Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 7: Busan Tour
BUSAN (Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk)
HARI KETIGA (2)
Part 18: Haeundae Beach Train
SONGJEONG STATION
Destinasi lawatan pertama yang sebenar pada Hari Ketiga di Korea adalah menaiki Haeundae Beach Train yang menyusuri pantai Busan. Kami menaiki tren ini dari stesen pertamanya (Stesen Songjeong) sehingga stesen yang terakhir (Stesen Mipo).
Menuju ke Songjeong Station |
Seongjeong Station |
Berposing di Songjeong Station |
Berjalan menuju ke pejabat tiket |
Pejabat Tiket Songjeong Station |
Bangunan Pejabat Tiket |
Suasana di dalam Pejabat Tiket |
Jadual perjalanan Haeundae Beach Train |
Tempat menunggu tren |
Tren kami dijadual berlepas pada pukul 10 pagi. Sambil menunggu tren tiba, kami bersiar-siar menikmati pemandangan di sekitar Songjeong Station.
Berposing-posing di atas landasan |
Photo Booth |
Gerai snack dan minuman |
Sebuah lagi gerai snack dan minuman |
Model keretapi Haeundae Beach Train di penghujung Songjeong Station |
Jom kita pergi ke sana... |
Boleh melawat-lawat model keretapi ini sambil menunggu tren yang sebenar tiba. |
Peta laluan dan tarikan di sepanjang Haeundae Beach Train |
Ada ramai rombongan pelajar sekolah yang naik tren bersama kami hari ini. |
HAEUNDAE BEACH TRAIN
Bila keretapi yang sebenar tiba, semua penumpang dipanggil masuk ke platform untuk menaiki keretapi.
Beach Train sebenar dah tiba |
Pemeriksaan tiket untuk masuk ke tren |
Suasana di dalam tren |
Semua tempat duduknya dipasang menghala ke pemandangan laut. Macam keretapi di Disneyland. |
Perjalanan Haeundae Beach Train adalah mengikut laluan keretapi lama Donghae Nambu Railway Line yang dibina sewaktu pendudukan Jepun di Korea. Perjalanan dari Songjeong Station ke Mipo Station yang melalui 6 perhentian memakan masa 30 minit.
Pemandangan dari dalam tren di Songjeong Station |
Memulakan perjalanan... |
Pantai yang kelihatan ketika ini adalah Songjeong Beach |
Masih pemandangan di Songjeong Beach |
Haeundae Beach Train bergerak dengan kelajuan purata 15 km/jam. Laluan perjalanannya dirujuk sebagai Blue Railway Line. Di sepanjang laluan keretapi ini juga ada dibina laluan pejalan kaki yang diperbuat dari kayu. Laluan pejalan kaki ini dirujuk sebagai Green Railway Line.
Laluan pejalan kaki yang dibina selari dengan laluan keretapi Haeundae Beach Train |
Laluan pejalan kaki yang dibina selari dengan landasan keretapi ini dinamakan sebagai Green Railway Line |
Penumpang dibenarkan turun di mana-mana stesen yang diingini di sepanjang laluan tetapi kami tidak berbuat begitu. Kami hanya mengikut perjalanan tren ini sehingga ke stesen akhirnya, Mipo Station.
Salah sebuah perhentian popular dalam laluan Haeundae Beach Train adalah perkampungan nelayan Cheongsapo. Ia juga terkenal dengan sebuah jambatan kaca di pinggir laut yang bernama Cheongsapo Daritdol Sky Walk. Kita akan melawat ke sini sebentar lagi...
Tiba di Cheongsapo |
Stesen Cheongsapo |
Cheongsapo adalah sebuah perkampungan nelayan yang cantik dalam laluan Haeundae Beach Train |
Mengambil gambar pemandangan Cheongsapo dari dalam tren |
Menikmati pemandangan indah di Cheongsapo |
Pemandangan East Sea (Sea of Japan) di Cheongsapo |
Geng-geng K-Pop Malaysia di Cheongsapo |
Memang ramai Geng K-Pop Malaysia yang melancong ke Korea begini. Hehehehh! |
Satu lagi pemandangan di Cheongsapo |
Kadang-kala pemandangan laut memang terhalang dengan pokok-pokok besar seperti ini. |
Green Railway Line |
Cheongsapo Daritdol Sky Walk adalah tarikan utama di Cheongsapo. Memang teruja kita melihatnya dari dalam Haeundae Beach Train. Tempat ini memang special, tetapi kita tak dapat nak melihat keistimewaan itu dari kejauhan.
Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Pemandangan Cheongsapo Daritdol Sky Walk dari dalam Haeundae Beach Train |
Meninggalkan Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Laut |
Kata Sarah kepada kami, kawasan persisiran pantai yang kami lalui ini baru saja dibuka baru-baru ini. Pada tahun 1985, sebuah kapal selam pengintip Korea Utara pernah ditemui di sini. Oleh yang demikian untuk satu masa yang panjang, kawasan perairan ini dijadikan kawasan tentera dan ditutup kepada orang awam.
Menghampiri Stesen Mipo |
Bersiar-siar di Green Railway Line |
Pemandangan Oryukdo Islets dari Haeundae Beach Train |
Ombak yang menghempas pantai |
Oryukdo Islets |
Salah sebuah arca penanda kedudukan pemecah ombak di bawah laut yang melindungi Pantai Haeundae dari hakisan |
Bot yang berlayar menuju ke arca |
Close-up bot yang berlayar |
Menghampiri kota Busan |
Busan |
Sikit lagi nak sampai ke Mipo... |
Stesen Mipo |
MIPO STATION
Mipo Station adalah stesen akhir perkhidmatan Haeundae Beach Train dari Songjeong Station. Kita juga boleh menaiki tren ini dari sini ke Songjeong Station.
Tiba di Mipo Station |
Mipo Station adalah juga stesen permulaan bagi Haeundae Sky Capsule. Tidak seperti Haeundae Beach Train yang kami naiki tadi, Haeundae Sky Capsule ini hanya berkhidmat di antara Stesen Mipo dengan Cheongsapo. Ramai juga penumpang Beach Train yang mencuba naik Sky Capsule pula selepas sampai di Mipo, tetapi kami tidak berbuat begitu.
Sky Capsule |
Setiap Sky Capsule boleh dinaiki maksima 4 orang pennumpang |
Sky Capsule yang bagaikan cable car yang bergerak di atas rel |
Pemandangan Stesen Mipo dari luar |
Sarah tidak menaiki Beach Train bersama kami. Dia sebaliknya memandu dan membuat pick-up kami di tepi jalan besar berhampiran Mipo Station kira-kira setengah jam selepas kami tiba.
Ada banyak gerai menjual snacks dan minuman di luar Mipo Station |
Sementara menunggu waktu pick-up yang ditetapkan oleh Sarah, sempat juga kami membeli dan mencuba ais kerim yang dijual di dalam sebuah kedai di Mipo Station.
Membeli ais kerim |
Disebabkan saiznya yang besar, kami cuma membeli secawan sahaja ais kerim dan dikongsi berdua |
Husband berposing dengan ais kerim |
Seperti yang kami pelajari sewaktu melawat ke Gamcheon Culture Village malam tadi, Busan adalah hometown bagi dua ahli kumpulan K-Pop terkenal BTS. Salah seorang di antara mereka adalah vokalis utamanya yang bernama Jungkook.
Di depan Mipo Station ini ada dibina pintu gerbang yang dihiasi dengan bunga-bungaan oleh peminat Jungkook yang berasal dari China sempena ulang tahun kelahiran beliau pada tahun 2021. Bunga yang menghiasi pintu gerbang ini terdiri dari Tiger Flower dan Champagne Roses.
Pintu gerbang yang dihadiahkan kepada vokalis utama BTS Jungkook oleh peminat beliau dari China. |
Pintu gerbang yang dihiasi dengan bunga-bungaan |
Berapalah agaknya kos yang dikeluarkan oleh peminat Jungkook dari China itu untuk membina pintu gerbang ini? Sanggup berhabis untuk penyanyi kesayangan! |
Pandangan dekat Tiger Flower dan Champagne Roses yang menghiasi pintu gerbang. |
Papan kenyataan mengenai pintu gerbang |
Laluan menuju ke jalan besar dari Mipo Station |
Bayang-bayang |
Haeundae Beach Train pernah menerima augerah Korea Tourism Awards pada tahun 2022 |
Taman di sepanjang laluan Haeundae Beach Train dikenali sebagai Blue Line Park |
Tiba masanya, kami menunggu Sarah mengambil kami di tempat yang ditetapkan di tepi jalan besar. Sambil menunggu beliau datang, sempat juga kami melihat sebuah lagi arca yang dibina di dalam laut untuk menandakan kedudukan pemecah ombak dasar laut berhampiran Haeundae Beach.
Menunggu Sarah datang untuk mengambil kami di sini |
Arca penanda pemecah ombak di Heundae Beach dapat dilihat dengan jelas dari sini. |
Close-up pemandangan arca |
Part 17: Cheongsapo Daritdol Sky Walk
Selepas Sarah tiba, dia terus membawa kami menuju ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk yang telah kami lihat dari Haeundae Beach Train tadi.
Menuju ke Cheongsapo |
Tiba di Cheongsapo |
Pelancong-pelancong di Cheongsapo |
Tempat parking kenderaan di Cheongsapo Daritdol Sky Walk. Kami terserempak dengan beberapa orang penyelam wanita (haenyeo) yang baru naik dari laut di sini tetapi tak sempat nak snap gambar mereka. |
Cheongsapo Daritdol Sky Walk dibina di atas laut. Pemandangannya memang sangat menguja dari jauh lagi.
Pemandangan Cheongsapo Daritdol Sky Walk dari tempat parking kereta |
Pelawat-pelawat ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Ombak yang menghempas batuan di pinggir pantai |
Berjalan menuju ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Laluan masuk ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk adalah menerusi sebuah bangunan yang mempunyai kedai cenderamata di dalamnya.
Laluan masuk ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Kedai cenderamata |
Menyusuri landasan keretapi untuk ke Sky Walk yang sebenar |
Tak ada pulak Beach Train yang lalu pada masa ini... |
Semakin excited melihat pemandangan Cheongsapo Daritdol Sky Walk dari sini |
Papan keterangan yang isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Korea |
Pintu masuk sebenar ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Souvenir berbentuk ikan yang diikat macam love locks |
Pelbagai mesej yang ditulis pada souvenir ikan |
Peta lokasi Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Sebahagian lantai Cheongsapo Daritdol Sky Walk dibina dari kaca. Untuk menjaga lantai kaca ini dari tercalar, semua pelawat diwajibkan memakai sarung kasut sebelum masuk ke dalam.
Sarung kasut yang diwajibkan untuk dipakai oleh pelawat sebelum masuk ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Bersiap-sedia untuk masuk ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Ready for fun! |
Keterangan mengenai Cheongsapo Daritdol Sky Walk tetapi ditulis dalam Bahasa Korealah pulak! Aiseyy! |
Selepas dah siap memakai sarung kasut, jomlah kita masuk ke dalam. Untuk mengelakkan kesesakan, laluan sehala ditetapkan untuk semua pengunjung ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk.
Kita posing dulu kat luar... |
Jom berjalan masuk ke dalam... |
Dinding Sky Walk yang dibuat dari kaca |
Sebahagian besar Sky Walk ini dibina di atas laut |
Pemandangan laluan di sebelah sana |
Kekecewaan tak sempat masuk ke Songdo Skywalk yang ditutup pada pukul 5 petang semalam bagai terubat bila dapat melawat ke Cheongsapo Daritdol Sky Walk ini. Kedua-dua Sky Walk ini dibina menggunakan konsep yang sama. Selain Songdo Skywalk dan Cheongsapo Daritdol Sky Walk ini, ada juga sebuah lagi Sky Walk di Busan yang dinamakan Oryukdo Skywalk. Kami walau bagaimanapun tidak berkunjung ke sana.
Berjalan-jalan di Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Sebahagian lantai Cheongsapo Daritdol Sky Walk ini di sini dibina dari kaca |
Lantai di sebelah tepi di sini juga dibuat dari kaca |
Myself berposing atas lantai kaca dengan begitu berani. |
Bukti kita berdiri posing atas lantai kaca |
Husband gayat nak jalan atas lantai kaca |
Kepingan batu di tengah lautan inilah yang sebenarnya dinamakan sebagai Daritdol |
Excitement yang lebih besar menanti di depan sana... |
Excitement yang lebih besar menanti di bahagian yang terletak paling jauh ke tengah laut kerana keseluruhan binaan Sky Walk ini di situ dibina dari kaca. Disebabkan laluan sehala yang ditetapkan untuk pengunjung, tak ada cara untuk mengelak dari tidak melalui atas lantai kaca ini. Hahaha!!
Bahagian dari Cheongsapo Daritdol Sky Walk yang dibina sepenuhnya dari kaca |
Entah bagaimana, Myself langsung tak rasa gayat berjalan di atas lantai kaca ini sambil memandang jauh ke bawah laut. Tak tahu dari mana datangnya keberanian itu. Husband pulak memang gayat. Dia cuma memandang jauh ke depan bila berjalan di atas lantai kaca ini.
Tak tahu bagaimana kita boleh rasa begitu berani berjalan di atas lantai kaca ini hari ini. |
Husband posing gayat-gayat di atas lantai kaca |
Memberanikan diri berjalan sehingga ke penghujung lantai kaca |
Jauh juga lantai kaca yang perlu dilalui |
Pintu masuk dan keluarnya berada di sana |
Laluan masuk tadi |
Pemandangan di tengah lantai kaca |
Pemandangan dari Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Rumah api |
Penghujung lantai kaca |
Posing sekali lagi kat penghujung Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Pemandangan laut di bawah Sky Walk |
Selamat keluar dari Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Bila dah selamat keluar dari Cheongsapo Daritdol Sky Walk, jangan lupa untuk pulangkan sarung pelindung kasut ke tempat yang disediakan. Ada Ajumma (bermaksud Makcik dalam Bahasa Korea) yang menanti untuk memastikan kita memulangkan sarung kasut ini.
Tangga turun ke bawah tebing di tepi Sky Walk |
Pemancing ikan di bawah tebing |
Contemplation |
Husband memberi pose menarik sebelum beredar dari Cheongsapo Daritdol Sky Walk |
Restoran makanan laut di tepi tempat parking |
Menu makanan hidangan laut yang dijual. Ada sebahagiannya yang dijual untuk dimakan mentah-mentah. |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
- Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
- Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
- Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
- Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
- Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
- Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
- Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple
- Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Busan Cinema Center, Masjid Al Fatah & Capadoccia Restaurant
- Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Gukje Market & Daegaksa Temple
- Bahagian 11 [Hari 3] - Busan : BIFF Square & Jagalchi Fish Market
- Bahagian 12 [Hari 4] - Busan - Jeju : Gimhae International Airport & Air Busan
- Bahagian 13 [Hari 4] - North Jeju : Iho Tewoo Beach
- Bahagian 14 [Hari 4] - North Jeju : Rainbow Wall, Yongyeon Pond & Yongduam Rock
- Bahagian 15 [Hari 4] - North Jeju : Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
- Bahagian 16 [Hari 5] - North Jeju : Gueom Stone Salt Flats
- Bahagian 17 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (1)
- Bahagian 18 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (2)
- Bahagian 19 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach & Seongsan Ilchulbong
- Bahagian 20 [Hari 5] - South Jeju : Seongsan-Ojo Geo Trail & Jeongbang Waterfall
- Bahagian 21 [Hari 5] - South Jeju : Cheonjiyeon Waterfall & Seogwipo Formation
- Bahagian 22 [Hari 5] - South Jeju : Saeyongyo Bridge & Cheonjeyeon Waterfall
- Bahagian 23 [Hari 6] - Jeju - Seoul : Jeju International Airport - Seoul Gimpo Airport
- Bahagian 24 [Hari 6] - Seoul : Seoul City
- Bahagian 25 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
- Bahagian 26 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong & Cheonggyecheon Stream
- Bahagian 27 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace (1)
- Bahagian 28 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace (2)
- Bahagian 29 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum
- Bahagian 30 [Hari 7] - Seoul : Songhyeon Green Plaza, Kkochnuli Deulbap Restaurant & Bukchon Hanok Village (1)
- Bahagian 31 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village (2), Nanta Show & Kampungku Restaurant
- Bahagian 32 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 1
- Bahagian 33 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 2
- Bahagian 34 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 3
- Bahagian 35 [Hari 8] - DMZ Tour 1: Joint Security Area & Third Tunnel 1
- Bahagian 36 [Hari 8] - DMZ Tour 2: Third Tunnel 2, Dora Observatory & Unification Village
- Bahagian 37 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
- Bahagian 38 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur