Februari 2019
NORTH ISLAND, NEW ZEALAND
Auckland, Rotorua & Taupo
Bahagian 2: Auckland 1
AUCKLAND AIRPORT & QUEEN STREET
HARI KEDUA (2)
Part 5: Auckland Airport
Syukur Alhamdulilah, pesawat kami selamat mendarat di Auckland International Airport pada pukul 5.35 petang mengikut jadual.
|
Auckland International Airport |
|
Parking di sebelah Qantas dan Air New Zealand |
|
Pesawat Air Asia X yang membawa kami ke Auckland dengan selamat. |
|
Pemandangan sewaktu keluar dari pesawat |
Memang seronok sewaktu sampai di Lapangan Terbang Auckland. Sentuhan budaya Maori di merata-rata tempat di lapangan terbang ini membuatkan kita terasa yang kita sedang berada di sebuah tempat yang istimewa.
|
Haere mai (Come here) & Welcome to our shores |
|
Suasana di Auckland Airport |
|
Pintu Maori di laluan masuk ke tempat pemeriksaan pasport |
|
Hiasan tanglung di Auckland Airport sempena perayaan Tahun Baru Cina |
|
Aotearoa adalah nama New Zealand dalam Bahasa Maori. Ia bermaksud Long White Cloud. |
Kami sebenarnya membuat Private Tour ke New Zealand. Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan kastam New Zealand, kami terus keluar dan bertemu dengan Local Guide kami Haziq yang dah sedia menanti kami di sana. Haziq adalah sebenarnya seorang pelajar Malaysia di New Zealand yang bekerja sebagai seorang Tour Guide secara part time sewaktu cuti semester musim panas begini.
|
Local Tour Guide kami, Haziq dah sedia menanti di Airport. |
|
Ruang menunggu di Auckland International Airport |
|
Bukti kami dah sampai di Middle Earth. |
Kemudian kami terus mengikut Haziq mendapatkan van yang disediakan khas untuk kami di tempat parking airport.
|
Menyeberang jalan menuju ke tempat parking |
|
Pemandangan di depan Auckland International Airport |
|
Patung Jean Batten di depan Auckland International Airport. Dia adalah seorang aviator wanita yang berasal dari New Zealand |
Part 6: Ascotia Off Queen
Dari Airport, kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Ascotia Off Queen yang terletak di tengah bandar Auckland. Perjalanan dari Airport ke bandaraya Auckland memakan masa kira-kira 40 minit.
|
Meninggalkan Lapangan Terbang |
|
Arah ke pusat bandar Auckland |
|
Pemandangan pertama matahari terbenam di New Zealand |
|
Terowong |
|
Pemandangan di dalam terowong |
|
Pemandangan selepas keluar dari terowong |
|
Masih menuju ke pusat bandar |
|
Pemandangan pertama bandaraya Auckland |
|
Auckland sebenarnya dibina di atas bukit-bukit yang curam |
|
Lukisan wanita Maori pada dinding bangunan |
Sesuatu yang dilihat sebaik tiba di New Zealand ialah negara ini benar-benar dikongsi bersama oleh penduduk berbangsa Maori dan penduduk yang berkulit putih (dipanggil Kiwi di New Zealand). Ia adalah hasil perjanjian Treaty of Waitangi yang ditandatangani di antara Kerajaan British dengan penduduk Maori pada tahun 1840. Di bawah perjanjian ini, penduduk Maori memberikan hak kepada ratu Inggeris Queen Victoria untuk membeli tanah di New Zealand. Orang Maori pula diberikan hak dan perlindungan sebagai warga British. Namun perselisihan tetap timbul sehingga ke hari ini kerana perjanjian ini ditandatangani dalam dua versi: Maori dan Inggeris yang kandungan perjanjian keduanya mempunyai percanggahan maksud.
|
Hotel Ascotia Off Queen |
Hotel penginapan kami adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak dekat Queen Street, shopping street yang terkemuka di kota Auckland. Bilik hotelnya agak sempit yang lumrah bagi hotel-hotel yang terletak di tengah bandar utama di mana juga. Namun sesuatu yang menarik ialah kami mendapat bilik penginapan dengan pemandangan Auckland Skytower yang terkenal itu.
|
Pintu masuk ke Ascotia Off Queen |
|
Katil di bilik penginapan kami |
|
Tandas di bilik penginapan kami |
|
Pemandangan Auckland Skytower dari bilik penginapan kami di Ascotia Off Queen |
Part 7: Queen Street
Selepas selesai solat jamak Zohor dan Asar di hotel, kami keluar mengikut Haziq kerana dia nak menunjukkan kepada kami sebuah tempat makan malam yang sedap di Auckland. Dia membawa kami berjalan kaki menyusur Queen Street berdekatan hotel kami.
|
Pemandangan Queen Street berdekatan hotel kami |
|
Pintu masuk ke Myers Park |
|
Myers Park ialah sebuah taman awam yang dibuka pada tahun 1913 |
|
Pemandangan Myers Park |
|
Ada kerusi begini disediakan di sepanjang Queen Street untuk berehat kerana jalan ini dibina mendaki sebuah bukit yang tinggi. |
|
Satu lagi pemandangan di Queen Street |
|
Jewel of Bombay |
|
Kedai makanan Jepun |
Kami juga melintasi sebuah bangunan cantik yang dinamakan Auckland Town Hall. Sambil lalu di depannya, kita menjenguk ke dalam. Hiasan dalaman bangunan ini memang nampak menarik.
|
Auckland Town Hall |
|
Hiasan dalaman Auckland Town Hall memang nampak menarik |
|
Suasana di pusat komersil Queen Street |
|
Pemandangan Auckland Skytower dari Queen Street |
|
Pemandangan keseluruhan Auckland Town Hall |
|
Persimpangan Queen dan Wakefield Street |
|
Aotea Square |
|
Arca menarik di Aotea Square |
|
Bangunan Sky World |
Part 8: Dinner Di Uncle Man's Express
Haziq membawa kami ke International Food Court yang terletak di dalam bangunan Sky World.
|
Pintu masuk ke Bangunan Sky World |
|
Pemandangan di dalam Sky World |
|
Food Court di dalam Sky World |
Di sini kami diperkenalkan dengan gerai Uncle Man's Express yang menjual pelbagai makanan Malaysia. Semua kami berenam memesan makanan yang berlainan untuk dinner dari sini. Feedback yang didapati ialah semua makanan yang disediakan memang enak. Malah ada yang berkata lagi enak dari di Malaysia, tapi Malaysia bahagian mana yang jadi perbandingan tu, tak tahulah pulak. Harga makanan yang dijual juga tidak semahal makanan yang kami cuba di tempat lain. Cuma yang menjadi kegusaran ialah portion makanan yang dihidang sangat besar mengikut saiz tipikal makanan di New Zealand.
|
Gerai Uncle Man's Express di Sky World |
|
Pelbagai makanan Malaysia dijual di sini |
|
Nasi Goreng yang enak. |
|
Wajah puas hati mendapat makanan yang enak dari gerai Uncle Man's Express. |
|
Berjalan keluar selepas dinner |
Part 9: Suasana Malam Di Auckland
Disebabkan malas nak berdepan dengan pemeriksaan ketat kastam New Zealand, kami sekeluarga tak membawa makanan langsung ke sini dari Malaysia. Maka atas
permintaan ramai, Haziq membawa kami ke sebuah pasaraya Countdown yang
berhampiran kerana kami nak membeli Maggi, biskut dan kudapan untuk
bekalan perjalanan hari-hari yang seterusnya.
|
Skytower yang dihiasi lampu yang berwarna-warni di sebelah malam. |
|
Kemeriahan malam di kota Auckland |
|
Pemandangan di Victoria Street berhampiran Queen Street |
|
Berjalan malam di kota Auckland |
|
Pasar Malam yang menjual makanan di tengah kota Auckland. Tapi makanan yang dijual banyak yang tidak Halal. |
|
Pasaraya Countdown di Victoria Street |
|
Pintu masuk ke pasaraya Countdown |
Haziq meninggalkan kami selepas menunjukkan pasaraya Countdown ini dan menunjukkan jalan pulang ke hotel. Walaupun baru sangat tiba di Auckland, kami terus dah pandai nak jalan-jalan sendiri. Hehehe!
Antara benda menarik yang kami jumpa di pasaraya Countdown adalah mi segera Maggi buatan Malaysia yang export version. Maggi perasa Asam Laksa export version ini misalnya ditulis sebagai Maggi Oriental. Disebabkan curious, kami membeli beberapa pack untuk dicuba. Maggi yang export version ini rasanya memang lebih sedap dari Maggi yang dijual di tanah air. Memang tak adil!
|
Persembahan Aladdin di Civic Theatre |
Part 10: Auckland Town Hall
Dalam perjalanan pulang ke Hotel, kami singgah menjenguk ke dalam Town Hall. Di sinilah kami ditegur oleh seorang petugas di Town Hall ini yang bernama Rizwan. Walaupun rupanya macam Bangladesh/Pakistan, kata Rizwan dia orang native New Zealand. Mungkin generasi kedua yang memang dah lahir dan dibesarkan di negara ini. Kata Rizwan boleh saja kalau kami nak masuk ambil-ambil gambar dalam bangunan ini. Kami pun apa lagi, bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal.
|
Auckland Town Hall |
|
Plak peringatan di tepi Town Hall |
|
Pemandangan di dalam Town Hall |
Town Hall ini kini banyak digunakan untuk aktiviti kesenian. Umpamanya pada malam itu ada beberapa persembahan konsert dan komedi diadakan di dalamnya.
|
Tangga menuju ke tingkat bawah |
|
Bergambar di atas tangga |
|
Jubin lantai di Town Hall yang menarik |
|
Pemandangan keseluruhan tangga di tengah Town Hall |
Lepas dah puas menangkap gambar di dalam Town Hall, barulah kami berjalan pulang ke hotel. Kalau tadi masa nak dinner seronok berjalan menyusur Queen Street kerana berjalan menurun bukit, berbeza pula dengan perjalanan kali ini yang terpaksa menongkah mendaki bukit yang curam. Bukitnya pulak bukan main tinggi lagi!
|
Berjalan mendaki bukit di Queen Street untuk pulang ke hotel. |
|
Berehat sekejap lepas dah tak larat nak mendaki bukit di Queen Street |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN NORTH NEW ZEALAND (2019):