Monday, 3 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 15 (Misfat Al A'briyeen)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 15: Oman
NIZWA (Al Aqur Village & Misfat Al A'briyeen)

HARI KEENAM (3)

Part 44: Al Aqur Village

Selepas melawat Nizwa Fort, Maher membawa kami melawat sebuah perkampungan lama di belakang kota pertahanan ini yang dinamakan Al Aqur Village.

Monumen Khanjar di depan Nizwa Fort
Peraturan melawat ke Al Aqur Village
Al Aqur adalah sebuah perkampungan tradisional yang masih didiami oleh warga Oman. Di perkampungan ini kita dapat melihat sebahagian tembok kota lama Nizwa yang masih belum dibaik pulih.
 
Tembok lama kota Nizwa yang masih belum dibaik pulih
Lorong di celah kampung
Basikal tua
Di sebalik tembok kota lama yang belum dibaik pulih, ada beberapa bangunan yang telah ditukar menjadi hotel-hotel butik. Ramai pelancong khususnya dari Barat yang ingin menikmati Omani Hospitality tradisional tinggal di hotel-hotel ini.

Al Dar Inn adalah sebuah hotel tradisional di Al Aqur Village
Al Dar Inn
Pintu masuk ke Al Dar Inn
Lorong yang cantik di Al Dar Inn
Ladang Kurma
Sebahagian lagi tembok kota lama yang masih belum diperbaiki
Ada juga sebahagian Nizwa Fort lama yang masih tidak diperbaiki ditinggalkan di sini.

Sebahagian Nizwa Fort lama yang ditinggalkan dalam keadaan asal di Al Aqur Village
Ukiran-ukiran kayu yang masih utuh kelihatan
Bergambar di kota lama Nizwa Fort
Kami tidak menghabiskan masa yang lama di Al Aqur Village lalu kembali ke Nizwa Bazaar.
 
Nizwa ~ Pride of Omani Cities
Sistem pengairan tradisional Oman yang dinamakan Falaj
Kembali ke Nizwa Souq
Sebelum kembali ke kereta, kami membuat persinggahan di sebuah kedai yang menjual kurma.

Singgah di kedai kurma
Peralatan tradisional untuk memerah jus kurma
Ruang jualan di kedai kurma
Pelbagai produk kurma untuk jualan
Kami tidak membali apa-apa di sini. Hanya sekadar melihat kurma yang ada untuk jualan. Orang-orang Oman juga memang baik. Mereka tidak kisah pun kalau kita sekadar melihat-lihat barang jualan mereka tanpa membeli. Malah disebabkan kita orang asing, ramai yang secara sukarela memberi penerangan tentang barang-barang yang dijual.

Mengikut Maher kembali ke tempat parking kereta
Tempat parking kereta di depan Nizwa Souq
Mercu tanda kota Nizwa
Bandar Nizwa

Part 45: Liwan Nizwa Restaurant

Maher membawa kami makan tengah hari di sebuah restoran tradisional Oman yang bernama Liwan Nizwa Restaurant.

Liwan Nizwa Restaurant
Disebabkan restoran ini adalah sebuah restoran Arab tradisional, ada bilik-bilik makan keluarga disediakan.
 
Bilik-bilik makan untuk keluarga di Liwan Nizwa Restaurant
Suasana di dalam bilik makan keluarga
Kami dibenarkan memilih sendiri makanan yang hendak dimakan di sini. Suka betul Husband bila terjumpa Seafood Soup yang dihidang dalam roti macam yang pernah kami makan di Kuwait dulu.

Lunch di Restoran Liwan Nizwa
Seafood Soup yang dihidang di dalam roti
Chicken With Rice. Jenuh nak menghabiskannya. Hahaha!!
Di sini tak ada Coca-Cola. Yang ada cuma Alsi Cola
Ruang Solat di Restoran Liwan Nizwa

Part 46: Misfat Al A'briyeen

Selepas lunch dan bersolat di Restoran Liwan Nizwa, kami dibawa melawat ke sebuah perkampungan di atas gunung yang bernama Misfat Al A'briyeen.

