Friday, 12 March 2021

2021 TRAVEL REVIEW 07 - CAMBODIA & VIETNAM UTARA

Mac 2021

Travel Review 07 - Asia Tenggara
CAMBODIA (Siem Reap) & VIETNAM UTARA (Hanoi)

Myself berpeluang melawat ke dua buah negara Indochina di Asia Tenggara pada tahun 2011: Cambodia dan Vietnam. Perjalanan ke Cambodia dengan seorang rakan karib adalah di sekitar kota Siem Reap manakala perjalanan ke Vietnam dengan Husband pula adalah ke Vietnam Utara di sekitar Hanoi dan Halong Bay.

 Peta menunjukkan kedudukan Cambodia dan Vietnam di Asia Tenggara

Cambodia (Siem Reap)

Waktu Myself menjejakkan kaki ke Cambodia, tak banyak yang Myself tahu tentang negara ini. Cambodia sebenarnya adalah sebuah negara miskin di Asia Tenggara. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah tak banyak jalan yang berturap di negara ini dan jika ada pun, turapannya sangat nipis.

Peta yang menunjukkan kedudukan Siem Reap di Cambodia
Pemandangan di pusat bandar Siem Reap
 Central Market di pusat bandar Siem Reap. Ada ramai penjual berketurunan Cham yang bercakap Melayu mirip-mirip macam bunyi dialek Kelantan di sini. Tapi kata kawan dari Kelantan yang bersama travel ke sini: "Mana ada bunyi Kelantan!" Hahaha!
Sewaktu di Cambodia, kami hanya berkunjung ke kota Siem Reap yang penuh bersejarah. Sesuatu yang diperhatikan juga ialah ada banyak bank perdagangan milik Malaysia di kota ini. Matawang Cambodia dinamakan Riel, walau bagaimanapun tak perlu menukar wang kepada Riel jika nak datang ke Cambodia kerana pemakaian US Dollar sangat meluas.

 Banyak bank milik Malaysia ada di Siem Reap. Selain Public Bank ini ada juga kami temui Maybank dan CIMB.
Siem Reap terkenal dengan kesan-kesan sejarah purba Angkor yang pernah menjadi Kerajaan tersohor di dunia pada masa dahulu. Sewaktu di sana kami berpeluang melawat ke Angkor Archaeological Park yang terkumpul di dalamnya banyak kesan bandar dan kuil purba.

 Pintu masuk ke ibu kota Kerajaan Purba Angkor yang bernama Angkor Thom
Bayon adalah candi utama di kota Angkor Thom pada masa dahulu
Terrace of the Elephants yang terletak berhampiran candi Bayon
Pintu masuk ke Ta Phrom Temple dijaga oleh ukiran 4 wajah ini
 Ta Phrom Temple terkenal dengan akar-akar pokok besar yang hampir menenggelamkan binaannya. Penggambaran filem Lara Croft: Tomb Raider dibuat di Ta Phrom Temple.
Bergambar bersama Nik di depan Angkor Wat
Pemandangan moat yang mengelilingi Angkor Wat
Sewaktu di Siem Reap juga kami sempat menyaksikan pertunjukan kebudayaan Cambodia sewaktu makan malam di Mondial Restaurant. Di sinilah kami diperkenalkan dengan tarian kebangsaan Cambodia yang dinamakan Apsara.

Tarian Apsara di Angkor Mondial Restaurant
Selain di kawasan Arkeologi Angkor, kami juga melawat ke 2 buah tempat bersejarah lain di Siem Reap: West Barray dan Wat Thmei. West Barray adalah sebuah kolam buatan manusia yang dibina dengan tangan bagi membekalkan air ke kota Angkor manakala Wat Thmei pula menyimpan sejarah pedih kerana ia pernah menjadi Killing Field pembunuhan ramai profesional rakyat Cambodia di zaman pemerintahan Pol Pot dulu.

West Barray
Tengorak mangsa-mangsa pembunuhan kekejaman Pol Pot yang disimpan di Wat Thmei
Kami juga dibawa melawat ke dua buah pusat kesenian tradisional Cambodia di Siem Reap: Pusat Cambodia Silk dan Artisans Angkor.

Perusahaan Cambodia Silk
Artisans Angkor
Bukan sahaja sejarah yang ada di Siem Reap. Ada juga tarikan semulajadi seperti Tasik Tonle Sap dan Bakhaeng Hill. Tonle Sap adalah tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Ada sebuah kampung air di tasik ini yang dihuni oleh warga Cambodia yang berketurunan Vietnam. Kampung air ini walau bagaimanapun tidaklah moden seperti di Sabah dan di Brunei. Ia masih ketinggalan terutamanya dalam kemudahan asas.

Cruise di Tonle Sap
Perkampungan air di Tonle Sap
Bakhaeng Hill yang terletak di kawasan sejarah Angkor pula adalah tempat terbaik untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di Siem Reap. Selepas melihat keindahan matahari terbenam di sini, cepat-cepat kena turun ke bawah kerana di sini tak ada lampu jalan.

Pendakian naik ke Bakhaeng Hill
Pemandangan matahari terbenam di Bakhaeng Hill
Pre Rup Temple di Bakhaeng Hill
Secara kesimpulannya, Cambodia memang sebuah negara yang miskin tetapi rakyatnya tidak meminta-minta. Myself juga sangat kagum dengan kesan sejarah yang dimiliki oleh negara ini. Bila ada rakan yang meminta pandangan tentang percutian di Cambodia, Myself katakan ia bukanlah tempat yang menyeronokkan bagi orang yang tidak selesa dengan kemiskinan untuk bercuti. Maklumlah, ada juga rakan-rakan kita yang inginkan keselesaan dan pemandangan yang cantik bila pergi bercuti, kan?! Tapi itu pengalaman pada tahun 2011 dululah... Mungkin keadaannya telah berubah sekarang.

Kisah penuh perjalanan kami di Cambodia boleh dibaca di sini:

Vietnam Utara (Hanoi, Halong Bay & Tam Coc)

Tak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang dah sampai ke Ho Chi Minh bila melawat Vietnam, Myself dan Husband belum sampai ke sana lagi. Kami sebaliknya sampai ke Hanoi yang terletak di Vietnam Utara.

Welcome to Vietnam
 
Hanoi

Hanoi adalah sebuah bandar yang sangat istimewa. Ia bukan sahaja menjadi ibukota Vietnam, malah ia adalah juga bandar ibukota yang terletak paling ke utara di Asia Tenggara. Disebabkan kedudukannya yang jauh ke utara ini, Hanoi menjadi satu-satunya ibukota di Asia Tenggara yang mempunyai 4 musim.

Pemandangan di kota Hanoi
Rumah-rumah kediaman di Hanoi yang dibina tirus dan tinggi
Di samping itu, kota Hanoi juga mempunyai sebanyak 16 buah tasik di dalam kawasan kotanya.

Bermain Chinese Chess di tepi Ho Truc Bach Lake
West Lake adalah tasik yang terbesar di Hanoi.
Hoan Kiem Lake adalah tasik yang paling terkenal di Hanoi
 Ngoc Sun Temple yang dibina di atas pulau buatan di Hoan Kiem Lake
Kura-kura gergasi yang diawet di Ngoc Sun Temple. Kura-kura adalah haiwan suci mengikut kepercayaan Agama Buddha
Kawasan pelancongan yang utama di Hanoi adalah Ho Chi Minh Presidential Area. Di kawasan inilah presiden pertama dan Bapa Kemerdekaan Vietnam, Ho Chi Minh tinggal sewaktu penjajahan Perancis sehinggalah negara Vietnam mencapai kemerdekaan. Ho Chi Minh yang berjiwa rakyat tinggal di sebuah rumah kayu di tepi tasik. Malah Mausoleum yang menempatkan jasad beliau yang diawet selepas meninggal dunia turut dibina di kawasan ini.

Pintu masuk ke Ho Chi Minh Presidential Area. Segala-gala tentang Ho Chi Minh ada di sebalik pintu pagar ini.
Rumah kayu kediaman Ho Chi Minh
Koleksi kereta rasmi Ho Chi Minh. Dia paling suka menggunakan kereta buatan Russia.
Ho Chi Minh telah berwasiat supaya mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Utara, Tengah dan Selatan Vietnam. Mayatnya sebaliknya diawet dan disemadikan oleh rakyat Vietnam di Mausoleum Ho Chi Minh ini.
Selain itu ada beberapa tarikan lain yang juga kami lawati seperti One Pillar Pagoda dan Temple of Literature yang merupakan universiti pertama di Vietnam yang dibina untuk melatih pegawai-pegawai Kerajaan di zaman dulu.

One Pillar Pagoda
Temple of Literature
Patung Confucius di Temple of Literature
Satu kesenian Vietnam yang sempat kami lihat di Hanoi adalah pertunjukan Water Puppet. Menurut sejarahnya permainan Water Puppet direka oleh para petani yang tak dapat turun bersawah dalam musim hujan sebagai satu bentuk hiburan.

Thang Long Water Puppet Theatre
Pertunjukan Water Puppet

Halong Bay

Tempat kedua yang kami kunjungi di Vietnam Utara adalah Halong Bay yang terletak berhampiran dengan sempadan negara China.  Halong Bay memang indah. Keindahan inilah yang membolehkan ia menerima status sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1994.

Cruise di Halong Bay
Keindahan Halong Bay membolehkan ia mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1994.
Gua Dong Thien Cung di Halong Bay
Ikon Halong Bay yang dinamakan Fighting Cocks Rocks

Tam Coc

Kami juga menyertai sebuah aktiviti yang sangat menyeronokkan di Vietnam Utara ini ~ bersampan di Tam Coc. Tam Coc adalah sebuah kawasan pergunungan indah yang bersempadan dengan Laos. Keindahan gunung-ganang karst di sini yang setanding dengan Halong Bay memberikan Tam Coc gelaran sebagai Inland Halong Bay.

Jeti sampan di Tam Coc
Bersampan di Tam Coc
 Sampan dikayuh dengan kaki di Tam Coc
Sepanjang bersampan, kita akan ditunjukkan dengan pelbagai formasi batuan yang menarik. Bak kata Tourist Guide kami, segala-segala yang dianggap unik di Vietnam akan dikaitkan dengan Buddha. Maka adalah formasi yang dinamakan Sitting Buddha, Standing Buddha dan sebagainya walaupun kadang-kadang pada pandangan kita tak ada langsung rupa manusia pada formasi itu.

 Pemandangan yang membolehkan Tam Coc mendapat gelaran sebagai Inland Halong Bay.
Bagi Myself, Vietnam Utara memang sebuah tempat yang sangat menarik untuk dilawati. Myself tak pernah sampai ke Ho Chi Minh, tapi dari apa yang Myself baca, Vietnam Utara memang berbeza dari Vietnam Selatan. Ini adalah kerana mengikut sejarahnya, selepas seluruh Vietnam dijajah Perancis, ia kemudian terbahagi kepada dua bahagian : Vietnam Utara yang diperintah oleh Komunis Russia dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh Amerika Syarikat. Disebabkan pengaruh pemerintahan Komunis, Vietnam Utara (Hanoi) lebih laid back. Vietnam Selatan (Ho Chi Minh) pula lebih hip.

Sebelum PKP, kami memang ada plan nak mengembara ke Central Vietnam. Namun apa kan daya ~ mudah-mudahan Allah akan izinkan kami untuk berbuat begitu nanti.


Kisah penuh perjalanan kami di Vietnam Utara boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):