Tuesday 20 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 19 (Sforza Castle)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 19 : Italy
MILAN (Sforza Castle)

HARI KELIMA (5)

Part 47: Sforza Castle

Memandangkan masih ada masa yang terluang selepas makan tengahari, kami membuat keputusan untuk melawat ke dalam Sforza Castle yang telah kita lawat dari luar pagi tadi.

Kembali ke Sforza Castle
Sforza Castle (Castello Sforzesco dalam Bahasa Itali) adalah sebuah kota pertahanan yang dibina di tengah-tengah kota Milan 26 tahun sebelum Milan Cathedral dibina. Sepanjang sejarahnya ia telah berkali-kali dibina, dimusnah dan dibina semula oleh 2 buah keluarga yang paling berpengaruh di Milan ketika itu: Visconti dan Sforza. Sforza Castle menjadi antara istana yang tercantik dan termewah di Eropah di bawah pemerintah Sforza yang terakhir di Milan ~ Ludovico il Moro. Istana ini mula ditinggalkan selepas beliau meninggal dunia. Malah ada cadangan untuk meruntuhkan istana ini pada kurun ke-19 dulu. Mujurlah ia tidak berlaku dan Sforza Castle terus tegak berdiri sehingga sekarang.

Sforza Castle
Dari pandangan hadapan, Sforza Castle mempunyai sebuah menara di tengah berbentuk empat segi yang dinamakan Torre del Filarete dan 2 buah menara bulat di penghujung kiri dan kanannya. Menara bulat di sebelah kanan dinamakan Torriane del Carmine manakala menara bulat di sebelah kiri pula dinamakan Torreano di Santo Spirito. 

Torre del Filarete dan menara bulat di sebelah kanan yang dinamakan Torriane del Carmine
Menara bulat di sebelah kiri Torre del Filarete ini pula dinamakan sebagai Torriane di Santo Spirito
Ada sebuah pancutan air yang menarik di depan Sforza Castle. Kalau datang ke sini dan tak masuk ke dalam sekali pun, pengunjung pasti akan bergambar dengan pancutan air ini untuk mengabadikan kenangan dengan Sforza Castle.

Pancutan air di depan Sforza Castle
Perlu berhati-hati ketika datang ke Sforza Castle kerana di depan istana ini ada beberapa orang Mamat Afrika yang berkulit gelap cuba menjual tali gelang kepada pengunjung. Mereka selalunya akan terus mengikat gelang ke tangan pengunjung yang tidak mengesyaki apa-apa dan terus meminta bayaran. Myself perhatikan pelancong yang ramai terkena adalah wanita Jepun kerana orang Jepun lazimnya baik-baik dan orang berperangai begini mungkin tidak pernah ada di negara mereka.

Mamat Afrika yang menjual tali gelang di depan Sforza Castle
Gerai menjual makanan ringan di luar Sforza Castle
Okey, dah puas menikmati pemandangan Sforza Castle dari luar, jom kita masuk ke dalam. Pintu masuk utama ke Sforza Castle adalah menerusi Porta Umberto (Umberto Gate) yang terletak di bawah menara Torre del Filarete. Tiada sebarang tiket dikenakan untuk pengunjung masuk melawat ke dalam.

Torre del Filarete
Menara Filarete ini bukanlah menara yang asal dibina di Sforza Castle. Menara asalnya meletup dan runtuh pada tahun 1521. Ia terjadi bila seorang tentera secara tidak sengaja menjatuhkan bahan pencucuh pada serbuk peledak yang tersimpan di dalam menara. Torre del Filarete kemudiannya dibina semula dan sebuah patung St. Ambrose yang merupakan patron saint of Milan turut diukir pada menara untuk memberkati sesiapa saja yang masuk ke dalam.

Porta Umberto di bawah Torre del Filarete
Porta Umberto (Umberto Gate)
Torre del Filarete (Filarete Tower)
Peta kota Milan pada masa dahulu
Sforza Castle terbahagi kepada 3 courtyard utama. Sebaik masuk ke dalam menerusi Filarete Tower, kita akan terus bertemu dengan sebuah dataran lapang di courtyard pertama yang dinamakan sebagai Square of Weapons. Ia dinamakan begitu kerana menjadi tempat tinggal tentera yang berjaga.

