Thursday 26 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 13 (Hellfire Pass)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 13: Kanchanaburi 3
HELLFIRE PASS

HARI KETIGA (3)

Part 31: JR Tham Krasae Restaurant

Kami dibawa makan tengahari di Restoran JR Tham Krasae yang terletak dekat dengan Stesen Keretapi Thamkrasae. Pemilik restoran ini bukan seorang Muslim, tapi dia memiliki Sijil Perakuan Halal makanan di restorannya dari Majlis Agama Islam Thailand.

Berjalan ke JR Tham Krasae Restaurant
JR Tham Krasae Restaurant
Pemandangan Wang Pho Viaduct dilihat dari JR Tham Krasae Restaurant
River Kwai
Makanan dihidangkan secara buffet di restoran ini. Buffet Makanan Halal dan Tidak Halal disediakan di ruang makan yang berasingan. Tapi rasanya Buffet Halal ini hanya disediakan atas permintaan.

Buffet Makanan Halal di JR Tham Krasae Restaurant
Buffet yang disediakan adalah Makanan Thai dan Pasta. Memang sedap makanan yang disediakan.
 Kita boleh makan dengan selesa kerana Buffet Halal ini disediakan secara berasingan dari Buffet Tidak Halal. Ruang makan untuk Buffet Halal dan Tidak Halal pun disediakan berasingan.
Pemandangan di JR Tham Krasae Restaurant
Makan tengahari sambil menikmati keindahan River Kwai dan Wang Pho Viaduct
Pemilik restoran ini juga menyediakan ruang untuk kami bersolat. Ruang ini terletak di sebuah kawasan terbuka di tingkat atas restoran. Kami diberitahu yang pemilik restoran ini sebenarnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah bilik solat yang sempurna untuk pelanggan Muslimnya, tapi bilik ini belum siap lagi pada masa sekarang.

Landskap di JR Tham Krasae Restaurant
Berjalan keluar dari JR Tham Krasae Resataurant

Part 32: Menuju ke Hellfire Pass

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke destinasi lawatan kami yang terakhir di Kanchanaburi ~ Hellfire Pass.

Menuju ke Hellfire Pass
Sebahagian lagi Landasan Keretapi Maut yang menuju ke stesen akhir perkhidmatannya di Nam Tok.
Hutan Kayu Jati
Mahidol University Kanchanaburi Campus
Kampus Mahidol University
Kawasan ini banyak ditanam dengan Pokok Asam Jawa
Pergunungan di Kanchanaburi
Pemandangan di kawasan Nam Tok yang merupakan destinasi akhir perkhidmatan Death Railway yang dikendalikan oleh State Railways Of Thailand sekarang.
Dalam perjalanan ke Hellfire Pass, kami melalui Stesen Nam Tok Sai Yok yang merupakan stesen akhir perkhidmatan Death Railway sekarang. Stesen ini hanya 30 minit dari Thamkrasae di mana kami turun tadi. Tidak jauh dari stesen ini adalah sebuah air terjun yang dinamakan Sai Yok Noi.

Selepas itu kami tiba di sebuah kem tentera. Hellfire Pass yang ingin kami lawati sebenarnya terletak di dalam kem tentera ini. Semua pelawat perlu mendaftar di pintu masuk ke kem tentera. Bagi kami segala-galanya diuruskan oleh Local Tour Guide kami yang bernama Saran.

Patung Buddha di perkarangan kem tentera
Sebahagian pemandangan kem tentera
Pintu masuk ke Kem Tentera

Part 33: Hellfire Pass

Tempat pertama yang kami lawati adalah muzium di Hellfire Pass Interpretive Centre yang dibina oleh Kerajaan Australia untuk memperingati anggota tentera negara tersebut yang menjadi tawanan perang Jepun dan dijadikan buruh paksa pembinaan Thai-Burma Death Railway.

Tempat parking kenderaan di Hellfire Pass
Peta keseluruhan Hellfire Pass
Kami di sini
Hellfire Pass Interpretive Centre
Pintu masuk ke Interpretive Centre
Reception Counter
Kisah mengenai buruh paksa pembinaan Landasan Keretapi Maut
Lest We Forget
Sebelum melawat ke ruang pameran muzium, kami dibawa terlebih dulu ke Platform Pemerhatian di luar muzium untuk melihat pemandangan dari sana. Kelihatan gunung-gunung tinggi tidak jauh dari tempat di mana kami berdiri. Di sebalik pergunungan ini adalah negara Myanmar.

Menikmati pemandangan dari Platform Pemerhatian
Di sebalik pergunungan di depan sana adalah negara Myanmar
Laluan menuju ke Hellfire Pass
Pemandangan dari Platform Pemerhatian
Pemandangan yang kami perhatikan di sini adalah Khwae Noi Valley yang merupakan sebahagian dari jajaran Thai-Burma Railway yang sepanjang 415 km. Disebabkan rupabuminya, buruh-buruh tahanan dipaksa untuk membina jambatan dan tambakan tanah untuk memungkinkan pembinaan landasan tersebut.

Peta Khwae Noi Valley

MEMORIAL MUSEUM

Sebelum melawat ke Hellfire Pass yang sebenar, kita melawat dulu ke muzium. Pameran di dalam muzium ini hebat, interaktif dan menarik. Maklum sajalah sebab ia dibina oleh Kerajaan Australia.

Laluan masuk ke Memorial Museum
Nama-nama tentera Australia yang terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut diabadikan pada dinding di muzium ini.
Landasan Keretapi Maut dibina menggunakan tenaga buruh paksa yang terdiri dari 60,000 tawanan perang dari Tentera Bersekutu dan beratus ribu rakyat marhaen dari jajahan takluk Jepun di benua Asia yang sebahagian besarnya datang dari Malaysia dan Singapura. Rakyat marhaen berbangsa Asia ini digelar "Romusha" oleh Tentera Jepun.

Ramai buruh paksa ini yang mati disebabkan kerja berat dan kekurangan makanan dan perubatan sewaktu pembinaannya. Saat paling sukar adalah dalam tempoh yang digelar sebagai "Speedo" oleh Tentera Jepun (dalam tahun 1943) di mana kerja-kerja pembinaan dipergiatkan untuk mengejar masa penyiapan. Mayat tawanan perang dari Tentera Bersekutu ini disemadikan semula di kubur-kubur perang dengan penuh penghormatan di Kanchanaburi selepas perang tamat. Bagi mangsa yang terdiri dari Romusha pula, tak siapa tahu di mana mereka bersemadi. 

Down The Memory Lane
Pemandangan di dalam muzium
Banyak sejarah Perang Dunia Kedua yang diabadikan di muzium ini
Tentera Bersekutu yang dijadikan tawanan perang Tentera Jepun
Kemudian kita masuk pula ke sebuah teater untuk menonton sebuah dokumentari mengenai pengalaman bekas-bekas tawanan perang Tentera Bersekutu yang berjaya diselamatkan selepas perang tamat. Memang sayu mendengar cerita mereka. Ramai bekas tentera ini yang walaupun berbangsa Inggeris tak dapat menahan air mata bila mengenangkan nasib buruh-buruh paksa Romusha yang bekerja bersama mereka dulu. Ramai yang mengakui, nasib mereka lebih baik berbanding Romusha yang kebanyakannya hilang tanpa kesan selepas tamat perang.

Menonton dokumentari dalam teater
Kisah mengenai Hellfire Pass
Ramai bekas tentera yang tak dapat menahan kesedihan bila mengenangkan nasib rakan-rakan dan buruh-buruh Romusha yang maut sewaktu menjadi buruh paksa.
Kisah pembinaan Wang Pho Viaduct yang kami lalui dengan Death Railway pagi tadi
Buruh-buruh paksa yang bertugas dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut
Pemandangan di kem tahanan yang sesak dan serba kekurangan
Buruh-buruh paksa terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan dengan menggunakan apa saja yang ada pada mereka.

MEMORIAL WALKING TRAIL

Selepas melawat muzium, barulah kita menjejak Memorial Walking Trail pula.

Arah ke walking trail
Turun tangga ke bawah...
Ada Audio Guide percuma disediakan untuk pengunjung dalam Bahasa Thai dan Inggeris
Kaunter Audio Guide
Kenangan dari seorang lagi mangsa buruh paksa
Penerangan tentang Memorial Walks
Memorial Walks yang disediakan terletak 250 meter di bawah bukit di mana muzium didirikan. Ia adalah laluan yang sama digunakan oleh buruh-buruh paksa untuk pergi ke tempat kerja. Tapi laluan ini kini dah dibina cantik dan selamat, bukanlah laluan tanah yang curam dan merbahaya seperti waktu itu.

Laluan keluar ke Memorial Walks
Laluan yang sebenar terletak jauh di bawah sana
Kisah sejarah Landasan Keretapi Maut
Tak sukar sebenarnya nak hiking di Memorial Trail ini. Sebahagian laluannya dibina dari kayu dan sebahagian lagi dah diturap rata dengan batu-batu kerikil. Rasa macam berjalan membuat Bush Walking di Blue Mountain dekat Sydney dulu. Maklum sajalah, kawasan sejarah ini dibangunkan oleh Kerajaan Australia. Jadi feeling-feeling macam Australia tu tetap ada di sini.

Sebahagian Memorial Walk dibina dari kayu macam laluan buat Bush Walking di Australia
Cuma yang mungkin jadi problem kepada sesetengah orang adalah tangga-tangga yang tinggi begini.
Tapi jangan gusar, ada tempat-tempat berehat yang disediakan di sepanjang laluan.
Huh, jauh lagi kena turun ke bawah.
Cantik pokok-pokok buluh di tepi laluan ni.
Masih kena turun lagi ke bawah di sana
Tangga adalah sahabat setia kalau kita berjalan di Memorial Walk ini
Di hujung laluan berkayu ini barulah kita tiba di kawasan tapak pembinaan Thai-Burma Railway yang sebenar. bermula dari sini, jalan laluannya berturap dengan batu-batu kerikil yang kecil.

Tapak sebenar pembinaan Thai-Burma Railway
Keterangan mengenai tapak pembinaan Thai-Burma Railway
Beginilah gambaran landasan yang pernah wujud di sini dulu.
Berjalan menuju ke Hellfire Pass yang sebenar
Pokok-pokok kayu jati yang tinggi menjulang di sekitar
Laluan ini adalah landasan yang tidak sempat disiapkan sebelum Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu.

Kesan pembinaan landasan keretapi yang masih tinggal
Tebing-tebing tinggi di tepi laluan
Sepanjang perjalanan di laluan ini kita boleh mendengar kisah pembinaan landasan ini menerusi audio yang diberi. Ceritanya lebih kurang sama saja dengan cerita yang kita tengok di teater di muzium tadi.

Mendengar kisah pembinaan Landasan Keretapi Maut menerusi audio
Suasana di sini hening dan sepi, sama seperti suasana sewaktu kami melawat ke Kem Tahanan Nazi di Dachau, Germany dulu.
Insaf bila mengenangkan betapa beribu-ribu buruh paksa maut di sini pada masa dulu. Mungkin ada perkuburan mereka di sekitar sini yang kita tak tahu.
Di tempat-tempat tertentu ada disediakan papan keterangan seperti ini
Buruh-buruh paksa yang kurus kering kerana kekurangan makanan
Semakin menghampiri Hellfire Pass yang sebenar
Kerusi untuk berehat
Ngeri juga melihat kecuraman tebing di tepi laluan ini
Batu-batu gunung yang terpaksa dipecahkan oleh buruh-buruh paksa untuk pembinaan landasan
Tiba di Hellfire Pass
Hellfire Pass adalah laluan di celah gunung batu sedalam 17 meter dan sepanjang 110 meter yang dipecahkan dengan menggunakan tenaga manusia. Sewaktu pembinaannya, buruh-buruh paksa dipaksa bekerja sehingga 16-18 jam sehari sehingga lewat malam dengan cuma diterangi api dari jamung. Pemandangan api jamung di malam hari inilah yang memberikan nama Hellfire Pass (Laluan Api Neraka) kepada tempat ini. Selepas perang tamat pada bulan Oktober 1945, 124 buah kubur tahanan ditemui di sini.

Pintu masuk ke Hellfire Pass
Kisah mengenai Hellfire Pass
Landasan keretapi di Hellfire Pass ini sebenarnya telah dimusnahkan oleh Tentera Bersekutu selepas tamat perang bagi memastikan Jepun tak akan dapat menggunakannya jika mereka kembali berkuasa.
Bahagian landasan yang masih tinggal
Ramai warga Australia berkunjung ke sini setiap tahun untuk mengenang peristiwa yang berlaku. Ada banyak memorablia dan bunga poppy yang diletakkan oleh keluarga mangsa yang terkorban sebagai tanda peringatan dan terima kasih atas keberanian dan pengorbanan mereka.

Bunga-bunga poppy dan memorablia yang diletakkan untuk memperingati mangsa yang terkorban.
Paku berkarat yang ditinggalkan
Papan keterangan
Bendera-bendera Australia
Pelawat ke Hellfire Pass
Landasan Keretapi Maut dibina sepenuhnya dengan menggunakan tangan. Hanya peralatan-peralatan simple seperti tukul dan baji sahaja yang diberi kepada buruh untuk membantu mereka. Secara keseluruhan, terdapat 688 buah jambatan yang telah dibina di laluan keretapi ini. Hanya 8 buah sahaja yang dibina dari besi (seperti River Kwai Bridge) dan yang selebihnya dibina dari kayu yang ditebang dari pokok-pokok hutan yang berdekatan (seperti Wang Pho Viaduct).

Bayangkanlah betapa sukarnya buruh-buruh paksa memecahkan batu untuk membina laluan ini pada masa dulu.
Peringatan dari keluarga mangsa perang
Sebahagian lagi kesan landasan yang tinggal
Bandingkan ketinggian kita dengan Hellfire Pass ini
Serpihan besi dari landasan yang telah dimusnahkan
Bandingkan pula kedalaman Hellfire Pass dengan pokok ini
Kalaulah pokok ini boleh bercerita tentang apa yang pernah dilihatnya di sini...
Mata gerudi yang masih tertanam dalam batu
Lagi penghormatan yang ditinggalkan untuk mangsa-mangsa yang terkorban
Keterangan tentang Hellfire Pass Memorial
Di sebelah plak penerangan tentang Hellfire Pass yang dilekatkan kepada cerun tebing, ada sebuah plak yang didedikasikan kepada Sir Edward "Weary" Dunlop. Dia adalah seorang pakar bedah tentera British yang banyak berjasa menyelamatkan banyak nyawa di kem-kem tahanan, walaupun dia sendiri adalah seorang tawanan perang. Sir Dunlop meninggal dunia di Melbourne, Australia pada tahun 1993. Mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Hellfire Pass.

Plak memorial untuk Sir Edward "Weary" Dunlop
Ada dua peringkat Walking Trail di Hellfire Pass ini sebenarnya. Peringkat pertama yang terdiri dari laluan yang diturap dengan batu-batu kerikil kecil ini berakhir di Memorial Obelisk. Laluan peringkat kedua pula bermula dari belakang tugu ini sehingga ke Hintok Road. Laluan peringkat kedua ini lebih mencabar kerana ia dibiarkan dalam keadaan asal.

Memorial Obelisk di penghujung laluan peringkat pertama
Pemandangan lebih dekat Memorial Obelisk
Walking Trail peringkat pertama yang dinamakan Blue Walk berakhir di sini
Walking Trail peringkat kedua yang dinamakan Green Walk sejauh 2 km lagi juga bermula di sini.
Papan Memorial untuk buruh paksa Asia yang digelar oleh Jepun sebagai Romusha berhampiran Memorial Obelisk
Penghormatan untuk Romusha yang terkorban
Perayaan Anzac Day turut diadakan di sini pada 25 April setiap tahun untuk memperingati perajurit Australia dan New Zealand yang terkorban di sini.
Kami cuma mengikut Walking Trail peringkat pertama sahaja. Dari sini, kami diminta untuk balik ke Interpretive Centre sama ada menerusi laluan tadi atau menggunakan laluan short cut yang lebih dekat tapi perlu mendaki tangga terus menerus setinggi bangunan 4 tingkat. Ramai yang memilih balik mengikut laluan datang tadi, cuma beberapa kerat sahaja termasuk kami yang memilih untuk mengikut laluan short cut.

Laluan short cut untuk balik ke Interpretive Centre
Menyesal juga sebenarnya memilih ikut laluan ini sebab tangganya sangat tinggi dan mencabar. Tapi disebabkan nasi dah menjadi bubur, kita teruskan saja mendaki tangga sehingga ke hujung.
Rasa nak putus nyawa juga memanjat tangga ikut short cut ini. Syukurlah kami cukup fit untuk meneruskan perjalanan.
Ahli kumpulan yang juga memilih mengikut laluan ini sedang menarik nafas
Tangga yang telah kami daki setakat ini...
Satu kelebihan memilih balik mengikut laluan ini ialah kita dapat melihat pemandangan Hellfire Pass dengan jelas di bawah sana.

Pemandangan Hellfire Pass dari atas
Sebahagian Hellfire Pass dibina dengan cara meletupkan batu gunung dengan menggunakan dinamit. Serpihan batu yang diletupkan walau bagaimanapun tetap diangkut keluar dengan menggunakan tangan.
Kereta yang digunakan untuk mengangkut batu yang telah diletupkan. Ia tetap menggunakan tenaga manusia untuk menolaknya.
Platform pemerhatian di laluan short cut
Jurang yang dalam
Masih tak sampai-sampai lagi
100 meter saja lagi...
Lega bila dah tak ada lagi laluan mendaki
Terus sampai kat tempat parking bas rupanya. Memang betul-betul short cut.
Meraikan kejayaan pulang menggunakan laluan short cut yang sangat mencabar itu
Sebelum balik ke bas, Myself dan Husband sempat meninjau gerabak keretapi lama yang ditinggalkan dekat tempat parking kenderaan Hellfire Pass. Sebiji macam keretapi yang digunakan oleh tentera Nazi di Germany dulu.

Selepas semua ahli kumpulan dah berkumpul, barulah kami meninggalkan Hellfire Pass.

Kembali ke bas
Di sinilah laluan short cut tadi berakhir
Pemandangan sewaktu keluar dari Kem Tentera
Hebat Minah Salleh ni berjalan seorang diri begini

Part 34: Dinner Di Kanchanaburi

Dari Hellfire Pass, kami kembali ke Kanchanaburi. Bila Tour Leader memberitahu yang kami akan dinner awal hari ini, semua bersetuju sebab masing-masing dah tak sabar nak balik ke bilik selepas penat hiking di Hellfire Pass tadi.

Pemandangan Stesen Nam Tok Sai Yok yang merupakan stesen keretapi terakhir Thai-Burma Death Railway yang masih beroperasi.
Gerai-gerai di tepi stesen keretapi
Sungai
Kembali ke bandar Kanchanaburi
Seni ukiran batu
Eyy, Makan Resort!!
Tak pasti yang ini kilang atau restoran
Kanchanaburi
Pasar-pasar begini memang sentiasa ada di mana-mana bandar di Thailand
Memang awal kami dinner hari itu, jauh lebih awal dari waktu berbuka puasa. Tapi tak kisahlah asalkan perut kenyang.

Restoran dinner kami
Dinner kami disediakan di sebuah restoran local Muslim di Kanchanaburi. Tak tahu apa nama restoran ini sebab tak ada langsung tulisan rumi.

Jom kita masuk ke dalam
Myself tak boleh nak bagi clue langsung tentang nama atau kedudukan restoran ini di Kanchanaburi. Kalau nak ke sini, cari saja signboard ini yang terletak betul-betul kat depan restoran...

Boleh baca tak? Hahaha!
Suasana di dalam restoran
Makanan yang disediakan adalah makanan Thai yang tipikal. Memang sedap dan kena dengan selera kita. Oleh kerana beras sangat murah di negara ini, nasi tambah tidak dikenakan bayaran di mana-mana restoran di Thailand.

Makan malam yang simple dan sedap
Tengah makan kat sini ada pulak ahli kumpulan yang bergurau tanya password untuk wifi. "Ada tulis kat atas sana tu," balas seorang lagi ahli kumpulan.

"Ada password wifi kat atas tu!"
Inilah password yang dimaksudkan. Boleh baca? Hahaha!
Memang seronok kalau travel dengan Group yang sekepala begini. Ada saja gurauan dan hilai tawa yang menghiburkan.

Pemandangan di dalam bas sewaktu balik ke hotel
Selamat kembali ke Kanokan Hotel


 Bersambung ke Bahagian 14...