Saturday 10 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 14 (Rialto)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 14 : Italy
VENICE (Rialto Bridge & San Giacomo di Rialto)

HARI KEEMPAT (4)

Part 34: Rialto Bridge

Selepas dah naik Gondola, kami macam dah tak ada apa lagi nak dibuat di Venice. Jadi kami membuat keputusan untuk bergerak saja ke arah Rialto Bridge kerana tempat pertemuan yang ditetapkan untuk meninggalkan Venice kelak adalah di sana.

Berjalan menuju ke arah Grand Canal
Lorong-lorong kecil menghala ke arah Grand Canal
Batu-bata panjang yang digunakan pada bangunan-bangunan di Venice. Batu seperti ini juga boleh dilihat pada bangunan-bangunan lama yang dibina oleh Belanda di Melaka
Akhirnya kami tiba di Grand Canal berhampiran Rialto Bridge. Grand Canal adalah terusan utama di Venice yang mempunyai kelebaran di antara 30 - 70 meter. Bahagian terusan berhampiran Rialto ini adalah bahagian terusan yang paling sempit.

Pemandangan Grand Canal berhampiran Rialto Bridge
Perhentian Water Taxi
Kawasan terusan berhampiran Rialto Bridge ini adalah bahagian Grand Canal yang paling sempit ~ sekitar 30 meter.
Kemudian kita lihat pula kedai-kedai yang berada di sekitar Rialto Bridge. Kawasan berhampiran Rialto Bridge ini adalah antara kawasan yang terawal dibangunkan di Venice. Di sinilah letaknya Rialto Market yang dibangunkan pada kurun ke-11 Masehi. Sutera, rempah dan batu-batu permata adalah antara barangan dagangan utama yang diniagakan di sini pada masa dahulu.

Selain pasar perniagaan, aktiviti gudang dan perusahaan turut berpusat di sini pada ketika itu. Pihak berkuasa Venice turut menempatkan pusat-pusat kewangan di dalam Palazzo dei Camerlenghi dan Palazzo dei Dieci Savi. Palazzo dei Camerlenghi turut mempunyai sebuah penjara untuk menghukum pedagang yang gagal membayar hutang.

Pemandangan kedai-kedai di sekitar Rialto Bridge
Kawasan ini adalah antara kawasan yang terawal dibangunkan sebagai pusat perdagangan di Venice.
Water Taxi yang boleh disewa untuk membawa kita ke mana-mana lokasi yang diingini di Venice
Pemandangan bangunan di seberang Grand Canal
Rumpai air
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Disebabkan masih ada banyak masa yang terluang, kami membuat keputusan untuk naik ke Rialto Bridge dan menyeberang ke sebelah sana. Kita tengok-tengok apa yang ada di seberang sana pulak.

Rialto Bridge
Jom kita naik menyeberang Rialto Bridge...
Laluan naik ke Rialto Bridge ada kat depan sana
Rialto Bridge kini telah pun berusia lebih 400 tahun. Ia direka oleh seorang pereka dari Venice yang bernama Antonio da Ponte. Kepanjangan jambatan ini adalah kira-kira 60 meter. Kelebarannya 9 meter dan ketinggiannya 7.5 meter.

Pada asalnya jambatan ini dibina dari kayu. Namun disebabkan ia kerap runtuh, pihak berkuasa Venice membuka satu pertandingan untuk mencipta jambatan baru pada tahun 1551 yang disertai oleh ramai pereka terkemuka ketika itu termasuklah Michelangelo. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Antonio da Ponte yang mereka jambatan menggunakan marmar. 

Jambatan Rialto mempunyai kepanjangan 60 meter dan ketinggian 7.5 meter.
Kafe di tepi jambatan
Rialto Bridge direka menyerupai jambatan yang asal. Ia mempunyai 2 buah ramp yang bertemu di sebuah central portico yang dibina tinggi untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya.

Pembinaan Rialto Bridge memakan masa 3 tahun. Pembinaannya dibiayai melalui jualan tiket loteri. Tiket loteri dijual pada harga 2 Crown dan hadiahnya yang ditawarkan pula bernilai 100,000 Crown.

Sewaktu pembinaannya, ramai yang menyangka jambatan ini akan runtuh seperti jambatan-jambatan yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi kerana ia dibina menggunakan batu marmar yang berat. Namun ternyata ia masih kekal berdiri sehingga ke hari ini.

Tangga di atas Rialto Bridge
Pemandangan bila berpaling ke belakang sewaktu naik Rialto Bridge
Pemandangan kapal yang lalu di bawah jambatan
Kedai-kedai di tepi jambatan menghala ke San Marco
Grand Canal
Kesibukan di Grand Canal
Ponte di Rialto adalah di antara beberapa jambatan di dunia yang dibarisi kedai-kedai di atasnya. Secara keseluruhan, ia mempunyai 24 lot kedai. Kedai-kedai ini bersaiz kecil dan kebanyakannya hanya menjual cenderamata. Kedai-kedai ini direka oleh Antonio dan Tommaso Contin yang kedua-duanya adalah cucu kepada Antonio da Ponta pada tahun 1458 sewaktu datuk keduanya mereka struktur jambatan. Disebabkan lokasinya yang strategik, sewa kedai di atas jambatan ini adalah yang termahal di Venice ketika itu. Tradisi ini masih berterusan sehingga ke hari ini.

Naik tangga di atas Jambatan Rialto
Lot kedai di tengah jambatan
Pemandangan di tengah jambatan

Gerbang di puncak Rialto Bridge
Plak penghargaan
Pemandangan bahagian di Venice yang kurang glamour dari Rialto Bridge
Pemandangan yang kurang glamour ini menghala ke arah Tronchetto
Tangga turun ke seberang di atas Rialto Bridge
Nun berjalan menaiki Rialto Bridge
Pemandangan di seberang sana Rialto Bridge
Pengunjung di seberang sana Rialto Bridge
Menara loceng Gereja San Giovanni Elemosinario
Menara loceng gereja
Jom kita turun ke bawah sana...
Kedai-kedai di atas Rialto Bridge
Nama jambatan
Bendera

Part 35: Campo San Giacomo di Rialto

Dataran yang terletak di seberang sana Rialto Bridge ini dinamakan sebagai Campo San Giacomo di Rialto sempena nama sebuah gereja yang berdiri di situ.

Penghujung Rialto Bridge berhampiran Campo San Giacomo di Rialto
Penghujung Rialto Bridge
Rialto Bridge
Campo San Giacomo di Rialto
Kedai-kedai cenderamata di Campo San Giacomo di Rialto
Gereja San Giacomo di Rialto yang berdiri di Campo San Giacomo di Rialto adalah gereja yang tertua di Venice. Menurut ceritanya tarikh pengisytiharan gereja ini pada 25 Mac 421 adalah tarikh yang sama dengan pengisytiharan bandar Venice. Menjadi adat Doge of Venice pada masa dahulu untuk melawat ke gereja ini pada setiap perayaan Holy Thursday.

Church of San Giacomo di Rialto
Menurut keterangan ini, tangan kanan St. James The Apostle disimpan di dalam gereja ini.
Pemandangan menara loceng dan kubah gereja
Gereja ini juga terkenal dengan bentuk menara locengnya yang agak luar biasa di Venice. Muka jam pada menara ini juga luar biasa kerana ia menujukkan kitaran waktu 24 jam dan bukan 12 jam seperti jam-jam yang lain. Kitaran waktunya bermula pada pukul 6 petang kerana pengiraan permulaan hari yang konvensional di Itali bermula dari waktu senja (macam pengiraan permulaan hari dalam Islam yang bermula dari waktu Maghrib). Kerana itulah tidak seperti muka jam lain yang menunjukkan pukul 12 di bahagian atas, jam ini menunjukkan waktu XVIII (6 pm) di bahagian atas.

Bentuk menara loceng Gereja San Giacomo di Rialto yang sangat luar biasa di Venice
Loceng gereja
Muka jam yang unik ini mempunyai kitaran waktu 24 jam dengan permulaan hari dikira pada pukul 6 petang.
Fountain di depan gereja
Pemandangan fountain dengan lebih dekat
Ukiran pada paip air fountain
Bumbung gereja yang dibuat dari kayu
Gereja ini telah berusia 1,600 tahun pada tahun 2021
Salib kayu yang dipasang pada dinding luar gereja
Bergambar kenangan di Campo San Giacomo di Rialto, Venice
Selepas dah melawat gereja dari luar, kita tengok pula bangunan-bangunan lain di sekeliling Campo San Giacomo di Rialto. Bangunan di sini memang nampak sangat-sangat lama. 

Suasana bangunan di sekeliling Campo San Giacomo di Rialto
Siling di walkway bangunan yang dihiasi dengan lukisan
Lukisan pada siling walkway
Satu lagi lukisan pada siling walkway
Bangunan antik
Semua kedai di bangunan antik ini masih digunakan sehingga sekarang
Ada sebuah patung lelaki berbogel yang duduk menjongkok di sini. Patung yang dinamakan Il Gobbo di Rialto (Hunchback of the Rialto). Pelantar kecil di atas patung ini adalah tempat di mana pengumuman-pengumuman rasmi dibuat pada masa dahulu. 

Pada masa dulu juga ada sejenis hukuman yang dikenakan bagi pelaku-pelaku kesalahan kecil di mana mereka akan dipaksa berlari sambil berbogel di khalayak ramai dari San Marco sehingga ke patung Il Gobbo di Rialto ini. Pesalah juga perlu mencium patung Il Gobbo di Rialto untuk menandakan mereka telah selesai menjalani hukuman.

Patung Il Gobbo di Rialto (Hunchback of the Rialto)
Patung yang telah dimamah usia ini telah diperbaiki menggunakan dana awam pada tahun 1836. Pelantar di atas patung ini adalah tempat di mana pengumuman-pengumuman rasmi dibuat.
Tangga naik ke pelantar di belakang patung Il Gobbo di Rialto
Seperti juga tempat-tempat tumpuan pelancong yang lain di Venice, Campo San Giacomo di Rialto juga dikelilingi kedai-kedai cenderamata. Seperti juga di Pisa dan di Tronchetto, kebanyakan kedai ini dijaga oleh Abang-abang Bangla yang dah pasti akan ada seorang-dua yang boleh bercakap Melayu. 

Kedai-kedai souvenir
Tourists
Kita lihat-lihat souvenir yang dijual di sini...

Duduk-duduk sambil minum kopi dan berbual-bual adalah juga satu favourite pastime di Venice. Disebabkan sekarang macam dah dikira musim panas, ada banyak kafe-kafe terbuka yang beroperasi di sana-sini.

Dah hampir tiba masa untuk berkumpul semula. Marilah kita naik Rialto Bridge untuk menyeberang balik ke sebelah sana...

Menuju semula ke Rialto Bridge
Memang mencabar berjalan di Venice kerana sentiasa ada anjing-anjing kecil begini yang dibawa berjalan bersama oleh tuan mereka. Selalu saja kita hampir nak bersentuh dengan mereka di tengah jalan.
Kecil comel saja anjingnya...
Pemandangan dari Rialto Bridge menghala ke Campo San Giacomo di Rialto
Seekor lagi anjing comel yang bersiar-siar dengan tuannya
Tangga naik di Rialto Bridge
Sekuntum mawar merah yang tertinggal di atas Rialto Bridge. Rasanya ada satu upacara agama Kristian sedang berlangsung di Venice pada masa ini sebab memang ramai perempuan yang kami lihat membawa bunga ros hidup.
Selamat menyeberang ke sebelah sini.
Dekat sini ada sebuah kedai souvenir yang menarik. Antara yang dijual ialah baju-baju belang yang dipakai oleh pendayung-pendayung gondola. Sematkan dalam fikiran ~ kalau nak datang ke Venice jangan pakai baju belang-belang macam ini kalau tidak mahu disalah anggap sebagai pendayung gondola. Hahaha!

Uniform pendayung gondola yang dijual sebagai souvenir
Disebabkan masih ada masa, kita cuba makan gelato dulu di Venice. Gelato buah-buahan yang dijual memang sedap.

Mencuba gelato di Venice
Satu cup kecil gelato dijual pada harga Euro 2 (RM 10).
Manisan
Gelato yang kami beli...
Dekat Rialto Bridge ini juga ada sebuah Hard Rock Cafe tapi lupa nak ambil gambar. Venice mempunyai 2 buah Hard Rock Cafe. Satu terletak di sini berhampiran Rialto Bridge dan satu lagi terletak dekat dengan Piazza San Marco. Untuk mengabadikan memori, kita pakai sajalah gambar yang jumpa kat internet...

Hard Rock Shop di penghujung Rialto Bridge

Part 36: Kembali Ke Tronchetto

Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di tepi monumen Giuseppe Mazzini dekat Stesen Vaporetto Rialto.

Menunggu ahli-ahli Grup berkumpul
Testing kekuatan Italian Marble
Giuseppe Mazzini adalah salah seorang ahli politik yang memperjuangkan penyatuan negara Italy
Selepas semua ahli Group dah berkumpul, kami menaiki Vaporetto (Water Bus) kembali ke Tronchetto.

Menunggu Vaporetto di Stesen Rialto
Tiket Vaporetto ~ pandangan hadapan
Tiket Vaporetto ~ pandangan belakang
Masuk beramai-ramai ke dalam Vaporetto
Vaporetto
Pemandangan di dalam Vaporetto
Kota Venice kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang indah...

Rialto Bridge
Chiesa Santa Maria di Nazareth
Goodbye, Venice.
Tiba di Stesen Vaporetto Tronchetto Mercado
Berjalan ke tempat parking bas

Part 36: Hotel Crowne Plaza Venice

Dari  Tronchetto, kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami, Hotel Crowne Plaza yang terletak di tanah besar Venice.

Meninggalkan Tronchetto
Perjalanan dari Tronchetto ke tanah besar melalui Liberty Bridge sekali lagi.

Pemandangan kota Venice di kejauhan
Keretapi menghala ke Stesen Venezia Santa Lucia
Banyak keretapi berulang-alik ke sini
Laut Mediterranean
Menikmati pemandangan dari dalam bas
Sungai
Hotel Crowne Plaza Venice terletak di sebuah kawasan bernama Quarto D'Altino kira-kira 30 minit perjalanan dari kota Venice. Dalam banyak-banyak hotel penginapan kami di Italy dan Switzerland, bilik hotel inilah yang paling luas dan selesa. Wifi di sini juga sangat laju.
 
Hotel Crowne Plaza Venice
Crowne Plaza
Membawa beg masuk ke hotel
Pokok Bonsai di depan hotel
Masuk ke dalam hotel
Lobi hotel
Tak seperti hotel-hotel penginapan kami yang lain, ada kettle disediakan di dalam bilik. Selain dari itu, ada air minuman serta teh dan kopi percuma disediakan. Jarang nak jumpa hotel di Europe yang pemurah macam ini.

Bilik penginapan kami
Ada kettle disediakan di dalam bilik
Air minuman serta teh dan kopi percuma juga disediakan
Toilet
Shower dan bathtub
Toiletries
Kedudukan hotel ini walau bagaimanapun terletak di dalam sebuah kawasan perumahan.

Pemandangan dari bilik hotel kami
Dinner kami pada malam ini juga disediakan oleh katering dari luar dan dihantar ke bilik. Memang berselera dapat makan makanan Melayu yang sedap malam-malam begini.

Dinner
Nyumm nyumm... Jemput makan...


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: