Wednesday 10 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 15 (Topkapi 1)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 15: Curi-Curi Jalan Istanbul 6
TOPKAPI PALACE (1st & 2nd Courtyard)

HARI KETUJUH (1)

Part 35: Naik Teksi ke Topkapi Palace

Hari Ketujuh di Turkey adalah juga hari terakhir Business Trip kami. Mengikut program sebenar, kami perlu bersiap untuk pulang ke KL malam itu. Walau bagaimanapun kami menyambung bercuti 3 hari lagi di Turkey atas perbelanjaan sendiri. Kami tinggal berdua sahaja hari ini kerana Encik Abdullah telah balik ke KL pada malam tadi lagi. Mengikut program yang diatur, Myself dan Siti akan pergi ke Pamukkale pada pagi esok. Maka pada hari terakhir ini, kami mengambil kesempatan untuk melawat ke Topkapi Palace di Istanbul Old City. Malangnya cuaca tidak menyebelahi kami pagi itu kerana hujan turun dengan lebat.

Hujan lebat pada awal pagi ini di Istanbul
Menunggu hujan reda di lobi Avantgarde Hotel
Pada mulanya kami merancang nak naik Tramvay ke Old City. Tetapi dengan hujan lebat begitu, boleh kebasahan dibuatnya nak merentas Gezi Park menuju ke Stesen Funikuler dan seterusnya ke Stesen Tramvay di Kabataş. Selepas berbincang, Myself dan Siti sepakat untuk naik teksi saja menuju ke Topkapi dari depan hotel.

Naik teksi ke Topkapi Palace
Teksi yang kami naiki menggunakan meter. Kata Pakcik Teksi tambang adalah dalam lingkungan TL100 (RM 33). Tetapi adalah juga dia bercakap dalam Bahasa Turki yang kalau jalan jam, tambangnya mungkin lebih lagi. Walaupun kami faham apa yang dia katakan, kita buat-buat tak faham sajalah buat masa ini.

Hujan masih turun renyai
Terowong di bawah Dataran Taksim
Pemandangan di dalam Terowong
Keluar dari terowong
Ambulans
Selat Golden Horn
Menuju ke Istanbul Old City
Bangunan dengan tingkap yang cantik
Kesibukan pagi di Istanbul
Terminal Feri di Eminönü
Stesen Marmaray (keretapi bawah laut yang menghubungkan Istanbul Eropah dengan Istanbul Asia) di Sikerci
Pakcik Teksi berhenti sekejap membeli Roti Simit dari gerai ini. Siap offer lagi nak membelikan untuk kami, tetapi kami menolak sebab dah breakfast kat hotel tadi.
Pakcik Teksi memberhentikan kami di sebatang jalan dekat Sultanahmet. Dia memberitahu kami kena berjalan sedikit ke Istana Topkapi yang tidak jauh dari situ kerana teksi tak boleh sampai ke sana. Disebabkan jalan agak jam nak sampai ke situ, Myself tengok kat meter tambang dah pun menjadi TL170 (RM57). Pakcik Teksi bercakap dalam Bahasa Turki yang tambang dah lebih TL100 kerana jalan jam, tetapi dia tak pandai nak explain dalam English. Dia kata bayarlah berapa kami nak bayar. Disebabkan Pakcik Teksi ini baik orangnya termasuklah sebab dia nak membelikan Roti Simit untuk kami tadi, kami beri sajalah TL200 (RM66) kat dia. Tersenyum lebar Pakcik Teksi mendapat tambang sebanyak itu.

Pakcik Teksi menunjukkan jalan yang perlu kami lalu untuk ke Istana Topkapi.
Kata Pakcik Teksi tadi, "Madam walk 1 minute" ke Istana Topkapi. Tapi tak adalah satu minit, lebih kurang 20 minit juga sebenarnya. Tapi tak mengapalah sebab kita boleh juga tengok-tengok suasana sekeliling di Istanbul Old City sambil berjalan. Lagipun hujan renyai yang turun tadi dah pun berhenti.

Suasana di Istanbul Old City
Berjalan ke Topkapi Palace
Tramvay
Bunga-bunga cantik
Firuz Aga Mosque
German Fountain di Hippodrome
Arah ke Istana Topkapi.
Hagia Sophia di depan sana
Tramvay lalu di depan Hagia Sophia
Pengunjung yang sedang beratur nak masuk melawat ke dalam Hagia Sophia
Gerai Ais Kerim Dondurma
Berjalan lagi menuju ke Topkapi
Lalu di depan kedai yang menjual Turkish Delight
Pelbagai Turkish Delight yang dijual
Turkish Delight yang berwarna-warni
Mesin membuat Turkish Delight
Berhenti sekejap untuk melihat proses membuat Turkish Delight
Meneruskan perjalanan...

Part 36: First Courtyard @ Topkapi Palace

Selepas puas berjalan, akhirnya kami tiba di Istana Topkapi. Topkapi Palace yang bermaksud Canongate Palace terletak di sebuah semenanjung di Istanbul Old City yang dikelilingi 3 lautan: Laut Marmara, Selat Golden Horn dan Selat Bosphorus sehingga menjadikan kedudukannya amat strategik. Di sinilah juga pusat pemerintahan Kristian Byzantine pada masa dahulu sebelum istana ini didirikan di zaman Ottoman.

Tembok kota lama berhampiran Topkapi Palace
Suasana di sebalik tembok
Aduhh, naik bukit lagi!
Pintu masuk ke Muzium Topkapi tapi ini bukan destinasi kami.
Destinasi kami di sana... Topkapi Palace. Ini sebenarnya adalah side gate untuk masuk ke Istana Topkapi.
Ada pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke Istana Topkapi
Topkapi Palace adalah tempat kediaman sultan yang memerintah Empayar Ottoman dan keluarga baginda selama 3 abad sehinggalah Sultan Abdülmecid memindahkan kediaman diraja ke Istana Dolmabahçe pada tahun 1853.

Hagia Eirene (disebut: Hajia Irini) adalah satu-satunya gereja yang tidak ditukar fungsi menjadi masjid selepas Kerajaan Ottoman mengambilalih pemerintahan dari Empayar Byzantine. Ia berada di sini kerana tapak Istana Topkapi adalah pusat pemerintahan Empayar Byzantine sebelum istana ini dibangunkan.
Papan tanda arah tujuan
Peta Panduan
Sebelum Myself terus bercerita, kita tengok dulu peta di bawah... Ketika ini kami sedang berada di 1st Courtyard. Topkapi Palace mempunyai 4 buah courtyard dan sebuah kawasan yang dinamakan Harem.

Gambaran keseluruhan Istana Topkapi
Pada zaman Ottoman, 1st Courtyard bebas dimasuki oleh sesiapa sahaja. Kerana itulah sehingga sekarang, tiada tiket dikenakan kalau pengunjung sekadar nak melawat ke 1st Courtyard. Tapi tak ada apa sangatlah di sini kerana tarikan Topkapi Palace yang sebenar berada di dalam Courtyard Kedua dan seterusnya.

Pemandangan di First Courtyard
Kafetaria
Pejabat Tiket Topkapi Palace
Mungkin disebabkan masih awal pagi ketika itu ditambah dengan suasana hujan renyai di awal pagi tadi, tak ramai orang berada di Topkapi Palace ketika itu. Alhamdulillah, sebab mudahlah kita nak beli tiket.

Tiket masuk yang dikenakan ialah TL 420 (RM 140) seorang kalau nak melawat ke seluruh istana termasuk Harem. Kalau setakat melawat ke istana tanpa Harem, tiket masuk yang dikenakan adalah TL 320 (RM110) seorang. Dah alang-alang sampai kat sini, kami belilah tiket penuh yang berharga TL 420 seorang itu.

Selain dari tiket, pengunjung juga boleh meminjam Audio Guide yang mempunyai pelbagai bahasa utama dunia termasuk Bahasa Inggeris. Tetapi kita kena menyerahkan passport kepada kaunter untuk meminjam Audio Guide ini. Kalau tak ada passport, boleh membayar deposit TL 100 sewaktu membuat pinjaman.

Kaunter Audio Guide
Audio Guide
Lepas dah mendapat tiket dan audio guide, jom kita masuk ke Second Courtyard untuk memulakan explorasi...

Lepas dah dapat tiket, jom kita masuk ke dalam...
Gate of Salutation untuk masuk ke Courtyard Kedua.

Part 37: Second Courtyard @ Topkapi Palace

Pintu masuk utama ke Second Courtyard adalah menerusi Gate of Salutation (Babus Selam) yang juga dikenali sebagai Middle Gate. Mengikut protokol istana, cuma Sultan dan Bonda Sultan (yang digelar Valide Sultan atau Queen Mother) sahaja yang boleh masuk ke pintu ini dengan menaiki kuda.

Gate of Salutation (Babus Selam)
Sejarah Gate of Salutation
Di Second Courtyard ini kami cuma melawat ke Palace Kitchen dan Imperial Council sahaja. Tengok kedudukan tempat yang kami lawati pada peta di bawah...

Peta tempat-tempat yang kami lawati di Second Courtyard
Taman di Second Courtyard ini dikelilingi beberapa bangunan penting istana.

Pemandangan di Second Courtyard
Second Courtyard juga dikenali sebagai Justice Square kerana ada sebuah mahkamah di sini.
Tower of Justice yang merupakan bangunan tertinggi di Topkapi Palace
Cistern (Telaga) yang dibina di zaman Byzantine ini turut digunakan oleh Kerajaan Ottoman untuk membekalkan air ke Istana Topkapi.
Cistern ini telah ditutup untuk keselamatan
Tempat pertama yang kami lawati di Second Courtyard ini adalah Dapur Istana (Palace Kitchens). Kompleks Dapur Istana yang sangat besar ini direka oleh seorang arkitek terkemuka di zaman Ottoman yang bernama Mimar Sinan. Pada zaman kegemilangannya ia mempunyai 800 orang pekerja yang bertugas untuk memasak makanan bagi kesemua 5000 penghuni dan petugas di Istana Topkapi.

Dapur Istana Topkapi yang mempunyai 20 buah chimney.
Pemandangan lebih dekat chimney dapur.
Arah ke Dapur Istana
Berehat di luar kompleks Dapur Istana
Pintu masuk ke Kompleks Dapur Istana
Suasana di kompleks Dapur Istana
Sebahagian bilik di Kompleks Dapur Istana ini telah ditukar menjadi bilik-bilik pameran. Antara barang yang dipamerkan adalah koleksi Porselin yang diimport oleh Istana Topkapi dari China dan Jepun. Pinggan porselin ini dibawa ke Istanbul dengan menggunakan unta menerusi Laluan Sutera (Silk Road). Menurut ceritanya pinggan porselin ini sangat disukai oleh Queen Mother kerana ia akan bertukar warna bila bersentuh dengan makanan yang beracun.

Kitchen Utensils and Tableware
Pameran Koleksi Porselin Diraja
Selain porselin, ada bilik-bilik pameran yang memaparkan koleksi utensil dan barang-barang kegunaan santapan lain milik Sultan Ottoman.

Turut dipamerkan adalah pakaian seragam petugas-petugas dapur dan petugas sajian.

Pandangan depan (kiri) dan pandangan belakang (kanan) pakaian seragam yang dipakai oleh pelayan sajian diraja.
Uniform petugas dapur
Tempat yang paling menarik di dapur ini dah pasti tempat di mana aktiviti memasak dilaksanakan. Tapi ada larangan menangkap gambar pulak di sini. Untuk mengabadikan kenangan kita melawat ke sini, kita gunakan sajalah gambar-gambar yang kita jumpa kat internet.

Koleksi barang-barang dapur yang dibuat dari tanah liat
Tempat membasuh di dapur. Kagum juga tengok di zaman Ottoman dah ada kepala paip begini.
Pemandangan lebih dekat kepala paip
Tempat untuk memasak
Periuk belanga
Peralatan masakan yang lain
Selepas dah melawat ke dapur, kita melawat pulak Imperial Council yang terletak di bangunan seberang sana Second Courtyard.

Imperial Council
Pemandangan di depan bangunan Imperial Council
Imperial Council adalah tempat di mana Sultan mengadakan perbincangan negara dengan pembesar pada masa dahulu. Mereka selalunya bertemu 4 kali seminggu untuk membincangkan urusan politik, pentadbiran dan hal ehwal agama dalam negeri. Di sini jugalah Grand Vizier (Perdana Menteri) menerima kedatangan duta-duta asing. Majlis perkahwinan anak-anak perempuan Sultan juga turut diadakan di sini.

Pintu masuk ke Imperial Council
Pemandangan lebih dekat pintu masuk ke Imperial Council
Dalam bilik ini sebenarnya ada larangan fotografi tetapi disebabkan semua orang snappy-snappy kat dalam sini, kita pun join sekalilah tak mahu ketinggalan.

Suasana di dalam Imperial Council
Tempat untuk perbincangan. Pancutan air di depan itu akan dipasang sewaktu perbincangan untuk menyukarkan sesiapa juga mencuri dengar butir-butir perbincangan sulit yang diadakan.
Sultan akan hadir ke perbincangan dari sebalik tingkap ini. Kalau tirai tingkap ini ditarik ke bawah, itu bermakna perbincangan telah selesai dan Grand Vizier perlu bersemuka dengan baginda di Audience Chamber yang terletak di Third Courtyard.
Hiasan di bahagian dalaman kubah
Seni halus
Hiasan yang masih utuh sehingga sekarang
Kat sebelah ruang perbincangan ini ada sebuah ruang lain yang tak pasti apa kegunaannya. Mungkin tempat untuk pegawai-pegawai istana yang kurang penting duduk menunggu sewaktu perbincangan berlangsung.

Ruang ini mungkin dikhaskan untuk pegawai-pegawai yang kurang penting menunggu.
Kalau ini adalah istana Ottoman pertama yang anda kunjungi, mungkin anda akan kagum melihat hiasan dalamannya. Tapi bagi Myself yang dah pernah masuk melawat ke Istana Dolmabahçe yang dibina bagi menggantikan Istana Topkapi ini, kita rasa hiasan dalaman di sini agak ketinggalan. 

Kenangan bersama Siti dalam Imperial Council
Selepas melawat Imperial Council, kita masuk sekejap melawat ke pameran Clock Collection di bilik sebelah.

Clock Collection
Koleksi jam Ottoman
Now kita bergerak lagi menuju ke Third Courtyard pulak...

Telaga lama kat Second Courtyard
Gerai menjual minuman
Tugu dari Fortress of Sokhumi di Georgia ini dibawa oleh  Sultan Abdülhamid II ke Istana Topkapi sewaktu Ottoman-Russian War pada tahun 1877.
Berjalan menuju ke Third Courtyard


Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:


No comments: