Friday 15 October 2021

2021 TRAVEL REVIEW 38 - EROPAH BARAT (FRANCE & BELGIUM)

Oktober 2021

Travel Review 38 - Eropah Barat
FRANCE (Paris) & BELGIUM (Brussels)

Eurostar: London St Pancras --> Marne La Vallee-Chessy

Sewaktu mengikut Group Tour ke Western Europe pada tahun 2015 dulu, Myself dan Husband berpeluang menggunakan khidmat keretapi laju Eurostar menyeberang Selat Inggeris dari England ke France.

Peta laluan perkhidmatan Eurostar
Di London, kami berlepas dari Stesen St Pancras yang bangunannya mempunyai rekabentuk senibina klasik dari luar. Walaupun nampak klasik begitu, suasana di dalam stesen ini sangat moden.

Bangunan Stesen Keretapi St Pancras di London
 Bangunan extension St Pancras International Station yang moden di belakang bangunan yang klasik
Laluan masuk ke tempat parking di Stesen St Pancras. Penghadang yang berbelang kuning-hitam itu akan turun ke bawah untuk membolehkan kenderaan lalu selepas membayar tiket parking.
Suasana di dalam St Pancras International Station
Pintu masuk ke platform
Perjalanan kami dari St Pancras Station di London menuju ke Marne La Vallee-Chessy berdekatan Paris mengambil masa kira-kira 2 jam. Pemandangan dari Eurostar sepanjang perjalanan di England dan juga di France adalah ladang-ladang pertanian yang ketika itu agak gondol kerana musim dingin.

Antara perkara yang ditunggu dalam perjalanan ini ialah ketika Eurostar melalui terowong melintas Selat Inggeris. Namun demikian pengalaman ini agak mengecewakan kerana yang kelihatan cuma terowong yang gelap-gelita. Pengalaman ini juga sebenarnya sangat singkat kerana Selat Inggeris adalah sebuah selat yang sempit dan Eurostar pula bergerak sangat laju.

Tren Eurostar di platform sebelah tren kami yang nak menuju ke Brussels di London.
Pemandangan dalam koc Eurostar
Pemandangan ladang pertanian di France
Stesen Marne La Vallee - Chessy di France
Menunggu bas di luar Stesen Marne La Vallee-Chessy

Paris

Persinggahan kami di France hanyalah ke ibu negaranya, Paris. Masih ingat betapa kagum kita melihat keindahan bandar Paris terutama di kawasan yang berhampiran Sungai Seine.

Paris
 Gereja Notre-Dame de Paris (Our Lady of Paris) ini mengalami kebakaran besar pada tahun 2019.
Sungai Seine yang membelah kota Paris
Walaupun Paris sangat indah, ia sangat sepi dan tegang sewaktu ketibaan kami kerana seminggu sebelum kami tiba, ada serangan pengganas ISIS berlaku di tengah kota ini yang meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang yang lain. Serangan ini berlaku serentak di 6 buah lokasi di sekitar Paris.

 Suasana sunyi di Paris selepas kejadian pengeboman oleh pengganas ISIS pada bulan November 2015.
Disebabkan keadaan keselamatan yang agak tidak menentu ketika itu, perjalanan City Tour kami di Paris menjadi agak terbatas. Banyak tarikan pelancongan di Paris yang ditutup atas sebab keselamatan. Namun syukur Alhamdulillah kerana kami tetap diberi kesempatan untuk singgah di Eiffel Tower yang menjadi ikon kebanggaan Paris. Sedih rasanya kalau berkesempatan datang ke Paris tapi tak dapat nak melawat Eiffel Tower.

Eiffel Tower
Pemandangan di kaki Eiffel Tower
Taman berhampiran Eiffel Tower
City Tour kami yang seterusnya hanyalah menikmati pemandangan kota Paris dari dalam bas. Walaupun hanya dipandang dari atas bas, Myself dan Husband tetap berpuas hati kerana memang suspen nak menjejak kaki di Paris ketika itu terutama bila melihat kehadiran begitu ramai polis dan tentera di serata tempat untuk mengawal keselamatan kota.

Les Invalides yang merupakan tempat persemadian Maharaja Perancis yang terkenal, Napoleon Bonaparte
Champs-Elysees
Arc de Triomphe
Opera Garnier
Muzium Louvre
Piramid kaca ini adalah pintu masuk ke Louvre Museum
Di sebelah malam, kami berpeluang membuat persinggahan di masjid Grande Mosquee de Paris yang dibina oleh Kerajaan Perancis bagi menghargai tentera-tentera Islamnya yang berperang di Afrika Utara sewaktu Perang Dunia Kedua dulu.

Grande Mosquee de Paris
Suasana di dalam Grande Mosquee de Paris
Taman di Grande Mosquee de Paris
Kemudian bagi menggantikan lawatan ke shopping mall Galeries Lafayette yang terpaksa dibatalkan, kami dibawa pula melawat ke pasar Krismas Villages de Noel de Paris. Suasana di pasar Krismas ini boleh dikatakan sebanding dengan suasana di pasar Ramadan di Malaysia menjelang Hari Raya.

Christmas Market berhampiran Champs Elysees di Paris

Belgium

Belgium adalah negara persinggahan kami yang seterusnya selepas France. Sepatutnya kami berkunjung ke Brussels untuk melawat tempat-tempat menarik di sana. Walau bagaimanapun cadangan ini terpaksa dibatalkan kerana terdapat Perintah Berkurung di Belgium ketika itu disebabkan suspek pengeboman Paris dipercayai telah melarikan diri ke sana. Oleh yang demikian, kami cuma dapat membuat persinggahan singkat untuk melawat Atomium yang terletak di luar kota Brussels.

Atomium
Pancutan air berdekatan Atomium
Polis Belgium membuat rondaan di kawasan Atomium
Sama seperti feeling sewaktu di Paris terdahulu, tak boleh nak enjoy sangat sewaktu melawat ke sini terutama bila melihat polis meronda cukup kerap di sekitar. Rasa tak sabar juga nak naik bas balik semula untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya ~ Netherlands. Tengoklah satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih Myself rasa macam teringin juga nak repeat semula trip ke Paris dan Brussels ini sekali lagi.

Kisah penuh perjalanan kami ke France dan Belgium boleh dibaca di sini:

 
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

No comments: