Saturday 23 March 2019

2019 NORTH NEW ZEALAND BHG. 23 (Hamilton Gardens 1)

Februari 2019

NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo

Bahagian 23: Hamilton 1
HAMILTON GARDENS (1)

HARI KEENAM (4)

Part 52: Perjalanan Ke Hamilton

Perjalanan kami diteruskan lagi dari Otorohanga menuju ke Hamilton yang terkenal dengan taman bunganya yang terkenal, Hamilton Gardens.

Meninggalkan Otorohanga
Menuju ke Hamilton
Pemandangan di kiri kanan jalan masih sebahagian besarnya terdiri dari ladang-ladang ternakan.


Part 53: Hamilton Gardens (1)

Sejarah Hamilton Gardens bermula sebagai sebuah kuari pasir dan tapak pelupusan sampah seluas 54 hektar yang ditebusguna. Ia kini menempatkan 21 buah taman bertema yang menarik.

Oleh kerana Taman Hamilton ini sangat besar, ia mempunyai beberapa buah pintu masuk
Arah ke pintu masuk ke Hamilton Gardens
Tempat letak kereta
Peta Hamilton Gardens
Hamilton Gardens boleh dilawati dengan percuma. Namun untuk menjimatkan masa, kami masuk dulu ke Visitor Centre untuk membeli peta dan mendapatkan khidmat nasihat tentang tempat-tempat yang disarankan untuk dilawati dalam tempoh satu setengah jam.

Visitor Centre di Hamilton Garden
Husband bersama Haziq sedang mendapatkan khidmat nasihat tentang lawatan ke Hamilton Gardens
Welcome To Hamilton Gardens
Layout taman ini terbahagi kepada 5 seksyen utama: Paradise Collection, Productive Collection, Fantasy Collection, Cultivar Collection dan Landscape Collection. Memandangkan kami mempunyai masa yang terhad, petugas di Visitor Centre mencadangkan supaya kami hanya memberi tumpuan kepada Paradise Collection.

Pintu masuk ke Paradise Collection
Enclosed Garden
Nombor yang perlu dihubungi kalau terkunci di dalam taman
Ayuh, jom kita melawat ke koleksi taman-taman yang dinamakan Paradise Garden Collection. Ia terdiri pula dari beberapa buah taman kecil: Japanese Garden of Contemplation, Chinese Scholar's Garden, English Flower Garden, Modernist Garden, Indian Char Bagh Garden dan Italian Renaissance Garden.

Laluan ke pusat Paradise Garden Collection
Landskap dengan tanaman semulajadi
Peta dan Sejarah Hamilton Gardens
Roundabout di Paradise Garden Collection. Taman-taman kecil dengan tema- tema yang berlainan dibina di sekeliling kolam ini.
Patung-patung Egyptian di Paradise Garden Collection
Close-up
Maklumat keterangan
Taman-taman yang membentuk Paradise Garden Collection
Pagar-pagar hidup yang membahagikan taman-taman kecil di bawah Paradise Garden Collection

JAPANESE GARDEN OF CONTEMPLATION

Taman pertama yang kami lawati ialah Japanese Garden of Contemplation. Ia adalah contoh sebuah taman tradisional yang banyak terdapat di kuil-kuil di Jepun.

Japanese Garden of Contemplation
Pintu masuk
Japanese Lantern
Keterangan mengenai ciri-ciri Japanese Garden of Contemplation
Satu ciri taman Jepun ini yang menarik ialah Zen Garden. Konsep yang digunakan dalam Zen Garden adalah movement without movement. Taman ini misalnya menggunakan batu-batu untuk menggambarkan pemandangan laut dan pulau-pulau.

Zen Garden di Japanese Garden of Contemplation
Batu-batu yang disusun untuk membentuk pemandangan Laut dan Pulau-pulau
Menikmati keindahan Zen Garden
Taman yang menggunakan air pula dinamakan sebagai Stroll Garden. Ia selalunya dibina berhampiran kediaman sami-sami Buddha di Jepun. Untuk kemudahan meditasi, kedua-dua Zen Garden dan Stroll Garden dibina supaya keindahannya dapat dinikmati dengan hanya berdiri di satu sudut sahaja.

Stroll Garden
Jika diperhatikan betul-betul, pemandangan di taman ini sama seperti konsep di Zen Garden tadi. Cuma ia menggunakan air sedangkan Zen Garden hanya menggunakan susunan batu-batu.
Stroll Garden
Menikmati keindahan Stroll Garden
Binaan berciri Jepun di Japanese Garden of Contemplation
Arah ke pintu keluar

ENGLISH FLOWER GARDEN

Kemudian kita melawat pula ke English Flower Garden yang dibina menyerupai sebuah taman awam di England.

English Flower Garden
Pintu masuk ke English Flower Garden
Satu ciri tipikal dalam taman-taman Inggeris ialah pokok-pokok bunganya yang ditanam secara berserabut. Oleh kerana pokok-pokok ini sengaja ditanam begini, ia memberi gambaran seolah-olah kita sedang berada di sebuah kawasan semulajadi, terutama ketika musim bunga sedang berkembang seperti ketika kami berada di sana.

Bunga-bunga di English Garden memang sengaja ditanam secara berserabut untuk menimbulkan suasana semulajadi
Menikmati keindahan English Garden
Pokok-pokok sayur yang ditanam di celah-celah pokok bunga
Memang terasa macam kita sedang berjalan di celah semak-samun di English Garden ini.
Duduk menikmati pemandangan pancutan air
Gazebo
Lorong menuju ke Gazebo
English Formal Garden
Satu lagi pemandangan English Formal Garden
Sambil duduk di kerusi sana, bayangkan seolah-olah kita sedang bersantai di Stratford-on-Avon di England. Ada ke garden macam ini kat sana?
Herba
Lagi tumbuhan herba
Tanaman herba ini banyak digunakan dalam masakan
Macam kenal je herba-herba ni, tapi tak tau nama. Boleh consider kenal ke begitu?
Berjalan di English Flower Garden
Balik ke Central Core nak melawat ke taman yang lain pulak.

CHINESE SCHOLAR'S GARDEN

Taman seterusnya yang dilawati ialah Chinese Scholar's Garden. Disebabkan kita dah beberapa kali melawat ke China dan melihat taman-taman macam ini di sana, kita taklah rasa istimewa sangat taman ini. Tapi bagi orang yang tinggal di New Zealand atau di negara-negara lain yang jauh dan susah nak pergi ke China, pasti taman ini sangat istimewa kepada mereka.

Chinese Scholar's Garden
Pintu masuk ke Chinese Scholar's Garden
Keterangan mengenai Chinese Scholar's Garden
Taman sebenarnya terletak di depan sana...
... di sebalik tembok itu.
Jom masuk ke dalam
Moon and Lily Pond yang terbentang di sebalik tembok di Chinese Scholar's Garden
Berjalan mengelilingi Kolam Moon and Lily
Kawasan di seberang kolam sana dipanggil Island of the Whispering Bird
Bayang langit biru di dalam kolam
Wisteria Bridge
Lorong pokok buluh
Tenang dan damai suasana di sini
Husband mengambil gambar dari atas Willow Bridge
Ini gambar yang Husband ambil dari atas Willow Bridge
Kagum melihat betapa telitinya mereka membina suasana yang bagaikan secebis China di New Zealand
Husband bergambar dengan pokok buluh
Kita pun nak jugak...
Kemudian kita bertemu pula dengan patung seekor kura-kura berkepala naga yang dinamakan The Celestial Yuan of Taihu. Mengikut legenda China, The Celestial Yuan of Taihu ini adalah kura-kura yang dihantar oleh Dragon King of the Eastern Sea untuk menyelamatkan penduduk Shanyang dari lemas dalam kejadian banjir Tasik Tai (Taihu).

The Celestial Yuan of Taihu
Kisah tentang the Celestial Yuan of Taihu
Sungai Waikato seperti yang dilihat dari Chinese Scholar's Garden. Boleh mandi-manda di sungai ini di sini. Panorama ini bagaikan Tasik Tai di dalam kisah The Celestial Yuan of Taihu.
Golden Pavilion
Pemandangan ke arah Wisteria Bridge dari Golden Pavilion
Keterangan tentang pemandangan yang dilihat dari Golden Pavilion
Husband bergambar dengan Celestial Yuan of Taihu
Laluan menuju ke pintu keluar
Kerusi untuk berehat

MODERNIST GARDEN

Dari Chinese Scholar's Garden yang sangat tradisional, kita beralih pula ke Modernist Garden. Taman berkonsep ini sangat popular di kediaman-kediaman mewah di Pantai Barat Amerika Syarikat.

Modernist Garden
Pintu masuk ke Modernist Garden
Keterangan mengenai Modernist Garden
Modernist Garden biasanya menerapkan elemen rekreasi di dalam taman. Kerana itulah taman berkonsep ini selalu dibina di tepi kolam renang.

Boleh dengar suara riuh rendah kanak-kanak bermain dalam kolam renang dari sini lagi
Kanak-kanak bermain di kolam renang
Taman Modernist juga selalu ada dinding kaca seperti ini untuk membolehkan pemilik taman menikmati suasana hutan di luar.
Elemen-elemen moden seperti potret Marilyn Monroe ini turut digunakan dalam rekabentuk Modernist Garden
Pelbagai aktiviti boleh dibuat di Sungai Waikato yang mengalir di belakang Hamilton Gardens ini, termasuklah canoe.
Pokok lalang yang ditanam di Modernist Garden
Modernist Garden ini kurang menarik pada pandangan kami. Jadi kami tak spend masa yang panjang di sini. Terus saja bergerak menuju ke taman yang seterusnya...


 Bersambung ke Bahagian 24...


CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):