Monday 8 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 14 (Bosphorus Cruise 2)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 14: Curi-Curi Jalan Istanbul 5
BOSPHORUS CRUISE (2)

HARI KEENAM (2)

Part 34: Bosphorus Cruise (2)

Bosphorus Cruise terus berlayar menghala ke Laut Hitam selepas meninggalkan Bosphorus Bridge. 

Berlayar di Selat Bosphorus
Selepas meninggalkan Bosphorus Bridge, bot berlayar melintasi kawasan yang dinamakan Arnavutköy yang bermaksud Albanian Village. Ia dinamakan demikian kerana di sinilah pekerja pembinaan jalan raya yang dibawa masuk oleh Sultan Abdülmecid dari Albania tinggal pada masa dahulu.

Arnavutköy
Sebuah bot cruise lain di Arnavutköy
Kemudian kita melintas sebuah platform terapung yang kelihatan seperti telah ditinggalkan. Sewaktu kami mengikut Bosphorus Cruise pada tahun 2014 dulu, platform ini adalah sebuah kelab hiburan eksklusif yang bernama Galatasaray Island. Mungkin ia juga menjadi mangsa kepada pandemik Covid-19.

Kelab Hiburan Eksklusif Galatasaray Island (Gambar dari Istanbul Bosphorus Cruise 2014)
Galatasaray Island sekarang
Macam tak percaya kelab hiburan eksklusif ini boleh jadi begini.
Selepas melihat suasana bekas kelab eksklusif yang menyedihkan itu, kita melalui pula sebuah kawasan yang bernama Bebek. Bebek terkenal sebagai kawasan kediaman mewah sejak dari zaman Ottoman lagi.

Bebek
Suasana di Bebek
Memancing adalah hobi yang popular di kalangan penduduk Istanbul
Hampir di mana-mana juga, kita akan dapat melihat penduduk Istanbul memancing ikan di tepi laut
Pemancing ikan yang serious. Banyak joran yang dibawa bersama.
Kita tengok lagi pemandangan indah di sepanjang pantai Selat Bosphorus yang terletak di sebelah Eropah.

Egyptian Embassy
Myself dan Husband pernah berjalan di atas bukit di sana sewaktu mengikut Circle Istanbul Tour pada tahun 2014.
Burung laut yang sedang berenang di Selat Bosphorus
Burung yang sedang landing di atas laut.
Kayalar Mosque
Satu pemandangan yang mengkagumkan dalam perlayaran Bosphorus Cruise ini ialah sebuah kota yang dinamakan Rumeli Castle. Rumeli Castle dibina oleh penakluk Constantinople, Sultan Mehmed II pada tahun 1452. Ia dibina setentang dengan Anadolu Castle yang terletak di sebelah Istanbul Asia. Kedua-dua kota ini berfungsi untuk menahan serangan dari arah Laut Hitam.

Menuju ke Rumeli Castle
Rumeli Castle telah dibina oleh Sultan yang berjaya menakluk Constantinople dari Kristian Byzantine, Sultan Mehmed II.
Kota yang hebat ini dibina oleh Sultan Mehmed II hanya dalam tempoh 3 bulan 16 hari sahaja.
Arkitek pembinaan kota ini bernama Müslihiddin dan sewaktu pembinaannya, ia dikenali sebagai Boğazkesen (Strait Cutter).
Binaan kota ini memang sangat mengkagumkan.
Selepas melalui Rumeli Castle, Bosphorus Cruise lalu di bawah jambatan kedua yang dibina merentas Selat Bosphorus ~ Fatih Sultan Mehmet Bridge. Jambatan yang dinamakan sempena penakluk Constantinople, Sultan Mehmed II ini siap dibina pada tahun 1988 dan merupakan suspension bridge yang ke-5 terpanjang di dunia.

Rumeli Castle dan Fatih Sultan Mehmet Bridge
Menuju ke Fatih Sultan Mehmet Bridge
Fatih Sultan Mehmet Bridge dinamakan sempena Sultan Ottoman yang berjaya merampas Istanbul dari Kerajaan Kristian Byzantine. Fatih Sultan Mehmet bermaksud Sultan Mehmet The Conqueror.
Lalu di bawah Jambatan Fatih Sultan Mehmet
Laluan terus menuju ke Laut Hitam
Selepas lalu di bawah Fatih Sultan Mehmet Bridge, Bosphorus Cruise berpatah balik dan merapat ke sebelah Istanbul Asia. Walaupun tanah di kiri dan kanan Selat Bosphorus adalah milik negara Turkey, Selat Bosphorus sendiri adalah perairan antarabangsa kerana ia adalah satu-satunya laluan menuju ke Laut Hitam yang selain negara Turkey, turut dikongsi bersama oleh Russia, Georgia, Ukraine, Romania dan Bulgaria.

Jambatan Fatih Sultan Mehmet adalah jambatan yang kedua dibina merentas Selat Bosphorus.
Bosphorus Cruise berpatah balik dan merapat ke sebelah Asia
Menikmati pemandangan Istanbul Asia
Pemandangan di Istanbul Asia
Tidak seperti Istanbul Eropah yang happening dengan pelbagai kegiatan komersil dan pusat pelancongan, Istanbul Asia sangat tenang kerana ia lebih merupakan kawasan kediaman. Namun ini tidaklah bermakna Istanbul Asia tidak mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi pelancong.

Istanbul Asia yang lebih merupakan kawasan kediaman.
Jika Istanbul Eropah memiliki kota Rumeli Castle, Istanbul Asia pula memiliki Anadolu Castle. Ia sebenarnya dibina oleh Sultan Bayezid I lebih awal dari Rumeli Castle yang dibina oleh Sultan Mehmet II sebagai persediaan untuk menakluk Istanbul (yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople) dari tentera Kristian Byzantine.

Anadolu Castle
Anadolu Castle jauh lebih kecil berbanding Rumeli Castle
Bangunan berhampiran Anadolu Castle
Kemudian kita lihat pula Küçüksu Palace (Littlewater Pavilion) yang dibina sebagai istana hinggap untuk kegunaan Sultan sewaktu memburu binatang pada masa dahulu. Walaupun hanya Istana Hinggap, senibinanya tetap mengkagumkan.

Küçüksu Palace
Pintu masuk ke Küçüksu Palace
Bunga-bunga cantik di depan Küçüksu Palace
Kawasan kediaman di Istanbul Asia
Pinggiran Selat Bosphorus di sebelah Istanbul Asia dibarisi dengan rumah-rumah mewah.

Pemandangan Selat Bosphorus memang cantik. Cemburu kita melihat rumah-rumah di tepi Selat Bosphorus ini yang mempunyai pemandangan yang cantik dari halaman mereka.


Istanbul ketika ini sedang mengalami musim panas. Suhu sekitar 18'C memang sangat nyaman. Bunga-bunga yang masih berkembang saki-baki dari Musim Bunga yang baru berlalu turut menambahkan keindahan suasana.

Kita jamu mata lagi melihat keindahan rumah-rumah kediaman di tepi Selat Bosphorus. Dah pasti cuma orang berada sahaja yang mampu memiliki rumah-rumah ini.

Perumahan mewah di pinggir Selat Bosphorus
Siap ada funicular yang dibina untuk naik ke rumah di atas bukit sana
Lagi perumahan mewah di pinggir Selat Bosphorus
Bunga-bunga cantik yang menghiasi perkarangan rumah kediaman
Bunga-bunga cantik
Dah puas menjamu mata melihat rumah-rumah kediaman mewah yang cantik di pinggir Selat Bosphorus, kita lihat pula sebuah maktab tentera yang bernama Kuleli Military High School. Ia adalah maktab tentera yang tertua di negara Turkey dan diasaskan oleh seorang Sultan Ottoman yang bernama Abdülmecid I pada tahun 1845.

Kuleli Military High School
Kuleli Military High School adalah maktab tentera yang tertua di negara Turkey.
Maktab Tentera ini diasaskan oleh Sultan Abdülmecid I pada tahun 1845
Pintu masuk ke Kuleli Military High School
Kaymak Mustafa Pasa Mosque di sebelah Kuleli Military High School
Ada juga beberapa restoran dan hotel penginapan mewah yang diperhatikan di sini.

Restoran Yakamoz
Restoran Chacha Balik (Balik adalah perkataan Turki yang bermaksud Ikan)
Hotel Sumahan on The Water
Sebuah bot sedang lalu di depan Hotel Sumahan on The Water
Restoran Del Mare Seafood
Istanbul Asia juga adalah kawasan yang penuh berbukit seperti di Istanbul Eropah
Rumah kediaman di pinggir bukit
Bot cruise di Selat Bosphorus
Beylerbeyi Mosque
Bot mewah
Menuju ke Bosphorus Bridge
Bot cruise berlayar kembali menuju ke Bosphorus Bridge. Di bawah jambatan ini di sebelah Istanbul Asia adalah Beylerbeyi Palace yang juga dibina oleh Sultan Ottoman pada masa dahulu. Myself dan Husband pernah masuk melawat ke dalam istana ini dulu. Kalau nak tahu apa suasana yang ada di dalam istana ini, boleh baca pengalaman kami di sini.

Beylerbeyi Palace di bawah Jambatan Bosphorus
Pemandangan dengan lebih dekat Beylerbeyi Palace
Bangunan yang kelihatan di sana adalah pavilion tempat keluarga Sultan berehat sambil menikmati keindahan Selat Bosphorus.
Pemandangan pavilion dengan lebih dekat
Pemandangan Jambatan Bosphorus yang lalu di atas sebahagian Taman Istana Beylerbeyi.
Pemandangan di bawah jambatan
Meninggalkan Jambatan Bosphorus
Laut di penghujung Selat Bosphorus berhampiran Istanbul Old City yang terletak di sebelah Istanbul Eropah dinamakan Sea of Marmara. Di sini, bot cruise berpusing untuk berpatah balik ke Beşiktaş dan Kabataş. Sebelum bot berpatah balik, kita jamu mata lagi melihat pemandangan rumah-rumah kediaman yang cantik di sebelah Asia.

Bot berpatah balik di sini
Pemandangan sebahagian Istanbul Old City di sebelah Istanbul Eropah dapat diperhatikan sewaktu bot berpatah balik di Sea of Marmara.

Sea of Marmara
Sea of Marmara adalah sebahagian dari Laut Mediterranean
Pemandangan Istana Topkapi di Istanbul Old City dari Laut Marmara
Istanbul Eropah
Bot-bot cruise
Dari sini, Bosphorus Cruise merapat kembali dan menyusur pantai Istanbul Eropah.

Satu lagi pemandangan Istanbul Eropah
Pemandangan daerah Beyoğlu di Istanbul New City
Galata Tower di sana terletak di penghujung Istiklal Street berhampiran Taksim
Kembali ke Kabataş
Penumpang-penumpang cruise
Pemandu bot cruise
Dalam perjalanan pulang ke Kabataş, kami dapat melihat Maiden Tower yang terkenal dengan legenda seorang puteri yang ingin diselamatkan oleh ayahnya dari dipatuk ular. Sewaktu di tahun 2014 dulu, Maiden Tower berfungsi sebagai sebuah restoran. Ia kini sedang ditutup untuk pembaikan. 

Maiden Tower sedang ditutup untuk pembaikan
Pemandangan Maiden Tower pada tahun 2014.
Sebuah masjid besar di daerah Beyoğlu
Bot membuat persinggahan di Beşiktaş terlebih dahulu sebelum kembali ke Kabataş.

Tiba kembali ke Beşiktaş
Terminal Feri Beşiktaş
Hotel Shangri-La
Jeti bot cruise di Beşiktaş
Posing dengan bendera Turkey atas bot cruise
Selepas menurunkan sebahagian penumpang di Beşiktaş, barulah bot bergerak kembali ke Kabataş.

Masjid Dolmabahçe
Pemandangan dari atas bot cruise
Merapat ke jeti di Kabataş
Turun dari bot cruise
Secara keseluruhan, perjalanan cruise memakan masa 1 jam 30 minit. Lepas cruise tamat, kami terus menuju ke Stesen Tramvay di Kabataş yang berhampiran untuk pergi ke Istanbul Expo Centre.


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:

No comments: