Monday, 17 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 08 (Civic Plaza & Doha Metro)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[QATAR: Doha, Inland Sea, Lusail & Pearl Island]

Bahagian 8: Qatar
DOHA (Civic Plaza & Doha Metro)

HARI KEEMPAT (1)

Part 26: Jalan-Jalan Ke Civic Plaza

Hari Keempat kami di Doha adalah Hari Ahad. Adik tidak dapat membawa kami berjalan-jalan pagi ini kerana dia perlu bekerja. Oleh itu, kami merancang untuk berjalan-jalan sendiri saja di Doha dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off dari Souq Waqif.

Selamat Pagi, Doha!
Korridor di depan bilik penginapan kami di Aras 11, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Sarapan pagi di Hotel Doubletree
Breakfast pagi ini
Suasana breakfast di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Khidmat bas Hop-On Hop-Off bermula pada pukul 10 pagi. Oleh itu kami dah merancang nak keluar ke Souq Waqif dengan menaiki Doha Metro pada pukul 9 pagi. Disebabkan masih ada banyak masa lagi, Myself dan Husband bercadang untuk bersiar-siar di sebuah taman awam berhampiran dulu.

Bergambar di depan hotel
Satu lagi pose di depan hotel
Dalam perjalanan menuju ke taman, bermacam-macam benda kami perhatikan, lebih-lebih lagi kerana hari ini adalah hari bekerja di Doha.

Kenderaan mencuci jalan
Bus stop
Jalan menuju ke taman
Pili bomba yang dilindung dengan penanda
Bangunan Bulan Sabit Merah Qatar
Persimpangan jalan
Stesen minyak. Semua minyak yang dijual di Qatar adalah RON98.
Penunjuk arah
Taman Civic Plaza yang terletak di seberang jalan
Taman yang ingin kami kunjungi bernama Civic Plaza. Ia terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Hotel Doubletree.
 
Bergambar di Civic Plaza
 Pemandangan dari Civic Plaza
Taman di Civic Plaza terbentang luas sehingga ke depan sana
Tarikan menarik di Civic Plaza adalah sekumpulan tiang-tiang bendera yang terletak di tengahnya. Marilah kita pergi ke sana untuk mencari bendera Malaysia...

Bendera-bendera di Civic Plaza
Berjalan menuju ke bendera
Stop dulu untuk bergambar...
 Bendera
Bergambar di tengah bendera
Bendera Malaysia
Kita jalan-jalan lagi melihat pemandangan di sekitar...

Sauh
Board LED yang mempunyai display sangat hebat
Bergambar dengan LED Board
Bunga-bunga di Civic Plaza
Pemandangan di seberang Civic Plaza
Bendera Qatar
Satu lagi pemandangan di seberang Civic Plaza

Part 27: Doha Metro

Pada pukul 9 pagi, kami keluar dari hotel dan berjalan menuju stesen Doha Metro untuk menuju ke Souq Waqif. Stesen Doha Metro yang terhampir dengan hotel kami terletak di National Museum of Qatar.

Berjalan menuju ke stesen Doha Metro
Sewaktu berjalan menuju ke Stesen Doha Metro inilah kami bertemu dengan banyak restoran biasa yang sebenarnya within walking distance dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Aduhh, mengapalah pada hari terakhir kami di Doha baru bertemu dengan kedai-kedai ini?

Ada banyak rupanya restoran yang biasa-biasa saja di ceruk sini
Dah sampai di National Museum of Qatar sekarang, tetapi di mana stesen metronya?
Menurut seorang penduduk tempatan yang kami temui, stesen metro National Museum terletak di hujung tempat parking.
Bangunan National Museum of Qatar
Arah ke Metro Station
Kalau mencari stesen yang sebenar, memang tak nampak sebab ia terletak di bawah tanah. Yang ada di permukaan bumi cuma lift shaft yang menuju ke stesen di bawah tanah ini.

Lif menuju ke Stesen National Museum
Pemandangan Stesen National Museum selepas keluar dari lif di bawah tanah
Berkilat-kilat stesennya!
Terpinga-pinga kami bagaimana nak menggunakan Doha Metro ini namun mujurlah ada seorang staff yang datang membantu. Dia mencadangkan supaya kami membeli tiket Standard Day Pass bernilai QAR 6 (RM 7) yang boleh digunakan untuk ke mana-mana sepanjang hari.

Petugas di Doha Metro yang membantu kami membuat pembelian tiket
Tiket Standard Day Pass yang berharga QAR 6 (RM 7)
Dah dapat tiket, jomlah kita masuk ke dalam Metro... Platform Metro ini terletak lebih jauh ke dalam tanah.

Jom masuk ke Metro
Macam di Malaysia juga, tiket kena sentuh di sini...
Jom turun ke bawah lagi...
Senang juga sebenarnya nak menggunakan Doha Metro sebab ia tak banyak line. Stesen Souq Waqif dan National Museum terletak pada line Metro yang sama (Gold Line). Malah Souq Waqif hanyalah next station selepas National Museum.

Peta Doha Metro
Disebabkan ketika itu bukan rush hour, memanglah Doha Metro kelihatan sangat lengang. Tetapi tetap kena berhati-hati supaya kita tak masuk ke kelas gerabak yang salah. Ada 3 kelas gerabak dalam Metro Line: Standard, Family dan Gold. Standard boleh dimasuki oleh sesiapa saja. Gerabak Family dikususkan untuk keluarga, wanita dan orang kurang upaya. Gold Club pula adalah seperti first class. Adik ada berpesan supaya kita jangan sesekali masuk ke koc Gold Class tanpa tiket yang sepadan untuk mengelak dari didenda.

Doha Metro dah tiba
Masuk ke dalam Metro
Walaupun kami cuma masuk ke kelas standard, kerusi dan perhiasan dalamannya memang cukup mewah.
Perhiasan lantai kayu laminated dalam Doha Metro
Tiba di Stesen Souq Waqif
Pemandangan di Stesen Souq Waqif
Gerabak untuk Gold Club
Jangan sesekali cuba masuk ke Gold Club tanpa tiket yang sepadan untuk mengelakkan denda
Pintu untuk gerabak Family
Naik ke tingkat atas
Arah ke Souq Waqif
Stesen Souq Waqif
Abang dan Kakak Ipar
Mencari arah keluar dari Stesen Souq Waqif
Pintu keluar ke Souq Waqif
Posing dulu...
Kita pun nak posing juga...

Part 28: Souq Waqif Lagi...

Buat kali kedua, kami datang lagi ke Souq Waqif. Maklum sajalah sebab Souq Waqif adalah antara tarikan pelancongan utama di Doha. Kita juga kan pelancong, jadi banyak kalilah kita akan datang ke Souq Waqif...

Pintu keluar dari Stesen Doha Metro di Souq Waqif
Pemandangan di Souq Waqif kali ini memang sangat berbeza dengan lawatan di sebelah malam sewaktu Adik membawa kami melawat ke Souq Waqif buat kali pertama dulu.

Pemandangan siang di Souq Waqif
Yousuf Ahmed El-Gammal Square di Souq Waqif
Banyak kedai baru nak dibuka ketika ini
Stesen Bomba di Souq Waqif
Kereta Bomba
Ada ramai pelancong Mat Salleh yang datang ke Qatar. Kebanyakan mereka adalah penumpang kapal cruise yang membuat persinggahan di Doha.
Kedai Roti Pratha
Lorong menuju ke Dataran Utama Souq Waqif
Perhentian Bas Hop-On Hop-Off terletak di depan Menara Al Fanar di sana


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):