Tuesday, 10 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 19 (Seongsan Ilchulbong)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 19: Jeju Tour
EAST JEJU (Gwangchigi Beach & Seongsan Ilchulbong)

HARI KELIMA (4)

Part 50: Gwangchigi Beach

Lucas membawa kami menuju ke sebuah gunung di East Jeju yang bernama Seongsan Ilchubong. Namun sebelum sampai ke sana, kami membuat perhentian singkat di sebuah pantai yang bernama Gwangchigi Beach.

Gwangchigi Beach
Pemandangan Seongsan Ilchulbong dari Gwangchigi Beach
Gwangchigi Beach terkenal kerana dari sini sajalah kita dapat melihat pemandangan sisi Seongsan Ilchubong.

Pemandangan di Gwangchigi Beach
Berjalan turun ke pantai
Pemandangan ke arah tempat parking dari pantai
Ombak yang menghempas pantai
Air laut sedang surut ketika ini
Mendengar penerangan Lucas tentang formasi geologi di Gwangchigi Beach
Pasir di pantai ini adalah sebenarnya muntahan dari kawah gunung berapi purba
Husband bergambar dengan Seongsan Ilchulbong
Lapisan batuan gunung berapi di Gwangchigi Beach
Ombak yang mengganas
Pandangan lebih dekat ombak yang mengganas
Kemuncak Seongsan Ilchulbong
Old Man Of The Mountain
Padang rumput di kaki Seongsan Ilchulbong
Agak licin nak berpijak pada batuan di sini disebabkan kehadiran lumut
Pemandangan ke arah bandar Seongsan-ri di kaki Seongsan Ilchulbong
Pengunjung-pengunjung ke Gwangchigi Beach
Husband mengambil gambar dengan kamera Insta360
Pengunjung yang berjalan kaki menuju ke Seongsan Ilchulbong
Bersiar-siar dengan anjing kesayangan di Gwangchigi Beach
Kulit kerang yang bertaburan di pantai
Menunggang kuda di Gwangchigi Beach

Part 51: Seongsan Ilchulbong

Pulau Jeju mempunyai banyak gunung berapi kecil yang telah mati. Seongsan Ilchulbong adalah salah sebuah di antaranya.

Menuju ke Seongsan Ilchulbong
Tiba di Seongsan Ilchulbong
Pemandangan bandar Seongsan-ri dari kaki Seongsan Ilchulbong
Tempat rehat di kaki gunung
Pandangan lebih dekat tempat rehat di kaki gunung
Dari kejauhan lagi, Seongsan Ilchulbong yang bermaksud Sunrise Peak memang kelihatan seperti sebuah kawah gunung berapi yang terpecah. Ia adalah juga sebuah tarikan pelancongan utama di Pulau Jeju pada hari ini.

Pemandangan Seongsan Ilchulbong yang bagaikan kawah gunung berapi yang terpecah
Pemandangan dari kejauhan hiking trail di Seongsan Ilchulbong
Pejabat Tiket untuk masuk ke Seongsan Ilchulbong
Kita memang perlu membuat hiking dan sedikit pendakian untuk menikmati keindahan dan suasana di Seongsan Ilchulbong. Pendakian bermula di kaki gunung yang terdiri dari padang rumput yang luas. Ada tiket masuk yang sebenarnya dikenakan untuk pelawat masuk ke Seongsan Ilchulbong tetapi kami sangat bertuah kerana kedatangan kami bertepatan dengan Jeju Heritage Week. Sempena minggu tersebut, semua tarikan pelancongan di Pulau Jeju diberi kemasukan percuma. Kebetulan juga, hari lawatan kami hari ini adalah hari terakhir dalam Jeju Heritage Week.

Laluan masuk ke hiking trail
Tiada tiket masuk dikenakan pada hari ini sempena Jeju Heritage Week
Free Admission bermula 19-26/10/2024
Seongsan Ilchulbong adalah kawasan larangan untuk membawa haiwan, makanan (kecuali minuman) dan merokok
Berjalan ke arah puncak Seongsan Ilchulbong
Tak tahu apa yang dinyatakan pada plak ini kerana ditulis dalam Bahasa Korea
Jom jalan lagi ke sana...
Bagi orang biasa seperti kita, Seongsan Ilchulbong dianggap sebagai sebuah mini volcano. Dari segi teknikal pula, ia adalah sebuah kon gunung berapi yang dinamakan sebagai tuff cone. Tuff Cone terbentuk bila magma di bawah bumi meletus ke atas menerusi air laut dan seterusnya mengeras bila terdedah di udara. Begitulah secara ringkas asal usul kejadian Seongsan Ilchulbong dari segi geologi. Bayangkan sajalah kuasa letupan ketika itu sehingga magma boleh memancut keluar dari dalam perut bumi, mengatasi ketinggian air laut dan seterusnya bertimbun dan mengeras sehingga menjadi puncak gunung di atas sebuah pulau.

Persimpangan
Laluan di sebelah kiri adalah Free Trail manakala laluan di sebelah kanan adalah Summit Trail yang sepatutnya berbayar.
Kita jalan mengikut Summit Trail
Ketinggian puncak Seongsan Ilchulbong adalah 180 meter dari aras laut. Ia dinamakan Sunrise Peak kerana pemandangan matahari terbit sangat indah dilihat dari sini. Tetapi disebabkan kedudukannya yang terletak di hujung tanjung, pemandangan matahari terbenam yang sangat indah dapat juga dilihat dari sini.

Summit Trail
Keindahan dan keunikan Seongsan Ilchulbong juga telah mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage dari UNESCO. Pulau Jeju telah diiktiraf sebagai salah sebuah dari New 7 Wonders of Nature oleh UNESCO pada tahun 2007. Seongsan Ilchubong adalah salah sebuah komponen yang menyumbang kepada pengiktirafan ini.

Seongsan Ilchulbong telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai sebuah New 7 Wonders of Nature
Plak pengiktirafan dari UNESCO
Padang rumput di kaki Seongsan Ilchulbong
Pemandangan ke arah pintu masuk
Pengunjung-pengunjung ke Seongsan Ilchulbong
Pemandangan bandar Seongsan-ri
Ada hiking trail yang cantik dan selesa disediakan di Seongsan Ilchulbong. Tapi bila dah namanya gunung, part mendaki menongkah bukit memanglah tidak dapat nak dielak. Bukan sekadar sedikit curam, ada kalanya angin yang bertiup kencang bagai nak menerbangkan kita juga membuat pendakian naik ke Seongsan Ilchulbong menjadi mencabar.

Berjalan lagi di Summit Trail
Pemandangan tempat parking kenderaan dekat pintu masuk ke Seongsan Ilchulbong dari Summit Trail
Pemandangan Gwangchigi Beach yang kami lawati tadi
Pulau Udo di kejauhan
Husband bergambar dengan Lucas
Udo Island
Siksanbong Volcanic Cone
Gunung yang di sana pula dinamakan Malmi Oreum
Pelancong-pelancong yang baru tiba
Pemandangan menghala ke puncak gunung
Jom jalan ke depan sikit...
Sampai di satu stage, hiking trail ini bercabang dua. Satu terus memanjat sehingga ke puncak Seongsan Ilchulbong dan satu lagi membelok ke kiri menghala ke laut. Sudah pastilah yang kami akan memilih laluan membelok menghala ke laut. Hehehehhh!!

Pemandangan menghala ke puncak Seongsan Ilchulbong
Tangga naik ke puncak Seongsan Ilchulbong
Laluan yang membelok ke laut
Lagoon yang di sebelah kiri adalah Goseong Ojo Migratory Bird Sanctuary
Pandangan lebih dekat Goseong Ojo Migratory Bird Sanctuary
Kita pilih laluan ke kiri menghala ke laut
Descending Trail
Laluan menuju ke laut
Pemandangan puncak Seongsan Ilchulbong dari Descending Trail
Bergambar dengan puncak Seongsan Ilchulbong
Sampai di tepi laut, masih ada 2 pilihan lagi: nak panjat naik ke atas atau turun ke bawah. Mestilah kita pilih yang turun ke bawah. Kihkihkihhh!!

Pemandangan Sea of Japan dengan Udo Island di seberang
Berjalan di Descending Trail
Pemandangan dari Descending Trail
Sengaja mengambil gambar lalang yang melintuk-liuk untuk menunjukkan kekuatan angin yang bertiup
Husband berjalan di Descending Trail
Dari Descending Trail, kita dapat melihat Udo Island, pulau yang terbesar dalam gugusan kepulauan sekitar Jeju. Pulau Udo juga popular di kalangan pelancong di Jeju tetapi kami tak sampai ke sana.

Udo Island
Bergambar di Descending Trail
Pemandangan Udo Island di seberang sana
Ayuhh, kita jalan turun lagi...
Puncak Seongsan Ilchulbong yang ditinggalkan di belakang
Husband sedang mengambil gambar
Tebing tinggi yang tegak mengunjur ke laut
Kerusi rehat
Pohon lalang yang terbaring ditiup angin kencang
Dari sini juga, kita dapat melihat sebuah pantai di teluk kecil di bawah sana. Kami diberitahu kita boleh bertemu dengan haenyeo (penyelam wanita tradisional Jeju) di sana. Memanglah seronok kalau dapat bertemu dan melihat sendiri haenyeo ini di bawah sana. Tetapi bila melihat betapa jauh ke bawahnya pantai ini dan memikirkan ketinggian tangga yang perlu didaki bila nak kembali nanti, terpaksalah dipendamkan saja hasrat itu.

Pemandangan pantai kecil dari Descending Trail
Close-up sikit pemandangan pantai
Dari semasa ke semasa ada pertunjukan oleh haenyeo (penyelam wanita Jeju) di sini, tetapi tak ada pada ketika ini
Ombak kuat yang menghempas pantai Jeju
Pemandangan menghala ke sana
Walaupun topi kita berikat dengan tali, ia tetap rasa nak terbang ditiup angin kencang
Seperti juga kebanyakan tempat lain di dunia, Jeju dan Seongsan Ilchubong turut mempunyai banyak legenda yang tersendiri. Salah sebuah legenda yang terkenal adalah mengenai Grandma Seolmundae yang merupakan anak perempuan kepada Great Jade Emperor. Great Jade Emperor melarang anaknya dari berinteraksi dengan dunia manusia. Namun demikian, Grandma Seolmundae telah melanggar arahan ayahnya dengan membuka pintu kayangan lalu mendarat di muka bumi. Great Jade Emperor yang marah dengan tindakan anaknya, mengarahkan Grandma Seolmundae kembali ke kayangan. 

Namun demikian, disebabkan Grandma Seolmundae telah jatuh cinta dengan kehidupan di dunia, dia melanggar perintah ayahnya dengan memutuskan untuk terus tinggal di bumi. Sebagai dewi kayangan, Grandma Seolmundae mempunyai tubuh yang perkasa. Dengan kekuatannya itu, dia membina Pulau Jeju untuk dijadikan tempat kediamannya di bumi. Udo Island menjadi washboard Grandma Seolmundae sewaktu dia membasuh pakaian dan Seongsan Ilchulbong adalah bakul basuhannya. Setiap kali dia membasuh pakaian, Grandma Seolmundae dikatakan akan kencing dekat Pulau Udo. Itulah sebabnya arus ombak di antara Udo Island dengan Seongsan Ilchubong dikatakan kuat dan laju.

Pemandangan tebing tinggi yang tegak turun ke laut
Batu volkanik di tepi pantai
Ombak besar menghempas batuan
Pasir di pantainya pun berwarna hitam kerana mungkin berasal dari muntahan gunung berapi
Angin memang kencang sewaktu kami melawat ke Seongsan Ilchulbong. Disebabkan kedudukan Jeju dan Seongsan Ilchulbong khususnya, terdedah tanpa sebarang halangan, angin kencang ini bertiup tanpa henti. Kerana itulah juga semua tumbuhan termasuk pokok lalang di sini bagaikan sentiasa rebah menyembah bumi.

Lalang yang seakan rebah menyembah bumi ditiup angin kencang
Cuaca masih mendung bagai nak hujan
Pengunjung-pengunjung di tepi pantai
Berjalan lagi di Descending Trail
Beginilah kuatnya angin yang bertiup
Pokok-pokok lalang
Lagi pemandangan pokok lalang
Iklan pertunjukan haenyeo
Penunjuk arah
Goodbye, Seongsan Ilchulbong!
Tiba kembali ke laluan masuk


 Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: