Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 3: Busan Tour
KTX (Seoul - Busan) & BUSAN (Songdo Skywalk)
HARI KEDUA (2)
Part 6: Train To Busan (KTX 33 Seoul - Busan)
Bila pintu untuk KTX kami dibuka pada pukul 1 tengahari, Kim menemani kami masuk ke tren.
Berjalan masuk ke platform tren |
Pemandangan di Seoul Station |
Tren KTX kami ke Busan menunggu di Platform 5 |
Kim membawa kami sehingga masuk ke dalam tren |
Seperti juga Tren ETS di Malaysia, ada tempat khas disediakan untuk menyimpan bagasi yang besar di hujung setiap gerabak.
Tempat letak bagasi di penghujung gerabak |
Beg-beg besar kami yang diletakkan di tempat simpanan bagasi |
Suasana di dalam Tren KTX |
Maklumat tren kami |
Tren KTX 33 Seoul - Busan kami berlepas tepat pada pukul 1.18 tengahari mengikut jadual. Tren ini bergerak dengan sangat smooth dan laju. Perjalanan dari Seoul ke Busan sejauh 400 km dengan Tren KTX ini dijangka memakan masa 2 jam. Agak mengecewakan kerana tingkap tren ini kotor, jadi tak dapatlah nak mengambil gambar yang cantik sepanjang perjalanan dari Seoul ke Busan. Ada 19 perkhidmatan KTX disediakan setiap hari dari Seoul ke Busan, sebab itulah mereka tak sempat nak cuci tingkap, kata Husband.
Pemandangan keluar dari tingkap KTX kami yang tidak dibersihkan |
KTX adalah keretapi laju di Korea Selatan yang setanding dengan Shinkansen di Jepun. Selain KTX, ada juga khidmat keretapi biasa yang dinamakan Mugunghwa. Kata Kim kepada kami, perkhidmatan Mugunghwa ini tidak popular di kalangan warga Korea sendiri kerana ia bergerak jauh lebih perlahan berbanding KTX. Kalau perjalanan dari Seoul ke Busan dengan KTX memakan masa cuma 2 jam, perjalanan dengan Mugunghwa pula memakan masa 5 jam.
Banyak kawasan pergunungan yang dilalui dalam perjalanan dengan KTX dari Seoul ke Busan |
Disebabkan bilangan penduduknya yang padat, ramai rakyat Korea tinggal di dalam apartment-apartment yang tinggi begini |
Dundae-dong |
Sampai di Osong |
Perjalanan KTX ke Busan ini sebenarnya sangat menarik kerana kita melalui beberapa buah terowong panjang di bawah pergunungan. Rasa macam boleh kalah pemandangan naik train di Switzerland. Tapi itulah, susah nak ambil gambar terowong yang dilalui dengan keadaan tingkap KTX yang berdebu tebal ini.
Pemandangan tipikal sepanjang laluan KTX dari Seoul ke Busan |
Tiba di Ulsan |
Hampir tiba di Busan |
Part 7: Busan
Alhamdulillah, kami tiba di Stesen Busan pada pukul 3.18 petang. Syukur kerana tak ada zombie dalam tren tadi sepertimana di dalam filem Korea Train To Busan yang popular itu. Hahaha!! Tour Guide kami yang bernama Sarah Park telah sedia menanti kami di platform train lagi.
Keretapi KTX kami tiba di Busan |
Stesen Busan |
Satu lagi pemandangan di Stesen Busan |
Husband berbual dengan Tour Guide merangkap pemandu kami di Busan yang bernama Sarah. |
Stesen pengecas kenderaan elektrik di Stesen Busan |
Pemandangan kota Busan dari Stesen Busan |
Tempat parking kenderaan di Stesen Busan |
Satu lagi pemandangan tempat parking kenderaan di Stesen Busan |
Mesin pembayaran parking di Stesen Busan |
Pemandangan sewaktu meninggalkan Stesen Busan |
Pemandu merangkap Tour Guide kami di Busan yang bernama Sarah Park. Kalau mengikut cara Korea, namanya ditulis sebagai Park Sarah. |
Busan yang terletak di bahagian selatan South Korea adalah bandaraya yang kedua terbesar di negara ini. Ia adalah juga pelabuhan terbesar di South Korea dan pelabuhan kontena yang ke-6 terbesar di dunia.
Busan |
Disebabkan kami dah merasa traffic jam yang teruk di kota Seoul sewaktu dalam perjalanan Ajusshi menghantar kami ke Seoul Station tadi, terasa trafik di kota Busan sangat tenang. Maklum sajalah, bilangan penduduk di kota Busan cuma 3 juta berbanding bilangan penduduk Seoul yang seramai 25 juta.
Trafik di kota Busan jauh lebih tenang berbanding di kota Seoul |
Bangunan pencakar langit di kota Busan |
Busan Tower |
Pemandangan tipikal di kota Busan |
Seperti juga di kota Seoul, ada laluan khas yang disediakan untuk kegunaan bas di kota Busan |
Laluan khas bas di kota Busan |
Kalau di Philippines dulu kami dapat melihat pusat membeli-belah SM Mall di serata tempat, di Korea pula kita dapat melihat Lotte Mall. Busan sendiri misalnya, mempunyai 5 buah Lotte Mall. Lotte Mall diasaskan oleh seorang warga Korea yang bernama Shin Kyuk-ho di Jepun. Shin telah pergi ke Jepun sewaktu Korea menjadi jajahan takluk Jepun pada tahun 1941. Dia kemudiannya kembali ke Korea dan mengembangkan perniagaannya di sana.
Salah sebuah Lotte Mall yang terdapat di Busan |
Suasana di Busan |
Pusat bandar Busan |
Bakeri Paris Baguette ini juga boleh ditemui di serata tempat di Korea |
Tapak Busan International Film Festival |
Tulisan Korea digunakan dengan meluas pada semua signboard kedai di negara ini. Memang susah nak jumpa kedai yang memakai Tulisan Rumi. |
Kita lihat pemandangan kota Busan yang kami lalui dalam perjalanan menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama di sini ~ Songdo Skywalk.
Satu pemandangan yang juga sering kita lihat di Korea Selatan adalah bangunan-bangunan gereja Kristian. Ini adalah kerana agama Kristian adalah agama terbesar di negara ini dan dianuti oleh lebih 20% penduduknya. Dari segi statistik, Korea Selatan mempunyai bilangan penganut agama Kristian yang kedua terbesar di Asia selepas Philippines. Agama Buddha yang merupakan agama tradisi penduduk Korea Selatan kini telah menjadi agama yang kedua tebesar.
Sebuah gereja Kristian di Busan |
Menuju ke Songdo Skywalk |
Part 8: Songdo Skywalk
Sarah membawa kami ke Songdo Skywalk untuk menikmati pemandangan kota Busan yang terletak di tepi laut dari sana.
Laluan menaiki bukit menuju ke Songdo Skywalk |
Memang excited sewaktu kami tiba di Songdo Skywalk, lebih-lebih lagi bila melihat pemandangan cable car yang lalu di atas kepala.
Tempat parking kereta di Songdo Skywalk |
Cable car yang melintas atas kepala di tempat letak kereta |
Mengikut Sarah ke tangga naik ke Songdo Skywalk |
Pengalaman memanjat bukit tinggi yang pertama bagi kami di Korea. Haihh!! |
Songdo Skywalk adalah sebuah jambatan sepanjang 365 meter yang dibina di atas Songdo Bay di Busan. Sebahagian jambatan ini memang dibina dari kaca untuk membolehkan kita melihat pemandangan laut di bawahnya. Kecewa sungguh Sarah bila mendapati Songdo Skywalk ini telah ditutup sewaktu kami tiba di sana. "The Seoul people really made a big mistake," komen Sarah kepada kami. Maklum sajalah sebab sepatutnya kami naik KTX dari Gwangmyeong Station pada pukul 11.17 pagi dan tiba di Busan pada pukul 1 tengahari. Dengan perancangan sebegitu, memang sepatutnya kami dapat melawat Songdo Skybridge ini dengan selesa sebelum ia ditutup pada pukul 5 petang.
Pintu masuk ke Songdo Skywalk |
Bergambar di pintu masuk ke Songdo Skywalk |
Disebabkan Songdo Skywalk telah ditutup, kami cuma dapat melihat dari kejauhan saja. Kami tidaklah merasa ralat sangat tak dapat masuk ke Skywalk ini. Maklum sajalah, pada usia-usia sebegini kita dah lebih redha dengan takdir. Dengan peristiwa yang berlaku di Seoul, memang Allah dah takdirkan kami tak dapat nak melawat masuk ke Songdo Skywalk petang itu. Kami pun okey juga begitu sebab gayatlah rasanya nak berjalan atas lantai kaca di atas laut begitu!
Songdo Skywalk |
Pandangan lebih dekat Songdo Skywalk |
Pulau di penghujung Songdo Skywalk. Tulisan Korea di sana bermaksud Songdo Yonggung Cloud Bridge |
Bergambar dengan Songdo Skywalk |
Pemandangan kapal yang berlayar di perairan Busan |
Kapal-kapal di tengah lautan |
Disebabkan Songdo Skywalk telah ditutup, kami tidak menghabiskan masa yang panjang di sini lalu bergerak kembali turun ke bawah.
Meninggalkan Songdo Skywalk |
Pemandangan Autumn di Korea |
Tenang dan damai |
Turun tangga ke tempat parking |
Ada lantai kaca rupanya pada cable car ini! |
Sebelum meninggalkan Songdo Skywalk, kami menikmati dulu pemandangan dari tepi laut. Laut yang terbentang luas di sini adalah Songdo Bay yang merupakan sebahagian dari Sea of Japan. Disebabkan sentimen permusuhan yang kuat dengan Jepun sewaktu di zaman perang dulu, warga Korea memilih untuk memanggil laut ini sebagai East Sea.
Pemandangan Songdo Skywalk dari tepi laut |
Ramai yang memancing ikan di sini |
Memancing ikan di Songdo Bay |
Songdo Cable Car |
Pemandangan Busan dan Songdo Cable Car di kala senja |
Pemandangan Songdo Skywalk di kala senja |
Penghujung Songdo Skywalk |
Ahhh, indah! |
Kapal-kapal yang berlabuh di waktu senja |
Kondominium mewah di kota Busan |
Sewaktu kami berada di sana, Korea Selatan sedang mengalami Musim Luruh. Suhu sepanjang lawatan kami sangat nyaman ~ hanya di sekitar 20'C. Hanya light jacket diperlukan untuk menahan sedikit kedinginan terutama di sebelah malam sewaktu berada di luar bangunan. Matahari terbit pada sekitar jam 6.40 pagi manakala waktu matahari terbenam pula adalah di sekitar pukul 5.50 petang.
Busan Tower yang berdiri megah di tengah kota |
Close-up Busan Tower |
Namhang Bridge |
Meninggalkan Songdo Skywalk menuju ke destinasi yang seterusnya |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
- Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
- Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
- Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
- Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
- Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
- Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
- Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple
- Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Busan Cinema Center, Masjid Al Fatah & Capadoccia Restaurant
- Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Gukje Market & Daegaksa Temple
- Bahagian 11 [Hari 3] - Busan : BIFF Square & Jagalchi Fish Market
- Bahagian 12 [Hari 4] - Busan - Jeju : Gimhae International Airport & Air Busan
- Bahagian 13 [Hari 4] - North Jeju : Iho Tewoo Beach
- Bahagian 14 [Hari 4] - North Jeju : Rainbow Wall, Yongyeon Pond & Yongduam Rock
- Bahagian 15 [Hari 4] - North Jeju : Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
- Bahagian 16 [Hari 5] - North Jeju : Gueom Stone Salt Flats
- Bahagian 17 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (1)
- Bahagian 18 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (2)
- Bahagian 19 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach & Seongsan Ilchulbong
- Bahagian 20 [Hari 5] - South Jeju : Seongsan-Ojo Geo Trail & Jeongbang Waterfall
- Bahagian 21 [Hari 5] - South Jeju : Cheonjiyeon Waterfall & Seogwipo Formation
- Bahagian 22 [Hari 5] - South Jeju : Saeyongyo Bridge & Cheonjeyeon Waterfall
- Bahagian 23 [Hari 6] - Jeju - Seoul : Jeju International Airport - Seoul Gimpo Airport
- Bahagian 24 [Hari 6] - Seoul : Seoul City
- Bahagian 25 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
- Bahagian 26 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong & Cheonggyecheon Stream
- Bahagian 27 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace (1)
- Bahagian 28 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace (2)
- Bahagian 29 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum
- Bahagian 30 [Hari 7] - Seoul : Songhyeon Green Plaza, Kkochnuli Deulbap Restaurant & Bukchon Hanok Village (1)
- Bahagian 31 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village (2), Nanta Show & Kampungku Restaurant
- Bahagian 32 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 1
- Bahagian 33 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 2
- Bahagian 34 [Hari 8] - DMZ : Imjingak Peace Park 3
- Bahagian 35 [Hari 8] - DMZ Tour 1: Joint Security Area & Third Tunnel 1
- Bahagian 36 [Hari 8] - DMZ Tour 2: Third Tunnel 2, Dora Observatory & Unification Village
- Bahagian 37 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
- Bahagian 38 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur