April 2021
Travel Review 14: Asia Timur
CHINA (Guilin & Yangshuo)
Lawatan kedua kami ke Negara China adalah ke Guilin dan Yangshuo yang terletak di sebuah wilayah bernama Guangxi di selatan China. Tidak seperti Shanghai dan kawasan sekitarnya yang urban, Guilin dan Yangshuo masih boleh dikategorikan sebagai kawasan luar bandar.
Bila melawat ke Guilin dan Yangshuo, banyak kenangan zaman dulu-dulu yang kembali ke ingatan kita. Myself berasal dari sebuah kawasan di Perak yang mana ramai penduduknya berketurunan Cina. Nenek moyang mereka ramai yang berasal dari selatan negara China. Penduduk di Guilin dan Yangshuo pula masih mengamalkan cara hidup sederhana seperti yang sering Myself lihat pada jiran-jiran berketurunan Cina kami dulu.
|
Peta Wilayah Guangxi di Negara China |
Myself dan Husband melancong ke Guilin dan Yangshuo mengikut sebuah pakej Group Tour. Kami terbang ke Guilin melalui Hong Kong. Satu kenangan yang tidak dilupakan dalam perjalanan ini ialah bila tiba-tiba seorang anggota rombongan kami diserang Mild Stroke sewaktu nak berlepas dari Hong Kong ke Guilin. Mujurlah pesawat masih menunggu giliran untuk berlepas ketika itu, jadi kapten pesawat membuat keputusan untuk menangguhkan sebentar perlepasan bagi memberi rawatan kecemasan kepada beliau.
|
Ambulan yang menunggu di tepi runway untuk membawa ahli rombongan kami yang diserang Mild Stroke ke hospital di Hong Kong |
Alhamdulillah, selepas urusan kecemasan itu selesai, kami dapat meneruskan perjalanan ke Guilin. Kami cuma terlewat tiba 1 jam disebabkan kecemasan tersebut.
Guilin dikelilingi pergunungan batuan Karst yang berceracak bila dipandang dari udara. Pemandangan gunung-gunung batu ini juga memang ada ketikanya sangat mirip dengan pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh di Malaysia.
|
Pemandangan gunung yang berceracak di sekitar Guilin dari udara |
|
Gunung-gunung yang berceracak |
Guilin
Guilin adalah sebuah bandaraya yang tenang dan cantik di Wilayah Guangxi. Sebelum Covid-19 dulu, Air Asia mempunyai penerbangan dari KL direct ke sini. Kerana itulah juga destinasi ini agak popular dengan pengunjung dari Malaysia.
|
Guilin |
Guilin mempunyai 4 buah tasik yang bersambung dengan Sungai Li. Keempat-empat tasik tersebut adalah Tasik Rong, Tasik Shan, Tasik Gui dan Tasik Mulong. Dua di antaranya Tasik Rong dan Tasik Shan terletak dekat dengan bandar manakala Tasik Gui dan Tasik Mulong pula terletak agak ke luar bandar.
|
Tasik Rong |
|
Kerusi tempat duduk batu berbentuk babi di tepi Tasik Rong |
|
Jambatan Beidou yang berbentuk zig-zag di Tasik Rong |
|
Tasik Shan yang terkenal dengan Sun & Moon Pagoda |
|
Pemandangan Pagoda di tepi Tasik Mulong |
Etnik minoriti China tinggal di wilayah-wilayah yang terletak di pinggir negara itu. Wilayah Guangxi di selatan China ini adalah salah sebuah di antara beberapa wilayah kecil di China yang penduduk majoritinya tidak terdiri dari etnik Han. Etnik terbesar di Wilayah Guangxi sebaliknya adalah dari etnik Zhuang.
|
Etnik Zhuang |
|
Etnik Miao |
|
Etnik Dong |
|
Etnik Yao |
Di Guilin jugalah kami memperlajari tentang sejarah penduduk Muslim tempatan China yang digelar sebagai Orang Hui. Sewaktu China diperintah Komunis, rakyat China tidak bebas beragama. Cuma kaum minoriti sahaja yang dibenarkan beragama kerana agama dianggap sebahagian adat nenek moyang mereka. Disebabkan faktor ini, orang-orang Islam di China ketika itu bersatu membentuk satu kaum minoriti yang digelar Orang Hui untuk membolehkan mereka terus mengamalkan agama Islam. Disebabkan perkara ini jugalah 'Muslim' tidak dikenali di China sehingga kini tetapi jika disebut Orang Hui, semua rakyat China tahu mereka beragama Islam.
