Friday, 14 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 31 (Bernese Oberland)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 31: Switzerland
LAUTERBRUNNEN (Bernese Oberland)

HARI KELAPAN (1)

Part 79: Perjalanan Ke Lauterbrunnen

Perjalanan pada Hari Kelapan di Eropah kali ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan, kita breakfast dulu di Jet Hotel.

Breakfast
Suasana restoran di Jet Hotel
Satu lagi suasana di restoran
Check-out dari Jet Hotel
Perjalanan kami hari ini adalah menuju ke Lauterbrunnen yang terletak 188 km dari Rümlang. Perjalanan dijangka memakan masa 2 jam dan suhu sewaktu kami memulakan perjalanan ini adalah sekitar 14'C.

Memulakan perjalanan
Pemandangan di Bülach yang masih terletak di dalam Canton of Zürich seperti Rümlang.
Lembu ternakan
Lembu ternakan di Switzerland sihat dan cantik kerana mereka dijaga dengan sepenuh hati
Perjalanan kami pada hari ini adalah meninggalkan Canton of Zürich menuju ke Canton of Bern. Pemandangan jalan raya di sekitar Zürich agak sibuk kerana penduduknya sedang keluar untuk bekerja.

Pemandangan di pinggir Zürich
Persimpangan jalan raya
Masuk ke terowong
Pemandangan di sekitar negara Switzerland memang tenang dan damai. Ia seolah-olah menggambarkan dasar neutral yang diamalkan oleh negara ini. Sebagai sebuah negara neutral, Switzerland tidak menyertai sebarang konflik bersenjata luar, tidak memberi bantuan ketenteraan dan tidak menganggotai sebarang pakatan ketenteraan. Dasar ini telah dirasmikan melalui Hague Convention yang ditandatangani oleh Switzerland pada tahun 1907.

Affoltern, Canton of Zürich
Terowong di Affoltern
Kawasan pertanian di Affoltern

KISAH WILLIAM TELL

Walaupun Switzerland menjadi sebuah negara yang neutral, ini tidaklah bermakna ia tidak pernah dijajah langsung. Switzerland pernah menjadi tanah jajahan Dinasti Habsburg dari Austria sebelum Perang Dunia Pertama. Ketika itu, lahir sebuah kisah legenda mengenai William Tell. Myself pernah mendengar kisah William Tell sewaktu di sekolah rendah. Tapi tak tahu pulak yang dia sebenarnya adalah seorang Swiss.

Menurut ceritanya, Gabenor Habsburg yang dihantar untuk memerintah Switzerland ketika itu bernama Gessler. Dia adalah seorang yang kejam dan angkuh. Pada suatu hari, Gessler memasang sebatang tiang di dataran awam dan menyangkut topinya pada tiang tersebut. Semua penduduk Swiss dipaksa untuk memberi tunduk hormat kepada topi tersebut setiap kali lalu di situ.

Seorang lelaki Swiss bernama William Tell enggan tunduk hormat kepada topi tersebut. Malah, William Tell juga enggan tunduk kepada Gessler. Gessler sangat marah kepada Tell. Dia juga amat bimbang jikalau Tell menghasut penduduk lain untuk tidak menunduk hormat kepadanya. Oleh itu, Gessler bercadang untuk menghukum William Tell.

Kawasan pergunungan di Affoltern
Masih pemandangan di Affoltern
William Tell adalah sebenarnya seorang pemburu yang tinggal di kawasan pergunungan. Dia sangat handal dan cekap memanah. Hakikat ini diketahui oleh Gessler. Oleh yang demikian, Gessler membuat perancangan jahat untuk menghukum Tell. William Tell dipaksa untuk memanah sebiji buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya sendiri sebagai hukuman atas keingkarannya.

Tell merayu supaya dia tidak dipaksa untuk berbuat demikian kerana bimbang anaknya akan tercedera. Namun Gessler terus mendesak Tell untuk melaksanakan arahan tersebut. Malah Gessler mengancam akan membunuh anak William Tell jika dia enggan melaksanakannya.

Anak William Tell yang sangat yakin dengan kebolehan ayahnya memujuk beliau untuk melaksanakan arahan Gessler. Anak kecil ini berdiri tegak sambil ayahnya membidik anak panah ke arah epal yang diletakkan di atas kepalanya.

William Tell
Anak panah yang dilepaskan oleh William Tell mengena dengan tepat epal yang diletakkan di kepala anaknya dan seterusnya membuatkan epal melayang jatuh. Penduduk Swiss yang menyaksikan peristiwa tersebut bertepuk tangan kegembiraan.

Tasik Katzensee
Lagi pemandangan Tasik Katzensee
Perjalanan kita hari ini adalah menuju ke arah Interlaken
Sewaktu William berpaling untuk pergi, anak panah kedua yang disembunyikan di bawah kotnya terjatuh ke tanah. "Apa tujuan anak panah kedua ini?" tanya Gessler. "Ia adalah untuk kamu jika anak saya tercedera tadi," jawab Tell.

Menurut kisahnya, William Tell benar-benar membunuh Gessler dengan anak panahnya tidak lama kemudian dan membebaskan negaranya dari pemerintahan Habsburg. William Tell kini telah dianggap sebagai seorang wira di Switzerland.

Sungai Limmat
Canton of Zug
Keindahan kawasan Canton of Zug
Kawasan pertanian di Canton of Zug
Pemandangan bandar Zug
Satu lagi pemandangan bandar Zug

PERTANIAN DI SWITZERLAND

Pemandangan di dalam perjalanan sewaktu melalui Canton of Zug selepas meninggalkan Zürich adalah ladang-ladang pertanian. Sesuatu yang diperhatikan ialah ladang-ladang pertanian Swiss tidak besar seperti ladang-ladang pertanian di New Zealand. Namun penggunaan mesin pertanian adalah sangat extensive.

Disebabkan iklimnya yang sejuk dan tanahnya tidak begitu subur untuk tanaman, aktiviti pertanian di Switzerland lebih bertumpu kepada penternakan. Hasil ladang Swiss kebanyakannya digunakan di dalam negara sendiri dan tidak dieksport ke luar negara.

Tentu anda pernah mendengar kisah dongeng Snow White and the Seven Dwarfs, bukan? Mengikut kepercayaan tradisional Swiss, makhluk kerdil yang bernama dwarf ini banyak menghuni kawasan pergunungan Switzerland. Mereka menggembala sejenis kambing gunung yang dinamakan chamois dan memerah susu chamois untuk dijadikan keju yang sangat sedap.
 
Dwarf adalah makhluk yang baik hati dan selalu meninggalkan keju di pintu rumah penduduk kampung. Keju buatan dwarf ini sangat istimewa kerana ia akan tumbuh kembali bila dipotong. Jadi kalau kita mendapat keju ini, ia tidak sepatutnya dimakan habis. Ia perlu ditinggalkan sedikit kalau nak memastikan keju ini tumbuh semula.


NIDWALDEN

Lake Lucerne adalah salah sebuah tasik yang terbesar di Switzerland. Ia dikongsi oleh 4 buah canton: Lucern, Uri, Schwyz dan Nidwalden. Jika semalam kita menyaksikan pemandangan tasik ini dari Canton of Lucerne, pada hari kita berkesempatan pula menyaksikannya dari Canton of Nidwalden.

Lake Lucerne
Pemandangan Lake Lucerne dari Nidwalden
Pemandangan berhampiran bandar Hergiswil
Hergiswil, Canton of Nidwalden
Pemandangan indah di Hergiswil
Pergunungan di Nidwalden
Kabus yang meliputi gunung
Perjalanan masih menuju ke Interlaken

BERNESE OBERLAND

Kami seterusnya tiba di kawasan pergunungan yang dinamakan Bernese Oberland. Ia adalah kawasan yang tertinggi dan paling ke selatan di Canton of Bern. Bern adalah ibu negara bagi Switzerland.

Tiba di Bernese Oberland
Pemandangan di Bernese Oberland
Kawasan pertanian
Pergunungan dan kawasan pertanian
Obwalden
Bumbung solar
Besar sungguh bumbung solar yang dipasang
Lagi pemandangan bumbung solar
Di kawasan Bernese Alps inilah letaknya beberapa buah gunung yang ikonik di Switzerland. Ia termasuk Gunung Jungfrau, Eiger dan Mönch. Di kaki Jungfrau pula terdapat dua buah lembah yang sangat terkenal: Lauterbrunnen dan Lütschental. 

Bagi kita yang tidak memahami bahasa Jerman, French, Itali dan Romansch yang merupakan bahasa-bahasa rasmi di Switzerland, nama-nama gunungnya hanyalah sekadar nama. Beberapa pergunungan ini sebenarnya mempunyai kisah yang menarik bagaimana mereka mendapat nama.


MATTERHORN

Matterhorn adalah antara gunung yang paling popular di Switzerland kerana ia digunakan pada bungkusan cokelat Toblerone.

Matterhorn (Gambar dari Internet)
Nama "Matt" pada gunung ini berasal dari nama bandar Zermatt yang terletak di kakinya dan "horn" pula berasal dari "glacial horn" yang menerangkan bentuk puncaknya yang seperti piramid. Gunung ini dipanggil Le Cervin dalam Bahasa French dan Monte Cervino dalam Bahasa Itali.


MOUNT PILATUS

Mount Pilatus yang terletak berhampiran bandar Lucerne adalah antara gunung yang mempunyai kisah pelik di sebalik namanya. Ia dinamakan sempena Pontius Pilate, gabenor Roman dari Judea yang bertanggungjawab mengarahkan supaya Jesus Christ disalib.

Menurut ceritanya, Pilate telah dipenjara dan membunuh diri tidak lama selepas Jesus Christ disalib. Bila mayatnya dibuang ke dalam sungai oleh Tentera Rom, ribut taufan yang hebat melanda tanpa henti sehinggalah mayat Pilate dikeluarkan kembali. Akhirnya mayat Pilate dibawa ke puncak gunung terpencil di Switzerland yang dinamakan Frakmont dan ditinggalkan di dalam sebuah tasik yang dalam.

Namun demikian, Pilate masih menimbulkan masalah. Ribut taufan sering melanda sekitar pergunungan tempat persemadiannya sehingga pihak berkuasa di Lucerne melarang sebarang aktiviti pendakian gunung sehingga kurun ke-16.

Menurut legenda yang masih popular sehingga ke hari ini, setahun sekali pada hari Good Friday, Pilate akan muncul sambil duduk di atas sebuah kerusi di tengah-tengah Lake Pilatus, dengan rambutnya yang beruban dan memakai pakaian berwarna ungu seperti seorang hakim.


JUNGFRAU, MÖNCH DAN EIGER

Sebuah cerita romantik dari Swiss Alps pula menceritakan tentang puncak Mönch (“Monk”) yang melindungi Jungfrau dari Eiger (“Ogre” atau Gergasi). Bunyi kisahnya macam romantik, tetapi cerita sebenarnya bukanlah begitu...

Jungfrau yang bermaksud Virgin mendapat namanya kerana sebuah convent (biara untuk rahib wanita) memiliki padang ternak di kaki gunung ini. Gunung Eiger --- yang terkenal dengan permukaan utaranya yang merbahaya dan banyak mengambil nyawa --- mendapat namanya dari perkataan Latin acer yang bermaksud tajam atau dari perkataan Bahasa Jerman Lama ger yang bermaksud lembing.

Gunung Mönch (“Monk”) pula dikatakan mendapat nama sempena padang ragut di kakinya yang dimiliki oleh pendeta Kristian (monks).


TRUGBERG

Puncak Truberg juga mempunyai kisah yang menarik tentang bagaimana ia mendapat nama. Pada pertengahan kurun ke-19 dulu, ada sekumpulan pendaki cuba memanjat ke puncak Jungfrau menerusi Aletsch Glacier. Mereka sebaliknya telah bertemu dengan muara sungai ais yang dinamakan Konkordiaplatz.

Pemandangan Jungfrau dari Konkordiaplatz sebenarnya terlindung dengan puncak Trugberg. Kumpulan ini kemudiannya telah memanjat Trugberg kerana menyangka ia adalah Jungfrau. Selepas memanjat Trugberg barulah mereka menyedari yang mereka sebenarnya telah mendaki puncak gunung yang salah kerana puncak Trugberg adalah 203 meter lebih rendah dari Jungfrau. Lantas mereka terus menamakan puncak yang didaki sebagai Trugberg yang bermaksud Cheating Mountain.


LAKE LUNGERN

Lake Lungern (Bahasa Jerman: Lungernsee) adalah sebuah tasik semula jadi yang dapat dilihat di kawasan ini. Ia dikelilingi gunung dan pemandangan yang cantik di sekitarnya. Tasik ini dinamakan sempena bandar Lungern di tepi tasik tersebut.

Lake Lungern
Lake Lungern juga terkenal kerana menjadi antara lokasi dalam drama popular Korea Crash Landing On You. Ini adalah adegan yang dirakamkan di Lake Lungern...

Adegan Crash Landing On You yang dirakamkan di Lake Lungern
Kita tengok keindahan pemandangan di sekitar tasik ini yang menyebabkan ia dipilih sebagai lokasi Crash Landing On You...


BARBEGAZI

Gunung-gunung tinggi di seluruh dunia memang sering dikaitkan dengan kawasan kediaman makhluk-makhluk pelik. Di Malaysia misalnya, kawasan pergunungan sering dikatakan menjadi tempat tinggal Orang Bunian. Pergunungan di Switzerland turut tidak terkecuali dari dikatakan menjadi tempat tinggal makhluk yang dinamakan Barbegazi yang berjanggut panjang dan memiliki kaki yang besar dan panjang.

Barbegazi
Barbegazi pandai bermain ski dengan menggunakan kaki mereka yang besar dan panjang itu. Mereka dikatakan paling gemar bermain ski sewaktu berlaku runtuhan salji (avalanche).

Barbegazi tinggal di dalam gua dan sering membantu petani mengumpulkan ternakan. Mereka juga dikatakan sering memberi amaran tentang avalanche dengan cara siulan. Barbegazi yang baik ini juga sering membantu mengeluarkan orang yang tertimbus di dalam salji.


BRÜNIG PASS

Brünig Pass menghubungkan Bernese Oberland dengan Central Switzerland. Ia menghubungkan Meiringen di Canton of Bern dengan Lungern di Canton of Obwalden. Ia juga terletak di kawasan tadahan air Sungai Aare yang mengalir menerusi Lake Brienz dan Lake Thun serta Sungai Sarner Aa yang mengalir masuk ke Lake Lucerne.

Brünig Pass
Pelancong menikmati keindahan Brünig Pass
Keindahan Brünig Pass
Satu lagi pemandangan di Brünig Pass
Brünig Pass terkenal sebagai laluan Zentralbahn Brünig Railway Line di antara Lucerne dan Interlaken. Stesen terkenal di laluan ini ialah Brünig-Hasliberg. Lebuhraya A8 di antara Lucerne dan Spiez turut melalui kawasan ini. Brünig Pass turut membuka laluan perdagangan dari Switzerland ke Italy pada masa lampau. Ia dipercayai telah pun digunakan untuk menghubungkan Central Switzerland dengan Domodossola di Italy sejak di zaman Roman dulu.

Menikmati pemandangan dari dalam bas
Brünig Pass
Pergunungan tinggi di Brünig Pass
Stesen Keretapi Brünig-Hasliberg
Hasliberg
Pemandangan berhampiran Hasliberg
Arah ke Interlaken
Persimpangan
Pemandangan indah di Brünig Pass
Sebatang jalan telah dibina oleh Kerajaan Switzerland di Brünig Pass pada tahun 1856. Ia diikuti dengan pembinaan landasan keretapi. Mengikut sejarahnya sebelum landasan keretapi ini dibina, laluan ini adalah laluan tradisi kereta kuda.

Hotel dan restoran kecil di Brünig Pass
Kemudahan charging kenderaan elektrik di hotel dan restoran ini.
Pemandangan indah di Brünig Pass
Menikmati pemandangan dari dalam bas

PERJALANAN KE LAUTERBRUNNEN

Kita nikmati lagi pemandangan yang indah dalam perjalanan menuju ke Lauterbrunnen...

Lembah Lauterbrunnen
Lauterbrunnen adalah pintu masuk ke Jungfrau Region dan sering digelar sebagai The Valley of 72 Waterfalls kerana ia memiliki 72 buah air terjun. Lembah ini dikelilingi oleh puncak-puncak gunung yang tinggi yang turut termasuk Eiger, Mönch dan Jungfrau.

Destinasi kami di Lauterbrunnen adalah air terjun yang bernama Staubbach Falls. Kita lihat pemandangan indah Lauterbrunnen Valley sepanjang perjalanan menuju ke sana...

Jalan menuju ke Lauterbrunnen bengkang-bengkok dan mendaki gunung. Tetapi suatu yang diperhatikan ialah pemandu-pemandu di sini sangat berdisiplin dan bertimbang rasa. Pemandu bas kami misalnya beberapa kali akan ke tepi untuk memberi laluan kepada kereta-kereta yang lebih kecil untuk memintas. Bas-bas yang bertembung sesama mereka di laluan ini juga bagaikan mempunyai understanding siapa yang patut lalu dahulu.

Seperti yang diperkatakan, memang banyak air terjun yang dilihat di Lauterbrunnen Valley. Pemandangan air terjun yang banyak begini sebenarnya hanya boleh dilihat dalam musim bunga seperti sewaktu kami berada di sana. Ini adalah kerana pada ketika ini, glacier di puncak gunung sedang mencair, jadi banyaklah air yang turun. Kebanyakan air terjun ini juga akan kering dan tidak dapat dilihat kalau kita berkunjung di musim panas.

Sungai Aare
Kawasan di sekitar Lauterbrunnen Valley adalah kawasan penternakan lembu. Memang banyak pemandangan lembu meragut rumput di sini. Seronok melihat lembu yang gemuk tergolek-golek di padang rumput.


LAKE BRIENZ

Satu destinasi yang kami akan lawati pada hari ini juga adalah bandar Interlaken. Kami akan ke sana selepas melawat Lauterbrunnen. Nama 'Interlaken' bermaksud 'di antara tasik' kerana ia terletak di antara dua buah tasik: Lake Brienz dan Lake Thun. Kami melalui Lake Brienz dalam perjalanan menuju ke Lauterbrunnen.

Pemandangan Lake Brienz di kejauhan sana
Lake Brienz
Bandar Interlaken terletak 17 km dari sini
Lake Brienz terkenal dengan airnya yang berwarna biru. Warna biru ini berasal dari partikel halus sedimen yang dibawa ke tasik ini oleh Sungai Lütschine dan Sungai Aare. Airnya yang jernih turut menambahkan keindahan tasik.

Lake Brienz yang terkenal dengan airnya yang berwarna biru
Perkampungan di seberang Lake Brienz
Menikmati keindahan Lake Brienz dari dalam bas
Warna air Lake Brienz yang kebiruan
Seperti Lake Lungern, Lake Brienz juga adalah lokasi perfileman drama Korea terkenal Crash Landing On You. Inilah adegan terkenal yang dirakamkan di Lake Brienz...

Adegan dari Crash Landing On You yang dirakamkan di Lake Brienz
Ada Sengg Tunnel yang kami lalui di tepi Lake Brienz ini...

Sengg Tunnel
Pemandangan di dalam terowong
Kita masih dihidangkan dengan pemandangan Lake Brienz selepas keluar dari Sengg Tunnel...

Lake Brienz
Lagi pemandangan indah di Lake Brienz
Ada keretapi lalu di seberang tasik
Meninggalkan Lake Brienz
  
WILDERSWIL

Perjalanan seterusnya melalui bandar Wilderswil. Bandar ini juga adalah antara persinggahan popular bagi pelancong-pelancong yang ingin berkunjung ke Lauterbrunnen.

Pemandangan berhampiran bandar Wilderswil
Arah ke Interlaken dan Lauterbrunnen
Oberland Shopping Mall di Wilderswil
Lebuhraya
Padang rumput di kaki gunung
Menuju ke Lauterbrunnen
Pekan Wilderswil
Kawasan perumahan
Muzium Keretapi
Stesen Keretapi Wilderswil
Melintas jalan di pekan Wilderswil
Di pekan Wilderswil ini juga, kami dapat melihat rumah-rumah tradisional yang cantik di tepi jalan.

Selepas meninggalkan Wilderswil, kita terus disajikan dengan pemandangan Swiss Countryside yang terbentang indah..

Kemudian kita disajikan pula dengan pemandangan Sungai Weisse Lütschine (White Lütschine). Sungai inilah yang mengalir membelah Lauterbrunnen nanti.

Weisse Lütschine River

TIBA DI LAUTERBRUNNEN

Selepas 3 jam menaiki bas, kami akhirnya tiba di pekan Lauterbrunnen pada pukul 11 pagi. Cuaca di luar agak sejuk dengan suhu 16'C.

Menghampiri pekan Lauterbrunnen
Landasan keretapi dan Sungai Weisse Lütschine
Keretapi
Sebahagian jalan sedang ditutup di depan sana untuk pembaikan
Padang rumput
Pergunungan tinggi yang mengelilingi pekan Lauterbrunnen dah kelihatan di depan sana
Rumah tradisional
Sungai Weisse Lütschine
Arah ke depan untuk ke Lauterbrunnen
Excited sangat sebab dah nak tiba...
Tiba di Lauterbrunnen


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: