Jun 2021
Travel Review 20 - In Brief
OCEANIA
Kisah Vaksin Covid-19 (2nd Dose)
Kita selit sikit sambungan kisah Vaksin 2nd Dose pulak... Selepas Hari Raya dan selepas cuti Wesak, Myself dipanggil lagi ke Pusat Vaksin untuk menerima dos kedua. Pagi-pagi lagi kita dah pergi. Maklumlah queue nak terima vaksin ini juga macam satu perjudian... kadang-kadang pendek dan kadang-kadang panjang. Bergantung kepada nasib kita hari itu.
Proses suntikan dos kedua sebenarnya lebih mudah kerana kita tak lagi perlu menjalani saringan kesihatan. Tapi barisan penerima dos kedua pada hari ini sangat-sangat panjang. Entah mengapa Myself tengok tempat barisan Dos Pertama macam tak ada orang. Kata petugas di pusat vaksin ada lebih 100 orang penerima dos pertama tak muncul pagi itu. Eh, kenapa ya?
Myself terpaksa beratur dan menunggu kira-kira 2 jam pada pagi itu untuk mendapat suntikan. Syukurlah walaupun barisannya panjang, pergerakannya agak cepat dan taklah sempat nak merasa macam nak pengsan. Disebabkan bimbang dengan kesan sampingan yang lebih teruk selepas mendapat dos kedua, kita memang siang-siang dah apply cuti. Maklumlah dari pengalaman ramai rakan-rakan yang terlebih dulu mendapat vaksin dari kita, side effect 2nd dose lebih teruk dari dos pertama. Siapa yang dapat vaksin Pfizer tu Myself tengok macam semua minta half-day selepas mendapat 2nd dose, terutama yang dah berusia dan yang ada masalah kesihatan. Yang dapat Sinovac pun ada yang demam. Cuma yang muda belia saja yang selalunya steady selepas mendapat apa jua vaksin. Kita pulak memang sedar diri yang dah tak lagi tergolong dalam grup yang muda belia ini.
Myself turut meminta Husband temankan dan drive ke Pusat Vaksin, manalah tahu kot-kot tak larat pulak nak drive balik selepas kena inject. Precaution saja sebenarnya, sebab pusat vaksin itu terletak sejam juga driving balik ke rumah.
Beratur panjang nak ambil Dos Kedua |
Tengah-tengah beratur tiba-tiba petugas di Pusat Vaksin kecoh membuat check kepada semua penerima wanita dalam barisan. Rupa-rupanya mereka dapat detect ada seorang close contact tengah beratur bersama kami. Aduhh!! Risau sungguh dibuatnya! Close Contact kan sepatutnya kena kuarantin dan tak boleh keluar rumah! Syukurlah close contact itu tidak beratur dekat kita.
Myself sebenarnya ada pengalaman "pahit" selepas mengambil dos pertama. Sehari selepas mengambil dos pertama ini, status MySejahtera Myself bertukar dari Risiko Rendah kepada Kontak Kasual Tidak Bergejala. Menurut maklumat dari MySejahtera, status ini dikesan dari tempat kita check-in dengan MySejahtera. Waktu itu Myself cuma check-in di dua tempat saja: Ofis dan Pusat Vaksin. Myself dah check kat ofis ~ tak ada orang positif Covid ataupun berstatus Close Contact. Mesti kita dapat ini dari Pusat Vaksin. Seorang rakan yang pergi bersama kita ke Pusat Vaksin pun mendapat status ini juga. Jadi kesimpulannya, memang status ini kami dapat dari Pusat Vaksin.
Bila dah menjadi Kontak Kasual Tidak Bergejala, kita tak perlu dikuarantin dan boleh melakukan aktiviti macam biasa. Cuma kita diminta oleh MySejahtera untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menghantar laporan kesihatan setiap hari selama 14 hari untuk memastikan yang kita tak develop gejala-gejala penyakit ini. Memang suspen kerana kita sebenarnya sangat terdedah dengan penyakit Covid-19 sekiranya Close Contact yang menjadi "sumber" kita mendapat status ini tiba-tiba menjadi positif. Dahlah kita tak kenal langsung dengan dia! Syukur Alhamdulillah kerana Myself terlindung dari mendapat gejala ini. Lega sangat bila status MySejahtera Myself bertukar balik menjadi Risiko Rendah selepas lengkap menghantar laporan kesihatan selama 14 hari. Kita fikir yang baik-baik sajalah ~ mungkin "sumber" ini pun tak tahu yang dia adalah Close Contact sewaktu dia datang menerima vaksin dan dia cuma mendapat tahu selepas pulang dari Pusat Vaksin.
Disebabkan pengalaman ini, Myself nak nasihatkan kepada semua supaya tetap berhati-hati dan menjaga social distancing di Pusat Vaksin. Bila diberitahu ada pulak Close Contact yang beratur bersama kami, memanglah terlebih cemas Myself dibuatnya!
Gambar curi dalam pusat vaksin. Hehehehh! |
Memang bersyukur dengan cuti yang kita apply sebab side effect dari suntikan dos kedua ini tak seperti dos pertama. Sepanjang hari kita asyik menguap mengantuk dan terasa bagai di awang-awangan. Husband pun tegur kita menguap tak berhenti dalam kereta sepanjang perjalanan balik ke rumah. Di sebelah petang pula, badan merasa seram sejuk sehingga terpaksa berselubung dengan selimut sambil tengok TV. Di sebelah malam pula, kita diserang sakit kepala. Syukurlah semua kesakitan ini hilang selepas menelan paracetamol yang diberi oleh Pusat Vaksin selepas disuntik tadi. Kesan sampingan ini sebenarnya tidaklah teruk sangat tetapi tetap mengganggu perjalanan hidup seharian pada hari itu. Ada juga Myself bertanya kepada nurse yang membuat suntikan tentang perbezaan dos pertama dan kedua. Kata nurse itu, tak ada sebarang perbezaan dalam dos yang pertama dengan kedua. Apa yang disuntik dalam dos pertama, itu jugalah yang disuntik dalam dos kedua.
Mengikut saranan KKM memakai double mask sewaktu di kawasan yang ramai orang seperti di Pusat Vaksin. |
Begitulah pengalaman mendapat suntikan Vaksin Covid-19 yang ingin dicoretkan. Secara umum, vaksin yang kita ambil akan menjadi full effect hanya selepas 2 minggu kita menerima dos kedua. Jadi bertuah jugalah kita mendapat Sinovac kerana dos kedua perlu diambil selepas 3 minggu. Siapa yang dapat Pfizer pun sama. Tapi siapa yang dapat AstraZeneca macam Husband kenalah tunggu selepas 3 bulan untuk mendapat dos kedua. Nak buat macam mana kan, sebab itu adalah ketetapan dari pihak pengeluar vaksin sendiri. Kalau pandai-pandai ubah sendiri cycle yang dicadangkan (seperti cadangan dari ahli-ahli politik kita, haihh!!), tak berkesan pulak vaksin yang kita ambil nanti. Walau apa pun, tak ada jaminan kita akan terlindung dari terkena Covid-19 selepas mendapat vaksin lengkap. Cuma jika ditakdirkan terkena juga, kesannya kurang severe.
Sesuatu yang sangat menggembirakan selepas mendapat dos vaksin yang lengkap ini ialah kita dah boleh travel pergi oversea lagi, yeayyy!! Tapi masalahnya sempadan negara masih belum dibuka dan bila dibuka nanti, mungkin validity vaksin yang kita dapat tu dah expire. Hahaha!! Kenalah ambil vaksin semula lagi bila nak travel nanti. Tak apa, kaki travel macam kita memang sanggup ambil vaksin lagi walaupun kena bayar sendiri asalkan dapat pergi travel. Kaki pun dah gatal sangat-sangat ni... Okey, mari kita sambung balik kisah Travel Review kita... #LindungDiriLindungSemua.
OCEANIA
Oceania adalah sebenarnya benua di Lautan Pasifik yang terdiri dari 14 buah negara. Ada 3 buah negara yang besar: Australia, New Zealand dan Papua New Guinea serta negara-negara kepulauan kecil seperti Fiji, Tonga, Tahiti, Vanuatu, Kiribati dan berbagai-bagai lagi yang selalunya kita cuma lihat sewaktu perarakan pembukaan Sukan Komanwel sahaja.
Peta Oceania |
Disebabkan kami pernah melawat cuma ke Australia dan New Zealand, kita restrict saja review Oceania ini kepada kedua-dua negara ini saja.
Sekilas Tentang Australia & New Zealand
Sejak dulu lagi, Australia mengenakan Visa kepada rakyat Malaysia untuk masuk ke negara mereka. Visa tidak diperlukan sewaktu kami melawat ke New Zealand pada tahun 2019 dulu, tapi ada terbaca yang sekarang e-visa telah dikenakan kepada rakyat Malaysia yang ingin masuk ke New Zealand.
Kedua-dua Australia dan New Zealand mempunyai peraturan ketat tentang makanan dari luar yang dibawa masuk ke negara mereka. Tapi jika dibandingkan di antara keduanya, Myself rasa peraturan di New Zealand adalah lebih ketat lagi. Pegawai kastam di kedua-dua negara ini cukup kenal dengan Brahim dan Maggi. Kalau diberitahu yang kita datang dari Malaysia hampir pasti kita akan ditanya sama ada kita ada membawa Maggi ataupun Brahim ini.
Tullamarine Airport di Melbourne, Australia |
Kita juga kena bersedia berdepan dengan anjing yang akan menghidu bagasi bila tiba di airport di kedua-dua Australia dan New Zealand. Selalunya anjing-anjing ini akan menghidu dari jarak yang tak bersentuhan dengan bagasi kita. Sewaktu di New Zealand, Myself pernah melihat sendiri seekor anjing yang dapat mengesan buah epal segar yang dibawa dalam beg tangan seorang wanita. Respek kita kat anjing tu! Bau epal pun dia boleh hidu, bukan setakat bau sambal tumis dan rendang! Hahahaaa!!
Australia dan New Zealand adalah negara yang mahal untuk dilawati oleh rakyat Malaysia. Kedua-dua negara mempunyai tukaran matawang yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia. Matawang New Zealand sedikit rendah berbanding matawang Australia tetapi jangan disangka harga barang-barang di New Zealand lebih murah. Berdasarkan pengalaman, Myself rasa harga barangan yang serupa adalah lebih mahal di New Zealand berbanding Australia. Mungkin disebabkan kedudukannya yang jauh terceruk di hujung dunia.
Supermarket Pak n Save di Rotorua, New Zealand |
Jus Keri yang sedap ini memang tidak dilupakan setiap kali kami shopping di New Zealand |
Seperti Malaysia, kedua-dua Australia dan New Zealand juga adalah negara jajahan British pada masa dulu. Cuma bezanya, sewaktu British menjajah Malaysia, mereka tak dapat meminggirkan Orang Melayu yang menjadi penduduk peribumi negara kita. Di Australia dan New Zealand, British dapat meminggirkan secara langsung Orang Aborigines dan Orang Maori yang merupakan penghuni asal kedua-dua negara ini sebelum kedatangan mereka. Jika dibandingkan di antara kedua negara ini, New Zealand lebih tolerate kepada Orang Maori berbanding sikap Australia kepada Orang Aborigines. Walau ke mana kami pergi di North Island di New Zealand dulu, memang mudah nak jumpa Tanah Adat dan Warisan Maori. Tapi jarang nak jumpa benda begini di Australia. Sewaktu melawat Great Ocean Road di Victoria, adalah ditemui signboard tanah warisan Aborigines, tapi macam setakat penanda kerana Orang Aborigines tak lagi mempunyai hak ke atas tanah tersebut.
Sentuhan budaya Maori sangat mudah dilihat di serata tempat di New Zealand |
Blue Mountains berhampiran Sydney adalah sebenarnya tanah milik Orang Aborigines di Australia |
Disebabkan lokasi Australia dan New Zealand yang dekat dengan benua Asia, memang ada ramai imigran dari Asia yang berhijrah ke sana. Kehadiran imigran-imigran dari Asia ini paling ketara di bandar-bandar besar. Teringat sewaktu kami berkunjung ke Perth pada tahun 2001 dulu, masa itu Myself rasa lebih mudah berjumpa rakyat Australia yang berketurunan Cina berbanding rakyat Australia yang berkulit putih. Tapi itu suasana 20 tahun dululah, mungkin dah berbeza sekarang.
Ramai peniaga berketurunan Asia boleh ditemui di pasar-pasar di Australia |
Ada juga sebilangan imigran dari Asia di Australia ini yang macam lupa asal usul. Kalau berbual dengan mereka, ada saja benda di negara asal yang dikutuk habis-habisan. Ada yang bercerita dia berpindah ke Australia sebab tak suka dengan cuaca di negara asal, padahal sewaktu dia lahir dan semasa dibesarkan di negara asalnya yang beriklim tropika itu, tak pernah pun dia merasa suasana winter. Kalau berselisih di tepi jalan atau masuk ke restoran di mana mereka bekerja, imigran-imigran Asia ini macam pandang sebelah mata saja kat pelancong-pelancong yang datang dari Asia macam kita. Bukan saja mereka yang berhijrah dari Malaysia yang bersikap begitu, malah juga mereka yang berhijrah dari negara-negara Asia lain seperti China, India dan Arab. Bila berbual dengan mereka, terasa sangat yang mereka perasan macam dah bertukar kulit menjadi Orang Putih bila berpindah ke Australia. Yang peliknya, orang-orang putih Aussie sendiri pulak sentiasa friendly dan welcoming kepada orang Asia.
Kalau di New Zealand sebaliknya, suasana begini tak terasa. Baik Asian, Maori ataupun Kiwi, semuanya baik kepada kita. Mungkin begitu disebabkan suasana di New Zealand lebih "kampung" berbanding dengan suasana di Australia kot.
Australia
Australia popular di kalangan pelancong Malaysia kerana ia adalah Negeri Orang Putih yang terdekat dengan kita. Tapi dekat-dekat pun, penerbangan ke bandar-bandar di pantai timur Australia seperti Melbourne, Sydney, Brisbane dan Gold Coast tetap mengambil masa kira-kira 8 jam. Cuma Perth yang terletak di pantai barat Australia saja yang mengambil masa penerbangan sekitar 5 jam. Penerbangan merentas Australia dari Perth ke Sydney pula memakan masa 4 jam. Begitulah besarnya Negara Kangaroo ini.
Twelve Apostles berhampiran Melbourne |
Di sebalik saiznya yang besar, Australia juga bagi Myself adalah sebuah negara yang monotonous. Kalau dah dapat melawat ke satu bandar di Australia, sebenarnya kita dah boleh mengagak apa yang akan kita temui di bandar-bandar lain. Walau ke sebelah mana Australia kita pergi, ciri pemandangan yang dilihat hampir serupa. Tapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah pemandangan di kebanyakan tempat di Australia memang sangat cantik. Aktiviti yang boleh dibuat juga sama saja di mana-mana kawasan Australia yang dikunjungi ~ melihat kanggaru dan koala, memetik buah-buahan dan lain-lain sebegitu. Myself diberitahu kalau nak suasana yang berbeza di Australia, kenalah pergi ke Northern Territory di utara negara ini. Tapi kawasan sebelah ini memang tak popular dengan pengunjung dari Malaysia disebabkan iklimnya yang tropika macam di Malaysia juga.
Makanan Halal boleh dikatakan mudah ditemui di bandar-bandar besar di Australia. Tapi sakit jugalah nak mencari di kawasan luar bandar. Makanan Halal di bandar mostly terdiri dari makanan Arab dan India. Dari pengalaman Myself, makanan Melayu / Indonesia lebih mudah dijumpai di Perth dan Melbourne berbanding Sydney. Kalau di Sydney, mungkin disebabkan sewa kedai yang sangat mahal, kebanyakan kedai makannya kecil dan banyak yang berkonsep take-away.
Restoran Mamak di Sydney |
Berdasarkan pengalaman Myself juga, tak susah kalau nak merancang untuk bercuti sendiri di Australia. Public transport dan perkhidmatan Uber sangat meluas di bandar-bandar besar. Cuma trend di Australia sana, mereka lebih suka menggunakan credit card berbanding cash.
Teksi di Sydney |
Kalau nak berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan yang berdekatan juga, ada banyak perkhidmatan Day Tours disediakan oleh syarikat seperti Grayline dan AAT Kings. Boleh berurusan terus secara online dari Malaysia pun kalau nak menggunakan khidmat mereka. Sewaktu di Sydney, Myself pernah juga membuat tempahan tour secara ad-hoc menggunakan Viator. Sangat efficient dan reliable! Iklan-iklan tour di Australia memang boleh dipercayai. What you see is what you get ~ tak ada caj terselindung sebab semuanya dilindungi undang-undang.
Kaunter perkhidmatan Day Tours di Federation Square di Melbourne |
Kedua-dua Australia dan New Zealand mempunyai 4 musim. Walau bagaimanapun, sesuatu yang perlu diingati ialah musim di sini terbalik dengan musim-musim di Eropah. Kalau kita bertemu winter bila bercuti ke Eropah di hujung tahun, tak perlulah nak bawa baju tebal di hujung tahun ke Australia kerana negara ini sedang mengalami musim panas. Satu tip kepada semua ~ Kalau boleh, elakkanlah berkunjung ke Australia dalam musim panas kerana sinaran matahari di Australia sangat terik dan menyakitkan kulit pada musim ini. Ia pernah kami alami sendiri sewaktu berkunjung ke Perth dalam Musim Panas pada tahun 2001 dulu. Kalau berkunjung ke Australia Timur (Sydney dan Melbourne) di musim panas pula, mungkin banyak tempat tak dapat dikunjungi disebabkan kebakaran hutan.
Tak terdaya nak membuka mata menahan terik matahari sewaktu bergambar dengan Giant Karri Log di Kings Park di Perth. |
Kisah penuh perjalanan kami di Australia boleh dibaca di sini:
New Zealand
Kalau dibanding dengan Australia, New Zealand sangat sepi. Suasana di bandar paling besar di negara ini iaitu Auckland, macam sebanding dengan suasana di Perth, Australia. Tak seperti Australia yang selamat dari ancaman bencana alam seperti Malaysia, New Zealand yang terletak dalam Pacific Ring of Fire sangat terdedah kepada ancaman gempa bumi dan gunung berapi macam di Indonesia.
Pemandangan di Auckland yang sunyi dan sepi |
Waktu di New Zealand, kami cuma berkesempatan berkunjung ke North Island. Kalau dibandingkan di antara kedua-dua North dan South Island di New Zealand, North Island lebih happening kerana bandar terbesarnya Auckland dan ibu kotanya Wellington terletak di pulau ini. Kata Tour Guide kami yang merupakan seorang pelajar Malaysia di University of Canterbury di Christchurch di South Island, banyak pemandangan semula jadi yang lebih memukau ada di South Island. Mungkin ada kebenarannya kerana rupa bumi di North Island banyak yang dah gondol, diterangkan bagi tujuan penternakan.
Rupa bumi yang gondol di North Island, New Zealand |
North Island bagi Myself, masih mempunyai 2 buah tarikan utama: budaya Maori dan kawasan geothermal. Pusat-pusat kebudayaan Maori banyak terdapat di North Island. Malah kawasan penempatan tradisi mereka yang terbesar adalah di sekitar Rotorua di North Island. Myself pernah terbaca yang Orang Maori adalah juga serumpun dengan Orang Melayu. Bila mendengar cerita-cerita lagenda mereka, memang ada iras-iras macam mendengar cerita-cerita lagenda tradisi Orang Melayu zaman dulu-dulu. Umpamanya, Orang Maori cukup percaya kepada Penunggu, macam masyarakat Melayu di zaman dulu-dulu sebelum kedatangan Islam di Nusantara.
Persembahan kebudayaan Maori di Te Puia, Rotorua |
Kawasan di sekitar Rotorua sehingga ke Taupo di North Island juga adalah kawasan geothermal yang terbesar di New Zealand. Teringat pulak cerita seorang rakan sewaktu di universiti dulu... Ayah rakan ini adalah seorang pegawai Agama Islam yang ditugaskan untuk berdakwah kepada penduduk Orang Asli di Malaysia. Kata rakan ini, Ayahnya pernah memberitahu yang Orang Asli ditakdirkan oleh Allah SWT untuk menjaga hutan dari dirosakkan oleh manusia lain. Mungkin juga di New Zealand, Orang Maori telah Allah takdirkan menjadi penjaga kawasan geothermal.
Sebelum pergi ke New Zealand, memang tak terfikir langsung tentang keistimewaan kawasan geothermal di sini. Tapi hakikatnya, sangat terasa kehebatan ciptaan Tuhan bila kita melihatnya, terutama di Orakei Korako. Gambaran neraka di dalam Al Quran terasa cukup dekat bila kita melawat ke tempat sebegini.
Lembah Geothermal Whakarewarewa |
Tak seperti orang lain, kami sekeluarga tak membawa makanan langsung dari Malaysia sewaktu berkunjung ke New Zealand. Namun disebabkan kami travel bersama seorang Tour Guide Malaysia yang dah dikira sebagai orang local di New Zealand, tak sukar langsung bagi kami nak mendapatkan makanan Halal walau ke mana kami pergi. Malah kami turut diperkenalkan dengan ice-cream perisa local New Zealand yang dipanggil Hokey Pokey. Memang sedap ice-cream ini! Kami juga dapat merasa makan Burger Fuel dan KFC Halal yang cuma diketahui oleh orang local di New Zealand.
Pilihan Burger Halal sentiasa ada dalam fast food chain di New Zealand |
Hokey Pokey adalah ice-cream perasa local New Zealand yang sedap |
Kami juga bertuah kerana dapat melawat ke New Zealand pada musim panas. Tak seperti di Australia, cuaca musim panas di New Zealand sangat nyaman. Malah ada beberapa hotel kecil di luar bandar yang menjadi tempat penginapan kami tak langsung menyediakan penghawa dingin di premis mereka. Hanya heater sahaja yang memang disediakan sebab hawa sejuk masa winter di New Zealand memang menyiksakan.
Christchurch Berdarah
Sebulan selepas kami pulang dari New Zealand dan sewaktu itu Myself sedang berada di Sydney, Australia dunia dikejutkan dengan peristiwa penembakan rambang sewaktu Solat Jumaat di sebuah masjid di Christchurch oleh seorang pengganas dari Australia. Memang panik kami mendengar berita ini kerana kami bimbangkan Tour Guide kami yang ketika itu sedang menuntut di Christchurch. Lebih-lebih lagi kerana nama Tour Guide kami ini sama dengan seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam peristiwa ini dan kemudiannya disahkan sebagai salah seorang mangsa yang terbunuh. Syukurlah Tour Guide kami selamat dari kejadian tersebut dan tak langsung berada di lokasi sewaktu penembakan tersebut berlaku.
Liputan media di Australia tentang peristiwa penembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand |
Peristiwa ini memang mendapat liputan yang meluas di media Australia. Malah bendera-bendera Australia di seluruh negara dikibarkan separuh tiang sebagai tanda turut berkabung atas peristiwa tersebut.
Bendera Australia yang dikibarkan separuh tiang di Darling Harbour, Sydney sebagai tanda berkabung atas peristiwa serangan masjid di Christchurch, New Zealand |
Peristiwa ini juga Myself tidak lupakan kerana sehari selepas kejadian, Myself dan rakan-rakan telah dihampiri oleh seorang lelaki berkulit putih sewaktu kami sedang menunggu bas berhampiran Sydney Fish Market. Suspen sungguh bila dia datang dekat-dekat kami begitu. Rupa-rupanya dia hanya nak menyampaikan permohonan maaf bagi pihak orang Australia atas peristiwa pembunuhan tersebut. Dia tahu kami beragama Islam kerana melihat Myself dan seorang rakan lain memakai tudung kepala. Terharu kami dibuatnya.
Peristiwa ini juga menginsafkan Myself yang walaupun ada orang jahat di dunia ini, ada jauh lebih ramai orang yang baik tinggal di dunia yang sama. Jadi tak perlu takut untuk mengembara ke mana-mana kerana pasti akan ada orang baik yang kita temui sepanjang perjalanan kita.
Kisah penuh perjalanan kami ke North Island, New Zealand boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
- Travel Review 01 - Indonesia (Sumatera Utara & Sumatera Barat)
- Travel Review 02 - Indonesia (Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur)
- Travel Review 03 - Indonesia (Bali & Sulawesi Utara)
- Travel Review 04 - Asia Tenggara (Singapore & Brunei)
- Travel Review 05 - Asia Tenggara (Thailand 1: Southern Thailand & Bangkok)
- Travel Review 06 - Asia Tenggara (Thailand 2: Central Thailand)
- Travel Review 07 - Asia Tenggara (Cambodia & Vietnam Utara)
- Travel Review 08 - Asia Tenggara (Philippines 1: Luzon)
- Travel Review 09 - Asia Tenggara (Philippines 2: Cebu & Bohol)
- Travel Review 10 - In Brief (Asia Tenggara)
- Travel Review 11 - Asia Timur (Japan 1: Nagoya, Tokyo & Yokohama)
- Travel Review 12 - Asia Timur (Japan 2: Mt Fuji, Kyoto & Osaka)
- Travel Review 13 - Asia Timur (China 1: Shanghai, Suzhou & Hangzhou)
- Travel Review 14 - Asia Timur (China 2: Guilin & Yangshuo)
- Travel Review 15 - Asia Timur (China 3: Hong Kong & Macau)
- Travel Review 16 - Asia Timur (South Korea)
- Travel Review 17 - In Brief (Asia Timur)
- Travel Review 18 - Oceania (Australia)
- Travel Review 19 - Oceania (New Zealand)
- Travel Review 20 - In Brief (Oceania)
- Travel Review 21 - Asia Selatan (India 1: Kashmir & Agra)
- Travel Review 22 - Asia Selatan (India 2: Kerala)
- Travel Review 23 - Asia Selatan (Sri Lanka)
- Travel Review 24 - In Brief (Asia Selatan)
- Travel Review 25 - Asia Barat (Arab Saudi 1: Umrah & Haji)
- Travel Review 26 - Asia Barat (Arab Saudi 2: Jeddah, Makkah & Taif)
- Travel Review 27 - Asia Barat (Arab Saudi 3: Madinah & Madain Saleh)
- Travel Review 28 - Asia Barat (Jordan)
- Travel Review 29 - Asia Barat (Kuwait)
- Travel Review 30 - Asia Barat (United Arab Emirates)
- Travel Review 31 - Asia Barat (Turkey 1: Istanbul)
- Travel Review 32 - Asia Barat (Turkey 2: Sanliurfa)
- Travel Review 33 - Afrika Utara (Egypt 1: Cairo)
- Travel Review 34 - Afrika Utara (Egypt 2: Alexandria)
- Travel Review 35 - Afrika Utara (Egypt 3: Sinai & Fayoum)
- Travel Review 36 - In Brief (Timur Tengah)
- Travel Review 37 - Eropah Barat (England)
- Travel Review 38 - Eropah Barat (France & Belgium)
- Travel Review 39 - Eropah Barat (Netherlands)
- Travel Review 40 - Eropah Barat (Germany 1: Cologne, Frankfurt & Black Forest)
- Travel Review 41 - Eropah Barat (Germany 2: Munich, Schwangau & Dachau)
- Travel Review 42 - Eropah Barat (Switzerland)
- Travel Review 43 - In Brief (Eropah Barat)
- Travel Review 44 - Eropah Timur (Czech Republic)
- Travel Review 45 - Eropah Timur (Slovakia)
- Travel Review 46 - Eropah Timur (Hungary)
- Travel Review 47 - Eropah Timur (Austria)
- Travel Review 48 - In Brief (Eropah Timur)
- Travel Review 49 - Travel Wishlist Post Covid-19