Jun 2021
Travel Review 19: Oceania
NEW ZEALAND (North Island)
Kisah Vaksin Covid-19 (1st Dose)
Nak selit sikit cerita tentang vaksin Covid-19 sebagai kenangan... Disebabkan ofis Myself sering berurusan dengan Hospital dan Pusat Kuarantin Covid-19, kami telah disenaraikan sebagai prioriti penerima vaksin dalam Fasa Kedua Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan selepas frontliners. Maka tak lama selepas Fasa Kedua ini diumumkan, heboh satu ofis bila kami mula mendapat panggilan untuk mengambil vaksin melalui MySejahtera.
Bila mendapat panggilan vaksin barulah keluar belang masing-masing tentang vaksin. Rasa-rasanya tak adalah Grup Anti Vaksin di ofis kami, tapi ada Grup Takut Vaksin. Macam-macam persoalan dan hujah mereka keluarkan tentang vaksin sehingga menggugat Grup Berani Vaksin macam kita, lebih-lebih lagi bila vaksin yang ditunggu-tunggu dah berada di depan mata. Ada juga di kalangan mereka yang kata nak tangguh dulu sebab nak tengok kesan vaksin kepada kawan-kawan, walaupun mereka mendaftar nak menerima vaksin.
Pada hari yang ditetapkan, kami berkunjung ke dewan pusat vaksin seperti yang diarahkan, pada penghujung bulan Ramadan yang mulia, dekat-dekat dengan Hari Raya. Tengok-tengok Grup Takut Vaksin pun ada! Rupa-rupanya berita viral tentang keadaan Covid-19 yang teruk di India menjadi penyuntik semangat mereka memberanikan diri untuk menerima vaksin. "Let's do our part supaya Malaysia tak jadi macam India," kata mereka. Semangat berkobar nak beraya dalam keadaan yang lebih selamat selepas mendapat vaksin turut menjadi satu lagi faktor pendorong, lebih-lebih lagi bila pada tahun 2021 ini kita kena beraya dalam PKP. Waktu itu kes Covid masih sekitar 6,000 sehari. Kalau sampai 7-9 ribu sehari macam sekarang pasti dia orang akan lebih berani dan tak fikir panjang.
|
Pemandangan di Pusat Penerimaan Vaksin. Guna gambar dari internet sebagai kenangan kerana fotografi tidak dibenarkan di Pusat Penerimaan Vaksin. |
Sesuatu yang Myself nak puji berdasarkan pengalaman sendiri menerima vaksin ini ialah proses penerimaan vaksin yang sangat effisien. Turut bersama kami menerima vaksin pada ketika itu adalah golongan rakyat veteran yang dah berusia lebih 60 tahun. Ramai juga yang datang berkerusi roda ke pusat vaksin dengan disorong ahli keluarga masing-masing. Petugas-petugas di pusat vaksin cukup perihatin dan profesional dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Selepas melalui proses saringan kesihatan yang agak teliti disebabkan penyakit darah tinggi, Myself diberi vaksin Coronavac dari Sinovac. Terkejut juga bila diberitahu yang kita akan mendapat Sinovac kerana sebelum ini ada staff di ofis yang makan ubat darah tinggi kena ambil vaksin Pfizer. Kita pun dah prepare macam nak dapat Pfizer juga. Rupa-rupanya jenis ubat darah tinggi yang kita makan juga akan menentukan jenis vaksin yang diterima. Paling penting, jangan sembunyikan apa-apa penyakit yang kita hadapi dari mereka. Ada juga staff yang dinasihatkan untuk menangguhkan dulu pengambilan vaksin disebabkan mereka menyusukan anak. Ada juga yang diberi tarikh temujanji lain untuk mengambil vaksin di hospital dan bukan di dewan kerana keadaan kesihatan mereka terutama yang ada alergi terhadap antibiotik.
|
Jenis-jenis vaksin Covid-19 |
Suspen juga sebenarnya semasa mendapat suntikan vaksin. Dah terbayang-bayang kesan sampingan yang akan kita dapat. Maklumlah kita sebenarnya dah termakan juga dengan cerita-cerita Grup Takut Vaksin! Namun Alhamdulillah, tak ada kesan sampingan yang teruk. Selepas disuntik, kita diarahkan menunggu di Ruang Pemantauan selama 15 minit. Masa di Ruang Pemantauan inilah Myself rasa mengantuk sangat sampai nak jatuh dari kerusi. Itu sajalah kesan sampingan yang Myself rasa selepas disuntik dengan Sinovac. Tapi bagus juga ada kesan sampingan seperti ini, sebab kita tahu yang vaksin sedang bertindak dalam badan. Selepas keluar dari tempat vaksin dan menghirup udara segar di luar, terus rasa segar-bugar. Hilang rasa mengantuk yang melampau tadi. Tapi di sebelah malamnya selepas berbuka puasa, sekali lagi diserang rasa mengantuk yang sama. Lena sungguh Myself tidur malam itu, macam dah termakan ubat tidur. Keesokan harinya dan hari-hari seterusnya kesan sampingan yang mengantuk terlebih ini terus hilang. Ada juga staff kat ofis yang rasa sengal selepas mendapat Sinovac, tapi kita tak pulak rasa begitu.
Nanti kita sambung kisah Dos Kedua pulak...
Aotearoa
Percutian kami ke New Zealand pada tahun 2019 adalah sebenarnya percutian yang tidak dirancang. Myself dan Husband sebenarnya sedang mencari pakej percutian ke South Africa ketika kami dengan secara tak sengaja bertemu dengan sebuah pakej ke New Zealand yang agak menarik.
|
Aotearoa adalah nama Maori bagi New Zealand |
Selalunya orang Malaysia akan memilih percutian secara self-drive di New Zealand. Mereka juga akan lebih memilih South Island yang dikatakan mempunyai pemandangan yang lebih superb. Disebabkan kami adalah spesies rakyat Malaysia yang sedikit pelik, kami memilih untuk mengikut pakej percutian ready-made bersama Tour Guide hanya ke North Island. Kami sebenarnya lebih memilih North Island berbanding South Island kerana ada budaya Maori di sini. Percutian ke New Zealand ini turut disertai oleh Abang Myself dan keluarga. Perjalanannya pula hanya meliputi Auckland, Rotorua dan Taupo serta kawasan-kawasan di sekitarnya sahaja.
Sejak tiba di New Zealand lagi, kita dapat merasakan betapa negara ini dikongsi bersama oleh Orang Kulit Putih (dipanggil Kiwi) dengan Orang Maori. Tidak seperti di Australia di mana penduduk aslinya yang dipanggil Aborigines seakan dipinggirkan, sentuhan budaya Maori sangat kelihatan di New Zealand.
|
Ucapan Selamat Datang dalam Bahasa Maori yang menyambut ketibaan kita di Auckland Airport |
|
Bukti kami dah sampai ke Middle Earth |
New Zealand adalah sebuah negara penternakan. Pada tahun 2018, penduduk negara ini hanya berjumlah 5 juta orang sahaja tetapi ada 10 juta ekor lembu dan 29 juta ekor biri-biri. Kawasan utara North Island yang kami kunjungi adalah kawasan penternakan lembu yang terbesar di New Zealand. Myself akui lembu-lembunya gemuk dan cantik, tetapi tetap berbau busuk!
|
Lembu-lembu di New Zealand |
Auckland
Auckland adalah bandar terbesar di New Zealand yang terletak di utara negara ini. Ia juga adalah pintu masuk ke New Zealand bagi kami. Bandarnya tenang dan tak sibuk macam bandar-bandar lain di dunia. Auckland juga sebenarnya kurang menarik untuk dilawati sehingga menyebabkan kota ini sering menjadi sekadar persinggahan hinggap kepada pengunjung-pengunjung yang ingin melawat ke tempat lain di New Zealand.
|
Auckland |
|
Pemandangan Auckland yang tak banyak berbeza dengan pemandangan kota-kota di Australia |
Kami juga seperti kebanyakan pengunjung lain, hanya menjadikan Auckland sebagai persinggahan hinggap sebelum menuju ke Rotorua dan ketika hendak pulang ke Malaysia. Maka satu-satunya tarikan pelancongan yang sempat kami kunjungi hanyalah Auckland Skytower.
|
Pemandangan Auckland Skytower dari bawah |
|
Pemandangan kota Auckland dari Skytower |
|
Tengah seronok-seronok menikmati pemandangan dari sini, terperanjat melihat orang melompat buat Bungy Jumping dari atas menara. |
Hobbiton
Walau tak pernah menonton movie Hobbit, Myself cukup enjoy sewaktu melawat ke Hobbiton Movie Set. Seronok melihat kampung Hobbit yang cute dan cantik ini yang dibina di dalam sebuah ladang di Matamata.
|
Hobbiton |
Hobbiton Movie Set adalah antara tarikan pengunjung yang paling popular di North Island, New Zealand. Kampung Hobbit ini walau bagaimanapun tak boleh dilawati sendiri. Semua pengunjung perlu mengikut Guided Tours yang disediakan oleh pihak Hobbiton sendiri.
|
Green Dragon Inn di Hobbiton |
|
Semua pengunjung diberi minuman percuma di penghujung lawatan ke Hobbiton. Hanya Ginger Beer yang sedap ini sahaja yang tidak mengandungi alkohol. |
Rotorua
Destinasi utama lawatan kami di New Zealand adalah bandar Rotorua yang terletak di tengah-tengah kawasan geothermal North Island. Ada banyak kolam geothermal yang terdapat di bandar ini. Bau sulfur yang seakan telur busuk juga sentiasa menusuk ke hidung di sini.
|
Rotorua |
|
Pemandangan wap geothermal yang keluar dari bumi begini boleh dilihat di banyak tempat di Rotorua |
Banyak tempat menarik yang kami kunjungi di Rotorua seperti Government Garden dan Lake Rotorua.
|
Government Garden di Rotorua |
|
Rotorua Museum di Government Garden
|
|
Lake Rotorua |
|
Melepak dengan burung-burung camar di tepi Lake Rotorua |
Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, jangan lupa berkunjung ke Skyline Rotorua di mana kita boleh menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Ngongotaha. Di puncak gunung ini ada berbagai aktiviti yang boleh dicuba seperti Luge, Sky Swing, Zipline dan juga Mountain Bike.
|
Skyline Rotorua
|
|
Pemandangan Rotorua dari Gunung Ngongotaha |
|
Naik Luge di Skyline Rotorua |
|
Naik chairlift kembali ke Gunung Ngongotaha selepas Luge Ride |
Untuk berkenalan dengan lebih dekat aktiviti pertanian di New Zealand, kami berkunjung ke Agrodome. Ada sebuah Agricultural Show yang menarik di sini.
|
Patung biri-biri baka Merino di pintu masuk ke Agrodome |
|
Biri-biri Merino yang sebenar di Agrodome |
|
Pertunjukan Biri-Biri di Agrodome |
|
Traktor untuk membawa pengunjung membuat Farm Tour |
|
Suasana ladang di Agrodome |
Di Rotorua juga, kami berkesempatan melawat sebuah pusat kebudayaan Maori yang bernama Te Puia. Selain melihat persembahan dan kebudayaan Orang Maori di sini, kami juga dapat melihat geyser terbesar di New Zealand yang bernama Pohutu Geyser.
|
Te Puia |
|
Persembahan sambutan tetamu Maori yang dinamakan Kapa Haka |
|
Maori Cultural Show |
New Zealand juga adalah sebuah negara yang dipenuhi keindahan alam semulajadi. Untuk menikmati sebahagian lagi keindahan ini kami mengikut pula Rotorua Duck Tour melawat ke 3 buah tasik yang terletak di luar Rotorua yang terdiri dari Tasik Okareka, Tasik Tikitapu dan Tasik Tarawera. Dalam perjalanan ke sana, kami melintasi sebuah Hutan Redwood yang merupakan hutan tanaman semula yang terbesar di dunia.
|
Rotorua Duck Tours |
|
Peta Rotorua Duck Tours |
|
Hutan tanaman semula yang terbesar di dunia berhampiran Rotorua. Pokok yang ditanam adalah Redwood yang benihnya dibawa masuk dari California di Amerika Syarikat. |
|
Lake Okareka |
|
Lake Tikitapu |
|
Lake Tarawera |
Taupo
Destinasi akhir kami di North Island sebelum pulang semula ke Auckland adalah Taupo yang terletak di pinggir Tasik Taupo. Tasik Taupo adalah tasik yang terbesar di New Zealand yang luasnya melebihi keluasan Pulau Singapura. Tasik ini adalah bekas kawah gunung berapi. Pasir pantai di tepi tasik ini juga jelas seperti yang selalu dilihat di kawasan kawah gunung berapi.
|
Lake Taupo |
Tarikan wisata alam yang sangat amazing di kawasan Taupo ini bagi Myself adalah Huka Falls. Warna biru air Sungai Waikato di Huka Falls sangat memukau. Walaupun air terjunnya tak tinggi, kederasan aliran airnya memang menyeramkan kepada sesiapa saja yang memandang.
|
Huka Falls |
|
Sungai Waikato |
Di Taupo juga kami melawat ke sebuah lagi kawasan geothermal yang bernama Orakei Korako. Tak seperti di Te Puia yang happening, Orakei Korako sangat sepi. Segala-gala gambaran neraka seperti air panas menggelegak yang menyembur dari bumi, lumpur panas yang membuak-buak dan batuan-batuan panas yang berasap dapat diperhatikan di sini.
|
Orakei Korako |
|
Antara pemandangan air panas dan lumpur yang menggelegak yang dapat dilihat di Orakei Korako |
Waitomo Glow Worm Cave
Dalam perjalanan pulang ke Auckland dari Taupo, kami juga membuat persinggahan untuk melihat Glow Worm di Waitomo. Pengalaman melihat Glow Worm ini juga sangat menakjubkan dan tak mudah untuk dilupakan. Cuma sayang sekali fotografi tak dibenarkan di dalam gua tempat tinggal Glow Worm ini sebagai menghormati kepercayaan Orang Maori yang menjadi pemilik tanah di sini. Pengalaman melihat Glow Worm di dalam Gua Waitomo ini bolehlah diibaratkan seperti melihat kerlipan bintang-bintang Milky Way di tengah malam yang hitam pekat tanpa cahaya bulan.
|
Waitomo Glow Worm Cave |
|
Glow Worm yang bercahaya bak bintang yang bersinar di tengah kegelapan malam |
Hamilton Gardens
Kami bertuah kerana dapat berkunjung ke New Zealand sewaktu summer. Cuaca musim panas di negara yang terletak di hujung dunia ini ketika itu memang sangat nyaman. Bunga-bungaan banyak yang sedang berkembang mekar sehingga menjadikan kunjungan kami ke Hamilton Gardens sangat menarik. Hamilton Gardens yang terletak tidak begitu jauh dari Auckland ini memang menarik untuk dilawati, terutama kepada peminat-peminat bunga. Pasti boleh pengsan melihat keindahan bunga-bungaan yang terdapat di taman ini.
|
Indian Char Bagh Garden di Hamilton Gardens |
|
Italian Renaissance Garden |
|
Tanaman kumara (sweet potato) di taman tradisional Maori yang dinamakan Te Parapara Garden di Hamilton Gardens |
|
Tudor Garden |
Kisah penuh perjalanan kami ke New Zealand boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):