Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 5: Busan Tour
BUSAN (Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel)
HARI KEDUA (4)
Part 10: Bombay Brau Restaurant
Program Hari Kedua kami di Korea tamat selepas melawat Gamcheon Culture Village. Program penutup adalah Dinner. Pakej yang kami ambil ini sebenarnya hanya termasuk breakfast di hotel dan tidak termasuk lunch dan dinner. Namun demikian, disebabkan Selamatbercuti telah mengiktiraf kami sebagai repeat customer, mereka bermurah hati menaja dinner secara percuma sepanjang lawatan kami ke Korea ini. Mereka telah memaklumkan perkara ini kepada kami sejak awal lagi sebelum bertolak ke Korea. Terima kasih, Selamatbercuti!
|
Meninggalkan Gamcheon Culture Village |
|
Tiba di bandar Busan |
|
Selain memiliki subway, Busan City juga memiliki pengangkutan bas awam yang ekstensif |
|
Suasana malam di Pusat Bandar Busan |
|
Lotte Mall Gwangbok di Busan |
|
Satu lagi suasana malam di pusat bandar Busan |
Sarah membawa kami dinner di sebuah restoran India di Gwangbok-ro Fashion Street. Jika memandu di Korea, parking kereta hanya ada di tempat-tempat yang tertentu. Oleh yang demikian, janganlah berangan nak parking dekat-dekat dengan tempat tujuan seperti yang biasa kita buat di Malaysia.
|
Gwangbok-ro Fashion Street |
Dari tempat parking, Sarah membawa kami berjalan agak jauh menuju ke restoran. Dia pun belum pernah sampai ke restoran dinner kami. Oleh yang demikian, beberapa kali juga dia terpaksa menelefon pihak restoran untuk mencari arah sebenar.
Dinner kami disediakan di Restoran Bombay Brau. Selepas beberapa kali dihubungi Sarah, Manager restoran sendiri yang berbangsa Korea bermurah hati menawarkan diri untuk menunggu kami di sebuah persimpangan jalan. Terus saja kami dibawa ke restoran yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan.
|
Restoran Bombay Brau |
|
Pintu masuk ke Restoran Bombay Brau |
|
Walaupun makanan yang disediakan Halal, arak tetap dijual. Begitulah cara mereka di sana. |
Seperti namanya, Bombay Brau adalah sebuah restoran makanan India. Hiasan dalaman restoran juga memang menggunakan ciri-ciri India.
|
Suasana di dalam Restoran Bombay Brau |
|
Pemandangan ke arah luar dari tingkap restoran |
|
Manager restoran yang berbangsa Korea |
|
Perhiasan dalaman restoran yang bercirikan India |
|
Hidangan pilihan untuk makan malam |
Makanan yang disediakan di Restoran Bombay Brau memang sedap dan menyelerakan. Secara purata, kos setiap hidangan Halal di Korea berharga dalam lingkungan KRW 17,000 - 18,000 sepinggan (RM 54 - 57).
|
Hidangan dinner pertama kami di Korea |
|
Bergambar kenangan bersama Sarah di Restoran Bombay Brau |
Part 11: Arban City Hotel
Selepas perjalanan yang panjang dan memenatkan sepanjang hari sejak dari di Kuala Lumpur lagi, tibalah masa untuk berehat. Selesai dinner, kami dibawa oleh Sarah terus menuju ke hotel penginapan.
|
Berjalan kembali di Gwangbok-ro Fashion Street untuk ke tempat parking kenderaan. |
|
Suasana di sekitar Gwangbok-ro Fashion Street agak tenang pada hari itu kerana weekday dan hari bekerja. |
|
Berjalan kembali menuju ke tempat parking |
|
Banyak kedai yang masih dibuka ketika itu. |
Perjalanan dari Gwangbok-ro Fashion Street menuju ke hotel kami yang terletak di pusat bandar Busan tidak lama. Sesuatu yang kami perhatikan sejak sampai di kota Busan ialah perjalanan trafiknya yang sentiasa lancar dan hampir tiada kesesakan.
|
Penunjuk arah Kiblat turut disediakan di Arban City Hotel |
Sebelum kita melabuh tirai untuk entry hari kedua ini, mari kita bercerita tentang matawang Korea. Matawang Korea yang dinamakan Korean Won ini sering ditulis sebagai KRW. Nilai pertukarannya dengan Ringgit Malaysia pada tahun 2024 adalah MYR 1 = KRW 315. Disebabkan South Korea adalah destinasi popular di kalangan pengunjung dari Malaysia, tidak sukar untuk mendapatkan matawang ini di negara kita. Namun demikian, pembayaran cashless sangat meluas digunakan di South Korea. Oleh itu, dah tak ada lagi keperluan sebenarnya untuk membawa banyak-banyak duit Korean Won jika berkunjung ke Korea.
|
Korean Won |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: