lewat di hotel malam tadi juga, program lawatan pada hari ini dimulakan agak lewat ~ pada pukul 10 pagi. Tetapi tepat pukul 7.00 pagi macam biasa, Myself dan Husband akan turun bersarapan.

Waktu breakfast di Hotel Holiday Inn Express
Suasana di restoran Holiday Inn Express
Lagi suasana di dalam restoran
Kita pilih duduk di sini
Yogurt
Roti
Mesin minuman panas
Susah juga nak memahamkan apa yang ditulis pada mesin minuman ini sebab semuanya dalam Bahasa Spanish
Pilihan breakfast kita pagi ini...
Bukan laluan menuju ke pasar. Hehehehhh... Sebenarnya No Pasar bermaksud No Passing dalam Bahasa Spanish. Pintu ini hanya boleh digunakan pada waktu kecemasan.
Pada pukul 10 pagi, kami memulakan program lawatan di Madrid. Mungkin disebabkan Hotel Holiday Inn Express ini menjadi tumpuan penginapan pelancong berkumpulan seperti kami, ada ramai penjaja cenderamata menanti di tempat bas kami menunggu.

Hotel Holiday Inn Express di Getafe, Madrid
Tempat bas menunggu di luar hotel
Penjaja souvenir yang berjualan di luar bas
Pemandangan Hotel Holiday Inn Express dari dalam bas
Pusat membeli-belah Getafe The Style Outlets yang terletak betul-betul di sebelah Holiday Inn Express. Walau bagaimanapun, kami tak sempat nak melawat ke sana.
Hotel Holiday Inn Express yang menjadi penginapan kami terletak di sebuah kawasan di pinggir Madrid yang bernama Getafe. 

Pemandangan di Getafe
Roundabout
Lagi suasana di Getafe
Leroy Merlin adalah kedai rangkaian home improvement yang popular di Spain
Destinasi pertama kami pada pagi ini adalah Las Rozas Village yang merupakan sebuah premium outlet yang terkenal di Madrid. Perjalanan ke sana dari Getafe mengambil masa kira-kira 30 minit. Pemandu bas kami sepanjang perjalanan di Madrid bernama Angel (disebut: An-hel).
 
Highway menuju ke Las Rozas Village
Pemandangan di tepi highway
Satu lagi pemandangan di highway menuju ke Las Rozas Village
Pemandangan di pinggir kota Madrid
Encik Hatta memberi penerangan tentang program lawatan hari ini
Masih menuju ke Las Rozas Village
Graffiti di lebuhraya
Lebuhraya
Tiba di Las Rozas Village

Part 126: Las Rozas Village

Dari kejauhan, Las Rozas Village kelihatan sama dengan Bicester Village di London dan Wertheim Village di Frankfurt yang pernah kami kunjungi. Ini bukanlah menghairankan kerana kedua-dua Las Rozas Village dan Wertheim Village adalah cawangan kepada Bicester Village di London.

Las Rozas Village di Madrid
Bienvenido
Pemandangan Las Rozas Village dari luar
Butik Ferragamo
Berkumpul sekejap dekat Visitors Centre
Pemandangan dari depan Visitors Centre
Macam biasa, jika kita datang ke premium outlet begini secara berkumpulan, memang ada discount card yang diberi kepada kita. Tetapi macam biasa juga, discount card ini cuma boleh digunakan di kedai-kedai yang tertentu dan untuk barangan yang tertentu.

Discount Card
Husband membelek Discount Card yang diberi
Payung perhiasan yang cantik di luar Visitors Centre di Las Rozas Village
Bergambar kenangan dengan penutup sewer di Las Rozas Village
Selepas semua dah mendapat discount card yang diberi, kami masuk ke dalam. Kami diberi masa yang panjang kira-kira 3 jam di sini.

Jom kita masuk ke dalam...
Pemandangan ke arah tempat parking kenderaan dari pintu masuk ke Las Rozas Village
Walau dah berkunjung ke beberapa outlet village di Eropah sebelum ini (Bicester Village di London, Wertheim Village di Frankfurt dan Fox Premium Outlet di Lugano, Switzerland), citarasa Myself dan Husband masih tidak berubah. Walau orang lain macam naik gila melihat barangan yang dijual, kami cuma memandang sepi. Maklumlah, premium outlet begini memang tidak sesuai untuk orang yang tidak berduit macam kami. Hahaha! Maklum sajalah, harga barangannya masih dalam kategori ratusan dan ribuan ringgit walau mungkin jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia.

Kalau dari segi senibina pula, Myself rasa Wertheim Village di Frankfurt lebih menarik kerana terserlah ciri-ciri senibina German di sana. Senibina di Bicester Village dan Las Rozas ini berciri moden, tidak menggambarkan sangat senibina British ataupun Spanish.
 
Tengah berjalan-jalan, terjumpa pula dengan butik Bimba Y Lola (disebut: Bimba E Lola) yang merupakan butik jenama tempatan Spanish. Barangan yang dijual adalah pakaian dan aksesori wanita tetapi tidak begitu sesuai dengan taste kita yang tidak high class begitu. Jadi tengok-tengok sajalah sambil menjamu mata.

Butik Bimba Y Lola
Bimba Y Lola adalah butik jenama Spanish yang terdapat di Las Rozas
Satu butik yang menarik perhatian kami juga adalah Karl Lagerfeld. Bukan sebab kami ini peminat Karl Lagerfeld, tetapi disebabkan di tepi butik ini ada patung Karl Lagerfeld bersama kucingnya yang bernama Choupette. Bila Karl Lagerfeld meninggal dunia pada pada 19 Februari 2019, dia telah mewariskan wang sejumlah USD 13 juta (RM 61 juta) kepada Choupette. Choupette kini mungkin merupakan kucing yang terkaya di dunia sekarang.
 
Butik Karl Lagerfeld
Patung Karl Lagerfeld sedang mendukung Choupette
Pandangan patung dari tepi
Jalan-jalan lagi kat Las Rozas Village...
Pokok-pokok rimbun di Las Rozas Village
Rimbun dan teduh
Selain Bimba Y Lola, sebuah lagi butik jenama Spanish yang terdapat di sini adalah El Ganso. Jika Bimba Y Lola mengkhusus kepada pakaian dan aksesori wanita, El Ganso pula turut menjual pakaian dan aksesori lelaki. Husband gagal nak menahan diri dari membeli man's scarf dan topi sewaktu masuk ke sini. Tak mengapalah, sebab El Ganso memang Spanish brand dan kita pun sedang berada di Spain. El Ganso memakai lambang angsa kerana dalam Bahasa Spanish El Ganso bermaksud The Goose.

Butik El Ganso
El Ganso yang bermaksud The Goose dalam Bahasa Spanish
Husband berposing dengan barang belian di El Ganso
Bunga purple yang cantik ini bernama Cantueso
Cantueso
Sama juga seperti Bicester Village dan Wertheim Village, lokasi Las Rozas Village ini memang terletak di penghujung dunia. Tak ada tempat menarik lain yang mudah untuk dikunjungi berdekatan. Mungkin itu juga strategi untuk memastikan pengunjung akan bershopping sakan di sini.
 
Iklan di Las Rozas Village
Bila macam dah habis semua kedai kami masuk untuk mencuci mata, kia berehat sebentar di taman buatan di penghujung Las Rozas Village.

Taman buatan di hujung Las Rozas Village
Berposing dulu kat taman
Lagi suasana di taman
Disebabkan Las Rozas Village ini macam terletak di atas bukit, kita dapat juga menikmati pemandangan indah bandar Las Rozas dari sini. Tetapi jangan berharaplah nak melihat pemandangan bandar Madrid sebab ia terlalu jauh dari sini.

Pemandangan bandar Las Rozas
Las Rozas ini kelihatan lebih macam sebuah bandar kediaman berhampiran Madrid dan bukan kawasan komersil
Kaki bukit yang menempatkan Las Rozas Village ini banyak ditanami dengan pokok Lavender
Bayang-bayang kami dari atas bukit Las Rozas Village
Rumah-rumah kediaman di Las Rozas

Part 127: Makan Spanish Omelette @ Las Rozas Village

Habis dah puas kami round Las Rozas Village, masih ada masa lagi... Jadi kami membuat keputusan untuk makan-makan apa yang boleh di sebuah restoran di sini.

Suasana di Las Rozas Village
Restoran Mentidero Teraza
Restoran pilihan kami adalah Mentidero Teraza. Suasana di dalam restoran ini sangat menarik dengan hiasan pokok-pokok tiruan.

Suasana di Restoran Mentidero Teraza
 Bar Counter di Restoran Mentidero Teraza
Selepas membelek-belek menu makanan yang dihidangkan, kami memilih Spanish Omelette kerana itulah saja yang rasanya Halal untuk dimakan. Pelayan yang melayan kami pun mengesahkan yang Spanish Omelette memang vegetarian. Myself memesan Hot Chocolate sebagai minuman manakala Husband pula memesan Earl Grey Tea.

Sambil Spanish Omelette disiapkan, minuman dihantar dulu kepada kami. Bukan sekadar minuman, biskut yang dinamakan Biscoff turut dihidangkan. Biscoff ini memang sedap dimakan bersama Hot Chocolate dan Earl Grey Tea.

Set minuman yang dihidangkan ~ Earl Grey Tea dan Hot Chocolate
Biscoff yang diberi bersama minuman
Biscoff ini memang sedap
Earl Grey Tea
Roti dan Spanish Omelette sedang dihidangkan
Spanish Omelette adalah sebenarnya telur dadar yang dimasak bersama olive oil, bawang dan kentang. Rasanya memang kena dengan selera kita orang Malaysia.
 
Set Spanish Omelette yang dihidang bersama roti
Spanish Omelette
Roti
Enjoying Spanish Omelette @ Mentidero Teraza, Las Rozas Village
Meninggalkan Las Rozas Village


Bersambung ke Bahagian 45...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):