Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 24 : Switzerland
RÜMLANG - ENGELBERG
HARI KETUJUH (1)
Part 57: Pagi Di Rümlang
Selamat Pagi, Rümlang! Kita mulakan hari ini dengan satu aktiviti special ~ makan Mee Maggi. Memang sedap dan nikmat dapat makan Mee Maggi sewaktu di oversea di awal-awal pagi begini. Walaupun Myself saja yang sebenarnya makan Mee Maggi dan Husband makan Mee Ramyun dari Korea, anggap sajalah semuanya sebagai Mee Maggi. Kita kan Malaysian, suka generalise semua benda mengikut brand yang pertama diperkenalkan di negara kita. Macam semua ubat gigi yang dipanggil colgate tak kira apa brand yang dipakai.
|
Makan mee segera di awal pagi |
|
Mee Maggi ~ cepat dimasak, sedap dimakan. |
Lepas makan Maggi, kita tengok pemandangan Rümlang di luar bilik.
|
Mentari terbit di bumi Switzerland |
|
Pemandangan di luar balkoni |
|
Rumah kediaman |
|
Jambatan pejalan kaki |
Sarapan di Jet Hotel bermula pada pukul 7 pagi. Walau dah makan Maggi di bilik pagi tadi, kami tetap turun breakfast sebab nak makan croissant yang sedap di restoran.
|
Restoran di Jet Hotel |
|
Reception Counter di tepi restoran |
|
Kedai Buku dan Mini Bar |
|
Pemandangan Hotel Jet di awal pagi |
|
Public bus |
Memandangkan masih ada banyak masa, kami berjalan menuju ke Pedestrian Bridge berhampiran yang dapat dilihat dari balkoni bilik kami.
|
Pedestrian Bridge |
|
Pemandangan ke arah bandar Rümlang dari tepi Pedestrian Bridge |
|
Pemandangan Pedestrian Bridge dari sisi |
|
Nama rasmi Pedestrian Bridge ini adalah Rumilobrugg |
|
Pintu masuk ke kawasan perumahan berhampiran |
Kita naik ke atas jambatan untuk melihat pemandangan dari sana...
|
Naik ke atas Rumilobrugg |
|
Berbasikal di Rumilobrugg |
|
Pemandangan ke arah hotel |
|
Close-up pemandangan Jet Hotel dari Rumilobrugg |
|
Pemandangan ke arah bandar Rümlang dari atas jambatan |
Runway Zürich Airport terletak di penghujung jambatan ini. Sewaktu berdiri di atas jambatan, kita dapat melihat pemandangan beberapa pesawat yang berlepas ke destinasi masing-masing pada pagi ini.
|
Pesawat Swissair yang terbang meninggalkan Zürich |
|
Pesawat Air Baltic dari Latvia
|
|
Bergambar kenangan di Rumilobrugg sambil melihat pesawat berlepas dari Zürich Airport |
Dah puas bersiar, kami kembali semula ke hotel untuk membuat persiapan bagi perjalanan yang seterusnya.
|
Berjalan kembali menuju ke hotel |
|
Husband bergambar kenangan dengan pemandu bas bernama Vinco yang berasal dari Slovenia. Senang nak ingat nama dia sebab bunyi macam supermarkat Bingo yang sering kami singgah di Bosnia-Herzegovina dulu. |
|
Tiba balik di Jet Hotel |
Part 58: Perjalanan Ke EngelbergDestinasi perjalanan kami pada hari ini adalah Mount Titlis. Disebabkan kemuncak Mount Titlis masih bersalji walau di musim spring begini, terpaksalah kita bersiap dengan memakai winter wear.
|
Bersiap nak pergi ke Mount Titlis. Nasib baik baju winter masih muat selepas terperap dalam almari selama 8 tahun kat rumah. |
|
Kasut winter juga perlu dipakai kerana kita nak berjalan di atas salji |
Perjalanan hari ini agak mudah kerana kami tak perlu nak check-out dari hotel macam perjalanan-perjalanan yang sebelum ini. Kami akan menginap di Jet Hotel satu malam lagi nanti selepas kembali dari Mount Titlis.
|
Amar berbincang bersama Vinco sebelum memulakan perjalanan |
Dalam musim spring begini, bumi Switzerland dihampari bunga canola yang mekar berkembang. Kalau France berbangga dengan pemandangan ladang lavender yang berwarna ungu di musim spring, Switzerland pula berbangga dengan hamparan ladang canola yang berwarna kuning.
Canola adalah minyak bijian yang terpenting di Switzerland. Variasi canola yang ditanam di negara ini adalah winter canola yang disemai di antara penghujung April - pertengahan September setiap tahun. Biji canola yang masak dituai sekitar bulan Julai setiap tahun. Hasil sampingan canola turut digunakan sebagai makanan ternakan.
|
Memulakan perjalanan |
|
Ladang canola |
|
Ladang yang menguning |
|
Padang rumput |
|
Menuju ke arah Lucerne (Luzern) |
Perjalanan ke Mount Titlis pada pagi ini mengimbau kembali kenangan perjalanan kami ke destinasi yang sama pada musim winter 2015. Cuaca ketika membuat perjalanan itu amat suram dan suhunya sangat sejuk sekitar 4'C. Pemandangannya tidak hijau seperti sekarang. Kebanyakan rumput dan tanaman ketika itu telah bertukar warna menjadi perang menunggu masa untuk diseliputi salji.
Sesuatu yang kekal diingati, baik di musim winter ataupun spring sebegini, Switzerland penuh dengan padang rumput. Ini adalah kerana iklim di sini dikategorikan sebagai Alpine yang mana pokok tidak dapat tumbuh disebabkan cuacanya yang dingin. Di sini, tak ada pemandangan ladang gandum besar yang dapat dilihat seperti pengalaman Myself di Turkiye tahun lepas.
Disebabkan faktor ini juga, pertanian di Switzerland lebih banyak tertumpu kepada penternakan. Di negara inilah tempat asal lembu baka Braunvieh (Brown Cattle). Baka ini istimewa kerana ia dipelihara untuk daging dan tenusu sekaligus. Seperti di New Zealand, lembu-lembu di Switzerland memang cantik dan dijaga dengan baik.
|
Lembu baka Braunvieh (Brown Cattle). [Gambar dari internet] |
|
Kawasan pertanian |
|
Perkampungan di kawasan pertanian |
|
Zug |
Bila bercerita tentang lembu di Switzerland, pasti tak terlepas kita bercerita tentang loceng lembu. Padang ragut di Switzerland terletak di lokasi yang tinggi, ada kalanya lebih 1,500 meter dari aras laut. Setiap musim panas, lembu-lembu ini akan dipasangkan dengan loceng besar pada leher mereka dan dibawa naik ke padang ragut ini. Selain menjejak kedudukan lembu, loceng ini juga menjadi tanda pengenalan mereka. Secara tradisi, loceng yang besar dan dihias cantik menjadi kebanggaan kepada pemilik lembu. Loceng ini juga sangat berat, ada kalanya sehingga hampir 4.5 kg. Bila lembu dibawa balik ke kandang, loceng-loceng ini akan ditanggalkan dari leher dan dipasang dengan loceng yang lebih kecil dan praktikal.
|
Kawasan padang ragut |
|
Lembu memakai loceng (Gambar dari internet) |
Selepas meninggalkan Zürich, Lake Zug muncul dalam pandangan. Pemandangan kawasan pertanian dan penternakan juga diganti dengan gunung-gunung yang tinggi.
|
Lake Zug |
|
Pemandangan pergunungan yang tinggi muncul dalam pandangan |
|
Cuaca sedikit suram pada pagi ini |
|
Hutan Alpine di kaki gunung |
|
Aduh, janganlah hujan pulak! |
Hati berbunga bila kami tiba di kawasan Lembah Engelberg. Pemandangan di sekitar cantik menghijau, sangat berbeza dengan pemandangan salji yang memutih sewaktu kami tiba 8 tahun dulu.
|
Menuju ke Engelberg |
|
Persimpangan |
|
Bandar Stans |
|
Arah ke Engelberg |
|
Pemandu bas kami yang bernama Vinco |
|
Cuaca semakin suram kat depan sana |
|
Selamat Datang ke Lembah Engelberg |
Sewaktu memilih pakej percutian ini dulu, antara perkara yang menjadi perbincangan Myself dengan Husband adalah tentang beberapa tempat yang akan dikunjungi semula di Switzerland seperti di sini. Kalau boleh memanglah kami berhasrat nak pergi ke tempat yang belum kami kunjungi. Namun sebenarnya, walau datang ke tempat yang sama, pemandangan di musim lain memang bagaikan berkunjung ke tempat yang baru. Memang tak menyesal kami membuat keputusan datang ke sini semula.
|
Waktu datang ke sini dalam musim winter dulu, seluruh pergunungan di depan sana diliputi salji. |
|
Throwback # 01: Kenangan sewaktu berkunjung dalam Musim Winter 2015 [Gambar : Kredit kat Husband] |
|
Dalam musim spring begini, puncak gunung kat depan sana sikit-sikit saja diliputi salji. |
Kita lihat pemandangan di sekitar Lembah Engelberg dalam perjalanan menuju ke Mount Titlis. Kami melalui jalan yang sama sewaktu berkunjung ke sini pada tahun 2015. Tapi sumpah, pemandangannya bagai berkunjung ke tempat yang baru.
Kita nikmati lagi keindahan pemandangan di Lembah Engelberg ini...
|
Rumah tradisional di tepi jalan |
|
Throwback # 02: Pemandangan di lokasi yang sama sewaktu Winter 2015 |
|
Oberdorf, Nidwalden |
|
Tiba di Dallenwill |
|
Selamat Datang ke Dallenwill |
Perjalanan masih diteruskan menuju ke Mount Titlis...
Rumah-rumah tradisional Swiss yang dilihat di sepanjang perjalanan juga sangat menarik perhatian. Rumah-rumah tradisional inilah yang sebenarnya dinamakan chalet. Perkataan 'Chalet' yang banyak digunakan di rumah-rumah percutian seluruh dunia itu adalah sempena senibina rumah tradisional Swiss.
Perjalanan kita macam masih jauh lagi... Sengaja Myself letak banyak-banyak gambar pemandangan cantik yang dilihat supaya anda juga dapat merasakan suasana indah seolah-olah sedang bersama kami menuju ke Mount Titlis...
Dalam hati, tak putus-putus kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami kembali ke sini pada musim yang lain...
Kenangan bagaimana bas kami bergerak dengan perlahan-lahan mengharungi jalan licin yang penuh salji dulu masih segar di ingatan...
|
Masih banyak kayu api yang dikumpul di tepi jalan begini seperti waktu dulu... |
|
Pemandangan indah yang menggamit perasaan... |
|
Myself masih ingat selekoh ini yang dilalui pada tahun 2015... |
|
Throwback # 03: Pemandangan di selekoh yang sama sewaktu Winter 2015 |
|
Kayu api yang dikumpul di tepi jalan |
|
Throwback # 04: Pemandangan sewaktu di musim winter |
|
Mount Titlis dah muncul di depan sana... |
Part 59: Engelberg
Alhamdulillah, kami akhirnya selamat tiba di kaki Gunung Titlis di Engelberg. Seriously, Myself sebenarnya tak sedar yang kami dah sampai sebab pemandangannya berbeza dengan pemandangan sewaktu kami tiba di sini pada masa dulu. Memang tak terasa langsung yang kami dah tiba kembali ke tempat yang sama.
|
Welcome To Mount Titlis |
|
Kolam di kaki Gunung Titlis |
|
Masih ingat lagi pemandangan helikopter mencedok air dari kolam ini untuk dibawa ke puncak gunung dalam lawatan yang lepas |
|
Throwback # 05: Pemandangan kolam yang sama di Musim Winter 2015 |
|
Menikmati keindahan kolam |
|
Cable car naik ke Mount Titlis |
|
Hotel di kaki Mount Titlis |
|
Throwback # 06: Pemandangan yang sama di Musim Winter 2015 |
|
Throwback # 07: Pemandangan perkampungan di Musim Winter 2015 |
|
Rumah-rumah di pergunungan tinggi |
Jom kita naik ke Titlis...
|
Throwback # 08: Pemandangan pergunungan di Musim Winter 2015 |
Bersambung ke Bahagian 25...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: