Oktober 2025
JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)
Bahagian 23: Jawa Tengah
YOGYAKARTA [Candi Borobudur 2]
HARI KELIMA (3)
Part 63: Candi Borobudur (2)
Bila nombor dipanggil, kami terus mendapatkan Local Guide yang akan membawa kami naik ke Candi Borobudur. Local Guide kami adalah seorang pemuda tempatan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fredy. Setiap pengunjung akan dibahagi kepada kumpulan yang terdiri dari sekitar 10 orang. Turut bersama dalam kumpulan kami adalah pelancong dari Scotland, Spain dan Amerika Syarikat. Ada juga sepasang suami isteri asal China yang bekerja di Singapura.
![]() |
| Local Tour Guide kami yang bernama Fredy |
Memang kagum bila melihat binaan Candi Borobudur tersergam di depan mata. Walaupun terletak di Indonesia yang sebahagian besar penduduknya beragama Islam, Borobudur adalah candi Buddha yang terbesar di dunia pada masa sekarang. Nama Borobudur berasal dari perkataan "Boro" (Biara) dan "Budur" (Bukit). Oleh yang demikian, nama "Borobudur" bermaksud "biara yang terletak di atas bukit"
![]() |
| Candi Borobudur |
![]() |
| Candi Borobudur adalah candi Buddha yang terbesar di dunia pada masa sekarang |
![]() |
| Close-up puncak Borobudur |
![]() |
| Taman di hadapan Candi Borobudur ini dinamakan sebagai Taman Lumbini sempena nama tempat kelahiran Buddha di negara Nepal |
Candi Borobudur dibina pada kurun ke-9 Masehi di bawah pemerintahan Dinasti Sailendra yang memerintah Pulau Jawa dan berpusat di Jawa Tengah. Namun demikian, setelah sebuah kejadian letusan Gunung Merapi, pusat pemerintahan ini telah berpindah ke Jawa Timur. Borobudur mula ditinggalkan dan dilupakan sehingga tertimbus dengan abu Gunung Merapi dan tumbuh-tumbuhan hutan.
Sejarah penemuan semula Candi Borobudur bermula pada tahun 1814 di bawah Sir Stamford Raffles yang ketika itu menjadi gabenor British di Pulau Jawa. Raffles telah mendengar cerita mengenai candi yang ditinggalkan ini. Disebabkan dia sangat berminat dengan sejarah, Raffles menghantar pasukan untuk mencari dan membersihkan semula candi tersebut.
Usaha yang dimulakan oleh Raffles membuahkan hasil bila Candi Borobudur dapat dibersihkan sepenuhnya pada tahun 1835. Belanda yang kemudiannya menjajah Indonesia turut membantu dalam usaha pemulihan yang seterusnya. Projek pemulihan terbesar dilaksanakan di sekitar tahun 1970-an dan 1980-an dengan bantuan dari UNESCO. Candi Borobudur seterusnya telah diisytiharkan sebagai sebuah UNESCO World Heritage pada tahun 1991.
![]() |
| Ukiran mengenai restorasi pertama Candi Borobudur oleh Van Erp di bawah Kerajaan Belanda (1907 - 1911) |
![]() |
| Mengikut Fredy berjalan ke arah Candi Borobudur sambil mendengar berbagai fakta yang disampaikan |
Walaupun ia dibina bagi tujuan keagamaan, ia tidak lagi aktif digunakan bagi tujuan tersebut. Upacara keagamaan Buddha di Candi Borobudur cuma diadakan pada hari-hari tertentu seperti Wesak sahaja pada masa sekarang.
Fredy turut bercerita mengenai perayaan Wesak terkini pada bulan Mei 2025 lalu di Candi Borobudur yang turut dihadiri oleh 30 orang sami Buddha dari Thailand. Mereka berjalan kaki dari kuil masing-masing di Thailand menuju ke Singapura dan seterusnya menaiki feri ke Pulau Batam. Dari Batam, mereka terbang menuju ke Jakarta dan terus menyambung perjalanan mereka dengan berjalan kaki sehingga sampai ke sini. Secara keseluruhan, perjalanan sami-sami ini dari Thailand sehingga sampai ke Borobudur memakan masa kira-kira 2 bulan.
![]() |
| Fredy bercerita tentang perayaan Wesak terkini di Candi Borobudur |
![]() |
| Ukiran mengenai tingkatan filosofi bangunan candi : Kamadhatu, Rupadhatu dan Arupadhatu |
Bangunan Candi Borobudur kelihatan seperti piramid yang bulat dan terdiri dari 9 tingkat. Enam tingkat paling bawah dibina berbentuk persegi manakala tiga yang paling atas pula dibina berbentuk bulat. Ada sebuah stupa tunggal sahaja yang menempati ruang paling atas candi.
![]() |
| Bangunan candi terdiri dari 9 tingkat |
![]() |
| Bergambar dengan Candi Borobudur |
![]() |
| Tangga naik ke kaki candi |
![]() |
| Tangga naik menuju ke pintu masuk pendakian candi |
![]() |
| Ramai yang memakai payung kerana cuaca panas pada pagi ini |
![]() |
| Taman di kaki candi |
![]() |
| Dari sini jelas kelihatan binaan candi yang setinggi 9 tingkat |
![]() |
| Husband bergambar dengan Candi Borobudur |
![]() |
| Kita pun nak bergambar juga dengan Candi Borobudur |
![]() |
| Berjalan menuju tangga naik pendakian ke Candi Borobudur |
![]() |
| Patung singa penjaga tangga naik ke Borobudur |
![]() |
| Ada 2 ekor singa yang menjaga di kiri kanan tangga |
Waktu pendakian yang ditetapkan untuk kumpulan kami adalah pada pukul 11 pagi. Dekat-dekat pukul 11 pagi, barulah Fredy membawa kami ke pintu masuk pendakian. Ada pemeriksaan tiket dibuat sebelum kita naik ke tangga Candi Borobudur. Selepas itu kita mengikut Fredy naik sehingga ke tingkat pertama.
![]() |
| Tangga naik ke Candi Borobudur |
![]() |
| Pemandangan di Tingkat Pertama |
Secara keseluruhan, terdapat lebih 2,672 arca (relief) yang menggambarkan pelbagai aktiviti manusia dan haiwan pada dinding Borobudur dan 504 stupa berbentuk loceng. Semua arca ini disusun dari kiri ke kanan mengikut pusingan jarum jam atau mapradaksina dalam Bahasa Jawa kuno. Cerita-cerita pada relief ini didasarkan kepada kisah Ramayana dan Jataka. Arca ini bermula dari kiri pintu gerbang dan berakhir di kanan pintu gerbang.
![]() |
| Dua tingkat paling bawah Candi Borobudur dinamakan Kamadhatu. Ia dibina terbuka untuk melambangkan manusia yang sentiasa terdedah kepada godaan hawa nafsu. |
![]() |
| Relief di ruang Kamadhatu. |
![]() |
| Pengunjung yang sedang beratur untuk naik ke Candi Borobudur |
Dua tingkat paling bawah Candi Borobudur dinamakan Kamadhatu. Ruang ini hanya mengandungi relief dan tidak menempatkan sebarang patung Buddha. Kamadhatu menggambarkan peringkat kehidupan yang paling rendah dalam kehidupan manusia di mana mereka berdepan dengan dunia yang penuh dengan godaan dan hawa nafsu. Relief pada peringkat ini menggambarkan kehidupan yang dikaitkan dengan perasaan tamak, ketidakjujuran dan hasad dengki. Ruang ini juga dibina terbuka kerana melambangkan manusia yang terdedah kepada hawa nafsu.
![]() |
| Bergambar di aras bawah Candi Borobudur |
![]() |
| Bergambar kenangan dengan couple dari Spain |
![]() |
| Husband bergambar dengan Lisa yang berasal dari Washington DC di USA. Lisa dah melawat ke Malaysia terlebih dahulu sebelum datang ke Indonesia. |
Empat tingkat seterusnya di Candi Borobudur dinamakan Rupadhatu. Rupadhatu menggambarkan tingkat kehidupan yang lebih tinggi di mana manusia telah dapat membebaskan diri dari godaan dunia, tetapi tidak sepenuhnya. Pada peringkat kehidupan ini mereka tidak lagi dikawal sepenuhnya oleh nafsu. Oleh yang demikian, adalah sedikit dinding penghadang yang dibina di sebelah tepi kerana manusia digambarkan telah mampu mengawal nafsu.
![]() |
| Suasana di tingkat tengah Candi Borobudur |
![]() |
| Tingkat tengah di Candi Borobudur dinamakan sebagai Rupadhatu |
Ajaran Buddha juga percaya kepada kelahiran semula. Setiap manusia akan dilahirkan berkali-kali ke dunia sehingga dia mencapai tahap Nirvana. Dalam proses kelahiran semula, seseorang akan dilahirkan pada peringkat yang lebih baik atau sebaliknya bergantung kepada amalan pada hidup yang sebelumnya. Buddha sendiri dikatakan telah melalui 500 proses kelahiran semula sebelum mencapai Nirvana.
![]() |
| Pemandangan relief di Rupadhatu |
![]() |
| Kapal Samudraksa |
![]() |
| Ada dinding penghadang yang dibina di ruang Rupadhatu kerana aras ini melambangkan manusia yang sudah boleh mengawal nafsu |
![]() |
| Fredy memberi penerangan tentang Rupadhatu |
Fredy turut bercerita kepada kami tentang usaha pemuliharaan yang pernah dibuat di Candi Borobudur. Kerana itulah terdapat batuan yang tidak sekata warnanya pada keseluruhan struktur. Walaupun menggunakan batu yang baru, ia tetap diambil dari sumber batuan sewaktu pembinaan candi asal. Batu-batu baru yang ditambah diberi tanda mengikut syarat yang ditetapkan oleh UNESCO. Batuan pada pembinaan candi juga hanya disusun sedemikian rupa, tiada simen atau konkrit digunakan di dalam pembinaannya.
![]() |
| Fredy memberi penerangan tentang konservasi Candi Borobudur |
![]() |
| Sebahagian batu yang dilihat pada struktur Candi Borobudur kini adalah batuan baru yang dipasang sewaktu kerja konservasi |
![]() |
| Pemasangan batuan baru dalam kerja konservasi dibuat dengan teliti untuk tidak merosakkan struktur dan senibina asal |
![]() |
| Batu-batu baru yang dipasang diberi tanda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh UNESCO |
![]() |
| Kebanyakan cerita pada relief di Candi Borobudur adalah didasarkan kepada kisah Ramayana dan Jataka. Jataka adalah kisah teladan yang menggunakan watak haiwan. |
![]() |
| Kalau rajin meneliti semua relief yang ada, pasti kita akan berjumpa dengan relief yang menceritakan tentang sandal Upanat yang kita pakai untuk naik ke candi ini. |
![]() |
| Walau dah berusia beribu tahun, bentuk-bentuk ukiran masih jelas kelihatan |
![]() |
| Gargoyle (Jaladwara) |
![]() |
| Mendengar penerangan yang disampaikan oleh Fredy |
Borobudur mempunyai 328 patung Buddha di bahagian Rupadhatu. Terdapat juga patung "Buddha yang Belum Selesai" dan patung-patung lain yang mungkin rosak atau tidak siap sewaktu proses pembuatan. Tidak kurang juga terdapat patung Buddha yang sengaja dirosakkan oleh vandalisma. Secara umumnya, patung-patung Buddha di peringkat Rupadhatu ini dibina dengan sedikit perlindungan seperti dinding di sekeliling kerana ia menggambarkan nafsu yang sudah boleh dikawal oleh manusia.
![]() |
| Patung-patung Buddha banyak dilihat di aras Rupadhatu. |
![]() |
| Sebuah patung Buddha yang masih utuh di Candi Borobudur |
![]() |
| Banyak juga patung Buddha tanpa kepala begini yang dilihat |
![]() |
| Sebahagian patung Buddha yang rosak adalah disebabkan usia dan sebahagian lagi pula menjadi mangsa vandalisma |
![]() |
| Ukiran Buddha yang telah dimamah usia |
Candi Borobudur turut terkesan sewaktu gempa bumi berskala 6.2 Richter melanda Yogyakarta pada 27 Mei 2006. Walaupun kawasan sekelilingnya banyak yang musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut, candi Buddha ini kekal terselamat, tidak senasib dengan Candi Prambanan yang akan kami lawati nanti.
![]() |
| Tangga naik ke Arupadhatu |
Kami seterusnya dibawa melawat ke aras tertinggi Candi Borobudur yang dinamakan Arupadhatu. Tiga tingkat tertinggi di Candi Borobudur ini dipenuhi dengan 72 stupa yang disusun dalam bentuk bulatan. Kesemua stupa mempunyai patung Buddha di dalamnya. Ia melambangkan Nirwana di mana manusia telah bebas terus dari nafsu dan godaan dunia.
![]() |
| Pintu masuk ke aras Arupadhatu |
![]() |
| Pemandangan di aras Arupadhatu |
![]() |
| Ada 72 binaan stupa yang diletakkan di 3 aras tertinggi Candi Borobudur yang dinamakan Arupadhatu |
![]() |
| Fredy memberi penerangan tentang Arupadhatu |
Kami diberi masa bebas selama sejam untuk melawat ke keseluruhan candi setelah sampai di sini. Walau bagaimanapun, aras paling tinggi di Arupadhatu yang menempatkan stupa tunggal dan juga yang terbesar di seluruh candi tidak boleh dilawati kerana ia dikhaskan untuk penganut Buddha bersembahyang pada hari kebesaran mereka.
![]() |
| Tangga untuk melawat stupa di Arupadhatu |
![]() |
| Stupa yang paling tinggi dan terbesar di sana tidak boleh dilawati kerana ia dikhaskan untuk penganut Buddha bersembahyang di hari kebesaran mereka. |
![]() |
| Pemandangan aras stupa yang tidak boleh dilawati. |
Kesempatan berada di Arupadhatu ini kami manfaatkan untuk melihat lebih dekat stupa yang berada di sini. Masih teringat yang kami tidak berkesempatan untuk berbuat begitu sewaktu lawatan pada tahun 2013 dulu disebabkan hujan lebat.
![]() |
| Pandangan stupa dengan lebih dekat |
![]() |
| Cuba mengintai patung Buddha yang berada di dalam stupa |
Setiap stupa mempunyai patung Buddha yang duduk dalam posisi mudra (hand gesture) yang berlainan. Susah nak mengintai patung Buddha dari lubang-lubang stupa. Mujurlah ada sebuah stupa yang rosak mendedahkan patung Buddha yang sedang duduk di dalamnya. Maka dapatlah kita membayangkan rupa patung-patung Buddha lain yang berada di dalam setiap stupa itu. Patung-patung Buddha di Arupadhatu ini dibina dengan dilindungi stupa kerana ia menggambarkan nafsu yang telah dapat dikawal sepenuhnya oleh manusia pada peringkat ini.
![]() |
| Stupa yang terbuka |
![]() |
| Beginilah rupa patung Buddha yang berada di dalam stupa |
![]() |
| Pemandangan stupa yang rosak dan mendedahkan patung Buddha yang berada di dalamnya |
![]() |
| Pemandangan stupa yang berada pada aras yang lebih rendah |
Pemandangan Gunung Merapi sebenarnya boleh dilihat dari puncak Candi Borobudur. Malangnya ia tidak kelihatan pada hari ini kerana puncak Merapi diliputi kabus.
![]() |
| Pelancong bergambar di puncak Borobudur |
![]() |
| Cuba mengintai Gunung Merapi tetapi tidak kelihatan |
![]() |
| Bergambar kenangan di puncak Borobudur |
![]() |
| Pelancong-pelancong yang baru tiba di puncak Borobudur |
![]() |
| Patung singa penjaga "Nirwana" |
![]() |
| Husband bergambar kenangan bersama Fredy |
Selepas sejam, Fredy membawa kami turun kembali ke bawah. Untuk mengelakkan kesesakan, laluan naik dan turun dari Borobudur ditetapkan menerusi pintu-pintu yang berlainan.
CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)
- Bhg. 01 (Hari 1) : Arrival (Kuala Lumpur - Jakarta)
- Bhg. 02 (Hari 1) : Jakarta (Jakarta Pusat)
- Bhg. 03 (Hari 1) : Jakarta (Kota Tua)
- Bhg. 04 (Hari 1) : Jakarta (Pelabuhan Sunda Kelapa & Pasar Muara Baru)
- Bhg. 05 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Bali)
- Bhg. 06 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera I)
- Bhg. 07 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Sumatera II)
- Bhg. 08 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Kalimantan & Sulawesi)
- Bhg. 09 (Hari 2) : Jakarta (Taman Mini Indonesia Indah - Maluku & Papua)
- Bhg. 10 (Hari 2) : Bandung (Jalan Braga)
- Bhg. 11 (Hari 2) : Bandung (Bandros - Bandung Tour On Bus)
- Bhg. 12 (Hari 2) : Bandung (Pesona Kampung Sunda & Hotel Kimaya Braga)
- Bhg. 13 (Hari 3) : Bandung (Jalan Asia Afrika)
- Bhg. 14 (Hari 3) : Bandung (Kawah Rengganis)
- Bhg. 15 (Hari 3) : Bandung (Sindang Reret & Saung Angklung Udjo)
- Bhg. 16 (Hari 3) : Bandung (Kartika Sari, Iga Bakar Si Jangkung & Paris van Java)
- Bhg. 17 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 1 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 18 (Hari 4) : Argo Wilis Panoramic Train 2 (Bandung - Yogyakarta)
- Bhg. 19 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 1)
- Bhg. 20 (Hari 4) : Yogyakarta (Pantai Parangtritis 2)
- Bhg. 21 (Hari 5) : Yogyakarta (Amaranta Prambanan Hotel & Daerah Istimewa Yogyakarta)
- Bhg. 22 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 1)
- Bhg. 23 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Borobudur 2)
- Bhg. 24 (Hari 5) : Yogyakarta (Kampung Ulam & Batik Sawindhu)
- Bhg. 25 (Hari 5) : Yogyakarta (Candi Prambanan)
- Bhg. 26 (Hari 5) : Yogyakarta (Ramayana Ballet)
- Bhg. 27 (Hari 6) : Pulang (Yogyakarta - Kuala Lumpur)








































































No comments:
New comments are not allowed.