Friday 20 August 2021

2021 TRAVEL REVIEW 30 - ASIA BARAT (UNITED ARAB EMIRATES)

Ogos 2021

Travel Review 30 - Asia Barat
UNITED ARAB EMIRATES (Dubai & Abu Dhabi)

Bila disebut United Arab Emirates (UAE), tak ramai orang tahu di mana letaknya negara ini. Tapi bila disebut Dubai dan Abu Dhabi, pasti ramai yang tahu. United Arab Emirates adalah sebenarnya sebuah negara di Semenanjung Arab yang terdiri dari 7 buah emiriah merdeka yang membentuk sebuah negara: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras Al Khaimah, Sharjah dan Umm Al Quwain. Ibu negara UAE adalah Abu Dhabi tetapi bandar terbesarnya adalah Dubai. Secara tradisi, Amir Abu Dhabi adalah Presiden UAE manakala Amir Dubai pula adalah Timbalan Presiden UAE.

 Emiriah Arab Bersatu
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Kuwait, Myself dan Husband telah mengambil kesempatan untuk singgah melawat ke dua buah bandar di UAE: Dubai dan Abu Dhabi.

Dubai

Dubai adalah sebuah bandar yang super kaya di UAE. Ada banyak bangunan pencakar langit yang sangat moden di sini, walaupun bilangan penduduknya tidaklah begitu ramai. Bangunan-bangunan pencakar langit ini banyak yang bertumpu di sekitar jalan raya utamanya yang bernama Sheikh Zayed Road.

 Pemandangan bangunan pencakar langit di Sheikh Zayed Road di Dubai
 Dubai International Financial Center
Sebelum adanya bangunan-bangunan pencakar langit yang serba moden ini, pusat bandar Dubai hanya bertumpu di pinggiran sebuah selat sempit yang bernama The Creek. Kawasan ini kini dikenali sebagai Dubai Historical District.

 Pemandangan di sekitar The Creek
Deira Twin Towers
Abra (Water Taxi) yang beroperasi di The Creek
Dubai juga adalah lokasi bangunan tertinggi di dunia pada masa sekarang yang dinamakan Burj Khalifa. Di kaki Burj Khalifa ada sebuah shopping mall yang bernama Dubai Mall. Sesuatu yang kami perhatikan di seluruh Dubai ialah bila masuk waktu solat, azan penuh akan berkumandang menerusi PA System di seluruh mall. Secara automatik, kita akan merasa bersalah pulak shopping-shopping masa azan, lalu kita pun akan terus mencari surau untuk bersolat dulu.

 Burj Khalifa
 Dubai Mall di kaki Burj Khalifa
Kolam Dancing Fountain di luar Dubai Mall
Kami turut merasai experience naik ke platform pemerhatian Burj Khalifa yang dinamakan At The Top yang berada di Tingkat 125. Mahal tau tiket nak naik ke sini! Antara perkara yang sering diwar-warkan kepada pelancong untuk naik ke atas sini adalah peluang untuk melihat sunset dan pertunjukan Dancing Fountain dari bird's eye view, katanya. Tapi selepas naik ke atas sini, Myself tidaklah recommend sangat kepada sesiapa untuk berbuat begitu. Pemandangan dari atas sini lebih kurang sama macam pemandangan yang kita lihat dari kapalterbang sewaktu nak mendarat di Dubai dan pemandangan Dancing Fountain itu pulak kecik sangat bila dipandang dari Tingkat 125 itu. Myself pasti pemandangan Dancing Fountain dari bawah sana sebenarnya lebih wow sebab Dancing Fountain ini adalah yang terbesar seumpamanya di dunia. Cuma satu experience yang menarik bagi Myself adalah sewaktu naik lif ke Tingkat 125 ini di mana ketinggian kita sewaktu lif sedang bergerak naik dibanding dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. Walaupun cuma dipandang dalam gambar yang ditayang pada dinding lif, gayat weyy bila lif kita melepasi ketinggian antenna yang duduk kat puncak Menara Petronas itu!

 Lif naik ke platform pemerhatian At The Top di Tingkat 125, Burj Khalifa
Perbandingan ketinggian kita dengan Menara Berkembar Petronas sewaktu dalam lif naik ke At The Top
Suasana di At The Top
 Pemandangan dari Tingkat 125 Burj Khalifa
 Pemandangan Dancing Fountain dari Tingkat 125, Burj Khalifa
Selain Dubai Mall, sebuah lagi shopping mall menarik yang pernah kami kunjungi adalah Mall of the Emirates yang terletak dekat dengan hotel penginapan kami. Tarikan istimewa di sini adalah bermain salji di Ski Dubai.

 Mall of the Emirates
 Pemandangan Ski Dubai dari luar Mall of the Emirates
Ski Dubai
Dubai dan UAE keseluruhannya bukanlah sebuah tempat yang murah untuk dilawati. Walaupun matawangnya yang dipanggil UAE Dinar (AED) hanya sedikit tinggi berbanding Ringgit Malaysia, harga barang di sini secara kasarnya kira-kira 3 kali ganda harga di Malaysia. Untuk menjimatkan wang, kami cuma mengelilingi Dubai dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off (HOHO). Itu pun harganya AED 240 (RM 264) seorang bagi perjalanan 24 jam. Puas juga mengembara naik bas HOHO ini kerana banyak juga pemandangan yang dapat kita lihat dalam perjalanan.

Burj Khalifa dan Souk Al Bahar
Dubai International Financial Centre
Al Fahidi Fort
 Pintu masuk ke Dubai Museum di dalam Al Fahidi Fort
Deira Wharfage
Abra Cruise di Deira Wharfage
Spice Souk
Highlight lawatan kami ke Dubai adalah sewaktu mencuba Desert Safari. Pengalaman mengembara di padang pasir dengan aksi-aksi yang mendebarkan menggunakan kenderaan 4-Wheel Drive ini memang satu pengalaman yang patut dicuba sekali seumur hidup.

Desert Safari
Aksi Drift di dalam Desert Safari
Pengembaraan Desert Safari ini berakhir di sebuah Desert Camp untuk makan malam dan menyaksikan sebuah pertunjukan kebudayaan Arab. Seksi banget Belly Dancer kat sini. Haihh!!

 Desert Camp
Dinner di Desert Camp
Persembahan Kebudayaan Arab
 Belly Dancing
Sekembali dari melawat ke Abu Dhabi, ada juga beberapa tempat lain di Dubai yang menjadi persinggahan kami.

 Hotel mewah Palm Atlantis di Palm Jumeirah, Dubai
 Hotel mewah Burj Al Arab berhampiran Jumeirah Beach
Ada ramai Mat Salleh yang sexy-mexy di Pantai Jumeirah ini
... Dan penutup kepada percutian mewah kami di Dubai adalah bermain salji di Ski Dubai... Jangan tak percaya, kat tengah padang pasir di Dubai ini juga ada tempat nak bermain ski. Main ski dengan salji betul tau, bukan salji tiruan! Cuma salji ini dibuat dalam freezer gergasi, bukanlah turun dari langit.

Main Tobaggan di Ski Dubai
 Pelbagai winter sport boleh dicuba di Ski Dubai

Abu Dhabi

Abu Dhabi yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan berkereta dari Dubai adalah ibu negara UAE. Kalau kita rasa Dubai dah sangat kaya, kekayaan Abu Dhabi pula lebih berganda berbanding Dubai. Malah bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai itu juga sebenarnya dibina dengan pinjaman kewangan dari Abu Dhabi. Walaupun Abu Dhabi sangat kaya, ia tidaklah menunjuk-menunjuk kekayaannya seperti Dubai.

 Etihad Towers
 Presidential Palace
 Hotel mewah Emirates Palace
Tarikan utama kepada pelancong-pelancong ke Abu Dhabi adalah Sheikh Zayed Grand Mosque yang dibangunkan oleh Almarhum Sheikh Zayed sendiri yang merupakan pengasas dan Presiden UAE yang pertama. Sebaik masuk ke masjid ini, kita akan mendengar alunan bacaan Al Quran tanpa henti 24 jam sehari yang dibuat atas arahan anakanda Sheikh Zayed, Sheikh Khalifa yang merupakan Presiden UAE sekarang untuk dihadiahkan kepada ayahandanya. Masjid Sheikh Zayed juga istimewa kerana ia adalah satu-satunya masjid di Abu Dhabi yang membuat panggilan azan bila masuk waktu solat. Semua masjid lain di Abu Dhabi dipasangkan dengan sistem satelit yang menyiarkan panggilan azan dari masjid ini.

 Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi
 Tiang di dalam Masjid Sheikh Zayed yang diilhamkan dari pokok kurma dan dihias dengan motif bunga-bungaan
 Pemandangan menghala ke Courtyard Masjid
 Dewan Solat Utama Sheikh Zayed Grand Mosque
Sewaktu di Abu Dhabi juga kami dibawa melawat ke Yas Island di mana letaknya Yas Marina Circuit yang merupakan gelanggang perlumbaan kereta Abu Dhabi Grand Prix. Walau bagaimanapun, kami cuma melihat Yas Marina Circuit ini dari luar sahaja.

Yas Marina Circuit
Persinggahan kami di Yas Island Abu Dhabi adalah sebaliknya Ferrari World yang merupakan sebuah taman tema yang dibina oleh syarikat pengeluar kereta mewah dari Itali, Ferrari. Bila dah dibina oleh Ferrari, memanglah semua permainan di dalamnya pun berasaskan kepada kereta Ferrari. Ferrari World ini memang menarik bagi Myself kerana kelainannya berbanding Taman-taman Tema yang lain di dunia dan Myself memang recommend kepada anda untuk melawat ke sini kalau berkunjung ke Abu Dhabi, itu pun jika tiket masuknya yang sangat mahal itu tidak menjadi masalah.

Ferrari World
 Formula Rossa ~ roller coaster paling laju di dunia di Ferrari World Abu Dhabi
 Karting Academy yang merupakan simulasi perlumbaan kereta di Yas Marina Circuit. Walaupun cuma dodgem car, ia kelihatan sangat laju macam Ferrari!
 Replika bandar Maranello di Itali yang kelihatan sangat hidup di Ferrari World. Maranello adalah bandar tempat asal kereta Ferrari.


Kisah penuh perjalanan kami ke Dubai dan Abu Dhabi boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):