April 2021
Travel Review 12: Asia Timur
JAPAN (Mount Fuji, Kyoto & Osaka)
Mount Fuji
Disebabkan lokasinya yang tidak berapa jauh dari Tokyo, Mount Fuji sering menjadi satu persinggahan kepada pengunjung ke kota ini. Ia adalah gunung tertinggi di negara Jepun dengan ketinggian lebih 3,000 kaki ~ jauh lebih rendah dari Gunung Kinabalu di Sabah yang mempunyai ketinggian lebih 4,000 kaki.
|
Gunung Fuji |
Gunung Fuji unik kerana ia adalah sebuah gunung tunggal. Kemuncaknya sentiasa diliputi salji pada sebarang musim. Ia juga telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2013.
|
Fuji Visitor Centre di kaki Gunung Fuji |
Ada 5 buah tasik di kaki Gunung Fuji dan kami cuma berkesempatan melihat 2 buah sahaja di antaranya: Lake Kawaguchi dan Lake Ashi. Lake Kawaguchi adalah tasik yang terbesar di antara kelima-lima tasik ini.
|
Lake Kawaguchi |
|
Kapal lanun di Lake Ashi |
Ada 7 buah stesen pendakian Mount Fuji namun kenderaan hanya dapat naik sehingga ke 5th Station sahaja. Di stesen ini ada sebuah kedai cenderamata dan sebuah Kuil Shinto yang boleh dilawati.
|
Kedai Cenderamata di 5th Station, Mount Fuji |
|
Kertas hajat yang digantung di Shinto Shrine di 5th Station, Mount Fuji |
Ada juga beberapa tarikan lain yang terdapat di kaki Mount Fuji yang pernah kami lawati seperti ladang anggur dan sebuah taman yang dinamakan Peace Park.
|
Pemandangan di ladang anggur di kaki Mount Fuji |
|
Pintu masuk ke Heiwa Koen Peace Park |
|
Pemandangan di Peace Park |
Kawasan Gunung Fuji ini juga terkenal dengan sebuah lembah air panas yang bernama Owakudani. Angin bertiup dengan sangat kencang sewaktu kami melawat ke sini sehingga kita cukup sukar nak bergerak.
|
Owakudani di Hakone di kaki Mount Fuji |
|
Menikmati angin kencang yang bertiup di Owakudani |
|
Kereta kabel yang bernama Hakone Ropeway ini boleh digunakan untuk datang ke Owakudani dari Lake Ashi |
Owakudani juga terkenal dengan telur rebus berkulit hitam yang dinamakan Kuro-Tamago. Kulit telur ini bertukar hitam selepas direbus menggunakan air panas semulajadi di kawasan pergunungan ini. Orang Jepun mempunyai kepercayaan yang umur kita akan panjang 5 tahun bila memakan sebiji telur berkulit hitam ini. Jadi kalau berhasrat nak umur panjang, makanlah banyak-banyak Kuro-Tamago ini.
|
Tugu Kuro-Tamago di Owakudani |
|
Telur Kuro-Tamago yang berkulit hitam selepas direbus dengan air panas semulajadi dari gunung |
|
Rupa Kuro-Tamago selepas dikupas kulit ~ sama saja seperti telur rebus biasa. Rasanya pun sama |
Kyoto
Kyoto adalah bandar bersejarah yang pernah menjadi ibu negara Jepun sebelum Tokyo. Ia juga sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik tetapi disebabkan kami cuma membuat persinggahan singkat di sini, satu-satunya tarikan yang kami lawati adalah Kiyomizu Temple.
|
Ramai wanita berpakaian tradisional Jepun dilihat di Kyoto |
|
Kiyomizu Temple |
|
Bunga sakura yang berkembang mekar di Kiyomizu Temple |
|
Taman berlumut yang cantik di Kiyomizu Temple |
|
Pemandangan bandaraya Kyoto yang moden dari Kiyomizu Temple |
|
Kedai-kedai cenderamata berhampiran Kiyomizu Temple |
Osaka
Osaka adalah kota yang kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Ia terletak kira-kira 500 km ke selatan Tokyo.
|
Osaka |
Setibanya di Osaka, kami terus dibawa ke Shinsaibashi yang terletak di tengah-tengah bandar. Ia adalah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Osaka. Namun keistimewaan Shinsaibashi paling terserlah di malam hari bila lampu-lampu iklan neonnya mula menyala terang.
|
Doutonbori Street di Shinsaibashi |
|
Shinsaibashi |
|
Iklan-iklan neon yang menyala terang di Shinsaibashi |
Tujuan kami ke Osaka adalah sebenarnya untuk melawat ke Universal Studios Japan. Myself rasa Universal Studios Japan (USJ) ini lebih besar berbanding Universal Studios Singapore (USS). Universal Studios adalah sebuah taman tema yang dibina berasaskan filem-filem terkenal. Namun disebabkan USJ dibina lebih awal berbanding USS, tarikan di USJ adalah berkait dengan filem-filem yang lebih lama berbanding di USS.
|
Universal Studios Japan |
|
Istana Harry Potter |
|
Antara roller coaster yang terdapat di USJ |
|
Jika tarikan utama di USS adalah Transformers, tarikan utama di USJ adalah Spiderman. |
Selepas melawat USJ, kami juga dibawa ke sebuah pusat membeli-belah bernama Universal Citywalk yang terletak di sebelahnya. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah pusat membeli-belah ini sangat American walaupun pekedai dan pengunjungnya hampir kesemuanya berketurunan Jepun.
|
Universal Citywalk |
|
Kedai-kedai di Universal Citywalk sangat berciri American |
|
Hard Rock Cafe Osaka yang terletak di Universal Citywalk |
Banyak lagi sebenarnya tempat yang menarik berhampiran Kyoto dan Osaka yang belum kami lawati. Kalau diizinkan Allah, mungkin kami boleh kembali lagi ke sini pada satu hari nanti untuk melawat kesemuanya.
Kisah penuh perjalanan kami ke Jepun boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):