Thursday 25 May 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 06 (La Spezia)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 6 : Italy
CINQUE TERRE (La Spezia)

HARI KETIGA (2)

Part 16: La Spezia

Kami tiba di La Spezia pada pukul 10 pagi. Mentari memancar cerah dengan suhu sekitar 21'C.
 
Tiba di La Spezia
La Spezia
La Spezia terletak di pertengahan jalan di antara Pisa dan Genoa. Ia adalah juga bandar yang kedua terbesar di Wilayah Liguria di Itali, selepas Genoa. La Spezia terkenal sebagai salah sebuah pintu masuk utama ke Cinque Terre.

Pemandangan di La Spezia menarik kerana sebahagian bandar ini turut dibina di kaki gunung.
Pusat bandar La Spezia
Pemandangan di La Spezia
McDonald's
Institut Teknikal Nautikal
Bandar La Spezia terletak di pinggir Laut Mediterranean. Selain menjadi persinggahan keretapi terhampir dengan Cinque Terre, ia juga terkenal sebagai pelabuhan bot untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana melalui jalan laut.

Pinggiran laut di La Spezia
Taman awam di pinggir laut
Pokok palma
Pelabuhan bot
Bot-bot yang berlabuh untuk membawa penumpang ke Cinque Terre
Gigih mengambil gambar persisiran pantai La Spezia
Seluruh bandar La Spezia dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang mempunyai senibina yang menarik.

Bangunan-bangunan antik di La Spezia
Pemandangan yang romantik
Rumah-rumah kediaman
Seperti kebanyakan bandar lama yang lain di Italy, La Spezia juga mempunyai tembok kota pertahanan lama. Sebahagian tembok kota ini kini masih digunakan sebagai pangkalan Tentera Laut Italy.

Tembok kota pertahanan lama di La Spezia
Sebahagian tembok kota pertahanan ini kini digunakan oleh Tentera Laut Italy
Tembok kota lama
Kota pertahanan lama ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam kerana dimiliki oleh Tentera Italy

Part 17: Naik Tren Ke Cinque Terre

Bas tak dapat menghantar kami sehingga ke Stesen Keretapi La Spezia. Oleh yang demikian kami terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter dari tempat parking bas sehingga ke stesen.

Bas kami parking di sini
Pemandangan menghala ke bandar La Spezia dari tempat parking bas
Memulakan perjalanan ke Stesen La Spezia
Menuju ke Stesen La Spezia
Pusat bandar La Spezia
Perjalanan berjalan kaki dari tempat parking bas ke Stesen Keretapi La Spezia agak mencabar kerana stesen ini terletak di atas bukit yang tinggi. Bukitnya pun boleh tahan curam di beberapa laluan. Demi nak sampai ke Cinque Terre, perjalanan yang curam ini tetap kami tempuhi.

Sebahagian laluan menuju ke Stesen La Spezia adalah bukit yang agak curam
Akhirnya tiba di Stesen La Spezia yang terletak di atas bukit
Stazione La Spezia Centrale
Pejabat Tiket
Posing di depan Stesen La Spezia
Tempat tiket di Stesen La Spezia sangat sesak pagi kini kerana ada ramai penumpang tren yang ingin ke Cinque Terre. Terpaksalah kami menunggu sedikit lama sewaktu Tour Leader kami Amar menguruskan pembelian tiket.

Penumpang yang sedang beratur berlingkar-lingkar menunggu giliran membeli tiket
Ahli Group kami yang menunggu di tepi bangunan lif di luar stesen
Perkhidmatan tren ke Cinque Terre disediakan oleh Trenitalia yang berlepas dari Platform 2. Selepas Amar mendapat tiket, dia terus memimpin kami menuju ke sana.

Bergerak menuju ke platform perlepasan
Lintasan bawah tanah di Stesen La Spezia
Pemandangan di Stesen La Spezia
Menunggu keretapi tiba
Tiket keretapi ke Manarola
Keretapi Trenitalia kami berlepas dari Platform 2 di Stesen La Spezia menuju ke Manarola pada pukul 11.25 pagi. Harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan dari La Spezia ke Manarola yang hanya memakan masa 10 minit adalah Euro 5 (RM 25).

Trenitalia ke Cinque Terre
Menunggu tren berhenti
Tren ini adalah tren 2 tingkat
Pemandangan di dalam tren
Pemandangan sewaktu meninggalkan La Spezia
Keretapi ini membuat persinggahan di semua perkampungan di Cinque Terre. Manarola adalah stesen persinggahan yang kedua selepas Riomaggiore.

Laut Mediterranean
Stesen pertama selepas La Spezia ~ Riomaggiore
Manarola terletak di sebalik tebing tinggi di sana
Cinque Terre terletak di sebalik tebing-tebing gunung batu yang tinggi di pinggir Laut Mediterranean. Walaupun perjalanan ke sana singkat sahaja selama 10 minit, keretapi kami melalui beberapa buah terowong. Kami tiba di Stesen Manarola pada pukul 11.35 pagi. Sewaktu turun dari tren, kami disapa oleh 3 orang pelancong wanita muda berketurunan Cina dari Malaysia yang membawa beg besar dan sedang menunggu tren. Mereka dah melawat Manarola dan ingin pulang ke La Spezia.

Tiba di Manarola
Manarola, Cinque Terre
Laut Mediterranean yang membiru di Manarola
Feri yang membawa pelancong ke Cinque Terre
Terowong ke bandar Manarola
Masuk ke dalam terowong


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: