Jun 2022
TURKEY (2nd VISIT)
Ankara, Istanbul, Denizli & Pamukkale
Bahagian 12: Curi-Curi Jalan Istanbul 3
ISTANBUL OLD CITY & GRAND BAZAAR
HARI KELIMA (2)
Part 26: Istanbul Old City (Sultanahmet)
Encik Abdullah yang bersama dalam Business Trip kami akan pulang ke KL lebih awal kerana komitmen kerja. Dia kata dia nak shopping di Grand Bazaar sebelum pulang. Jadi Myself dan Siti ikutlah meneman dia pergi shopping di Grand Bazaar sambil-sambil kami pun nak shopping sama. Grand Bazaar terletak di pusat sejarah Istanbul yang dinamakan sebagai Sultanahmet di Old City. Inilah kawasan sebenar yang dirujuk sebagai Istanbul dalam buku-buku sejarah bila dibaca kisah mengenai penaklukan Constantinople (nama lama Istanbul) di zaman silam.
|
Hagia Sophia adalah antara mercu tanda terkenal di kawasan Sultanahmet |
|
Pemandangan di Dataran Sultanahmet berhampiran Hagia Sophia |
Kami berkunjung ke Sultanahmet pada satu waktu tengah hari. Disebabkan dah masuk waktu makan tengah hari, kami memutuskan untuk lunch terlebih dulu. Restoran pilihan kami adalah sebuah restoran Malaysia di Old City yang bernama Restoran Nur Muhammad.
|
Suasana di Old City |
|
Banyak bangunan bersejarah yang diperhatikan di sana-sini di Old City |
|
Satu lagi suasana di Istanbul Old City |
Istanbul adalah sebuah kota yang sangat kaya dengan sejarah. Ia pernah menjadi sebahagian dari jajahan Greece dan dinamakan Constantinople ketika itu sempena nama Raja Kristian Byzantine yang memerintah, Emperor Constantine. Ia kemudian ditakluk oleh pemerintah Ottoman yang membawa sinar Islam ke kota ini yang menukar namanya dari Constantinople ke Islambol. Bila masa beredar, nama Islambol ini bertukar menjadi Istanbul dan kekal sehingga ke hari ini.
Dalam kedua-dua kunjungan, hampir sejam kami menunggu hidangan. Pada kali pertama, kami tiba lebih kurang pukul 1 tengahari. Kami diberitahu makanan kami lewat sebab mereka lebih cater kepada group yang datang membuat tempahan. Okay, kami terima. Tapi pada kali kedua, kami datang jauh lebih awal. Itu pun dekat sejam juga baru dapat makanan. Kalau pengurusan Restoran Nur Muhammad membaca blog ini, buatlah sesuatu untuk improve service level itu. Bak kata Siti, kita patut datang ke restoran ini sebelum perut lapar sebab by the time dapat makanan, memang dah betul-betul lapar. Istanbul adalah destinasi popular di kalangan traveler dari Malaysia. Berilah juga perhatian kepada pengunjung yang datang tanpa group macam kami.
|
Nasi Ayam yang sedap |
|
Mee Goreng yang juga sangat sedap |
Sewaktu menunggu makanan yang lambat sampai itu, sempat juga bersembang dengan seorang pelancong asal Indonesia yang menetap di Germany. Dia datang ke restoran ini dengan pacarnya yang berbangsa Swiss. Kalau tengok gaya beliau dari luar, kami tak sangka dia orang Indonesia. Kagum juga dengan beliau kerana masih kental semangat Indonesia yang ada pada diri walaupun dah hampir 20 tahun bekerja dan menetap di Germany.
|
Matawang souvenir dari seluruh dunia yang dihadiahkan oleh pengunjung-pengunjung Restoran Nur Muhammad. |
|
First time Myself tengok matawang dari Kenya |
Part 28: Nuruosmaniye Mosque
Selepas makan, kami berkunjung ke Grand Bazaar yang sebenarnya tidak berapa jauh dari Restoran Nur Muhammad. Kalau naik Tramvay dari Sultanahmet, boleh turun di Stesen Beyazit - Kapalıçarşı untuk pergi ke Grand Bazaar.
|
Naik Tramvay ke Grand Bazaar |
|
Pemandangan dari dalam Tramvay |
|
Suasana di dalam Tramvay |
|
Grand Bazaar sangat besar. Kalau turun di Stesen Çemberlitaş ini pun boleh pergi ke Grand Bazaar, tapi jauh sikitlah kena berjalan berbanding kalau turun di Stesen Beyazit - Kapalıçarşı. |
Kalau naik Tramvay dan nak masuk ke Grand Bazaar menerusi Pintu No.1, kita kena turun di Stesen Çemberlitaş yang merupakan next station dari Sultanahmet kalau kita datang dari arah Hagia Sophia. Tapi kenalah berjalan sikit (tapi tak sejauh mana) nak menuju ke sana. Terus saja berjalan menuju ke Masjid Nuruosmaniye.
|
Stesen Çemberlitaş |
|
Laluan dari Stesen Çemberlitaş menuju ke Masjid Nuruosmaniye / Grand Bazaar |
Kalau nak masuk ke Grand Bazaar menggunakan Pintu No.1, memang kita kena masuk ke perkarangan Masjid Nuruosmaniye terlebih dulu.
|
Pintu masuk ke Masjid Nuruosmaniye |
Istanbul Lama dibina di atas 7 buah bukit. Mengikut keterangannya, Masjid Nuruosmaniye dibina di puncak bukit yang kedua. Tapi seriously, Myself rasa bukit-bukit ini dah tak boleh nak dibezakan dengan pembangunan yang ada sekarang. Pergilah ke mana-mana pun di Istanbul, memang kita kena memanjat dan menurun bukit. Nama asal masjid ini ialah Nur-u Osmanlı yang bermaksud The Divine Light of the Ottoman.
Pembinaan masjid ini dicadang oleh seorang Sultan Ottoman yang bernama Mahmut I untuk kemudahan beribadah umat Islam yang menjalankan perniagaan dan berurusan di sekitar Grand Bazaar. Menurut ceritanya, sewaktu Sultan Mahmut I baru bercadang nak membina masjid ini, dia telah bertemu dengan seorang tua yang alim yang memuji cadangan Sultan. Terkesan dengan pertemuan itu, Sultan Mahmut I menyegerakan pembinaannya. Malangnya baginda mangkat sebelum masjid ini siap dibina. Pembinaan Masjid Nuruosmaniye diteruskan dan disiapkan oleh adindanya yang bernama Sultan Osman III.
|
Masjid Nuruosmaniye |
|
Sejarah Masjid Nuruosmaniye |
|
Keterangan tentang Nuruosmaniye Social Complex |
|
Satu lagi pemandangan keseluruhan Masjid Nuruosmaniye |
|
Ada tangga masuk ke dalam masjid ini yang dibina kerana Masjid Nuruosmaniye terletak di atas puncak sebuah bukit. |
Part 29: Grand Bazaar
Grand Bazaar (dalam Bahasa Turki : Kapalıçarşı) adalah salah sebuah bazaar tertutup yang terbesar dan tertua di dunia. Pembangunannya dipelopori oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1455 di mana sewa dari kedai-kedai di dalam bangunan ini digunakan untuk membiayai penyelenggaraan Masjid Hagia Sophia ketika itu.
|
Pintu No.1 Grand Bazaar |
|
Pemandangan penuh Pintu No.1 Grand Bazaar |
Pasar ini mempunyai keluasan 54,000 meter persegi dengan 61 batang jalan yang tertutup. Ia juga mempunyai lebih 3,000 buah kedai di dalamnya. Tapi dari apa yang Myself perhatikan sewaktu shopping di sini ialah setiap pekedai selalunya mepunyai beberapa lot kedai lain di pelbagai penjuru Grand Bazaar. Kalau model barang yang kita nak beli tak ada di kedai, mereka akan meminta kita menunggu sambil mereka mengambil barang tersebut dari lot kedai mereka yang lain.
|
Pemandangan kedai-kedai di dalam Grand Bazaar berhampiran Pintu No.1 |
|
Cawangan bank di dalam Grand Bazaar |
Memang ramai rakyat Malaysia yang datang melawat ke Grand Bazaar setiap hari sehingga ramai di antara pekedai di sini boleh bertutur beberapa patah perkataan Melayu dengan kita.
|
Suasana di dalam Grand Bazaar |
|
Pekedai yang memakai kostum Ottoman untuk menarik pelanggan |
Myself bertuah kerana datang ke Grand Bazaar bersama Siti yang gemar shopping. Ada saja barang yang nak dibeli oleh Siti di setiap kedai yang kami singgah. Bagus juga begitu sebab sambil Siti shopping, pekedai selalu saja menawarkan kerusi kepada Myself untuk duduk. Sambil itu kita turut dijamu berbagai-bagai jenis teh buah free yang sedap yang diberi oleh pekedai sambil mereka melayan Siti. Macam-macam Myself cuba: Apple Tea, Peach Tea dan juga Pomegranate Tea.
|
Kedai Turkish Delight |
|
Meneman Siti shopping Turkish Delight |
Bangunan Grand Bazaar yang berumur beratus-ratus tahun ini memang kelihatan antik tetapi masih kukuh berdiri. Pada masa dahulu di awal penubuhannya, barang-barang yang sama dijual secara sekumpul setempat tetapi tidak lagi sekarang. Berbagai barangan dapat dilihat dijual di merata-rata tempat. Saiz pasar ini yang giant juga adalah disebabkan ia telah berkembang sejak beratus-ratus tahun dulu. Pasar ini juga pernah mengalami kerosakan teruk sewaktu gempa bumi yang berlaku pada tahun 1984 namun telah diperbaiki.
|
Bangunan Grand Bazaar yang antik |
|
Antique Market Old Bazaar |
|
Satu lagi pemandangan Antique Market Old Bazaar |
|
Tudung dan shawl |
Seperti juga kebanyakan tempat lain di dunia, Turkey dan Grand Bazaar turut terkesan sewaktu kemuncak pandemik Covid-19. Kami diberitahu kedai-kedai di Grand Bazaar turut ditutup selama 3 bulan ketika itu untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
|
Kedai pakaian |
|
Pelbagai barangan dijual di Grand Bazaar |
|
Sebuah lorong di Grand Bazaar |
Tawar-menawar adalah perkara wajib di Grand Bazaar. Pembelian boleh dibuat secara cash atau menggunakan kad. Kami perhatikan pekedai akan lebih mudah menurunkan harga kalau pembelian dibuat secara tunai. Kesimpulannya, bawalah duit cash berguni-guni kalau nak shopping murah di Grand Bazaar. Disebabkan Grand Bazaar juga sering menerima kunjungan pelancong dari Malaysia, ada juga kedai yang turut menerima urusniaga dalam Ringgit Malaysia.
|
Sesetengah kedai di Grand Bazaar turut menerima urusniaga dalam Ringgit Malaysia |
|
Barangan perak |
|
Kedai lampu |
|
Tudung dan shawl |
|
Tiang-tiang di tengah jalan begini adalah juga pemandangan biasa di Grand Bazaar |
|
Paip air minuman seperti ini sering dibina oleh Sultan-Sultan Ottoman di zaman dulu sebagai amal jariah. |
|
Kalau tak mahu membawa barangan seperti lampu ini balik sendiri ke Malaysia, pekedai di Grand Bazaar juga sedia menguruskan penghantaran melalui courier. |
Kita tengok lagi beberapa pemandangan yang sempat Myself capture di Grand Bazaar, Istanbul...
Sambil melihat-lihat barangan yang dijual, kita perhatikan juga senibina yang menarik di Grand Bazaar ini..
Banyak juga souvenir kecil menarik yang boleh dibeli di sini. Sesuatu yang sangat banyak dilihat di seluruh Turkey ialah Evil Eye. Evil Eye yang seperti mata berwarna biru ini digunakan secara tradisi sebagai tangkal untuk menghalang kemasukan semangat jahat ke dalam rumah kediaman. Oleh itu ia sering digantung di rumah, pejabat, kenderaan dan di mana-mana saja di Turkey pada masa dulu. Malah menurut ceritanya kadang-kala ia turut digantung pada leher kanak-kanak.
|
Evil Eye banyak dijual sebagai souvenir di seluruh Turkey |
|
Menjahit permaidani |
|
Pelancong dari seluruh dunia boleh dilihat di Grand Bazaar |
|
Gerai-gerai souvenir |
|
Carpet yang mahal pun ada dijual di Grand Bazaar |
|
Patung-patung wanita yang memakai pakaian tradisional Turkey |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN TURKEY (2nd VISIT) 2022: