Thursday, 11 September 2025

2025 SPECIAL ENTRY (Breast Cancer)

April 2025

SPECIAL ENTRY

PERJALANAN SEORANG PESAKIT BREAST CANCER

Part 1: Bermula Sebagai Pesakit Darah Tinggi

Myself telah dikesan sebagai seorang penghidap penyakit darah tinggi sejak dari remaja lagi. Kata doktor, kes seperti ini dikenali sebagai Juvenile Hypertension. Pada mulanya kita hanya membiarkan saja penyakit darah tinggi ini tanpa memberi penekanan untuk membuat rawatan khusus.

Namun sewaktu merawat demam biasa di sebuah klinik, doktor telah menasihatkan untuk membuat rawatan penyakit darah tinggi ini secara serius. Kita mulanya memang tidak kisah pun nak memakan ubat darah tinggi sebab kita tidak memiliki simptom seperti sakit kepala yang selalu pesakit lain alami. "Itu lagi merbahaya sebab ia menandakan buah pinggang kita sedang bekerja keras melawan darah tinggi. Suatu hari nanti bila buah pinggang dah penat dan rosak, ia adalah point of no return. Tak mungkin kita boleh hidup sihat dan berkualiti kalau buah pinggang dah rosak," kata doktor. Bermula dari saat itu, Myself mula memakan ubat darah tinggi yang diambil dari klinik swasta.

Namun begitu, kita masih mengalami tekanan darah tinggi. Ia menyebabkan Myself hampir gagal dalam pemeriksaan kesihatan sewaktu nak pergi menunaikan Ibadah Haji pada tahun 2006. Sekembali dari menunaikan Ibadah Haji, Myself mula mengambil serius membuat rawatan penyakit darah tinggi di sebuah hospital swasta.

Banyak lagi yang kita pelajari selepas mendapat rawatan darah tinggi dari pakar perubatan. Rupa-rupanya ubat darah tinggi perlu ditukar dari semasa ke semasa (secara umumnya setiap 10 tahun) kerana body kita secara semulajadi akan memberi rintangan kalau memakan ubat yang sama terlalu lama. Ketika itu kita dah lebih 10 tahun memakan ubat yang diberi oleh doktor di klinik swasta tanpa pemantauan yang komprehensif. Kerana itulah ubat yang dimakan tidak lagi berkesan. Malah Myself juga telah mendapat penyakit asthma (tetapi tidaklah serius) sebagai kesan sampingan dari ubat yang dimakan terlalu lama itu. Di bawah pengawasan pakar ini, Myself diminta membuat blood screening yang komprehensif setiap tahun untuk memastikan ubat yang dimakan masih sesuai atau perlu ditukar. Ujian ini juga turut memberi petanda awal jika kita menghidap penyakit lain. Selama hampir 20 tahun mendapat rawatan pakar di hospital ini, dah 2 kali kita menukar ubat darah tinggi bagi kawalan yang lebih berkesan. Kita juga tidak dikesan menghidap penyakit serius yang lain. Alhamdulillah.

Part 2: Dikesan Sebagai Pesakit Kanser

Sekembalinya kita dari membuat trip ke Qatar dan Oman pada 28 Januari 2025, Myself membuat blood screening rutin tahunan di bawah pengawasan pakar darah tinggi. Ketika inilah Myself mendapat berita yang mengejutkan di mana bacaan Cancer Marker bagi Cancer Antigen 15-3 (CA 15-3) agak tinggi. Disebabkan terkejut, bacaan BP Myself juga naik sehingga melebihi bacaan 200 pada ketika itu. Masih tidak lupa bagaimana mesin tekanan darah mengeluarkan alarm yang mendebarkan dengan bacaan tersebut.

Memandangkan Cancer Antigen 15-3 adalah salah satu indikator bagi breast cancer, doktor pakar mencadangkan supaya kita terus membuat pemeriksaan mammogram. Memang risau nak membuat breast mammogram ketika itu kerana kita risau nak menghadapi kenyataan. Tetapi pakar terus memujuk. Katanya kalau kita dapat mengesan dan merawat breast cancer pada tahap awal, rawatan akan lebih mudah dan lebih berkesan.

Dengan sokongan dari Husband yang turut meneman kita ke hospital pada ketika itu, Myself terus membuat pemeriksaan breast mammogram pada hari yang sama. Bacaan mammogram walau bagaimanapun tidak memberikan hasil yang konklusif kerana dense tissue, kata radiographer. Proses ultrasound perlu dibuat atas rekomendasi dari pakar radiografi. Hasil pemeriksaan ultrasound inilah yang menunjukkan terdapat sebuah ketulan kecil bersaiz 6 mm di breast sebelah kiri. Di sebelah kanan pula ada banyak ketulan cyst yang dikesan. Cyst walau bagaimanapun bukanlah ketulan merbahaya seperti kanser.

Panik dan risau mula menerpa kerana sebagai seorang bekas kakitangan KKM (walaupun bukan seorang doktor), Myself tahu betapa mahal dan panjangnya rawatan yang perlu dilalui untuk mengubati kanser. Kita juga tidak memiliki insurans yang komprehensif untuk merawat penyakit kanser. Pakar darah tinggi terus memujuk untuk bertenang dan seterusnya Myself dirujuk kepada seorang visiting breast surgeon untuk pandangan dan nasihat lanjut. Selepas berbincang dengan surgeon tersebut, Myself dirujuk untuk membuat rawatan susulan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya. 
 
Part 3: Memulakan Rawatan Kanser Di Hospital Kerajaan

Selepas itu bermulalah satu chapter baru dalam hidup Myself sebagai seorang pesakit kanser. Sewaktu menunggu giliran untuk dirawat di Institut Endokrin, memang insaf melihat betapa ramainya pesakit kanser payudara dari seluruh Malaysia yang sedang menerima rawatan. Pesakit pula terdiri dari pelbagai peringkat usia: dari remaja sehinggalah ke warga emas dari semua bangsa di Malaysia. Sesetengah pesakit ini telah mendapat rawatan awal di hospital kerajaan berhampiran tempat tinggal mereka dan dirujuk ke sini untuk perundingan lanjut dan rawatan dari pakar.
 
Memulakan rawatan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya
Rasa syukur juga ketika itu kerana Myself telah menyelesaikan dua proses rawatan pertama: mammogram dan ultrasound di hospital swasta. Oleh itu, langkah seterusnya hanyalah menyambung dengan proses biopsi sahaja. Biopsi adalah proses di mana jarum yang panjang akan dicucuk ke dalam ketulan kanser yang dikesan untuk mengambil sampel. Ia seterusnya akan dihantar ke makmal untuk diperiksa sama ada ia benar-benar merupakan sel kanser atau sebaliknya.

Sewaktu menunggu giliran membuat biopsi, Myself berkenalan dengan seorang nenek yang mempunyai 12 orang cucu dari Gemencheh di Negeri Sembilan. Dia sebenarnya menunggu giliran nak membuat mammogram yang juga dibuat di kawasan yang sama. Nenek ini pernah membuat pembedahan membuang ketulan kanser (lumpectomy) 5 tahun yang lepas tetapi kanser ini menyerang kembali. Suka tak suka, inilah satu risiko yang perlu kita hadapi sebagai pesakit kanser. Tetapi perkenalan dengan nenek ini mengajar Myself tentang satu realiti sebagai pesakit kanser ~ kanser memang tidak dapat dielak tetapi kita boleh belajar menerima seadanya. Kalau mendapat kanser hari ini, tidak bermakna hidup kita akan berakhir esok. Tetapi kalau kita mengalah, pasti kita akan tewas sejak dari awal lagi.

Selain Myself dan nenek ini, ada 2 orang lagi wanita muda yang menunggu bersama nak membuat rawatan. Kami semua adalah first timer membuat rawatan di Institut Endokrin ketika itu, jadi nenek inilah yang menjadi penenang dan pemberi semangat kepada kami. Dengan loghat Negeri Sembilannya yang pekat, dia bercerita kepada kami tentang semua rawatan yang pernah dilaluinya. Jangan takut, katanya. Semua penyakit boleh diubati, kata nenek ini lagi. Dia turut menyelak bajunya untuk menunjukkan kepada kami parut pembedahan yang pernah dilaluinya 5 tahun dulu. Tidaklah teruk sangat rupanya, macam kesan lebam yang besar saja.
 
Myself juga bertemu dengan seorang kakak berketurunan Pakistan yang berbadan besar. Dia merasa susah hati kerana doktor memberitahu beliau perlu membuang kedua-dua belah belah payudaranya walaupun hanya sebelah sahaja yang terkena kanser. Bila Myself bertanya kepada doktor, rupa-rupanya orang yang berbadan besar memang perlu berbuat begitu. Dia akan kehilangan keseimbangan badan kalau cuma sebelah sahaja payudara yang dibuang. Kata doktor lagi, kalau pesakit yang tidak bersaiz besar seperti Myself, keseimbangan badan boleh dikekalkan jika hanya sebelah sahaja payudara yang dibuang. Pengetahuan ini memberi keinsafan kepada Myself tentang kejadian Tuhan yang setiap satu memang ada fungsinya masing-masing. Cuma kadang-kala, ia tidak terfikir oleh akal manusia.

Bila tiba giliran Myself membuat biopsi, kita diberi penerangan tentang proses yang akan dilalui. Kita juga diberi penerangan tentang risiko yang mungkin dihadapi. Tempat yang hendak dibuat biopsi disapu dengan bius, jadi tidaklah kita merasa sakit sewaktu melaluinya. Namun ramai juga yang akan merasai bisa kesakitan selepas bius hilang. Namun syukur Alhamdulillah kerana Myself mempunyai level ketahanan sakit yang tinggi. Kita tak rasa pun apa-apa kesakitan semasa dan selepas membuat biopsi.
 
Proses Biopsi (Sumber: Internet)
Disebabkan ketulan kanser kita kecil, mencabar juga untuk pakar radiografi membuat biopsi ini. Jarang orang dapat mengesan kanser sewaktu ketulan berada pada tahap sekecil ini, kata mereka. Kedudukan ketulan yang berhampiran dengan paru-paru turut menjadi suatu cabaran.

Parut kesan biopsi memang dahsyat. Hampir separuh breast kita lebam teruk selama beberapa hari. Kita juga dinasihatkan supaya mengelak dari terkena air selama 2 hari untuk mengelak jangkitan kuman. Lebam hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Myself juga bertuah kerana boleh melalui proses biopsi tanpa masalah. Salah seorang wanita yang menunggu bersama Myself tadi terpaksa ditangguh proses biopsinya ke hari yang lain kerana tekanan darahnya tinggi.

Laporan biopsi mengesahkan Myself memang mempunyai ketulan kanser di payudara kiri. Ia diklasifikasikan sebagai Low Grade Ductile Carcinoma In Situ (Low Grade DCIS) With Microinvasion. Kanser ini dikategorikan sebagai Stage 1A.

Langkah seterusnya yang perlu dilalui adalah membuat pembedahan untuk membuang ketulan ini dari payudara. Namun sebelum itu, Contrast Enhanced Mammography (CEM) diperlukan untuk menentukan jenis pembedahan yang akan dibuat: lumpectomy atau mastectomy. Lumpectomy adalah pembedahan yang melibatkan pembuangan ketulan kanser sahaja manakala mastectomy melibatkan pembedahan untuk membuang keseluruhan payudara. Oleh kerana ia bersifat lebih terperinci, proses CEM akan menentukan status sebenar sel kanser yang berada di dalam payudara. Sekiranya CEM menunjukkan terdapat sel-sel kanser lain pada payudara (yang mungkin sangat kecil dan bertaburan) selain dari ketulan yang telah dikenalpasti, pembedahan mastectomy mungkin diperlukan.

Pada hari yang ditetapkan, Myself datang untuk membuat CEM. Disebabkan Myself mempunyai sejarah penyakit asthma, kita diminta menelan 8 biji pil steroid pada pukul 8 malam sebelum hari kejadian CEM dan 8 biji lagi pada pukul 6 pagi hari kejadian CEM. Sebelum CEM dibuat pula, kita disuntik dengan iodin yang menyebabkan keseluruhan badan menjadi panas. Tetapi dari pengalaman Myself sendiri, ia tidaklah panas sangat sampai kita tidak boleh nak menahan. Ini mungkin kelebihan orang yang kuat menahan sakit seperti Myself.

CEM dibuat ke atas kedua-dua payudara. Alhamdulillah kerana keputusan CEM menunjukkan hanya payudara kiri sahaja yang mempunyai ketulan sebesar 0.5 cm x 0.6 cm x 0.5 cm dan tiada ketulan lain di payudara kiri dan juga di sebelah kanan. Seperti yang telah dikesan sejak 2 bulan yang lalu, ketulan kanser ini juga belum merebak ke mana-mana tempat lain. Oleh yang demikian, hanya pembedahan lumpectomy yang diperlukan.

Part 4: Pembedahan Lumpectomy

Pembedahan dijadualkan 2 minggu kemudian. Myself admit ke Hospital Putrajaya pada sebelah pagi hari pembedahan yang dijadualkan. Disebabkan ketulan kanser kita bersaiz kecil, ada prosedur memasukkan guide wire yang dibuat oleh pakar radiografi sebelum pembedahan berlangsung. Ia bertujuan untuk membantu pakar bedah mengesan lokasi sebenar ketulan kanser yang akan dikeluarkan. Cuma local anesthetic diberi kepada kita sewaktu prosedur guide wire ini dibuat.
 
Bersedia untuk membuat prosedur guide wire sebelum pembedahan
Sebelum pembedahan dibuat, pakar bedah memberitahu sepatutnya dalam pembedahan ini, ada sample lymph node yang akan diambil untuk diperiksa sama ada ia juga positif terhadap kanser. Sekiranya lymph node ini didapati positif, ada pembedahan kedua yang perlu dibuat kemudian untuk membuang lymph node yang berkenaan. Tetapi pesakit juga boleh memilih untuk terus membuang sahaja lymph node ini bersekali dalam pembedahan yang akan berlangsung. Myself memang tidak tahu dan tidak faham mengenai kelebihan dan kekurangan cadangan yang diberi. Jadi kita berserah saja dan mengikut cadangan dari pakar untuk membuang lymph node ini bersekali. Paling tidak, tak adalah pembedahan kedua yang mungkin perlu dilalui nanti. Doktor yang membuat pembedahan adalah doktor pakar, dah pasti dia tahu apa yang terbaik untuk pesakit mereka.
  
Perjalanan ke Dewan Bedah
Preparing for operation
Myself selamat melalui pembedahan lumpectomy di Hospital Putrajaya pada 9 April 2025. Secara umumnya pembedahan ini memakan masa 2 jam bermula pukul 7 malam dan berakhir sekitar pukul 9 malam. Sumpah memang tak terasa langsung sebarang kesakitan dari kesan pembedahan. Cuma yang merengsakan adalah rasa mual kesan dari bius penuh yang diberi. Hampir sehari kita kita tak lalu makan dan memuntahkan kembali semua makanan yang diberi. Tetapi setelah kesan bius hilang, rasa lapar pulak sampai macam tak cukup makanan yang diberi oleh pihak hospital. Hahaha!!

Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat di hospital. Terharu atas ingatan mereka walaupun kita dah pencen dari perkhidmatan awam.

Engineering Team dari Hospital Putrajaya yang paling awal datang melawat kita sebelum pembedahan
Bersama Syazwani dan Faridatun yang datang melawat selepas Myself selesai membuat pembedahan
Chwa dan Shazlida yang juga datang melawat
Kawan-kawan yang masih sempat datang melawat pada saat-saat akhir kita dah dibenarkan discharge dari hospital: Irsyida, Adilah, Farhana dan Fatin.
Selepas 2 malam di hospital, Myself dibenarkan kembali ke rumah. Tetapi kita perlu membawa bersama botol vakum yang dipasang kepada luka pembedahan. Botol ini yang dinamakan closed wound drainage system menyedut keluar cecair kesan pembedahan dari dalam badan untuk mengelakkan jangkitan. Botol inilah yang menjadi teman setia Myself selama 10 hari selepas discaj dari hospital. Sebelum pulang, kita diajar cara untuk membersihkan sendiri kandungan discaj dari botol setiap hari. Ia perlu dibuat pada waktu yang sama setiap hari. Isipadu discaj yang terkumpul dan dibersihkan juga perlu direkod pada setiap hari.

Pada mulanya kita rasa okey saja memakai botol vakum ini. Tapi lama-kelamaan ia mula menyakitkan kerana daging kesan luka pembedahan yang dah semakin pulih mencengkam di sekelilling saluran botol yang dimasukkan ke tubuh kita. Itulah sebenarnya yang menimbulkan rasa sakit. Pada kali pertama kita membuat follow-up dengan pakar bedah selepas 5 hari pembedahan, botol ini masih belum boleh dikeluarkan kerana cecair discaj yang keluar dari badan masih banyak. Pada beberapa hari yang terawal, cecair ini merupakan darah yang berwarna merah. Selepas kira-kira seminggu, ia bertukar menjadi kuning kerana cecair yang keluar sekarang adalah plasma darah.
 
Wound Bottle
Kita diberi satu tarikh appointment lain seminggu kemudian untuk mengeluarkan botol ini. Dalam pada itu, memang banyak kita berdoa semoga botol ini dapat segera dicabut kerana ia telah semakin menyakitkan. Allah SWT mendengar doa kita. Pada pagi sebelum Myself bergerak pergi ke hospital untuk appointment kedua, botol vakum tercabut sendiri pulak dari tubuh kita. Panik dibuatnya, namun bersyukurlah sebab kita dah memang dijadualkan pergi ke hospital untuk pemeriksaan pagi itu.

Panik juga staff nurse yang memeriksa kita pagi itu bila diberitahu yang botol vakum ini telah tercabut sendiri. Disebabkan bengkak di kawasan luka pembedahan masih besar, kita diberi appointment untuk berjumpa dengan pakar 3 hari kemudian. Kesan di tempat pembedahan diperiksa. Alhamdulillah, tiada infection atau kesan sampingan serius yang lain. Secara keseluruhan, kesan pembedahan yang dilalui memakan masa 6 minggu untuk pulih sepenuhnya.

Syukur Alhamdulillah kerana laporan makmal sampel pembedahan mendapati kesemua lymph node yang dikeluarkan sewaktu pembedahan adalah negatif. Ini bermakna tiada sebarang sel kanser yang dikesan di situ.

Ketulan kanser yang dikeluarkan dari payudara pula adalah Low Grade DCIS. Ini bermakna ketulan masih di peringkat awal dan belum merebak. Walau bagaimanapun terdapat tanda microinvasion yang menandakan ia bersedia untuk merebak. Disebabkan adanya keputusan microinvasion ini, kita dirujuk pula kepada Pakar Onkologi dari Institut Kanser Negara yang terletak bersebelahan dengan Hospital Putrajaya.

Part 5: Rawatan Radioterapi

Alhamdulillah, Pakar Onkologi dari Institut Kanser Negara mengesahkan ketulan yang dikeluarkan dari payudara Myself adalah bersifat pre-cancer. Dalam bahasa mudah, ia bermaksud ketulan ini masih di peringkat sangat awal. Oleh yang demikian, satu-satunya rawatan susulan yang diperlukan adalah radioterapi. Myself juga tidak memerlukan rawatan kemoterapi dan tidak perlu memakan sebarang ubat kanser. Dalam bahasa yang mudah, hanya radioterapi yang diperlukan untuk membunuh sebarang sel kanser yang mungkin 'terlepas' sewaktu pembedahan lumpectomy dulu.
 
Gambaran peringkat-peringkat breast cancer dalam keratan milk duct
[Sumber: internet]
Namun demikian, disebabkan pembedahan yang dibuat adalah lumpectomy, radioterapi yang perlu dilalui adalah sebanyak 23 cycle. Kata Pakar Onkologi, kalau pesakit membuat pembedahan mastectomy, cuma 15 cycle sahaja diperlukan. Proses radioterapi ini akan dibuat di Institut Kanser Negara (IKN). Lama juga kita menunggu panggilan dari IKN untuk membuat rawatan ini. Sambil menunggu panggilan, sempat juga Myself dan Husband membuat short trip 5 Hari 4 Malam ke Danang di Central Vietnam. Jujur Myself katakan, trip ini sangat kami perlukan untuk melepaskan lelah selama 6 minggu menunggu kesembuhan penuh kesan pembedahan yang dilalui.

Hari pertama membuat rawatan radioterapi di Institut Kanser Negara
Myself memulakan rawatan radioterapi di IKN pada 4 Julai 2025. Rawatan pertama dalam proses radioterapi ini adalah CT Simulation di mana dakwat tatoo dititik pada points yang tertentu pada tubuh kita untuk memudahkan proses radioterapi yang sebenar kelak. Memang terasa sakit bila jarum tatoo dicucuk ke badan kita. Dalam proses ini, Myself cuma diberi 5 cucukan tatoo. Petugas perubatan memberitahu, penggunaan dakwat tatoo ini telah mendapat kelulusan JAKIM. Ia mungkin akan mengambil masa bertahun untuk hilang. Dalam pada itu, Myself terbayang betapa sakitnya orang yang mencacah lukisan tatoo di seluruh badan itu. Aduhh!!

Kanser yang Myself alami terletak di payudara sebelah kiri. Jantung kita juga terletak di sebelah kiri. Oleh yang demikian, kita diajar untuk menahan nafas selama kira-kira 30 saat untuk berdepan dengan proses radioterapi yang sebenar nanti. Sewaktu kita menahan nafas, jantung akan bergerak ke sebelah kanan. Ketika itulah, sinaran radioterapi akan diberi kepada kawasan kanser di payudara.

Proses radioterapi yang sebenar bermula 4 minggu selepas CT Simulation dibuat. Oleh kerana kita memerlukan 23 cycle radioterapi, itu bermakna Myself perlu berulang-alik ke Institut Kanser Negara selama 23 hari bekerja berturut-turut. Ramai kawan baru yang ditemui sewaktu menunggu giliran membuat radioterapi. Selain pesakit kanser payudara seperti Myself, ada juga pesakit kanser ovari, kanser usus dan juga kanser prostat. Walaupun pada mulanya Myself merasa rawatan selama 23 cycle sangat panjang, terus kita rasa bertuah bila bertemu dengan pesakit yang kena membuat rawatan sehingga 37 cycle.

Ada 2 jenis mesin yang digunakan untuk rawatan radioterapi di Institut Kanser Negara: Linear Accelerator (LINAC) dan Novalis. Rawatan Myself diberi menggunakan mesin Novalis. Pada mulanya, proses ini memakan masa agak lama, kira-kira 15 minit setiap kali kerana Myself belum mahir nak menahan nafas. Selepas beberapa kali, proses rawatan cuma memakan masa 5 minit sahaja setiap kali. Yang lamanya cuma menunggu giliran kita dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

Bagi Myself sendiri, rawatan radioterapi ini dibuat dalam 2 peringkat. Peringkat pertama (sebanyak 15 cycle) adalah peringkat yang agak sukar kerana kita perlu menahan nafas 30 saat sewaktu rawatan. Peringkat kedua pula (8 cycle yang terakhir) agak menggembirakan kerana kita dah tidak perlu lagi nak menahan nafas sewaktu rawatan.

Mesin Novalis
Sesuatu yang Myself nak kongsikan juga adalah pengalaman melalui rawatan radioterapi ini. Rawatan ini sangat mudah dan tidak menyakitkan. Sama saja dengan pengalaman membuat rawatan X-Ray. Tidak seperti rawatan kemoterapi, rawatan radioterapi tidak menyebabkan kita menjadi lemah tubuh badan. Yang sedikit letih cuma proses berulang-alik dan menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Namun demikian, disebabkan sinaran yang digunakan berkuasa tinggi, ia akan memberi kesan kepada kulit kita. Kesan yang diterima bergantung kepada sensitiviti kulit masing-masing. Bagi Myself sendiri, kesan sampingan yang dihadapi hanyalah kulit di sekitar kawasan rawatan bertukar menjadi merah. Tetapi ada seorang rakan yang bersama melalui rawatan radioterapi ini mengalami kulit melecet. Anyway, semua pesakit yang menjalani rawatan radioterapi ini akan diberikan krim oleh pihak hospital untuk disapu selepas selesai setiap rawatan.

Selepas berulang-alik dengan tekun dan sabar selama 23 hari, Myself berjaya menamatkan rawatan radioterapi di Institut Kanser Negara pada 9 September 2025. Syukur Alhamdulillah bila doktor yang membuat pemeriksaan di penghujung rawatan mengesahkan rawatan kanser yang Myself terima telah sempurna. Selepas 8 bulan menjalani keseluruhan rawatan, Myself tidak memerlukan sebarang rawatan kanser tambahan buat masa sekarang. Apa yang diperlukan kini adalah pemeriksaan susulan setahun sekali yang akan diteruskan di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya selama 5 tahun. Sekiranya tiada sebarang ketumbuhan baru dikesan dalam tempoh 5 tahun tersebut, barulah kita benar-benar boleh diisytiharkan bebas dari kanser.

Bukti kita dah berjaya menamatkan rawatan radioterapi di Institut Kanser Negara
Berdasarkan pengalaman menjadi pesakit kanser payudara, Myself memang menasihatkan semua penghidap kanser supaya tekun dan tabah menjalani rawatan. Memanglah ia sebuah pengalaman yang menakutkan dan terasa seolah kita mendapat hukuman mati bila disahkan menghidap penyakit kanser. Namun begitu, walau disahkan kita menghidap penyakit kanser pada hari ini, ia tidak bermakna kita akan mati pada esok hari. Ajal setiap manusia memang telah ditentukan sejak sebelum kita lahir. Oleh itu, terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita nak mengatur hidup bermula dari hari kita disahkan menghidap penyakit kanser sehingga sampai ajal.

Kalau kita memilih nak menjalani hidup yang sempurna seperti sedia kala dan tidak terbaring bergantung hidup kepada bantuan orang lain, kita perlu mengambil serius tentang rawatan kanser yang perlu dilalui. Sikap yang positif serta sokongan dari orang sekeliling sangat membantu untuk kita meneruskan hidup sebagai pesakit kanser. Dari pengalaman bergaul dengan pesakit-pesakit kanser lain sepanjang menerima rawatan, Myself juga insaf, walau di peringkat mana kanser kita berada, peluang untuk sembuh tetap ada. Pengesanan dan rawatan awal juga sangat membantu untuk memulihkan semangat sewaktu berdepan dengan kanser.

Gambar yang diambil selepas menamatkan proses rawatan di Institut Kanser Negara
Selepas dah selesai menjalani proses rawatan kanser, dah tiba masa untuk kita travel kembali... Semoga Allah SWT memberi keizinan dan kesihatan untuk Myself meneruskan hobi mendonia kembali bersama Husband... 


Sunday, 3 August 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 15 (Danang - KL)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 15: Departure
DANANG - KUALA LUMPUR

HARI KELIMA

Part 45: Sarapan Terakhir Di Restoran Kampung Melayu

Hari Terakhir tiba dan telah sampai masa untuk kami meninggalkan Vietnam untuk kembali ke Malaysia. Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur dengan Malaysia Airlines dijadualkan berlepas dari Danang pada pukul 11.20 pagi. Maka seawal pukul 6.30 pagi ini, kami diminta untuk check-out dari hotel. Tetapi seperti di Sabah di Malaysia, matahari dah memancar terang pada pukul 6.30 pagi di sini.
 
Pemandangan terakhir dari bilik hotel kami
Proses check-out dari hotel
Memasukkan bagasi ke dalam bas
Jom naik bas...
Meninggalkan Alyssa Hotel di Danang
Buat kali terakhir kami dibawa bersarapan di Restoran Kampung Melayu sebelum dibawa ke airport. Myself memilih makan Nasi Lemak pada pagi terakhir ini manakala Husband pula memilih breakfast dengan Roti Vietnam dan Kari Ayam.

Restoran Kampung Melayu
Tidak seperti semalam, cuma Group kami sahaja yang breakfast di Restoran Kampung Melayu pagi ini. Ini adalah kerana pakej kami sahaja yang membuat perjalanan 5 Hari 4 Malam di Danang sedangkan kebanyakan Group lain cuma membuat perjalanan 4 Hari 3 Malam sahaja kerana mereka tidak melawat ke Hue seperti kami. Oleh itu, walaupun kami sampai di Danang bersama-sama, ramai yang dah berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam.
 
Suasana di Restoran Kampung Melayu yang sepi pagi ini.
Pilihan breakfast kami
Roti Vietnam dengan Kari Ayam
Nasi Lemak
Pemandangan di depan Restoran Kampung Melayu selepas breakfast
Last minute shopping sebelum bergerak ke airport

Part 46: Danang International Airport

Perjalanan dari kota Danang menuju ke Danang International Airport cuma memakan masa kira-kira 20 minit. Kita nikmati pemandangan Danang dengan sepuas hati dari dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke sana.

Ucapan perpisahan dan terima kasih dari Yuni
Sungai Han yang membelah Danang
Pemandangan awal pagi di tebing Sungai Han
Jambatan di Sungai Han
Goodbye, Dragon. Semoga kita dapat bertemu lagi.
Perjalanan menuju ke Airport sangat lancar kerana mungkin kerana kami sedang melawan arus, menuju keluar dari pusat kota Danang.
 
Pintu masuk kenderaan ke Danang International Airport
Welcome To The New Danang Airport
Ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa dunia di depan bangunan airport
Bangunan terminal Danang International Airport
Pemandangan bangunan terminal dari tepi
Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Entrance
Suasana di check-in area di Danang International Airport
Kaunter Malaysia Airlines masih belum dibuka sewaktu kami tiba. Terpaksalah menunggu sebentar untuk check-in.

Menunggu kaunter Malaysia Airlines dibuka
Kaunter Malaysia Airlines
Menunggu giliran untuk check-in
Cảm ơn (Thank you), Yuni!
Kata Yuni dia akan menerima 42 orang pelancong dari Indonesia minggu depan.
Check-in
Selepas check-in, kita terus masuk menunggu pesawat di passenger area. Sambil-sambil itu Myself dan Husband berjalan dari hujung ke hujung terminal untuk melihat segala kemudahan yang disediakan.

Passenger area di Danang International Airport
Tempat duduk yang disediakan
Peramugari Vietnam Airlines
Bangunan terminal lama yang terletak bersebelahan dengan bangunan terminal baru
Kenangan di Danang Airport
Viet Nam's Delights
Berjalan dari hujung ke hujung
 Pesawat kita Malaysia Airlines MH 747 akan berlepas dari pintu 5 mengikut jadual pada pukul 11.25 pagi.
Hiasan pada siling
Prayer Room
Mengintai suasana di dalam Prayer Room
Tempat Wuduk
Ruang Solat
Restoran Burger King
Selepas dah habis bangunan terminal kami ronda, barulah kita masuk menunggu di Gate 5. Ketika itu dah nampak sebuah pesawat Malaysia Airlines sedang mendarat di runway. Pesawat itu baru tiba dari KL dan mungkin itulah juga pesawat yang akan membawa kami pulang ke KL. Namun begitu ada sebuah pesawat Hong Kong Express yang macam tak bergerak-gerak keluar dari Gate 5, tempat di mana sepatutnya kami berlepas nanti.
 
Tangga turun ke Gate 5 dari Passenger Area
Pemandangan di Gate 5
Pesawat Hong Kong Express yang macam tak bergerak-gerak keluar dari Gate 5
Sedang kami berdua dan penumpang-penumpang lain menunggu di Gate 5, staff Malaysia Airlines datang memberitahu yang gate pesawat kami telah ditukarkan ke Gate 3. Oleh itu, kami diminta pergi ke Gate 3.
 
Masa berjalan menuju ke Gate 3, ada demonstrasi pembuatan topi tradisional Vietnam yang berbentuk macam tudung saji itu. Semua penumpang yang lalu diberi sebuah topi percuma kecil percuma sebagai cenderamata dari Danang International Airport.

Demonstrasi pembuatan topi tradisional Vietnam
Demonstrasi ini lebih merupakan mewarna topi yang telah disediakan
Husband bergambar dengan topi tradisional Vietnam yang diberi sebagai cenderamata
Pesawat Malaysia Airlines kami telah ditukar ke Gate 3 tetapi masih On Time.
Turun ke Gate 3 pulak...
Escalator turun ke Gate 3
Suasana di Gate 3
I Love Danang
Banyak juga kedai yang ada di sekeliling Gate 3 ini
Menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat
Boarding Pass untuk pulang ke Kuala Lumpur
Bas menunggu untuk membawa penumpang ke pesawat

Part 47: Malaysia Airlines (Danang - Kuala Lumpur)

Tidak lama kemudian semua penumpang Malaysia Airlines MH 747 menuju ke Kuala Lumpur dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Panggilan masuk penumpang ke dalam pesawat
Now Boarding
Maklumat pesawat kami
Disebabkan pesawat parking jauh di tengah airport, semua penumpang diangkut ke pesawat menggunakan bas.

Pemandangan dari dalam bas
Pesawat yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Malaysia Airlines MH 747
Tangga naik ke dalam pesawat
Tiba di pintu pesawat
Pemandangan dari pintu pesawat
Mencari tempat duduk
Penumpang yang masih beratur di luar nak masuk ke dalam pesawat
Seperti yang dijadualkan, pesawat Malaysia Airlines MH747 bergerak meninggalkan Danang International Airport menuju ke KLIA pada pukul 11.25 pagi. Disebabkan pesawat ini tidak mempunyai Flight Information Display, kita guna sajalah Info Penerbangan yang kita dapati dari Flightradar24.

Peta penerbangan keseluruhan dari Danang menuju ke Kuala Lumpur
[Flightradar24]
Safety Demonstration
Bergerak meninggalkan Danang International Airport
Pesawat Air Asia yang juga nak pulang ke Kuala Lumpur
Danang International Terminal
Menuju ke runway
Pesawat-pesawat Vietjet dan juga Bamboo Airways
Pesawat Vietjet
Sewaktu Perang Vietnam, Danang International Airport digunakan sebagai lapangan terbang tentera. Oleh itu, bunker-bunker tentera dan helikopter-helikopter perang lama dapat dilihat sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway.

Bunker-bunker perang lama
Masih pemandangan bunker-bunker perang lama di kawasan Danang International Airport
Helikopter-helikopter perang yang juga masih disimpan di Danang International Airport
Bergerak meninggalkan Danang [Flightradar24]
Up, up and away!
Pemandangan Danang dari udara
Masih pemandangan kota Danang
Danang Beach
Kapal-kapal yang berlayar di perairan Danang
Berpusing menghala ke Kuala Lumpur
Muara Sungai Han
Terbang di East Vietnam Sea yang merupakan sebahagian dari Laut China Selatan
[Flightradar24]
Pemandangan sewaktu pesawat berpusing menuju ke Kuala Lumpur
Son Tra Peninsula
Pulau kecil berhampiran Danang
Terbang di langit biru
Terbang di Central Vietnam
Banyak tasik yang dilihat dalam perjalanan sewaktu terbang ke arah Vietnam Selatan [Flightradar24]
Antara tasik yang dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke Vietnam Selatan
Tiba di Ho Chi Minh [Flightradar24]
Vietnam Selatan
Tiba di Ho Chi Minh tetapi awan tebal ketika ini
Mengintai kota Ho Chi Minh di balik awan
Pemandangan di sebalik awan
Terbang di celah awan
Sajian penerbangan diberi kepada penumpang sewaktu kami berada di sekitar kawasan Ho Chi Minh. Makanan yang menjadi pilihan Myself adalah Nasi dan Ayam manakala Husband memilih makan Nasi dan Ikan.
 
Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang
Sajian penerbangan yang diberi
Chicken Kapitan Steamed Rice untuk Myself
Fish Moilee Steamed Rice untuk Husband
Minuman
Kek dan Kacang Masin
Satu lagi pemandangan menarik diperhatikan setelah kita melepasi bandaraya Ho Chi Minh. Kawasan ini dinamakan sebagai Delta Sungai Mekong. Ada 3 sungai besar yang dapat diperhatikan di sini: Sungai Mekong, Sungai Ham Luong dan Sungai Co Chien. Sungai Mekong adalah salah sebuah sungai yang terbesar di dunia. Sungai Ham Luong dan Sungai Co Chien adalah juga sebenarnya pecahan dari Sungai Mekong. Kami belum berkesempatan melawat ke Ho Chin Minh City. Kalau berkesempatan di suatu hari nanti, mungkin boleh kita melawat ke Delta Sungai Mekong ini.

Terbang di Delta Sungai Mekong [Flightradar24]
Sungai Mekong dari kejauhan
Terbang di Delta Sungai Mekong
Pemandangan Delta Sungai Mekong
Bandar Can Tho yang merupakan bandaraya keempat terbesar di Vietnam
Bandar Can Tho terletak di tengah-tengah Delta Sungai Mekong
Kita lihat pemandangan dari udara sungai yang berselirat di kawasan Delta Sungai Mekong. Disebabkan kawasan ini sangat subur, di sana-sini kelihatan penempatan-penempatan manusia.

Ada free wifi di dalam penerbangan ini
Suasana penerbangan yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi turbulence sewaktu kami masuk ke kawasan Laut China Selatan. Teruk juga turbulence yang dialami sehingga perkhidmatan sajian terpaksa diberhentikan. Memang lega dan syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT selepas turbulence ini kembali tenang.

Terbang di Laut China Selatan [Flightradar24]
Sedang mengalami turbulence
Suasana di dalam pesawat
Lupa nak cerita... Pesawat yang kami naiki ini adalah pesawat narrow body Boeing 737-800. Pesawat ini full house dan sebahagian besar penumpang terdiri dari warga India yang mungkin nak transit di KLIA dalam perjalanan pulang ke negara mereka. Syukurlah mereka semua tenang dan berdisiplin, tidak seperti penumpang-penumpang dari negara India tipikal yang biasa kita temui sebelum ini. Tiadalah insiden-insiden yang memeningkan kepala kita.

Masih terbang di Laut China Selatan menuju ke Semenanjung Malaysia
[Flightradar24]
Pemandangan sewaktu terbang di Laut China Selatan
Lega bila pesawat kita tiba di Semenanjung Malaysia. Kita terbang masuk kembali ke tanah air yang tercinta menerusi Negeri Terengganu.

Tiba di Terengganu
Tiba di Semenanjung Malaysia
Pantai Terengganu yang panjang macam pantai di Danang
Pulau Kapas rasanya tu
Terengganu dari udara
Satu lagi pemandangan menarik yang dapat kita lihat dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur adalah ketika terbang di Tasik Kenyir.

Terbang di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir
Lagi pemandangan di Tasik Kenyir. Cuaca sangat cerah ketika ini.
Sungai-sungai berhampiran kawasan Tasik Kenyir
Semburan aerosol sebagai persediaan untuk mendarat
Terbang di negeri Pahang
Suasana di dalam pesawat
Selepas terbang kira-kira 2 jam 20 minit, pesawat Malaysia Airlines MH 747 tiba di kawasan Kuala Lumpur. Seperti biasa, disebabkan KLIA adalah sebuah airport yang sibuk, kita terpaksa berlegar-legar dulu sambil menunggu giliran untuk mendarat.

Hampir tiba di KLIA
Membuat penerbangan turun
Selangor
Empangan Semenyih
Tiba di Lembah Klang
Pesawat kita berlegar-legar di sekitar daerah Puchong dan Shah Alam sebelum mendarat.

Alhamdulillah, Malaysia Airlines MH 747 selamat mendarat di KLIA pada kira-kira pukul 3.30 petang. Perjalanan dari Danang ke Kuala Lumpur cuma mengambil masa 2 jam 30 minit tetapi kalau berpandu cuma kepada masa ketibaan, macam dah terbang 3 jam 30 minit. Maklum sajalah, waktu di Malaysia adalah lebih awal sejam berbanding waktu di Vietnam.
 
Secara keseluruhannya, Danang memang sebuah destinasi percutian yang menyeronokkan. Yang paling tidak dilupakan adalah makanan-makanannya yang enak. Mungkin kita akan pertimbangkan untuk bercuti lagi ke destinasi-destinasi lain di Vietnam lagi selepas ini. Insyaallah, kalau Allah izinkan kita berbuat begitu.
 
Selamat tiba di KLIA
Menuju ke pintu ketibaan.
Tiba di pintu ketibaan. Terima kasih, Malaysia Airlines
Peta penerbangan keseluruhan dari Danang ke Kuala Lumpur


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):