Tuesday 30 August 2022

2022 TURKEY (2nd VISIT) BHG. 25 (Richmond Hotel)

Jun 2022

TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale

Bahagian 25: Pamukkale 1
SAFAK RESTAURANT & RICHMOND PAMUKKALE THERMAL HOTEL

HARI KELAPAN (6)

Part 58: Safak Restaurant

Selepas melawat Laodikeia barulah kami dibawa untuk makan tengahari. Lunch kami disediakan di Safak Restaurant. Sajian di restoran ini adalah makanan Turki yang dihidangkan secara buffet.

Safak Restaurant
Mercedes Benz Vito yang membawa kami sepanjang percutian di Denizli dan Pamukkale
Disebabkan ketika itu macam dah agak lewat, cuma kami sahaja yang berada di restoran. Syukurlah makanannya masih banyak.

Mengambil makanan hidangan
Berbagai jenis salad yang tidak menarik bagi spesies karnivor macam Myself yang kurang suka makan sayur.
Yang ini nampak menarik: Kentang, Sayur Campur, Pasta dan Nasi

Part 59: Richmond Pamukkale Thermal Hotel

Hotel penginapan kami dalam percutian ke Denizli dan Pamukkale ini adalah Richmond Pamukkale Thermal Hotel yang terletak di kawasan Pamukkale. Ia terletak jauh dari bandar Pamukkale, di tengah-tengah kawasan ladang. Penginapan kami di sini adalah selama 2 malam.

Ladang lavender di simpang jalan masuk ke Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Richmond Pamukkale Thermal Hotel
Kaunter pendaftaran
Bilik penginapan di Hotel Richmond Thermal Pamukkale. Kita gunakan gambar dari website hotel sebab lupa nak ambil gambar bilik. Bilik kami sebiji macam ini.
Hotel Richmond Pamukkale Thermal adalah sebuah hotel 4 bintang. Ia cuma bangunan setinggi 3 tingkat. Pemandangan dan suasana di hotel ini memang menarik. Cuma yang tak best sikit, hotel ini tak ada lif. Kalau bawak beg besar-besar dan berat-berat, memang kena minta tolong dari staff hotel untuk mengangkatnya.

Pemandangan hotel dari kolam renang
Pemandangan dari angle sini pulak
Satu keistimewaan Hotel Richmond Pamukkale Thermal ialah ia mempunyai thermal pool tersendiri. Maklum sajalah, kan Pamukkale adalah kawasan thermal. Jadi memang befitting hotel ini memiliki kolam thermalnya sendiri. Selain kolam terbuka, ada juga disediakan family pool untuk mereka yang inginkan privacy bersama keluarga.

Kolam thermal di Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Nampak tak airnya berasap kat air terjun buatan ini? 
Testing suhu air panas kat kolam thermal
Di belakang hotel ini ada sebuah kawasan pertanian yang cantik. Ada ladang gandum dan juga ladang zaitun. Pemandangan sunset di sini memang awesome.

Kawasan pertanian di belakang hotel
Sunset di Pamukkale
Satu lagi pemandangan sunset yang indah
Masa mula sampai ke hotel, panik sikit bila kita tengok kedudukan hotel yang jauh dari bandar. Macam mana nak pergi dinner? Syukurlah yang rupa-rupanya pakej penginapan kami termasuk sekali breakfast dan dinner di hotel. Taklah susah hati nak berjalan jauh-jauh mencari restoran untuk dinner.

Restoran di Hotel Richmond Pamukkale Thermal
Dessert
Membuat Gozleme secara live
Gozleme
Pelbagai jenis manisan
Suka tengok dessert di hotel ini yang comel dan cantik-cantik. Rasanya pun not bad.
Salad
Dinner
Nasi tidak dilupakan
Pancake
Hidangan untuk breakfast
Pilihan breakfast kami

Part 60: Jalan-Jalan Dekat Hotel

Pada hari pertama di Pamukkale, kami mempunyai banyak masa terluang di sebelah petang. Maklum sajalah, kan sekarang tengah summer. Matahari terbenam lewat jadi kita gunakan kesempatan yang ada pada hari siang yang panjang ini untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki di sekitar hotel.

Bunga-bunga cantik di jalan masuk ke hotel
Hasrat di hati adalah nak melihat ladang lavender di simpang jalan besar nak masuk ke hotel. Sebelum sampai ke sana ketika berjalan dari hotel, terpandang pulak ladang Rosemary. Jadi kita singgah dulu melihat tanaman herba Rosemary ini dari dekat.

Ladang Rosemary. Bau tumbuhan Rosemary ini memang harum.
Excited tengok pokok Rosemary. Kalau kat Malaysia, kita cuma jumpa Rosemary yang dah dikeringkan dalam botol.
Berjalan lagi ke depan sana nak tengok ladang Lavender
Ladang Lavender
Kalau di musim bunga mesti penuh Lavender kat sini
Bergambar dengan pokok Lavender
Pemandangan pokok Lavender dari atas
Kalau tak salah ini pokok Oregano. Ditanam di sebelah Lavender.
Sewaktu balik ke hotel singgah pulak kat ladang gandum di tepi hotel. Ladang gandum ini nampak rata sebab hasilnya dah dituai. Mula-mula tertanya juga, betulkah ini ladang gandum? Excited bila terjumpa pokok gandum yang tak tertuai kat bucu ladang. Memang confirm ini ladang gandum!

Ladang gandum yang kelihatan rata setelah hasil dituai
Itu gandum ke lalang?
Confirm ini pokok gandum!
Tunggukan pula kisah kami naik Hot Air Balloon di Pamukkale...


Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022: