Friday, 18 June 2021

2021 TRAVEL REVIEW 21 - ASIA SELATAN (INDIA 1: KASHMIR & AGRA)

Jun 2021

Travel Review 21: Asia Selatan
INDIA UTARA (Kashmir & Agra)

Dari Oceania, kita terbang kembali ke Asia. Kali ini kita review pengalaman melawat ke sebuah negara yang terkenal di Asia Selatan ~ India. Sebelum sampai ke India, Myself sering mendengar macam-macam cerita tentang negara ini. Tapi kebanyakan cerita yang didengar hanyalah cerita-cerita negatif. Satu-satunya cerita yang positif hanyalah tentang pelakon-pelakon Bollywood yang kacak dan lawa.

Peta India (Credit: Thetraveler.net)
Secara kasarnya, India boleh dibahagikan kepada beberapa kawasan umum seperti yang ditunjukkan di dalam peta di atas. Kalau berkunjung ke kawasan-kawasan yang sewarna, pemandangan dan suasana yang ditemui adalah sebanding. Dalam kes kami, Myself dan Husband pernah berkunjung ke India sebanyak 2 kali ~ meliputi kawasan Delhi & Kashmir di India Utara dan Kerala di India Selatan. Delhi tu sebenarnya hanya persinggahan singkat dalam perjalanan menuju ke Kashmir dan Agra. Adalah juga cita-cita nak datang semula explore kota Delhi. Tunggulah, Insyaallah di suatu hari yang indah nanti dengan keizinan Tuhan.

Kashmir

Kashmir yang terletak di utara India adalah tempat terawal yang kami kunjungi di India. Penerbangan dari New Delhi ke wilayah yang terletak di banjaran Pergunungan Himalaya ini memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit. 

Pemandangan Banjaran Himalaya dalam perjalanan menuju ke Kashmir
Tidak seperti kebanyakan tempat lain di India di mana majoriti penduduknya beragama Hindu, lebih 90% penduduk di Kashmir beragama Islam. Wilayah Kashmir sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian: separuh terletak di India dan separuh lagi terletak dalam negara Pakistan. Tapi Kashmir di sebelah India lebih popular di kalangan pelancong berbanding Kashmir di sebelah Pakistan.

Majoriti penduduk Kashmir adalah beragama Islam
Kashmir masih menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Jadi tidak menghairankan kita dapat melihat kehadiran tentera India berkawal di merata-rata tempat di wilayah ini. Kehadiran tentera ini dapat kita rasakan dari atas pesawat lagi sebelum mendarat di ibu kotanya yang bernama Srinagar. Jelas kelihatan yang lapangan terbangnya ada banyak bangunan dengan corak celoreng tentera.

 Pemandangan Lapangan Terbang Srinagar dari udara
 Terminal penumpang awam di Lapangan Terbang Srinagar
 Tentera berkawal di Airport Srinagar
 Laluan menuju ke sempadan Pakistan di Kashmir
Sewaktu melawat Kashmir, kami menginap di dalam sebuah Houseboat yang terapung di Tasik Dal. Houseboat yang kami tumpangi tidak mewah tetapi selesa. Yang tak selesa ketika itu hanyalah cuaca Musim Luruh yang sangat sejuk. Kesejukan Musim Luruh yang kami alami di Kashmir memang menjadi kenangan yang tidak dilupakan sehingga sekarang.

 Houseboat di Tasik Dal
Pohon Teratai di Tasik Dal
Pemandangan matahari terbenam di Tasik Dal
Suasana di dalam Houseboat. Houseboat ini memang berbau wangi semula jadi kerana dindingnya dibina menggunakan papan sandalwood.
Houseboat kami dilengkapi dengan paip air panas dan selimut elektrik, tapi bagi Myself kedua-duanya tak membantu sangat pada ketika itu. Memanglah air yang keluar dari paip terasa panas, tetapi sebaik terkena udara, ia terus bertukar menjadi sejuk kerana bilik airnya sendiri tidak dilengkapi dengan heater. Masih ingat lagi bagaimana sukarnya nak memberus gigi sewaktu di Kashmir. Sejuk terketar-ketar sampai gigi terketap-ketap tak dapat dikawal bila berkumur (serius, tak tipu dengan pengalaman ini). Nak ambik wuduk pun kena gagahkan diri bila nak menyentuh air itu!

 Bilik air moden di dalam Houseboat yang dilengkapi dengan paip air panas tetapi tak ada heater.
Bekalan elektrik di Houseboat pula dibekalkan dari generator. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, set generator kerap terhenti menyebabkan bekalan elektrik sering terputus. Almost immediate, hawa sekeliling menjadi sejuk banget bila ia berlaku. Selama 3 hari 2 malam berada di Kashmir, Myself mengaku tak sanggup langsung nak mandi kerana bila buka saja winter jacket, badan terus menggigil kesejukan tak mampu nak kawal. Itu pun masih lagi memakai long john dan sehelai pakaian lagi di luar! Disebabkan cuaca yang sejuk juga, makanan sentiasa dihidangkan dalam bekas thermos untuk mengekalkan kepanasannya.
 
 Makanan sentiasa dihidang dalam thermos untuk mengekalkan kepanasannya
Sewaktu tidur malam pun, kami tetap memakai winter jacket yang tebal itu. Memanglah ada selimut elektrik yang dibekalkan, tapi haba selimut ini tak dapat nak dikawal. Tengah sedap-sedap tidur, haba selimut tiba-tiba terasa sangat panas sampai berpeluh-peluh menyebabkan kita terjaga pulak dari tidur. Bila tak pasang heater pada selimut, sejuk sangatlah pulak. Bila elektrik terputus pun, selimut tiba-tiba jadi sejuk. Maka kesudahannya, abaikan sajalah selimut elektrik ini. Pakai sajalah winter jacket lengkap-lengkap masa tidur.