|
Guilin Mirage Show |
Pemandangan pergunungan di sekitar Guilin bukan saja menakjubkan di siang hari. Pemandangan malamnya juga out of this world. Cubalah sertai Guilin Night Tour, pasti anda boleh terlupa nak tidur malam bila melihat keindahannya.
|
Lize Bridge |
|
Tasik Mulong |
|
Guilin Night Tour |
Yangshuo
Bandar Yangshuo yang lebih tradisional dan terletak dekat dengan Guilin benar-benar mengingatkan Myself kepada bandaraya Ipoh sewaktu kita kecil-kecil dulu. Gunung-gunung batu yang begitu dekat dengan bandar memang mengingatkan kita kepada kampung halaman di Malaysia.
|
Bandar Yangshuo yang ada iras-iras suasana di Bandaraya Ipoh waktu kita kecil-kecil dulu |
|
West Street yang merupakan pedestrian street di Yangshuo |
|
Gunung-gunung batu di belakang bandar Yangshuo |
Tarikan di Yangshuo lebih bersifat alam semulajadi. Sewaktu di sana kami berkesempatan mengikut cruise di Li River yang disenaraikan oleh CNN sebagai antara 15 sungai yang tercantik di dunia.
|
Perkampungan Lipu |
|
Kenderaan meredah air melalui benteng di Sungai Lipu dari kampung di seberang sana |
|
Bamboo Rafting |
|
Hiburan nyanyian sambil membuat Bamboo Rafting
|
|
Pertunjukan Cormorant Fishing |
|
Burung Cormorant menangkap ikan |
|
Kesian kat Cormorant kerana tak dapat nak makan ikan hasil tangkapan sendiri. Semua kena diserahkan kepada Tuan. |
Pemandangan indah di sekitar kawasan Yangshuo dikenali sebagai Ten Mile Gallery di kalangan warga China. Pergunungannya memang unik dan salah sebuahnya yang turut menarik perhatian Presiden Amerika Bill Clinton sewaktu melawat ke sini adalah Moon Hill.
|
Moon Hill |
|
Presiden Clinton dari USA telah memanjat sendiri ke atas sana demi nak memastikan yang lubang ini benar-benar terbentuk secara semulajadi |
Disebabkan pergunungannya terdiri dari batuan karst, ada banyak gua di sekitar Guilin dan Yangshuo. Kami dibawa melawat ke Silver Cave yang dikatakan sebagai gua yang tercantik di kawasan ini. Tapi bila Myself baca tentang gua-gua lain di sekitar, semuanya mendakwa yang merekalah gua yang tercantik. Tak kisahlah semua itu sebab Myself pasti kesemua gua di sekitar Yangshuo cantik-cantik belaka.
|
Silver Cave |
|
Formasi yang dinamakan Flying Waterfall of Snow Mountain |
Ada banyak formasi menakjubkan di dalam Silver Cave yang kami lawati. Bila Myself kata 'menakjubkan', ia memang benar-benar menakjubkan. Ada 3 di antaranya yang dianggap sebagai The Three Treasures: The Preaching Buddha, Music Screen dan Jade Pool Fairyland.
|
Preaching Buddha |
|
Music Screen |
|
Kedalaman air di kolam Jade Pool Fairyland ini cuma 20 cm tetapi ia kelihatan sangat dalam kerana membalikkan pemandangan siling gua yang setinggi 40 meter di atasnya. |
Satu tarikan yang Myself recommend supaya tidak dilepaskan oleh sesiapa yang datang ke Yangshuo ialah Shangri-La Park. Ia adalah sebuah taman yang memaparkan kebudayaan etnik-etnik utama di Wilayah Guangxi. Bukan sekadar kita dapat melihat senibina dan tarian tradisional etnik-etnik ini, malah kita boleh juga menyertai beberapa permainan tradisional mereka.
|
Shangri-La Park |
|
Persembahan Kebudayaan |
|
Cruise |
|
Menyertai tarian tradisional |
|
Kraftangan |
|
Tempayan Rice Wine |
|
Wind Rain Bridge yang dibina tanpa paku |
Government Shop
Kalau dah ikut Group Tour ke China mestilah ada persinggahan di Government Shop. Government Shop persinggahan kami adalah Bamboo Unlimited di Yangshuo serta Kedai Sutera dan Kedai Herba di Guilin. Persinggahan di Bamboo Unlimited bagi kami sangat menarik kerana kami belum pernah melawat ke kedai barangan buluh begitu. Tetapi persinggahan di Kedai Sutera dan Kedai Herba pula tak ada apa yang menarik.
|
Bamboo Unlimited di Yangshuo |
|
Mendengar penerangan tentang produk-produk buluh dari Bamboo Unlimited |
|
Kedai Sutera Healthy Sleeping Factory |
|
Kedai Herba Zangbaoge |
Restoran Muslim di Guilin & Yangshuo
Dalam entry ini, Myself nak bercerita tentang restoran-restoran Muslim yang kami kunjungi di Guilin dan Yangshuo. Tidak seperti restoran-restoran Muslim di negara bukan Islam yang lain yang selalunya dimiliki oleh pendatang dari luar, restoran-restoran yang kami kunjungi di sini dimiliki oleh orang-orang China Muslim tempatan. Selain memiliki nama Cina, mereka juga memiliki nama yang menggambarkan agama Islam yang mereka anuti. Pekerja-pekerja mereka juga semuanya orang-orang Muslim tempatan.
Di Guilin, kami berkesempatan makan di 2 buah restoran tempatan. Salah sebuahnya adalah Endian Restaurant. Ia terletak bersebelahan dengan Masjid Chongshan. Walaupun ia sebuah restoran Halal, makanan yang dihidangkan banyak berbentuk sayuran. Pemilik restoran ini bernama Kassim.
|
Endian Restaurant |
|
Bergambar bersama pemilik Endian Restaurant, Kassim dan pekerjanya yang bernama Baharuddin |
Sebuah lagi restoran yang kami kunjungi adalah Brand of Beef Noodles yang terletak di Zhengyang Shopping Street di Guilin. Kami lupa nak tanya nama pemilik restoran ini tetapi kami diberitahu yang dia berasal dari utara China.
|
The Brand of Beef Noodles di Zhengyang Shopping Street di Guilin |
|
Pemilik Brand of Beef Noodles yang berasal dari utara China |
|
Salah seorang tukang masak di Brand of Beef Noodles |
|
Mee yang sangat sedap di Brand of Beef Noodles |
Di Yangshuo, kami pernah makan tengahari di sebuah restoran kecil yang bernama Lanzhou Halal Cafe. Pemiliknya bernama Musa dengan isterinya, Aisyah.
|
Lanzhou Halal Cafe. Jangan cari tulisan rumi nama restoran ini sebab memang tak ada. Nama restoran ini diterjemahkan kepada kami oleh seorang rakan berbangsa Cina di Malaysia. |
|
Menu di Lanzhou Halal Cafe |
|
Pemilik restoran yang bernama Musa dengan anaknya yang bernama Jamal |
|
Isteri Musa yang bernama Aisyah |
Restoran Lanzhou Pure Beef Mee Tarik turut kami kunjungi di Yangshuo. Ia juga adalah sebuah restoran Halal yang kecil yang menunya cuma menjual Mee Tarik. Restoran ini walau bagaimanapun cuma dibuka di sebelah malam.
|
Restoran Lanzhou Pure Beef Mee Tarik |
|
Membuat Mee Tarik di depan restoran |
|
Pemilik restoran Habibul dengan pekerjanya yang bernama Wei Jang |
Disebabkan restoran ini kecil, Myself dan Husband terpaksa berkongsi meja makan dengan 2 orang budak perempuan tempatan. Di sinilah kami melihat cara orang tempatan China makan Mee Sup. Mereka memang tak kisah membuat bunyi slurp, slurp, slurp dengan kuat waktu makan. Bila nak minum sup pula, hirup terus dari mangkuk.
|
Cara orang tempatan makan Mee Sup |
Secara umumnya makanan tempatan di Guilin dan Yangshuo memang sedap walaupun rupanya rata-rata tak menarik. Yang paling best ialah kita dapat membantu saudara seagama dengan berkunjung ke kedai-kedai mereka.
Kisah penuh perjalanan kami di Guilin dan Yangshuo boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):