Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)
Bahagian 2: South Africa
MAURITIUS (Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport) -->> JOHANNESBURG (O.R. Tambo International Airport)
HARI KEDUA (1)
Part 4: Dari Mauritius Ke Johannesburg
Sarapan pagi di Holiday Inn Mon Tresor di Mauritius bermula pada pukul 6 pagi. Selepas bersarapan pada pukul 6.30 pagi nanti, kami akan bergerak menuju ke Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport untuk mengambil penerbangan sambungan Air Mauritius menuju ke Johannesburg di South Africa.
Myself dan Husband bersama Eddy dan beberapa Pengyou (rakan serombongan) yang lain turun awal untuk bersarapan. Sementara menunggu restoran dibuka, kami melepak dan bersiar-siar dulu di sekitar kawasan hotel.
 |
| Kolam renang di Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Pemandangan perkarangan luar hotel dari pintu masuk utama |
 |
| Ini pula pemandangan menghala ke bangunan hotel dari taman di bahagian hadapan |
 |
| Holiday Inn Mauritius - Mon Tresor |
 |
| Van yang dah standby untuk membawa kami ke airport selepas breakfast |
 |
| Kaunter reception di Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Duduk menunggu restoran dibuka |
 |
| Pemandangan menghala ke arah restoran |
 |
| Mini Bar berhampiran restoran |
Bila restoran dibuka, kami bergegas masuk untuk bersarapan. Maklum sajalah kerana kami nak mengejar waktu untuk bergerak ke airport.
 |
| Breakfast di Holiday Inn Mon Tresor |
 |
| Antara pilihan makanan yang dihidangkan |
 |
| Boarding Pass dari Mauritius ke Johannesburg |
 |
| Pintu Perlepasan kami |
 |
| Ramai penumpang Muslim yang kami temui di Airport Mauritius |
 |
| Panggilan masuk ke dalam pesawat |
Pesawat kami ke Johannesburg Air Mauritius MK 851 dijadual berlepas pada pukul 8.50 pagi. Pada pukul 8.00 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat yang digunakan adalah pesawat wide body Airbus 350-900.
 |
| Berjalan masuk ke dalam pesawat |
 |
| Hujan renyai sedang turun di Mauritius |
 |
| Bersiap untuk perlepasan |
 |
| Peta penerbangan dari Mauritius ke Johannesburg |
 |
Air Mauritius
|
 |
| Safety video yang disampaikan dalam Bahasa French dan English |
 |
| Pemandangan sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway |
 |
| Awan tebal berhampiran pulau Réunion |
 |
| Tiba di Pulau Réunion |
 |
| Melintas ibukota Réunion yang bernama Saint-Denis |
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang setelah kami tiba di tanah besar Afrika. Ketika itu kami sedang terbang melintas negara Mozambique.
 |
| Perkhidmatan sajian penerbangan yang kedua |
 |
| Cuma biskut kering yang sedap dan air minuman sahaja yang diberi dalam sajian penerbangan yang kedua |
 |
| Tiba di South Africa |
 |
| Pemandangan South Africa dari udara sewaktu menuju ke Johannesburg |
Destinasi kami Johannesburg adalah bandaraya yang terbesar di South Africa. Ia terletak di wilayah Gauteng yang merupakan wilayah terkecil di kalangan 9 wilayah yang membentuk negara South Africa. Gauteng juga merupakan wilayah yang termaju di South Africa kerana di sinilah letaknya dua bandar utama negara tersebut: Johannesburg dan Pretoria.
 |
| Wilayah Gauteng di South Africa |
Kawasan pertanian yang luas dapat diperhatikan sewaktu pesawat kami menghampiri Johannesburg. South Africa adalah juga bekas jajahan British pada masa dahulu seperti Malaysia. Jika Malaysia banyak berkongsi kesamaan sejarah penjajahan British dengan India, South Africa pula banyak berkongsi kesamaan sejarah penjajajahan British dengan Australia. Tidak hairanlah perasaan kita sewaktu melihat pemandangan South Africa ketika pesawat menghampiri Johannesburg adalah bagaikan pesawat kita hendak mendarat di sebuah airport di Australia.
 |
|
 |
|
 |
|
 |
| Suasana di dalam pesawat sewaktu menghampiri Johannesburg |
Gauteng juga adalah wilayah yang terkenal dengan aktiviti perlombongan emas dan platinum. Pemandangan lombong-lombong terbuka juga banyak dilihat berhampiran bandar Johannesburg.
 |
| Menghampiri O.R. Tambo International Airport di Johannesburg |
Pesawat kami selamat mendarat di O.R. Tambo International Airport di Johannesburg pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Waktu di South Africa adalah 2 jam lebih lewat berbanding waktu di Mauritius dan 6 jam lebih lewat berbanding Malaysia.
 |
| Pemandangan di pinggir kota Johannesburg |
 |
| Menghampiri O.R. Tambo International Airport |
 |
| Sebahagian kompleks O.R. Tambo International Airport |
 |
| Membuat pendaratan di O.R. Tambo International Airport |
 |
| Selamat mendarat di Johannesburg |
 |
| Berjalan keluar dari pesawat |
 |
| Berjalan masuk ke bangunan terminal |
 |
| Welcome To South Africa! |
Part 5: O.R. Tambo International Airport @ Johannesburg, South Africa
O.R. Tambo International Airport adalah lapangan terbang yang terbesar dan kedua tersibuk di benua Afrika selepas Cairo International Airport di Egypt. Ia dinamakan sempena Oliver Reginald Kaizana Tambo yang merupakan seorang pejuang anti-apartheid di Afrika Selatan.
 |
| Eddy meminta kami berkumpul bersama terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan |
 |
| Berkumpul bersama-sama |
 |
| Suasana di O.R. Tambo International Airport |
 |
| Ukiran gajah moden di O.R. Tambo International Airport |
Local Tour Guide di Johannesburg kami yang bernama Evie telah sedia menanti di O.R. Tambo International Airport. Evie adalah seorang wanita berkulit putih berpangkat seperti Makcik-Makcik. Dia sebenarnya berketurunan Greek. Menurut cerita Evie kepada Myself dan Husband, dia berpindah ke South Africa sewaktu berusia 2 tahun bersama ibu dan bapanya dari Greece. Selain memiliki passport South Africa, dia juga memiliki passport Greece. Namun demikian menurut Evie, dia lebih selesa dan seronok tinggal di Afrika Selatan berbanding pulang ke Eropah walaupun dia masih mempunyai ramai keluarga di sana.
 |
| Local Tour Guide kami di Johannesburg yang bernama Evie |
Sesuatu yang unik dalam perjalanan kami di Afrika ialah kita tidak perlu menyeret sendiri bagasi sehingga ke bas. Di sini, kami diminta oleh Evie untuk menyerahkan sendiri bagasi kepada porter yang telah disediakan oleh agensi pelancongan di Johannesburg. Porter seterusnya akan membawa semua bagasi ke bas. Setibanya di bas juga, kita diminta untuk menunjukkan bagasi kepada porter sebelum dimasukkan ke dalam perut bas. Selagi kita belum membuat pengesahan pemilikan bagasi, porter tidak akan memasukkan bagasi ke dalam bas. Begitulah cara yang diamalkan dalam setiap perjalanan kami sepanjang masa di Afrika.
 |
| Pengesahan pemilikan bagasi perlu dibuat kepada porter sebelum dimasukkan ke dalam troli untuk dibawa ke bas |
 |
| Mengikut Evie berjalan ke tempat bas menunggu di luar bangunan airport |
 |
| Satu lagi suasana di O.R. Tambo International Airport sewaktu berjalan mendapatkan bas |
 |
| Hotel Intercontinental di luar bangunan terminal O.R. Tambo International Airport |
 |
| Bas parking di sana. Laju betul porter-porter ni bergerak membawa bagasi kami. Mereka dah tiba jauh lebih awal dari kami. |
 |
| Pengesahan pemilikan perlu dibuat sekali lagi sebelum bagasi diisi ke dalam bas. |
 |
| Eddy memberi taklimat program perjalanan di Johannesburg |
Meninggalkan O.R. Tambo International Airport di Johannesburg, kami dibawa menaiki bas menuju ke Pilanesberg National Park yang terletak kira-kira 2 jam 30 minit dari situ.
 |
| Bergerak meninggalkan O.R. Tambo International Airport |
 |
| Hotel Intercontinental Johannesburg O.R. Tambo Airport |
 |
| Pintu masuk ke bangunan parking di O.R. Tambo International Airport |
 |
| Bangunan parking di O.R. Tambo International Airport |
 |
| City Lodge Hotel yang juga terletak di perkarangan airport |
Kita dapat melihat patung O.R. Tambo sewaktu bas bergerak meninggalkan perkarangan airport. Seperti yang Myself ceritakan tadi, beliau adalah seorang pejuang nasionalis anti-apartheid di South Africa. Sewaktu zaman pemerintahan apartheid, Tambo telah dibuang negeri oleh kerajaan kulit putih yang memerintah. Sewaktu di luar negara inilah dia berusaha dan berjaya mendedahkan kekejaman pemerintahan apartheid kepada penduduk bukan berkulit putih di South Africa ke seluruh dunia. Disebabkan jasa Tambo, negara-negara asing di seluruh dunia mula menekan dan memulaukan kerajaan kulit putih yang berkuasa di South Africa ketika itu.
 |
| Patung O.R. Tambo di perkarangan airport di Johannesburg |
Kerajaan Malaysia turut menyertai tindakan ini dengan menetapkan passport Malaysia yang dikeluarkan ketika itu tidak sah digunakan untuk melawat ke Afrika Selatan. Tindakan ini akhirnya berjaya menamatkan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 1994.
 |
| Passport lama Malaysia (dikeluarkan pada tahun 1991) yang tidak sah digunakan untuk melawat ke South Africa |
Patung O.R. Tambo didirikan di lapangan terbang ini pada tahun 1997 sebagai mengenang jasanya. Lokasi ini dipilih kerana di sinilah O.R. Tambo diberi sambutan hangat oleh rakyat Afrika Selatan pada tahun 1990 selepas menjalani hukuman buang negeri selama 30 tahun.
 |
| Pandangan patung O.R. Tambo dari hadapan. |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive & Boma Dinner)
- Bhg. 05 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Bakubung Lodge)
- Bhg. 06 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg - Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village)
- Bhg. 10 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 11 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 12 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 13 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park)
- Bhg. 14 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 15 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 16 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 17 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
- Bhg. 18 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
- Bhg. 19 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 20 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
- Bhg. 21 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 22 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 23 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
- Bhg. 24 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 25 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 26 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 27 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 28 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->> Mauritius
- Bhg. 29 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 30 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 31 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.