Friday 29 July 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 09 (Funikuler)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 9: Istanbul 3
FUNIKULER & TRAMVAY

Part 22: Istanbul Funikuler

Kalau di entry yang sebelum ini, Myself bercerita tentang pengalaman kami menggunakan tren Istanbul Metro dari Istanbul Fuar Merkezi ke Taksim, dalam entry ini Myself nak bercerita tentang pengalaman menggunakan tren dari Taksim ke Istanbul Fuar Merkezi pula menggunakan perkhidmatan tren Funikuler dan Tramvay. Funikuler dan Tramvay ini adalah dua lagi line keretapi di Istanbul selain Metro.

Tidak seperti Istanbul Metro, Tramvay tidak mempunyai stesen di Taksim. Stesen perkhidmatannya yang terdekat dengan Taksim adalah di Kabataş (disebut: Kabatashyang terletak di bawah bukit di tepi laut. Untuk ke Stesen Kabataş dari Taksim, kita perlu menggunakan perkhidmatan Funikuler.

Pintu masuk ke Stesen Funikuler Taksim
Stesen Taksim
Stesen Taksim dikongsi bersama oleh perkhidmatan Metro dan Funikuler
Keretapi Funikuler ini sama seperti keretapi di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Ia berkhidmat hanya di antara 2 buah stesen: Taksim dan Kabataş. 

Stesen Funikuler Taksim
Funikuler
Roda yang menarik Funikuler di Stesen Taksim
Platform tren di Stesen Taksim
Disebabkan Funikuler berkhidmat di kawasan bukit, interior gerabaknya dibina bertingkat-tingkat.

Pemandangan gerabak Funikuler dari luar
Suasana di dalam Funikuler
Bahagian dalaman Funikuler yang dibina bertingkat-tingkat
Platform di stesen dan pintu Funikuler yang tidak sama rata
Perjalanan dengan Funikuler di antara Taksim dan  Kabataş memakan masa tak sampai 5 minit.

Siti berposing di Stesen Kabataş
Pintu masuk ke platform di Stesen Kabataş
Menunggu tren tiba di platform Stesen Kabataş
Pintu masuk ke Stesen Kabataş
Pemandangan Stesen Funikuler Kabataş dari luar

Part 22: Istanbul Tramvay (Kabataş - Istanbul Fuar Merkezi)

Tramvay adalah perkhidmatan tram di bandaraya Istanbul. Tidak seperti Istanbul Metro yang bergerak atas jambatan, Tramvay pula berkongsi menggunakan jalan raya dengan kereta dan kenderaan darat yang lain.

Pemandangan Stesen Tramvay Kabataş dari seberang jalan
Stesen Kabataş
Selepas menggunakan Funikuler, kami menggunakan Tramvay pula menuju ke Istanbul Expo Centre. Walau bagaimanapun untuk Expo Centre ini, kami perlu membuat pertukaran tren di Zeytinburnu.

Pemandangan di dalam tren Tramvay
Tramvay bergerak meninggalkan Kabataş
Berselisih dengan Tramvay yang lain
Pemandangan dari Tramvay sangat menarik sebab ia bergerak di tengah-tengah jalan raya
Tiba di Stesen Karaköy
Menunggu tren di Stesen Karaköy
Pemandangan di Karaköy. Menara yang kelihatan di belakang sana adalah Menara Galata.
Selepas meninggalkan Karaköy, Tramvay bergerak menaiki Galata Bridge untuk menyeberang Selat Golden Horn menuju ke arah Old City.

Tak begitu ramai penumpang menaiki Tramvay ketika itu
Memancing ikan adalah hobi yang popular di kalangan penduduk Istanbul
Suleimaniye Mosque
Stesen Eminönü
Eminönü adalah sebuah persinggahan feri yang sibuk di Istanbul
Meninggalkan Stesen Eminönü
Selepas meninggalkan Eminönü, Tramvay melalui pula sebuah kawasan yang bernama Sirkeci. Di sini ada sebuah stesen keretapi lama bernama Istanbul Gar yang merupakan perhentian akhir perkhidmatan keretapi Orient Express pada masa dahulu. Orient Express adalah keretapi mewah yang berkhidmat di laluan Paris - Istanbul yang dimulakan pada tahun 1883 sehingga 2009. Ia juga membuat persinggahan di beberapa bandar Eropah lain dalam perkhidmatannya.

Stesen Istanbul Gar di Sirkeci yang pernah menjadi perhentian akhir perkhidmatan Orient Express pada masa dahulu.
Kepala keretapi Orient Express yang diabadikan di depan Stesen Istanbul Gar.
Stesen Marmaray di Sirkeci ini adalah stesen untuk perkhidmatan keretapi bawah laut yang menghubungkan Istanbul Eropah dan Istanbul Asia.
Pengalaman menaiki Tramvay ini menarik kerana ia melalui kawasan Istanbul Old City yang cantik dan bersejarah itu.

Persinggahan penting dalam laluan Tramvay ini ialah Stesen Sultanahmet yang terletak betul-betul di hadapan Hagia Sophia yang terkenal itu.

Tiba di kawasan Sultanahmet
Pemandangan Hagia Sophia dari Tramvay sewaktu melalui kawasan Sultanahmet
Pengunjung-pengunjung yang sedang beratur untuk masuk melawat ke Hagia Sophia.
Selang satu atau dua stesen dari Sultanahmet pula adalah Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı yang merupakan stesen untuk sesiapa yang nak melawat ke Grand Bazaar.

Menuju ke arah Grand Bazaar
Suasana di kawasan bersejarah Istanbul Old City
Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı
Arah keluar dari Stesen Beyazıt - Kapalıçarşı menuju ke Grand Bazaar
Kalau naik Tramvay ini, kita akan dapat melihat yang salah sebuah stesen persinggahannya bernama Topkapi. Tapi jangan tertipu turun di stesen ini kalau nak melawat ke Istana Topkapi. Stesen untuk Istana Topkapi yang sebenar adalah Sultanahmet yang terletak dekat dengan Hagia Sophia. Pintu masuk ke Istana Topkapi terletak di belakang Hagia Sophia.

Pengunjung-pengunjung ke Old City
Ambulans
Lagi pemandangan di Istanbul Old City
Sebuah masjid di Old City
Selepas meninggalkan Old City, pemandangannya kembali menjadi bandaraya Istanbul yang moden seperti di kawasan Taksim.

Pemandangan selepas meninggalkan Old City
Satu lagi pemandangan di dalam Tramvay
Kesibukan di kota Istanbul
Teksi di Istanbul
Menghampiri Zeytinburnu
Akhirnya kita tiba di Zeytinburnu. Di sinilah kami turun dari Tramvay.

Stesen Zeytinburnu
Pintu keluar dari Stesen Zeytinburnu
Dari stesen Tramvay di Zeytinburnu, kita masuk pula ke Stesen Metro yang terletak betul-betul bersebelahan. Cuma bezanya Stesen Tramvay terletak di aras tanah manakala Metro pula dibina tinggi kerana Istanbul Metro bergerak di atas jambatan.

Stesen Metro Zeytinburnu
Pemandangan di Stesen Metro Zeytinburnu
Kemudian kita naik Istanbul Metro dari Zeytinburnu menuju ke Stesen Istanbul Fuar Merkezi (Istanbul Expo Centre).

Pemandangan di dalam Istanbul Metro
Tiba di Stesen Istanbul Fuar Merkezi
Berjalan menuju ke escalator
Istanbul Expo Centre terletak tidak jauh dari airport lama Istanbul yang bernama Ataturk Airport. Sebahagian pemandangan airport ini dapat dilihat dari Stesen Istanbul Fuar Merkezi.

Pemandangan Ataturk Airport dari Stesen Istanbul Fuar Merkezi
Istanbul World Trade Centre
Satu lagi pemandangan dari Stesen Metro Istanbul Fuar Merkezi
Escalator
Pintu keluar dari kawasan platform
Pemandangan Stesen Istanbul Fuar Merkezi dari luar
Berjalan menuju ke Expo Centre...


Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022: