Mei 2024
NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Madrid]
Bahagian 47: Spain
MADRID
(Madrid of Austrias: Plaza de Isabel II, Calle del Arenal, Puerta del Sol & Plaza Mayor)
HARI KESEPULUH (4)
Part 134: Plaza de Isabel II
Kami seterusnya dibawa melawat ke bahagian Historic Centre of Madrid yang dikenali sebagai Madrid of Austrias (El Madrid de los Austrias). Ia dinamakan sedemikian kerana ia dibina di zaman pemerintahan Dinasti Habsburg (1516–1700) dari Austria. Uiiishh, memang tak sangka Dinasti Habsburg yang kita pelajari sewaktu melawat ke Eastern Europe dulu itu berkuasa sampai ke Spain!
|
Bendera Spain |
Tempat pertama yang kami lawati di Madrid of Austrias ini adalah Plaza Isabel II yang juga dikenali sebagai Plaza de Ópera. Jangan confuse Queen Isabel II yang dinamakan pada plaza ini dengan Queen Isabella yang melancarkan gerakan Reconquista yang mengusir orang Islam dan Yahudi dari Spain dulu sebab mereka bukan orang yang sama. Queen Isabel II yang dinamakan pada plaza ini adalah satu-satunya wanita yang menaiki takhta sebagai raja selepas penyatuan seluruh Spain (Unified Spain).
|
Cafeteria terbuka di Plaza Isabel II. |
|
Kedai-kedai di Plaza Isabel II |
|
Basikal untuk disewa |
|
Pemandangan menuju ke Plaza Isabel II |
|
Plaza Isabel II yang dihiasi dengan patung Queen Isabel II |
|
Pandangan patung Queen Isabel II dari hadapan dengan berlatar belakangkan Madrid Opera House |
|
Pandangan dekat patung Queen Isabel II |
|
Madrid Opera House |
|
Pintu masuk ke Stesen Metro Opera di Plaza Isabel II |
Part 135: Calle del Arenal
Calle del Arenal (disebut: Kai-yay del Arenal) adalah sebuah pedestrian street yang mengunjur dari Plaza Isabel II sehingga ke Plaza del Sol di Madrid. Jalan yang dipenuhi dengan kedai, restoran dan hotel-hotel kecil ini sangat popular dengan pelancong.
|
Suasana di Calle del Arenal |
|
Patung-patung yang menghiasi bangunan di Calle del Arenal |
|
Pelawat-pelawat ke Calle del Arenal |
|
Persimpangan Calle del Arenal dengan Calle de Los Donados |
|
Gambaran beting-beting pasir yang memenuhi Calle del Arenal pada masa dahulu |
Part 136: Puerta del Sol
Puerta del Sol bermaksud Gate of the Sun. Pada kurun ke-16 Masehi, kota Madrid dikunjungi oleh ramai rakyat Spanish yang miskin dan kelaparan. Mereka masuk ke kota melalui kawasan ini. Untuk menghalang kemasukan mereka, sebuah tembok telah dibina dengan lukisan matahari dilukis pada pintunya. Kerana itulah nama Puerta del Sol diberi kepada kawasan ini.
|
Pintu masuk ke Stesen Metro di Puerta del Sol |
|
Polis yang berkawal di Puerta del Sol |
|
Puerta del Sol |
Puerta del Sol adalah tempat tumpuan pelancong dan penduduk tempatan di Madrid. Di sini juga ada ramai street artists yang mengambil kesempatan membuat persembahan untuk mengutip derma. Seperti juga di mana-mana tempat tumpuan pelancong yang lain di Spain, kita dinasihatkan supaya berhati-hati kerana kawasan ini adalah tumpuan bagi penyeluk saku.
Di sebalik itu semua, Puerta del Sol memang sebuah kawasan yang happening. Ada pepatah orang Madrid yang berkata, "If the Earth revolves around the sun, Madrid revolves around Sol!"
|
Husband bergambar di Puerta del Sol |
|
Kita pun nak bergambar juga di Puerta del Sol |
|
Pengunjung yang semakin ramai ke Puerta del Sol |
|
Padat !! |
Di penjuru Puerta del Sol ini juga ada patung seekor beruang sedang memanjat sebatang pokok strawberry. Patung yang dinamakan Oso y Madroño (disebut: Oso E Madro-nyo) ini adalah simbol bagi kota Madrid.
|
Patung Oso y Madroño yang menjadi lambang kota Madrid |
Satu yang kami miss sewaktu berada di Puerta di Sol ini ialah penanda Zero Kilometer yang berada di depan bangunan Real Casa de Correos. Penanda Zero Kilometer ini yang dinamakan Cero Kilometer dalam Bahasa Spanish menandakan titik rujukan bagi pengukuran jarak ke seluruh Spain. Kita gunakan sajalah gambar yang dijumpa di internet untuk menunjukkan Cero Kilometer ini.
|
Titik Cero Kilometer di depan Real Casa de Correos yang digunakan sebagai titik rujukan pengiraan jarak ke seluruh Spain. |
Part 137: Plaza Mayor
Memandangkan Myself dan Husband tidak sibuk-sibuk nak shopping macam orang lain sewaktu berada di sini, Zarina mencadangkan supaya kami melawat ke Plaza Mayor yang berhampiran. Dengan panduan arah yang diberi oleh Zarina, kami berdua berjalan menuju ke sana.
|
Berjalan menuju ke Plaza Mayor |
|
Adoii, curam juga bukit yang perlu didaki nak ke Plaza Mayor ini. |
|
Persimpangan |
|
Papan tanda nama jalan turut dihiasi dengan lukisan sejarah jalan tersebut |
|
Kedai pakaian Flamenco |
|
Kami akan menonton pertunjukan tarian Flamenco ini pada malam nanti |
Pada mulanya kami tersilap arah sehingga sampai ke Plaza de Santa Cruz. Kawasan ini juga dikenali sebagai Lavapies yang bermaksud foot-washing. Ia dinamakan sedemikian kerana satu masa dahulu, kawasan ini dihuni oleh penduduk Yahudi yang menggunakan fountain di sini bagi tujuan pembersihan keagamaan.
|
Plaza de Santa Cruz |
Sebuah bangunan yang mendominasi Plaza de Santa Cruz adalah Palacio de Santa Cruz (Santa Cruz Palace) yang digunakan sebagai kediaman raja dari Dinasti Habsburg dahulu. Ia kini digunakan sebagai pejabat kerajaan Ministry of Foreign Affairs.
|
Palacio de Santa Cruz yang kini digunakan sebagai pejabat Kementerian Luar Negara Spain |
|
Palacio de Santa Cruz |
|
Pemandangan di sekitar Plaza de Santa Cruz |
Palacio de Santa Cruz ini juga mempunyai sejarah hitam kerana di sinilah 'pesalah-pesalah' Muslim dan Yahudi dikumpulkan untuk menerima hukuman sewaktu Spanish Inquisition di bawah King Felipe IV.
|
Lavapies Fountain di Plaza de Santa Cruz |
|
Pandangan lebih dekat Lavapies Fountain di Plaza de Santa Cruz |
|
Menyusuri bangunan di tepi Plaza de Santa Cruz untuk menuju ke Plaza Mayor |
Dengan bantuan arah yang ditunjukkan oleh seorang penduduk tempatan, kami akhirnya tiba di Plaza Mayor. Pada zaman dahulu, ia adalah sebuah pasar yang penting di luar tembok kota Madrid. Pada tahun 1560, King Felipe II menitahkan supaya arkitek yang membina istananya yang bernama Escorial mengubah pasar ini menjadi sebuah dataran seperti yang dilihat sekarang.
|
Plaza Mayor |
Selepas diubah menjadi sebuah dataran, fungsi Plaza Mayor turut bertukar dari sebuah pasar perniagaan manjadi sebuah tempat perhimpunan. Di sinilah pelbagai pesta, pertabalan diraja dan pelaksanaan hukuman diadakan. Dataran yang mampu memuatkan 50,000 pengunjung ini masih digunakan sebagai venue perayaan awam sehingga ke hari ini.
|
Dataran Plaza Mayor ketika ini kelihatan sedang dipersiapkan untuk sebuah konsert persembahan |
|
Suasana di Plaza Mayor |
|
Pizza Hut di tepi Plaza Mayor |
|
Pemandangan bangunan di sekitar Plaza Mayor |
Bangunan di sekeliling Plaza Mayor dipasang dengan balkoni. Malah terdapat 237 buah balkoni yang dipasang pada bangunan sekitar Plaza Mayor. Balkoni ini dipasang oleh Dinasti Habsburg untuk dijual dan disewa kepada sesiapa yang berkehendak kerana ia memberikan pandangan yang menarik bagi pesta dan peristiwa yang sedang berlangsung di Plaza Mayor. Malah turut dikatakan pelaksanaan hukuman di bawah Spanish Inquisition yang dinamakan Autos de Fé turut disaksikan dari balkoni ini.
|
Casa de la Panaderia (House of the Bakery) di Plaza Mayor |
|
Patung King Felipe III di Plaza Mayor |
|
Pandangan lebih dekat patung King Felipe III |
|
King Felipe III |
Bersambung ke Bahagian 48...
CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):