 Bilik tidur yang dilengkapi dengan selimut elektrik yang memang memberi problem sewaktu nak tidur.
Seperti juga bandar-bandar lain yang kami perhatikan di India, suasana di bandar Srinagar macam suasana bandar-bandar di Malaysia pada tahun 1970-an dulu. Kebersihan memang tak diberi perhatian. Sampah dibuang di merata-rata tempat.

Srinagar
Sampah yang dibuang di merata-rata tempat seperti ini adalah pemandangan biasa di India
Tempat tumpuan pelancong seperti Viewing Point dalam perjalanan ke Gulmarg ini juga penuh dengan sampah
Sewaktu di Kashmir, kami hanya sempat berkunjung ke sebuah pusat percutian musim sejuk di Gulmarg. Tarikan utama di sini adalah cable car terpanjang di dunia yang mendaki Gunung Kongdoori. Tapi ini maklumat masa itulah, tak tahu sama ada ia masih terpanjang lagi di dunia sekarang atau dah diatasi oleh cable car lain. Kami walau bagaimanapun hanya mendaki sampai ke Stage 1 sahaja disebabkan cuaca yang sangat berkabus ketika itu. Kalau naik sampai ke Stage 2 dalam cuaca yang baik, boleh nampak pemandangan negara Pakistan dari sana.

Gulmarg Gondola
Waktu kami di Gulmarg, salji baru saja mula turun. Aktiviti musim dingin seperti ski dan sebagainya masih belum boleh bermula. Jadi, kita tengok-tengok saja pemandangan indah salji turun di sana. Macamlah kita ni pandai main ski... Haihh!!

Gulmarg
Selain Gulmarg, kami juga dapat berkunjung ke dua buah taman Mughal yang cantik di Srinagar yang bernama Nishat Bagh dan Shalimar Bagh. Nishat Bagh dibina berteres-teres manakala Shalimar Bagh pula dibina rata. Walaupun bunga-bungaan telah layu sebab musim dingin yang menjelang ketika itu, keindahan kedua-dua taman ini tetap terserlah. Bayangkanlah kalau kita datang pada musim bunga yang penuh dengan bunga-bunga tulip di sini. Tak payah nak bersusah-payah terbang jauh ke Belanda sana nak tengok Bunga Tulip!

Nishat Bagh
 Taman Nishat Bagh dibina bertingkat-tingkat
 Shalimar Bagh
 Taman Shalimar Bagh yang tetap terserlah keindahannya di musim dingin

Agra

Selepas menikmati suasana dingin di Kashmir, kami dibawa pula melawat ke Agra yang merupakan lokasi sebuah monumen terkenal di dunia yang bernama Taj Mahal. Seronok juga masa itu dapat pergi ke Agra sebab bolehlah kita mandi dengan selesa kat hotel di sana. Maklumlah, 3 Hari 2 Malam kita tak mandi kat Srinagar sebab sejuk! Dari Srinagar di Kashmir, kami terbang kembali menuju ke New Delhi. Dari New Delhi, kami berkereta pula selama 5 jam menuju ke Agra menggunakan National Highway No. 2.

Peminta sedekah yang mencari rezeki dalam kesesakan jalan raya di New Delhi
Plaza Tol di National Highway No.2 menuju ke Agra
Taj Mahal dibina oleh seorang raja yang bernama Shah Jahan sebagai lambang cinta kepada isterinya yang bernama Mumtaz Mahal. Keseluruhan bangunan ini dibina dari marmar putih yang bertukar-tukar warna bila terkena sinaran matahari.

 Tugu Shah Jahan di pintu masuk ke Taj Mahal
Taj Mahal
Landskap yang menarik di Taj Mahal
Keunikan bangunan Taj Mahal bukan saja terletak pada seni binanya, tetapi juga pada elemen matematiknya. Keseluruhan bangunan Taj Mahal dibina dengan sangat simetri. Satu-satunya elemen di dalam binaan Taj Mahal yang tidak mengikut simetri adalah pusara Shah Jahan sendiri. Dia sebenarnya berhasrat ingin membina sebuah lagi Taj Mahal untuk dirinya sendiri dan dikebumikan di sana setelah kematiannya kelak. Walau bagaimanapun, hasrat Shah Jahan tidak kesampaian selepas takhtanya dirampas oleh seorang anaknya sendiri yang bernama Aurangzeb. Selepas Shah Jahan meninggal dunia, dia telah dikebumikan oleh anak-anak perempuannya di sebelah pusara ibu mereka, Mumtaz Mahal. Oleh kerana pengebumiannya sebenarnya tidak dirancang di sini, maka pusara Shah Jahan menjadi satu-satunya elemen yang tidak simetri di Taj Mahal.

 Binaan Taj Mahal sangat simetri. Walau dipandang dari mana-mana arah, pemandangannya tetap sama.
Marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal bertukar-tukar warna bila terkena sinaran matahari.
Selain dari Taj Mahal, kami juga dibawa melawat ke Red Fort of Agra. Kota ini adalah istana kediaman Jehangir Khan, bapa kepada Shah Jahan yang telah membina Taj Mahal.

Red Fort of Agra
Tugu Jehangir Khan di depan Red Fort
Pemandangan di dalam Red Fort
Bilik penjara Shah Jahan di dalam Red Fort. Dia telah dipenjarakan di sini oleh anaknya Aurangzeb.


Kisah penuh perjalanan kami ke India Utara boleh dibaca di sini:



TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):