Square of Weapons
Menara tinggi di seberang Square of Weapons di sebelah sana adalah Tower of Bona of Savoy yang dinamakan sempena Duchess Kedua dinasti Sforza. Beliau menjadi balu selepas suaminya yang bernama Galeazzo Maria Sforza dibunuh dalam sebuah konspirasi pada penghujung tahun 1400-an dulu. Memang begitulah adat kehidupan keluarga yang kaya dan berpengaruh di seluruh dunia sejak zaman dulu-dulu ~ pasti tak terlepas dari konspirasi.

Tower of Bona of Savoy
Istana ini juga pernah ditakluk tentera asing dari Austria, France dan Spain. Bangunan di sekeliling Square of Weapons ini dulu pernah digunakan sebagai sebuah hospital sewaktu istana ini dikuasai oleh tentera Spanish.

Bangunan yang pernah digunakan sebagai hospital pada zaman dahulu
Torriane di Santo Spirito
Satu lagi pemandangan Torriane di Santo Spirito dari Square of Weapons
Selepas dah melawat Square of Weapons, kita pergi pula melawat ke courtyard kedua yang dinamakan Rocchetta Courtyard. Kita masuk ke sana menerusi pintu yang dinamakan sebagai Porta Giovia (Jupiter Gate) di sebelah Tower of Bona of Savoy tadi.

Menuju ke Porta Giovia di sebelah kanan Tower of Bona of Savoy
Berlindung dari cahaya matahari di bawah vineyard yang menarik di depan Tower of Bona of Savoy
Papan keterangan mengenai penaklukan Sforza Castle oleh Tentera Austria
Patung St. Ambrose di depan Porta Giovia
Papan keterangan mengenai Porta Giovia (Jupiter Gate)
Gambaran Sforza Castle pada masa dahulu
Rocchetta Courtyard adalah kawasan yang paling kebal di dalam Sforza Castle. Di sinilah Duke of Milan akan berlindung sekiranya Sforza Castle diserang. Ia dikelilingi sebuah moat yang telah dikeringkan pada masa sekarang.

Moat yang mengelilingi Rocchetta Courtyard
Peluru meriam yang masih tertinggal di dalam moat
Pemandangan di dalam Rocchetta Courtyard
Castellana Tower di dalam Rocchetta Courtyard menyimpan harta berharga milik Duke of Milan pada masa dahulu.
Masih pemandangan di dalam Rocchetta Courtyard
Ukiran pada dinding di dalam Rocchetta Courtyard
Rocchetta Courtyard juga dikelilingi bilik-bilik kecil yang digunakan bagi tujuan pertahanan
Pemandangan dekat  ruang pertahanan di dalam Rocchetta Courtyard. Dari sinilah pemanah akan melepaskan anak panah mereka dari busur untuk menyerang musuh di luar.
Courtyard ketiga di dalam Sforza Castle yang dinamakan Ducal Court adalah tempat kediaman Duke of Milan bersama keluarga mereka. 

Pengunjung-pengunjung ke Ducal Court
Ducal Court
Ducal Court adalah kediaman Duke of Milan dan keluarganya pada masa dahulu
Satu lagi pemandangan di dalam Ducal Court
Banyak ruang di dalam bangunan Ducal Court ini digunakan sebagai muzium sekarang. Disebabkan tak banyak masa yang tinggal sebelum waktu berkumpul semula, kami tak melawat ke dalam muzium ini.

Sebuah ruang di dalam Ducal Court yang telah dijadikan muzium. Kita perlu membeli tiket untuk melawat ke dalam muzium.
Kafetaria di Ducal Court
Bekas kolam pancutan air di dalam Ducal Court
Walkway di sekeliling Ducal Court
Hiasan pada siling walkway sekitar Ducal Court
Pemandangan bangunan sekitar Ducal Court yang telah dijadikan muzium
Pintu keluar dari Ducal Court
Coat of Arm keluarga Sforza
Dari Ducal Court, kami terus berjalan menuju ke pintu belakang Sforza Castle yang dinamakan Porta del Barcho (Barcho Gate).

Menuju ke Porta del Barcho dari Ducal Court
Dungeon
Laluan menuju ke Dungeon di bawah Porta del Barcho
Porta del Barcho
Pemandangan di luar Porta del Barcho
Moat
Di luar bahagian belakang Sforza Castle ini ada sebuah taman awam yang dinamakan Parco Sempione (Sempione Park). 

Parco Sempione di belakang Sforza Castle
Parco Sempione
Laluan menuju ke Parco Sempione dari Sforza Castle
Sebuah mercu utama di taman ini yang dinamakan Peace Arch dapat dilihat dari luar Porta del Barcho. Arca ini dibina oleh Napoleon sewaktu pemerintahan singkatnya di Italy dengan mengambil ilham dari Arc du Triomphe di Paris. Arca ini sebenarnya dibina di permulaan jalan Corso Sempione yang menyambungkan Milan dengan Paris. Laluan yang dibina menerusi Simplon Pass ini ketika itu dirancang untuk digunakan oleh Napoleon bila dia berkunjung ke Milan.

Peace Arch di Parco Sempione
Peace Arch dibina oleh Napoleon dengan mengambil ilham dari Arc du Triomphe di Paris
Patung di puncak Peace Arch melambangkan seorang Dewi sedang mengemudikan 6 ekor kuda.
Pokok rendang untuk berteduh di Parco Sempione
Pemandangan menghala ke Sforza Castle dari Parco Sempione
Pemandangan Sforza Castle menghala ke sebelah sana pula
Masuk semula ke Sforza Castle melalui Porta del Barcho
Pengunjung-pengunjung yang melawat tembok pertahanan Sforza Castle
Masa mencemburui dan dah tiba masa untuk kami kembali ke tempat berkumpul yang ditetapkan untuk meninggalkan Milan. Itu bermakna dah tiba juga masa untuk kami meninggalkan Sforza Castle.

Kembali ke Square of Weapons di bahagian hadapan Sforza Castle
Square of Weapons
Potret Duke of Milan
Menuju ke Filarete Tower untuk meninggalkan Sforza Castle

Part 48: Hotel Ibis Milano Malpensa

Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di restoran Istanbul Kebap Pizzeria berhampiran Merchant's Square tadi. Maka ke sanalah kami melangkah selepas meninggalkan Sforza Castle.

Meninggalkan Sforza Castle
Stesen Tram berhampiran Sforza Castle
Tram di Largo Carioli
Melalui Via Dante untuk kembali ke Merchant's Square
Hard Rock Cafe di Via Dante
Kedai Ais Kerim Venchi
Macam sedap je ais kerim yang dijual di Venchi ini sebab sentiasa ada ramai orang yang beratur nak membelinya
Lorong di Merchant's Square menuju ke Istanbul Kebap Pizzeria
Istanbul Kebap Pizzeria
Jalan besar di depan Istanbul Kebap Pizzeria
Tram pipih berhenti di depan Istanbul Kebap Pizzeria
Selepas semua ahli Grup dah berkumpul, Amar memimpin kami berjalan menuju ke tempat bas menunggu. Cekap sungguh dia berjalan, tahu je lorong dan ceruk mana nak dituju. Dah macam kampung dia je bandar Milan ini.

Bas mengambil kami di sini
Dari sini kami bergerak menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di pinggir bandar Milan.

Naik bas menuju ke hotel
Ciao, Milano!
Hotel penginapan kami pada malam ini adalah Hotel Ibis Milano Malpensa. Dari namanya pun kita dah tahu yang ia terletak berdekatan dengan Milan Malpensa Airport di mana kita mula menjejakkan kaki ke Italy 3 hari lepas.

Hotel Ibis Milano Malpensa
Masuk ke dalam hotel
Hotel Ibis Milano Malpensa
Mini Bar di lobi hotel
Menunggu nak check-in ke bilik
Amar sedang menguruskan pendaftaran bilik kami
Kunci bilik kami
Biasalah kalau hotel Ibis di mana-mana juga, biliknya memang kecil. Kami mendapat bilik connecting room, jadi tak sound proof sangat dengan bilik di sebelah. Couple Italian kat bilik sebelah pulak bergaduh meninggi-ninggi suara. Nasib baiklah mereka bergaduh tak berpanjangan bila seorang keluar bilik sambil hempas pintu. Terus aman damai selepas itu...

Bilik penginapan
Toilet
Shower
Toiletries di Hotel Ibis Milano Malpensa
Dinner malam ini yang merupakan malam terakhir kami di Italy adalah set Nasi Ayam Penyet yang sedap. Alhamdulillah...

Ayam Penyet dengan Udang Goreng yang sedap untuk dinner malam ini


Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: