Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 9: Istanbul 3
FUNIKULER & TRAMVAY
Part 22: Istanbul Funikuler
Kalau di entry yang sebelum ini, Myself bercerita tentang pengalaman kami menggunakan tren Istanbul Metro dari Istanbul Fuar Merkezi ke Taksim, dalam entry ini Myself nak bercerita tentang pengalaman menggunakan tren dari Taksim ke Istanbul Fuar Merkezi pula menggunakan perkhidmatan tren Funikuler dan Tramvay. Funikuler dan Tramvay ini adalah dua lagi line keretapi di Istanbul selain Metro.
Tidak seperti Istanbul Metro, Tramvay tidak mempunyai stesen di Taksim. Stesen perkhidmatannya yang terdekat dengan Taksim adalah di Kabataş (disebut: Kabatash) yang terletak di bawah bukit di tepi laut. Untuk ke Stesen Kabataş dari Taksim, kita perlu menggunakan perkhidmatan Funikuler.
Pintu masuk ke Stesen Funikuler Taksim |
Stesen Taksim dikongsi bersama oleh perkhidmatan Metro dan Funikuler |
Keretapi Funikuler ini sama seperti keretapi di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Ia berkhidmat hanya di antara 2 buah stesen: Taksim dan Kabataş.
Stesen Funikuler Taksim |
Funikuler |
Disebabkan Funikuler berkhidmat di kawasan bukit, interior gerabaknya dibina bertingkat-tingkat.
Pemandangan gerabak Funikuler dari luar |
Suasana di dalam Funikuler |
Bahagian dalaman Funikuler yang dibina bertingkat-tingkat |
Platform di stesen dan pintu Funikuler yang tidak sama rata |
Perjalanan dengan Funikuler di antara Taksim dan Kabataş memakan masa tak sampai 5 minit.
Siti berposing di Stesen Kabataş |
Pintu masuk ke platform di Stesen Kabataş |
Menunggu tren tiba di platform Stesen Kabataş |
Pintu masuk ke Stesen Kabataş |
Part 22: Istanbul Tramvay (Kabataş - Istanbul Fuar Merkezi)
Tramvay adalah perkhidmatan tram di bandaraya Istanbul. Tidak seperti Istanbul Metro yang bergerak atas jambatan, Tramvay pula berkongsi menggunakan jalan raya dengan kereta dan kenderaan darat yang lain.
Pemandangan Stesen Tramvay Kabataş dari seberang jalan |
Stesen Kabataş |
Selepas menggunakan Funikuler, kami menggunakan Tramvay pula menuju ke Istanbul Expo Centre. Walau bagaimanapun untuk Expo Centre ini, kami perlu membuat pertukaran tren di Zeytinburnu.
Tramvay bergerak meninggalkan Kabataş |
Pemandangan dari Tramvay sangat menarik sebab ia bergerak di tengah-tengah jalan raya |
Tiba di Stesen Karaköy |
Menunggu tren di Stesen Karaköy |
Pemandangan di Karaköy. Menara yang kelihatan di belakang sana adalah Menara Galata. |
Selepas meninggalkan Karaköy, Tramvay bergerak menaiki Galata Bridge untuk menyeberang Selat Golden Horn menuju ke arah Old City.
Tak begitu ramai penumpang menaiki Tramvay ketika itu |
Memancing ikan adalah hobi yang popular di kalangan penduduk Istanbul |
Suleimaniye Mosque |
Stesen Eminönü |
Eminönü adalah sebuah persinggahan feri yang sibuk di Istanbul |
Meninggalkan Stesen Eminönü |
Selepas meninggalkan Eminönü, Tramvay melalui pula sebuah kawasan yang bernama Sirkeci. Di sini ada sebuah stesen keretapi lama bernama Istanbul Gar yang merupakan perhentian akhir perkhidmatan keretapi Orient Express pada masa dahulu. Orient Express adalah keretapi mewah yang berkhidmat di laluan Paris - Istanbul yang dimulakan pada tahun 1883 sehingga 2009. Ia juga membuat persinggahan di beberapa bandar Eropah lain dalam perkhidmatannya.
Stesen Istanbul Gar di Sirkeci yang pernah menjadi perhentian akhir perkhidmatan Orient Express pada masa dahulu. |
Kepala keretapi Orient Express yang diabadikan di depan Stesen Istanbul Gar. |
Stesen Marmaray di Sirkeci ini adalah stesen untuk perkhidmatan keretapi bawah laut yang menghubungkan Istanbul Eropah dan Istanbul Asia. |
Pengalaman menaiki Tramvay ini menarik kerana ia melalui kawasan Istanbul Old City yang cantik dan bersejarah itu.
Persinggahan penting dalam laluan Tramvay ini ialah Stesen Sultanahmet yang terletak betul-betul di hadapan Hagia Sophia yang terkenal itu.
Tiba di kawasan Sultanahmet |
Pemandangan Hagia Sophia dari Tramvay sewaktu melalui kawasan Sultanahmet |
Pengunjung-pengunjung yang sedang beratur untuk masuk melawat ke Hagia Sophia. |
Selang satu atau dua stesen dari Sultanahmet pula adalah Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı yang merupakan stesen untuk sesiapa yang nak melawat ke Grand Bazaar.
Menuju ke arah Grand Bazaar |
Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı |
Arah keluar dari Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı menuju ke Grand Bazaar |
Kalau naik Tramvay ini, kita akan dapat melihat yang salah sebuah stesen persinggahannya bernama Topkapi. Tapi jangan tertipu turun di stesen ini kalau nak melawat ke Istana Topkapi. Stesen untuk Istana Topkapi yang sebenar adalah Sultanahmet yang terletak dekat dengan Hagia Sophia. Pintu masuk ke Istana Topkapi terletak di belakang Hagia Sophia.
Pengunjung-pengunjung ke Old City |
Ambulans |
Lagi pemandangan di Istanbul Old City |
Sebuah masjid di Old City |
Selepas meninggalkan Old City, pemandangannya kembali menjadi bandaraya Istanbul yang moden seperti di kawasan Taksim.
Pemandangan selepas meninggalkan Old City |
Satu lagi pemandangan di dalam Tramvay |
Kesibukan di kota Istanbul |
Teksi di Istanbul |
Menghampiri Zeytinburnu |
Akhirnya kita tiba di Zeytinburnu. Di sinilah kami turun dari Tramvay.
Stesen Zeytinburnu |
Dari stesen Tramvay di Zeytinburnu, kita masuk pula ke Stesen Metro yang terletak betul-betul bersebelahan. Cuma bezanya Stesen Tramvay terletak di aras tanah manakala Metro pula dibina tinggi kerana Istanbul Metro bergerak di atas jambatan.
Stesen Metro Zeytinburnu |
Pemandangan di Stesen Metro Zeytinburnu |
Kemudian kita naik Istanbul Metro dari Zeytinburnu menuju ke Stesen Istanbul Fuar Merkezi (Istanbul Expo Centre).
Pemandangan di dalam Istanbul Metro |
Tiba di Stesen Istanbul Fuar Merkezi |
Istanbul Expo Centre terletak tidak jauh dari airport lama Istanbul yang bernama Ataturk Airport. Sebahagian pemandangan airport ini dapat dilihat dari Stesen Istanbul Fuar Merkezi.
Pemandangan Ataturk Airport dari Stesen Istanbul Fuar Merkezi |
Istanbul World Trade Centre |
Satu lagi pemandangan dari Stesen Metro Istanbul Fuar Merkezi |
Escalator |
Pintu keluar dari kawasan platform |
Pemandangan Stesen Istanbul Fuar Merkezi dari luar |
Berjalan menuju ke Expo Centre... |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022:
- Bhg. 01 [Hari 1] : Arrival (Kuala Lumpur - Istanbul)
- Bhg. 02 [Hari 2] : 2nd Leg Journey (Istanbul - Ankara)
- Bhg. 03 [Hari 2] : Ankara 1 (Ankara & Hilton Garden Inn)
- Bhg. 04 [Hari 2] : Ankara 2 (Anitkabir)
- Bhg. 05 [Hari 2] : Ankara 3 (Ankara Castle & Turkish General Assembly)
- Bhg. 06 [Hari 3] : Ankara 4 (EMS Ambulance Factory & Terbang ke Istanbul)
- Bhg. 07 [Hari 3] : Istanbul 1 (Avantgarde Hotel & Taksim)
- Bhg. 08 : Istanbul 2 (Win Eurasia & Istanbul Metro)
- Bhg. 09 : Istanbul 3 (Funikuler & Tramvay)
- Bhg. 10 [Hari 4] : Curi-Curi Jalan Istanbul 1 (Busforus Hop On Hop Off)
- Bhg. 11 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 2 (Istiklal Nostaljik Tramvay & Istiklal Street)
- Bhg. 12 [Hari 5] : Curi-Curi Jalan Istanbul 3 (Istanbul Old City & Grand Bazaar)
- Bhg. 13 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 4 (Kabataş, Dolmabahçe & Bosphorus Cruise 1)
- Bhg. 14 [Hari 6] : Curi-Curi Jalan Istanbul 5 (Bosphorus Cruise 2)
- Bhg. 15 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 6 (Topkapi Palace - 1st & 2nd Courtyard)
- Bhg. 16 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 7 (Topkapi Palace - 3rd & 4th Courtyard)
- Bhg. 17 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 8 (Topkapi Palace - Harem 1)
- Bhg. 18 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 9 (Topkapi Palace - Harem 2)
- Bhg. 19 [Hari 7] : Curi-Curi Jalan Istanbul 10 (Topkapi Palace - Hagia Eirene & Imperial Gate)
- Bhg. 20 [Hari 8] : Denizli 1 (Terbang ke Denizli)
- Bhg. 21 [Hari 8] : Denizli 2 (Lake Salda)
- Bhg. 22 [Hari 8] : Denizli 3 (Kaklik Cave)
- Bhg. 23 [Hari 8] : Denizli 4 (Laodikeia - Syria Street)
- Bhg. 24 [Hari 8] : Denizli 5 (Laodikeia - Church of Laodikeia, Temple A & Theater)
- Bhg. 25 [Hari 8] : Pamukkale 1 (Safak Restaurant & Richmond Pamukkale Thermal Hotel)
- Bhg. 26 [Hari 9] : Pamukkale 2 (Hot Air Balloon)
- Bhg. 27 [Hari 9] : Pamukkale 3 (Karahayit Red Water)
- Bhg. 28 [Hari 9] : Pamukkale 4 (Hierapolis)
- Bhg. 29 [Hari 9] : Pamukkale 5 (Cleopatra Pool & Hierapolis Museum)
- Bhg. 30 [Hari 9] : Pamukkale 6 (Pamukkale Cotton Castle)
- Bhg. 31 [Hari 9] : Pamukkale 7 (Meninggalkan Hierapolis)
- Bhg. 32 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 1 (Terbang Ke Istanbul)
- Bhg. 33 [Hari 10] : Cuti-Cuti Istanbul 2 (Jalan-Jalan Di Sultanahmet)
- Bhg. 34 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 3 (Blue Mosque & Serefiye Cistern)
- Bhg. 35 [Hari 11] : Cuti-Cuti Istanbul 4 (Tomb of Mahmud II & Hagia Sophia)
- Bhg. 36 [Hari 11] : Pulang (Istanbul - Kuala Lumpur)