Arah ke Misfat Al A'briyeen
Jalan menuju ke Misfat Al A'briyeen
Mendaki gunung ke Misfat Al A'briyeen
Pada ketinggian 1000 meter dari aras laut, pemandangan dari Misfat Al A'briyeen sangat mendamaikan. Pemandangan bumi Oman yang subur menghijau jelas kelihatan dari sini.

Pemandangan pergunungan Oman dari Misfat Al A'briyeen
Perkampungan Misfat Al A'briyeen
Satu lagi suasana perkampungan Misfat Al A'briyeen
Bergambar dengan Misfat Al A'briyeen
Pintu masuk ke Misfat Al A'briyeen
Kenderaan selain milik penduduk kampung tidak dibenarkan masuk ke Misfat Al A'briyeen. Jadi kami terpaksa parking di luar dan berjalan masuk ke dalam.

Jalan menuju ke Misfat Al A'briyeen yang hanya boleh dilalui oleh penduduk kampung
Gunung-gunung batu di Misfat Al A'briyeen
Kambing milik penduduk kampung
Kami dapat melihat penanda berbentuk seperti bendera yang dicat di pinggir-pinggir jalan yang curam ini. Kata Maher, penanda begini menunjukkan laluan yang curam. 

Penanda jalan curam di Misfat Al A'briyeen
Jurang yang curam!
Satu lagi penanda jalan curam
Kambing di Oman memang cantik-cantik dan berbulu lebat
Masih berjalan menuju ke Misfat Al A'briyeen
Misfat Al A'briyeen terkenal kerana ia adalah sebuah traditional mud village yang telah berusia lebih 300 tahun. Semua bangunannya dibina menggunakan batu dan tanah liat. Lebih mengkagumkan kerana perkampungan ini dibina di celah-celah gunung batu.
 
Tiba di Misfat Al A'briyeen
Peraturan melawat ke Misfat Al A'briyeen
Batu-batu besar di Misfat Al A'briyeen
Jom kita masuk berjalan-jalan di Misfat Al A'briyeen. Sewaktu kami di sana ada juga beberapa group Orang Putih melawat ke situ. Kena berhati-hati melangkah di perkampungan ini sebab jalannya agak licin bila dipijak. Ada Myself tengok beberapa Mat Salleh berjalan dengan lutut yang berdarah. Mesti dia orang terjatuh kat laluan yang licin itu tadi.

Masuk ke dalam kampung
Plak mengenai satu projek baikpulih yang pernah dijalankan oleh Bank of Muscat pada tahun 2020
Misfat Al A'briyeen pernah dimasukkan dalam senarai Best Tourism Villages oleh World Tourism Organization pada tahun 2021.
Berjalan di Misfat Al A'briyeen juga bagai berjalan back in time. Terasa macam kita berada di Oman beratus-ratus tahun dulu. Tetapi sesuatu yang Myself perasan ialah macam tak nampak pun orang-orang tempatan lalu-lalang di perkampungan ini. Semuanya macam mengurung diri di dalam rumah.

Maher membawa kami berjalan sehingga ke perkebunan kurma di belakang kampung. Dia membawa kami ke sini kerana nak menunjukkan sistem pengairan tradisional Oman yang dinamakan Falaj. Lima sistem Falaj di Oman secara kolektif telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2006: Falaj Al-Khatmeen, Falaj Al-Malki, Falaj Daris, Falaj Al-Mayassar and Falaj Al-Jeela. Tak pastilah pulak Falaj di Misfat Al A'briyeen ini Falaj yang mana.

Berjalan di kebun kurma
Air dari Falaj juga digunakan untuk mengisi kolam air ini
Kolam air ini walau bagaimanapun kelihatan kosong pada hari ini
Suasana di kebun kurma
Bukti dari penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa sistem pengairan Falaj telah direkabentuk sejak 2500 tahun Sebelum Masehi. Sumber air Falaj terletak di pergunungan dan mengalir mengikut graviti menerusi terusan yang dikorek dalam batuan sejauh beberapa kilometer sebelum akhirnya digunakan bagi mengairi kawasan pertanian dan minuman serta kegunaan rumah tangga. Sebahagian besar Falaj mengalir di bawah tanah dan hanya disalir keluar ke permukaan tanah berdekatan kawasan-kawasan pertanian. Permaidani-permaidani buruk yang dipegang dengan batu (dinamakan sarjra) digunakan untuk menyekat dan membuka saluran air ini di tempat-tempat yang tertentu untuk digunakan oleh para petani.

Falaj
Selepas melawat ladang kurma, kami mula bergerak meninggalkan Misfat Al A'briyeen.

Bergambar dengan Maher di Misfat Al' A'briyeen
Husband bergambar di Misfat Al A'briyeen
Gambar kita di Misfat Al A'briyeen
Bertiga lebih baik
Kena berhati-hati bila berpijak di Misfat Al A'briyeen ini terutama kalau berjumpa batu yang berwarna hitam ini sebab licin
Lorong keluar dari Misfat Al A'briyeen
Kota lama di Misfat Al A'briyeen
Close-up pemandangan kota lama
Pemandangan sewaktu meninggalkan Misfat Al A'briyeen

Part 47: Kembali Ke Muscat

Maher membawa kami kembali ke Muscat selepas melawat Misfat Al A'briyeen. Seperti waktu kedatangan tadi, pemandangan sepanjang perjalanan pulang juga adalah melalui gunug-gunung batu yang tinggi.

Pulang ke Muscat
Kawasan perumahan tipikal di Oman
Dalam perjalanan pulang, Maher membuat perhentian singkat untuk minum Teh Karak di sebuah kedai di tepi jalan. Di sinilah kami belajar style orang Oman membuat persinggahan dalam perjalanan begini ~ kita cuma menunggu dalam kereta. Ada pekerja kedai yang akan datang bertanya apa minuman yang kita nak order. Selepas disediakan, minuman macam Teh Karak ini akan dihantar kepada kita dalam kereta.

Berhenti minum Teh Karak di tepi jalan
Disebabkan nak stretch kaki, Abang dan Kakak Ipar keluar dari kereta dan duduk minum Teh Karak di kerusi tepi kedai
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kembali ke Muscat. Perjalanan keseluruhan dari Nizwa ke Muscat memakan masa kira-kira 2 jam.

Pemandangan lebuhraya di Oman
Menghampiri kota Muscat
Masjid Sultan Qaboos di Muscat
Trafik di Muscat
Maher menghantar kami balik untuk berehat di hotel di Muscat. Pada malam itu, dia datang kembali untuk membawa kami untuk dinner makanan tipikal Oman.

Menunggu Maher menjemput di Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat
Dalam perjalanan nak pergi dinner
Maher membawa kami makan di sebuah outlet Kebab yang bernama Mohsin Burger. Terkejut Maher bila kami cuma order 15 cucuk Kebab untuk dimakan berempat. Mana cukup, kata Maher, paling tidak kena order 20 cucuk. Jenuh kami convince Maher yang 15 cucuk itu dah mencukupi. Perut Orang Melayu tak besar macam perut Orang Arab, kata kami. Hahaha!! Tapi memang betul pun, kami berempat tak terhabis makan 15 cucuk Kebab tu. Malah ada beberapa cucuk yang kami sedekahkan kepada 2 ekor kucing yang mengendeng-ngendeng semasa kami tengah makan.

Kedai Mohsin Burger
Pekerja-pekerja Mohsin Burger
Kebab sedang dibakar
 Tempat makan terbuka di Mohsin Burger
Dinner. Di Oman memang tak ada Coca-Cola. yang ada cuma Alsi Cola.
Selepas dinner di Mohsin Burger, Maher membawa kami pulang ke Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat.

Perjalanan pulang ke hotel
Posing dulu di depan hotel
Sebelum balik ke bilik, kita nikmati dulu satu lagi kebudayaan Omani di lobi Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat. Ada sebuah khemah Badwi disediakan di sini untuk membolehkan pengunjung menikmati suasana kehidupan tradisional di padang pasir. Kita posing-posing dulu kat sana...

Khemah Badwi yang disediakan di lobi Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Posing minum Kopi Oman dalam khemah Badwi
Kita nikmati juga suasana di outdoor cafe di hotel. Duduk-duduk saja posing kat sini tanpa memesan apa-apa minuman. Hihihi!!
 
Outdoor cafe di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Duduk-duduk sambil menikmati suasana malam
Minuman tin di sini dijual pada sekitar harga OMR 1.2 (RM 14) satu. Gulpp!!
Selamat malam, Muscat
Kita jumpa lagi esok...


Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: