Tuesday, 1 June 2021

2021 TRAVEL REVIEW 18 - OCEANIA (AUSTRALIA)

Jun 2021

Travel Review 18: Oceania
AUSTRALIA (Perth, Melbourne & Sydney)

Kita take a break sekejap dari membuat review tentang negara-negara Asia yang telah kita lawati dan terbang ke selatan menuju ke Australia. Australia adalah destinasi percutian yang popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Ia juga adalah Negara Orang Putih yang paling dekat dengan negara kita.

Australia
Australia adalah sebuah negara yang besar. Kalau setakat pergi ke Perth dari Malaysia, tak terasa sebenarnya betapa besar negara ini. Kebesaran saiz Australia ini hanya boleh kita rasa kalau terbang ke Sydney atau Melbourne dari Malaysia. Separuh perjalanan (kira-kira 4 jam) dari keseluruhan penerbangan ke Sydney atau Melbourne yang memakan masa keseluruhan 8 jam itu adalah sebenarnya merentas bumi Australia itu sendiri.

Perth

Tempat pertama di Australia yang pernah kami kunjungi adalah Perth di Australia Barat. Tapi trip ini dah terlalu lama dulu, pada tahun 2001. Masa itu digital camera pun belum dicipta lagi.

Masih ingat lagi betapa bangga perasaan ketika itu sewaktu tiba di Perth. Maklumlah, kali pertama menjejak kaki ke negara Orang Putih! Kami mengikut sebuah tour pada masa itu. Tapi ahli rombongannya tak ramai, cuma kami berdua dan sebuah keluarga Cina dari Petaling Jaya yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan dua orang anak mereka yang masih bersekolah rendah dan ibu mereka. Tour Guide kami pula adalah seorang Uncle berketurunan Cina rakyat Australia yang sebenarnya berasal dari Singapore. Masih ingat betapa seronoknya kami mengikut trip ini.

 Pemandangan Perth dari King's Park
 Wishing Well di King's Park
London Court
Hay Street Mall
Perjalanan kami ketika itu hanya meliputi kota Perth dan tempat-tempat lain yang berhampiran seperti Fremantle, Mandurah, Caversham dan West Swan. Masa itu pun, ekonomi kami masih belum kukuh lagi. Manalah ada duit nak ambik tour pergi jauh-jauh dari Perth. Confidence level nak berjalan-jalan sendiri di Australia pun belum ada lagi.

 Neil Hawkins Bird Park di Joondalup
Gerai buah-buahan di West Swan
Scarborough Beach
 Menahan pasir yang berterbangan masuk ke mata dan mulut di City Beach
 Caversham Wildlife Park
Kangaroo Feeding di Caversham Wildlife Park
 Mandurah
 Swan River Cruise di Mandurah
Tempat paling jauh dari Perth yang kami kunjungi pada ketika itu adalah ke Fremantle. Itu pun sekadar ke Fremantle Markets. Ingat lagi betapa seronoknya bila terjumpa kedai Teh Tarik di dalam Fremantle Markets ini.

Fremantle Markets
 Ada ramai peniaga berbangsa Asia di Fremantle Markets
 Kedai-kedai souvenir di Fremantle Markets
Kedai Teh Tarik di Fremantle Markets


Kisah penuh perjalanan kami ke Perth boleh dibaca di sini:


Melbourne

Kesempatan seterusnya berkunjung lagi ke Australia adalah sewaktu terpilih membuat lawatan kerja ke Melbourne pada tahun 2017. Waktu itu kaki kita dah panjang sikit dan dah ada pengalaman mengembara sampai ke Europe sana. Jadi bila dapat peluang datang ke Melbourne, Myself dan Husband dah boleh mengatur trip sendiri berjalan-jalan ke sekitar Melbourne.

Di antara ketiga-tiga kota di Australia yang pernah dikunjungi, Melbourne adalah kota yang paling menarik bagi Myself. Sesuatu yang ada di kota ini yang tak ada di kota-kota lain di Australia adalah perkhidmatan tram percuma di kawasan Central Business District (CBD). Dengan adanya tram ini, mudah kita nak bergerak ke mana-mana. Di Perth juga ada bas percuma yang dinamakan CAT (City Area Transit) tapi disebabkan Perth tak sebegitu happening seperti Melbourne, tak terasa sangat keperluan nak menggunakan CAT Bus ini di Perth.

City Circle Tram yang percuma untuk pelancong di Melbourne
Khidmat Tram biasa juga adalah percuma di sebahagian kawasan Melbourne CBD
Pemandangan kota Melbourne dari Royal Botanic Gardens
 Yarra River Cruise di Melbourne
Queen Victoria Market
Sewaktu di Melbourne, kami mengatur sendiri perjalanan kami ke tempat-tempat menarik di sekitar dengan menggunakan khidmat tour bas Grayline. Cukup mudah mengatur perjalanan menggunakan Grayline. Untuk lebih kemudahan, pastikan anda menginap di hotel yang ditawarkan khidmat pick-up oleh Grayline seperti hotel penginapan kami dulu, Ibis Melbourne Therry Street. Kalau tidak, anda terpaksa pergi sendiri ke pusat perkhidmatan Grayline di Federation Square untuk memulakan Tour.

 Grayline Day Tour Bus
Kami mengikut 4 Grayline Tours sewaktu di Melbourne. Perjalanan pertama adalah membuat City Sightseeing sekitar Melbourne.

 Royal Botanic Gardens
Pastri-pastri bersaiz XL dan enak di Acland Street, St. Kilda
 Bathing Boxes di Brighton Beach
Perjalanan kedua dengan Grayline adalah ke Dandenong Mountains untuk menaiki sebuah keretapi stim yang terkenal di sana, Puffing Billy. Sewaktu dalam perjalanan ke Puffing Billy, kami dibawa membuat persinggahan di Grants Picnic Ground dan diperkenalkan dengan minuman tradisional Australia yang dinamakan Bush Billy Tea.

Grants Picnic Ground
Mencuba Bush Billy Tea di Grants Picnic Grounds
Puffing Billy
Perjalanan Grayline ketiga adalah ke Phillips Island untuk melihat Penguin Parade di sana. Dalam perjalanan, kami turut dibawa melawat ke Churchill Heritage Farm, Koala Conservation Centre dan The Nobbies terlebih dahulu.

Churchill Island Heritage Farm
 Pertunjukan mengetam bulu biri-biri di Churchill Island Heritage Farm
Koala Conservation Centre di Phillips Island
The Nobbies
Penguin Parade
Perjalanan yang paling tidak dilupakan pula adalah ke Great Ocean Road yang terkenal dengan keindahan pantainya. Memang terserlah kecantikan Australia sewaktu berkunjung ke sini.

Memorial Arch
 Southern Ocean
The Razorback
Loch Ard Gorge
 Twelve Apostles


Kisah penuh perjalanan kami melawat ke Melbourne dan kawasan-kawasan di sekitarnya boleh dibaca di sini:


Sydney

Seperti perjalanan ke Melbourne, perjalanan Myself ke Sydney juga adalah kerana Business Trip. Disebabkan ketika itu kami baru sangat pulang dari New Zealand, Husband tak dapat nak mengikut bersama. Maklumlah, poket masih belum pulih dari kecederaan selepas melawat ke New Zealand.

 Pemandangan kota Sydney dari Royal Botanic Gardens
 Sydney Opera House & Sydney Harbour Bridge
Sydney adalah bandaraya yang terbesar di Australia. Bagi Myself, jika dibandingkan dengan Melbourne, suasana di Melbourne lebih friendly kepada pengunjung berbanding Sydney. Di Melbourne, kalau kita tinggal di Central Business District (CBD), kita dah dekat dengan restoran dan berbagai-bagai tourist attractions di kota. Tapi di Sydney, kalau duduk di CBD Sydney, tak semudah itu nak ke restoran dan berbagai-bagai attractions di sana. Di Sydney juga tidak ada perkhidmatan tram percuma seperti di Melbourne. Perkhidmatan keretapinya juga tidak begitu straightforward untuk digunakan kerana laluan keretapinya berbeza pada hari bekerja dan di hari minggu.

Stesen Circular Quay di Sydney Harbour
 Pemandangan di dalam Sydney Train
Sesuatu yang tak dapat dinafikan ialah Sydney adalah sebuah kota yang sangat cantik. Walaupun membuat Business Trip, Myself dan rakan-rakan sempat juga mencuri peluang berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di Sydney seperti Sydney Tower, Paddy's Market, Taronga Zoo dan Sydney Opera House. Semua lawatan ke tempat-tempat ini, Myself yang initiate kepada rakan-rakan. Maklumlah, kita ni kan Tourist Guide yang tak bertauliah!

Bukan sebab apa, kan... Kesian kat rakan-rakan kerana Australia bukanlah negara yang murah nak dilawati sendiri dan ada di antara mereka yang first time menjejak kaki ke Australia. Ada juga yang hanya dah sampai ke Perth saja sebelum ini. Bagi Myself, suasana di Perth dan bandar-bandar di Australia Timur seperti Sydney dan Melbourne memang berbeza. Sydney dan Melbourne sangat happening dan berjiwa muda manakala pace di Perth agak slow dan sesuai untuk orang-orang pencen. Kalau rasa-rasa nak melawat Britain tetapi tak mampu nak pergi ke sana, suasana British boleh dirasai di Melbourne. Suasana di Sydney pulak mungkin lebih macam di Los Angeles di Amerika sana. (Agaknyalah kan, sebab kita belum sampai ke sana lagi! Tengok kat TV jerr.) Di sebalik semua alasan ini, Myself sendiri pun nak ambil kesempatan juga sebab inilah kali pertama kita sampai di Sydney. Tiket flight dan penginapan ke Sydney free pulak tu, sebab ofis yang bayar. Hehehehhh!!

 Sydney Tower adalah menara yang kedua tertinggi di Hemisfera Selatan selepas Auckland Sky Tower di New Zealand
Paddy's Market
Suasana di Paddy's Market
Jeti feri di Taronga Zoo
 Cable Car dari jeti feri ke pintu masuk Taronga Zoo
Koala di Taronga Zoo
Sydney Opera House
Kami juga sempat mengikut Big Bus Tour mengelilingi kota Sydney sehingga ke pantainya yang paling terkenal, Bondi Beach.

Big Bus Sydney
 Bondi Beach
Beach Walk di Bondi Beach
Pada satu hujung minggu, kami juga berkesempatan mengikut sebuah tour ke Blue Mountains yang terkenal dengan berbagai tarikan seperti Three Sisters dan Scenic World. Blue Mountains memang sebuah tempat yang menarik, jadi jangan lepaskan peluang ke sana kalau berpeluang berkunjung ke Sydney. 

Three Sisters
Melihat Skyway dari Duke & Duchess of York Lookout
Scenic Railway ~ keretapi yang paling curam di dunia
Leura Cascades
Featherdale Wildlife Park berhampiran Blue Mountains adalah antara wildlife centre yang terbaik di Australia
 Blue Penguins di Featherdale Wildlife Park
Satu tip percuma kepada sesiapa yang merancang nak bercuti ke Australia... Kalau bercadang nak tengok ladang biri-biri, Sydney bukanlah tempatnya. Lebih mudah nak tengok ladang biri-biri bila berkunjung ke Melbourne berbanding Sydney. Tapi kalau nak mengenali budaya penduduk asli Australia yang dipanggil Aborigines, Blue Mountains dekat Sydney adalah tempat yang baik.


Kisah penuh perjalanan Myself melawat ke Sydney dan Blue Mountains boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):