Friday, 5 December 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 14 (Kawah Rengganis)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 14: Jawa Barat
BANDUNG
[ Kawah Rengganis ]

HARI KETIGA (2)

Part 39: Menuju Ke Kawah Rengganis

Perjalanan menuju ke Kawah Rengganis adalah perjalanan menuju ke selatan Bandung. Ia terletak kira-kira 50 km dari kota Bandung dan perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Perjalanan menuju ke Kawah Rengganis
Kawah Rengganis terletak di kawasan pergunungan di depan sana
Pemandangan pergunungan yang mengelilingi kota Bandung
Gerbang Tol Soreang
Bangunan dengan tulisan khat abstrak
Masjid Al-Fathu Soreang
Pemandangan di Soreang
Alun-Alun Soreang
Bandar-bandar di Indonesia sering mempunyai Alun-Alun begini
Masih suasana di bandar Soreang
Kereta kuda
Sawah padi
Ladang-ladang teh mula muncul dalam pandangan sewaktu kami semakin tinggi mendaki gunung. Teh yang terkenal di daerah Bandung adalah Teh Walini yang mungkin sejenis Jasmine Tea pada pandangan Myself.
 
Memasuki kawasan penanaman teh
Pemandangan tipikal ladang teh di Indonesia
Ladang teh saujana mata memandang
Awan yang gelap bagai nak hujan sangat merisaukan hati
Jalan membelok di kawasan ladang teh
Kami berhenti di tepi sebuah ladang teh untuk melihat pokok-pokok teh dengan lebih dekat.

Ladang teh tempat kami berhenti
Pintu masuk ke ladang teh
Pemandangan jalan raya dari pintu masuk ke ladang teh
Panjat bukit sikit untuk melihat ladang teh dengan lebih dekat
Bergambar di celah pokok teh
Ladang teh ini sangat luas
Kita lihat lagi gambar-gambar yang kami ambil di ladang teh.

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kawah Rengganis. Cuaca walau bagaimanapun tidak menyebelahi kami kerana hujan mula turun dengan renyai.

Menyambung perjalanan menuju ke Kawah Rengganis
Hujan renyai dah mula turun pada ketika ini
Pemandangan tasik di kejauhan

Part 40: Kawah Rengganis

Seperti yang menjadi kerisauan di hati, kami akhirnya tiba di Kawah Rengganis dalam hujan yang semakin renyai. Kawah ini terkenal dengan sebuah Jambatan Gantung yang terpanjang di Asia Tenggara.

Tiba di Kawah Rengganis
Restoran di pintu masuk ke Jambatan Gantung
Jom kita masuk...
Arah ke Jambatan Gantung
Lorong menuju ke Jambatan Gantung
Mengintai Jambatan Gantung dari kejauhan dulu untuk menyerap semangat berani. Hehehehh !! 😅
Myself dan Husband bukannya berani sangat nak naik Jambatan Gantung ini, lebih-lebih lagi bila dah masuk usia emas begini. Tetapi bila difikirkan inilah saja cara untuk kami nak melihat pemandangan Kawah Rengganis, terpaksalah kita memberanikan diri.

Arah menuju ke Jambatan Gantung
Menggagahkan diri berjalan menuju ke Jambatan Gantung
Jom kita naik ke sana...
Pemandangan kat sini okey lagi sebab tak nampak kepanjangannya...
Pandangan dari pintu masuk ke Jambatan Gantung
Ladang teh di sekitar kawasan Kawah Rengganis
Ada beberapa jenis tiket disediakan untuk naik ke Jambatan Gantung. Tiket kami yang termasuk dalam pakej percutian adalah Tiket VIP.
Kami ditemani Rezha menaiki Jambatan Gantung yang sepanjang 350 meter ini. Kalau membuat Umrah, jarak 350 meter ini adalah sama seperti jarak laluan satu pusingan Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Disebabkan kami menggunakan Tiket VIP dan ketika itu hujan renyai-renyai, ada baju hujan percuma diberi kepada kami. Kita saja yang terus memakai baju hujan ini. Husband dengan Rezha selamba terus berjalan tanpa memakai baju hujan walaupun hujan yang turun boleh menyebabkan kita kebasahan.

Husband berjalan dengan begitu macho di atas Jambatan Gantung
Boleh nampak dah kan betapa panjangnya jambatan ini sampai ke seberang sana?
Bergambar kat tengah jambatan dengan muka senyuman paksa di sebalik wajah yang takut-takut. Hahaha!!
Hujan semakin lebat dan angin yang bertiup mula menggoyang-goyangkan jambatan. Rasa gayat sangat pada masa itu dan memang dah terfikir nak chicken out dan berpatah balik. Namun begitu bila Rezha memberitahu pemandangan kawah boleh dilihat sedikit saja lagi kat depan sana, terpaksalah kami menggagahkan diri.

Kabus yang mula meliputi kawasan Kawah Rengganis
Kata Rezha, Kawah Rengganis cuma di sebalik pokok-pokok ini
Kawah Rengganis adalah sebuah kawasan Rural Low Volcanic yang berada di sebelah timur lembah perbukitan Gunung Patuha. Ia terbentuk sejak abad ke-18 dan muncul sebagai kesan letusan Gunung Patuha yang terjadi pada tahun 1700-an dulu. 

Pemandangan Kawah Rengganis dari Jambatan Gantung
Berpaut kuat pada jambatan sewaktu melihat Kawah Rengganis kerana gayat
Kawah Rengganis sebenarnya special berbanding kawah-kawah gunung berapi yang lain kerana kita boleh turun sampai ke tepi kawah dan bermandi-manda di dalam airnya, tetapi kami tidaklah berbuat begitu. Kalau nak berbuat begitu, kena menyeberang jambatan sampai kat hujung sana. Dari situ boleh berjalan turun ke bawah atau naik chairlift special yang bernama Keranjang Sultan. Disebabkan kita tak sampai ke situ, kita tunjuk sajalah gambar-gambar yang diambil dari internet:
 
Keranjang Sultan [ Gambar dari internet ]
Bermandi-manda di Kawah Rengganis [ Gambar dari internet ]
Disebabkan hujan semakin lebat dan membasahkan sehingga lantai Jambatan Gantung juga dah menjadi semakin licin, kami sepakat untuk berpatah balik ke pintu masuk. Alhamdulillah, rasa puas hati juga dapat melihat Kawah Rengganis dari jauh walaupun tidak dapat nak turun dekat-dekat sepertimana sepatutnya.

Berpatah balik ke pangkal jambatan
Berselisih dengan pengunjung-pengunjung yang baru tiba
Sebenarnya ada Welcome Drink yang disediakan untuk pengunjung ke Jambatan Gantung ini. Ia disediakan di Restoran Kinara dan boleh diambil sebelum ataupun selepas menaiki Jambatan Gantung. Kami memilih untuk mengambil Welcome Drink ini selepas balik dari Jambatan Gantung.
 
Restoran Kinara
Laluan ke Restoran Kinara dari Jambatan Gantung
Pemandangan suasana di Restoran Kinara
Pemandangan menghala ke sana pulak
Pilih Teh Manis sebagai Welcome Drink
Jemput minum
Gambar Polaroid kami di atas Jambatan Gantung yang diambil oleh Rezha
Bakwan dan Pisang Goreng yang dibelanja oleh Rezha. Di sinilah kami berkenalan dan terus jatuh cinta dengan Bakwan yang menjadi makanan favourite kami sepanjang trip ke Jawa ini.
Sebelum meninggalkan Kawah Rengganis, kita tengok-tengok kemudahan lain yang juga disediakan di Restoran Kinara ini.

Tempat Solat
Tandas awam yang sangat bersih
Pemandangan kabus, ladang teh dan pokok paku pakis dari Restoran Kinara
Cuaca cukup sejuk sampai berasap mulut bila kita bernafas di sini
Selepas melawat Kawah Rengganis, kami sepatutnya melawat ke Kawah Putih pula. Dah sampai pun kami ke pintu masuk Kawah Putih ini sebenarnya. Namun begitu, hasrat untuk melawat ke Kawah Putih tidak kesampaian disebabkan hujan yang lebat pada ketika itu. 

Petugas di pintu masuk Kawah Putih telah menasihatkan kami supaya menangguhkan lawatan sehingga ke sebelah petang kerana keadaan yang licin dan merbahaya di sana ketika itu. Oleh yang demikian, kami membatalkan saja rancangan melawat ke Kawah Putih dan menggantikannya dengan menonton persembahan kebudayaan Saung Angklung Udjo di Kota Bandung.


Bersambung ke Bahagian 15...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)


No comments: