Monday 12 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 15 (Venice - Milan)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 15 : Italy
VENICE - MILAN

HARI KELIMA (1)

Part 37: Suasana Pagi Di Hotel Crowne Plaza Venice

Disebabkan ada banyak group yang menginap di Hotel Crowne Plaza Venice, hotel menetapkan waktu breakfast bagi setiap kumpulan. Breakfast bagi kumpulan kami bermula pada pukul 7 pagi. Selagi tak sampai time yang ditetapkan, kita tak dibenarkan masuk ke restoran walaupun awal beberapa minit.
 
Pintu masuk ke restoran. Ada display jadual penerbangan secara live di Venice Marco Polo Airport di hotel ini.
Suasana di dalam restoran di Hotel Crowne Plaza Venice
Head Waiter di restoran ini adalah seorang Abang Bangla yang pernah bekerja 5 tahun di Petaling Jaya, katanya. Walaupun dah ingat-ingat lupa Bahasa Melayu, dia sangat ramah dan banyak membantu menunjukkan apa yang Halal dimakan dalam buffet breakfast yang disediakan. Memang ramai betul Bangla yang bekerja di Italy, macam di Malaysia juga.

Abang Bangla yang bertugas sebagai Head Waiter di sini pernah bekerja di Petaling Jaya, Malaysia selama 5 tahun.
Hidangan breakfast yang tipikal untuk kami
Memandangkan ada waktu yang terluang selepas breakfast, kami bersiar-siar di luar. Hotel ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang bernama Quarto d'Altino. Memandangkan hari ini adalah hari bekerja, kami dapat melihat kesibukan suasana pagi penduduk keluar bekerja dan juga pelajar-pelajar berjalan ke sekolah.
 
Hotel Crowne Plaza Venice
Satu lagi pemandangan Hotel Crowne Plaza Venice
Kawasan perumahan di depan hotel
Kawasan perumahan ini bernama Quarto d'Altino
Berjalan-jalan di Quarto d'Altino
Berjalan menuju ke sekolah
Sesuatu yang menarik tentang Hotel Crowne Plaza Venice ini juga ialah ia terletak betul-betul di sebelah Stesen Keretapi Quarto d'Altino.

Pemandangan Stesen Keretapi Quarto d'Altino dari Hotel Crowne Plaza Venice
Satu lagi pemandangan Stesen Keretapi Quarto d'Altino dari Hotel Crowne Plaza Venice
Pintu masuk pejalan kaki ke Stesen Keretapi Quarto d'Altino
Keretapi tiba di Quarto d'Altino
Tiba masa yang ditetapkan kami kembali ke hotel untuk check-out. Perjalanan kami pada hari ini adalah menuju ke kota Milan. Disebabkan jalan di depan hotel sangat sempit untuk dimasuki bas, kami terpaksa membawa bagasi kami ke tepi jalan besar. Kata Tour Leader kami yang bernama Amar, pemandu bas kami yang bernama Vinco cukup kagum sebab group kami sangat menepati waktu. Jarang sungguh dapat jumpa dengan group seperti kami, katanya.

Bersedia nak check-out dari hotel
Registration Counter
Lobi hotel
Membawa bagasi ke tepi jalan besar

Part 38: Menuju Ke Milan

Kami memulakan perjalanan dari Venice menuju ke Milan pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan dijangka memakan masa 3 jam. Suhu pada pagi ini sewaktu kami memulakan perjalanan adalah 19'C.

Memulakan perjalanan ke Milan
Kawasan perindustrian
Arah ke Milan (disebut Milano dalam Bahasa Itali)
Menuju ke lebuhraya
Masuk ke lebuhraya
Perkampungan di puncak gunung
Lagi perkampungan di puncak gunung
Perjalanan dari Venice ke Milan adalah melalui sebuah wilayah yang dinamakan Venetto. Wilayah ini bersama Tuscany dan Piedmont terkenal sebagai kawasan penghasilan wain utama di Italy. Oleh yang demikian pemandangan yang banyak dilihat sepanjang perjalanan di sini adalah ladang-ladang anggur.

Sejenis arak terkenal dari Wilayah Venetto adalah Grappa yang merupakan fragrant, grape-based pomace brandy mengandungi 35 - 60 % kandungan alkohol. Grappa dibuat dari sisa-sisa lebihan anggur pembuatan wain sebenar.

Mengikut sejarahnya, wain telah dihasilkan di Italy sejak 4,000 tahun dahulu. Tetapi Italy bukanlah tempat asal penghasilan wain. Wain yang pertama dibuat dari anggur liar di Greece. Ia diperkenalkan ke Italy oleh orang-orang Greek yang datang ke negara ini pada kurun ke-8 Masehi. Italy seterusnya menjadi terkenal sebagai negara pengeluar wain selepas tentera Rome memperkenalkan minuman ini ke seluruh tanah jajahan mereka.

Minum wain kini telah sebati dalam budaya Itali. Jika meminum wain dianggap sebagai satu bentuk kemewahan di tempat lain di dunia, ia adalah minuman seharian di negara ini.

Musim bunga bermula dari bulan Mac sehingga ke Mei seperti ketika kami berada di Italy ini adalah musim untuk menanam anggur. Buah anggur yang ditanam akan dituai pada bulan September dan Oktober.

Milan yang menjadi destinasi kami hari ini adalah kota kedua terbesar di Italy. Ia adalah juga sebuah pusat perindustrian utama di negara tersebut. Maka tidak hairanlah apabila pemandangan kilang-kilang perindustrian semakin banyak muncul bila kami menghampiri Milan. Apa yang menarik ialah pemandangan kilang-kilang perindustrian ini sentiasa berselang-seli dengan ladang-ladang anggur.

Selepas 2 jam perjalanan, bas membuat perhentian di R&R San Giacomo Nord di Brescia. Di sini ada sebuah kedai yang bernama Chef Express.

Membuat perhentian di R&R
Welcome to San Giacomo Nord
Restoran di Chef Express
Roti untuk jualan
Snacks dan minuman
Minuman dan pelbagai sandwich
Snack sayur yang sangat sedap
Antara barang untuk jualan yang sering kami lihat setiap kali singgah di R&R adalah Pasta. Macam-macam jenis pasta ada dijual. Pasta adalah makanan tradisi orang -orang Itali. Ia telah dibawa ke Italy oleh penakluk Arab ke Sicily pada kurun ke-8 Masehi. Pasta kini telah mengalami berbagai evolusi dan muncul dalam lebih 350 bentuk pada masa sekarang.

Pasta yang berwarna-warni untuk jualan.
Antara pasta yang menarik perhatian kami ialah Spaghetti al Nero di Seppia (Black Squid Pasta) yang berwarna hitam. Spaghetti ini berwarna hitam kerana ia dicampur dengan dakwat sotong dan ia adalah makanan istimewa di Italy. Disebabkan kami tak berkesempatan untuk mencubanya sewaktu di Italy, kita belilah sebungkus untuk dimasak sendiri di Malaysia nanti.

Spaghetti al Nero di Seppia (Black Squid Pasta) yang berharga Euro 4 (RM 20) sebungkus.
Husband menunjukkan hasil belian di Chef Express
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Milan dengan melalui kawasan-kawasan pertanian dan perindustrian.


Bangunan-bangunan industri semakin banyak muncul dalam pandangan sekarang...

Kilang batu marmar
Satu lagi pemandangan kilang batu marmar yang sama
Kilang steel pipe Tenaris Dalmine
Masih pemandangan kilang Tenaris Dalmine
Kilang pemprosesan makanan
Devero Hotel
Tak tahu kilang apa ni...
Lebuhraya
Menuju ke arah Milan
Kami akhirnya tiba di Milan pada pukul 12 tengah hari. Sejak dari di pinggir bandaraya lagi, kami dapat memerhatikan bangunan-bangunan moden yang membentuk sebahagian dari kota ini. Tidak seperti Rome yang terkenal sebagai bandaraya bersejarah, Milan mewakili kota yang moden di Italy.

Tiba di Milan
UCI Cinemas
Bangunan moden di Milan
Milano Convention Center
Generali Tower yang juga membentuk sebahagian dari Milan Convention Center
Garegnano Charterhouse yang juga dikenali sebagai Milan Charterhouse
Milan Charterhouse ini adalah sebuah monastery
Showroom BMW


Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: