Monday, 6 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 19 (Zambezi Sunset Cruise)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZIMBABWE : Victoria Falls)

Bahagian 19: Zimbabwe
VICTORIA FALLS [Zambezi Sunset Cruise]

HARI KELIMA (5)

Part 43: Zambezi Sunset Cruise

Pagi tadi kami dah naik bot sewaktu membuat River Safari di Botswana, kemudian kita dah naik pula helikopter membuat Flight of Angels. Pada lewat petang ini, kita akan naik sebuah bot lagi untuk membuat Zambezi Sunset Cruise sambil menikmati makan malam.

Eddy memberi penerangan tentang program Zambezi Sunset Cruise
Perjalanan menuju ke Zambezi Sunset Cruise. Banyak juga jalan yang tidak berturap begini di Zimbabwe.
Burung yang banyak berterbangan di udara
Penganjur Zambezi Sunset Cruise kami pada malam ini adalah Pure Africa.

Pure Africa
Coaster kami parking di sini
Berjalan menuju ke pinggir Sungai Zambezi
Precious memberitahu kami yang ranting dari pokok Miswak ini sering digunakan oleh suku asli Afrika untuk menggosok gigi. Sama seperti yang selalu diguna oleh orang Arab.
Dah sampai di pinggir sungai
Pemandangan di pinggir Sungai Zambezi
Bot cruise kami yang bernama Zambezi Breeze dah sedia menanti di pinggir sungai. Sebaik kami masuk ke dalam, kami tunjukkan meja tempat duduk yang disediakan untuk kami.
 
Berjalan nak naik ke bot
Bot Zambezi Breeze
Selain kami, ada ramai pelancong lain yang turut menyertai cruise ini
Bot Zambezi Cruise adalah setinggi dua tingkat dan kami mendapat tempat duduk di tingkat bawah. Selain kami, ada ramai pelancong lain yang turut menyertai cruise ini. Cuma kami saja yang berbangsa Asia rasanya. Pelancong yang lain semua terdiri dari Orang Putih.
 
Tangga naik ke atas
Suasana di dalam Zambezi Breeze
Tempat duduk kami disediakan di tingkat bawah
Posing dulu di dalam Zambezi Breeze
Mentari petang yang menyinar terang
Posing berdua pulak
Suasana sebelum perlayaran bermula
Bot cruise lain yang berlayar di Sungai Zambezi
Memang banyak bot yang berlayar di Sungai Zambezi pada petang ini
Sebaik selepas bot mula berlayar, Ketua Waiter di dalam Zambezi Breeze memberi penerangan tentang program makan malam. Kami boleh memilih sendiri makanan yang hendak dimakan dari menu yang disediakan dan semuanya akan dimasak fresh oleh chef yang bertugas di dapur dalam bot ini sendiri. Banyak menu disediakan tetapi mungkin Tidak Halal. Jadi Myself dan Husband cuma memilih hidangan ikan dan pasta vegetarian sahaja.

Ketua Waiter memberi penerangan tentang program makan malam
Suasana sewaktu Ketua Waiter memberi penerangan
Ketua Waiter memperkenalkan staff yang bertugas di dalam Zambezi Breeze
Ketua Waiter
Staff yang menjaga kaunter minuman
Waitress yang melayan pelanggan di atas bot
Sewaktu bot mula bergerak, kita nikmati keindahan Sungai Zambezi di kala mentari sedang terbenam.
 
Sungai Zambezi
Pemandangan Sungai Zambezi di kala mentari sedang terbenam
Pemandangan menghala ke air terjun Victoria Falls
Percikan air yang kuat di Victoria Falls turut terlihat sehingga ke sini
Resort mewah di pinggir Sungai Zambezi
Hidangan Starter Board. Cuma 2 dari 3 sajian yang boleh dimakan. Yang paling bawah itu tidak boleh dimakan kerana mengandungi daging ayam.
Homemade Rustic Bread
Mushroom Soup with Pastry Twist
Sambil menunggu hidangan main course disediakan, kita terus menikmati pemandangan sunset di Sungai Zambezi. Mentari pulak semakin terik memancar mengena tepat ke muka kita pada petang ini.

Pemandangan sewaktu mentari semakin terbenam
Menahan mentari yang memancar terik tepat ke muka
Berlayar bersaing dengan bot-bot lain
Pelancong yang menikmati pemandangan matahari terbenam dari atas bot
Pemandangan sewaktu mentari benar-benar tenggelam di Sungai Zambezi sangat indah. Iklim di Zimbabwe adalah tropika sama seperti di Malaysia. Tak adalah cuaca yang mencengkam sejuk dengan tiba-tiba sewaktu mentari terbenam seperti di South Africa di sini.
 
Pemandangan sewaktu mentari terbenam di ufuk barat
Menikmati pemandangan mentari terbenam dari bot Zambezi Breeze
Burung yang terbang pulang
Bot lain yang berlayar sewaktu mentari terbenam
Keindahan senja di Zambezi River
Siang yang sedang berganti malam
Berbual sambil menunggu main course disediakan
Bila malam betul-betul menjelang, kita disajikan pula dengan pemandangan indah bintang yang bertaburan di langit. Seperti yang kami saksikan sewaktu di Pilanesberg National Park di South Africa dulu, pemandangan bintang juga sangat indah di tengah Sungai Zambezi. Pemandangan bintang yang bertaburan ini begini mudah dilihat kerana kawasan ini tidak memiliki pencemaran cahaya seperti di banyak tempat lain.
 
Posing sewaktu malam menjelang
Husband berposing dengan mentari yang sedang terbenam
Malam yang mula melabuhkan tirai
Bintang mula memunculkan diri
Semakin malam menjelang, semakin banyak bintang yang muncul
Akhirnya, main course yang ditunggu tiba. Myself memesan hidangan Fish of the Day yang dihidang bersama African Sorghum, Cherry Tomatoes dan Steamed Vegetable. Husband pula memesan hidangan Chef's Homemade Pasta. Nasib baik kedua-duanya sedap sebab lama sangat kita menunggu ia disiapkan.

Fish of the Day
Chef's Homemade Pasta
Bintang yang semakin jelas bertaburan di langit
Dessert
Selepas makan malam selesai dan bot hampir tiba kembali ke pangkalan, kesemua krew bot keluar menyanyi dan bertepuk-tepuk tangan untuk menghiburkan pengunjung. Kita pun ikutlah sama bertepuk-tepuk tangan. Sedar tak sedar, dah 3 jam sebenarnya kita berlayar bersama Zambezi Breeze bermula dari pukul 5 petang tadi sehingga ke pukul 8 malam.

Krew yang bernyanyi dan bertepuk-tepuk tangan untuk menghiburkan pengunjung
Tidak lama kemudian, Zambezi Breeze berlabuh kembali di pangkalan dan semua penumpang keluar dari bot. Sebelum keluar, sempat juga kami bertanya kepada seorang waitress tentang perjalanan yang seterusnya. Kata waitress, bot ini membuat pelayaran setiap hari. Selepas kami pulang, semua krew juga akan pulang ke rumah pada pukul 9 malam nanti. Mereka akan datang kembali bertugas seawal pukul 12 tengahari esok.

Penumpang bersedia nak keluar dari bot
Husband berbual dengan waitress
Berjalan keluar dari bot
Perjalanan kembali ke Kasambabezi Lodge dari pangkalan bot cruise hanya memakan masa kira-kira 10 minit. 

Tiba di Kasambabezi Lodge
Bila kami kembali ke bilik, ada kelambu yang dah dipasang pada katil. Bagi Husband dan Myself, tidur memakai kelambu begini bukanlah sesuatu yang baru. Masa kecil-kecil dulu, kami memang selalu tidur di dalam kelambu terutama bila balik ke kampung. Bagi generasi baru dan mungkin juga bagi Mat Salleh, mungkin satu pengalaman baru tidur dalam kelambu begini.

Kelambu yang dipasang pada katil


 Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):