Wednesday 25 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 12 (River Kwai)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 12: Kanchanaburi 2
BRIDGE ON RIVER KWAI & THAI-BURMA DEATH RAILWAY

HARI KETIGA (2)

Part 29: River Kwai Bridge

Mengikut sejarah, Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing dalam Perang Dunia Kedua disebabkan polisi yang diamalkan oleh pemerintahnya yang bernama King Chulalongkorn. Untuk mengelakkan negaranya dari dijajah oleh Jepun, Kerajaan Thailand telah menandatangani sebuah perjanjian  pada tahun 1942 yang memberi kebenaran kepada Tentera Jepun untuk membina sebuah landasan keretapi dari Burma (kini dikenali sebagai Myanmar) ke Thailand. Jumlah kepanjangan landasan keretapi ini adalah 415 km (303 km di Thailand dan 111 km di Burma). Kami turut menyelusuri sejarah pembinaan Landasan Keretapi Maut ini di Kanchanaburi.

Tiba di River Kwai Bridge
Lawatan kami bermula di River Kwai Bridge. Tempat parking bas di River Kwai Bridge ini dikelilingi oleh kedai-kedai cenderamata. Disebabkan cuaca yang panas terik hari ini, kami singgah terlebih dulu di salah sebuah kedai ini kerana ramai yang nak membeli topi.

Tempat parking bas di River Kwai Bridge
Singgah sebentar sebab ramai yang nak membeli topi
Pelbagai topi untuk jualan
Topi ini dinamakan Burmese Hat
Gambar lama kem tahanan perang berhampiran Kanchanaburi di kedai cenderamata
Selain topi, banyak cenderamata lain yang dijual di sini. Antara yang banyak dilihat adalah kraftangan dan batu-batu permata. Kanchanaburi adalah sebenarnya sebuah pusat perlombongan batu permata Ruby. Namun kami diberitahu, batu Ruby ini bukan dari jenis yang berkualiti tinggi.

Kedai cenderamata
Bertuah pemilik kedai ini hari ini kerana mendapat kunjungan dari kumpulan kami yang besar ini.
Batu-batu permata adalah antara cenderamata yang banyak dijual di Kanchanaburi
Perhiasan dari batu permata.
Kedai menjual T-Shirt
Selepas semua dah selesai membeli topi dan cenderamata, kami berjalan beramai-ramai menuju ke River Kwai Bridge.

Memang excited bila akhirnya dapat melihat sendiri River Kwai Bridge (sebutan sebenarnya: River Kwae Bridge) yang terkenal itu. Jambatan ini dibina hasil perjanjian yang ditandatangani oleh King Chulalongkorn dengan Kerajaan Jepun. Selain membenarkan Jepun membina landasan keretapi menuju ke Burma, perjanjian tersebut turut membenarkan Jepun menggunakan Thailand sebagai laluan tenteranya untuk menjajah Malaysia dan Singapura (ketika itu dikenali sebagai Malaya) dan Myanmar (Burma) yang merupakan jajahan British.

River Kwai Bridge
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Tentera Bersekutu menguasai jalan laut. Oleh yang demikian, Jepun bertindak membina Landasan Keretapi Maut untuk mengelakkan pergantungan kepada jalan laut dalam hasrat mereka untuk menakluk India.

Penghibur Jalanan Kanak-Kanak dekat River Kwai Bridge
Gitar lebih besar dari budak yang memainkannya
Ramai yang memberi sumbangan kepada mereka
Pemandangan menghala ke River Kwai Bridge Station dari jambatan
Replika Bom Perang Dunia Kedua
Amaran dari State Railways of Thailand
Landasan Keretapi Maut ini kini masih dikekalkan sebagai kesan sejarah dan tarikan kepada pelancong. Perkhidmatan keretapi Thailand masih menggunakan jambatan ini. Bila tidak dilalui oleh keretapi, pengunjung bebas berjalan di atas jambatan ini untuk menikmati pemandangan River Kwai di bawahnya.

Sebenarnya terdapat 2 jambatan yang pernah dibina di sini. Jambatan asal dibina dari kayu pada tahun 1943. Jambatan ini walau bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga jambatan besi seperti yang dilihat pada hari ini siap. Terdapat rekod tahanan perang dipaksa meredah air Sungai Kwai sambil membawa kayu-kayu yang berat untuk membina jambatan kayu sementara itu. Bahagian-bahagian besi pada jambatan yang dilihat sekarang dibawa oleh Jepun dari Pulau Jawa di Indonesia. Jambatan ini kemudian rosak dibom oleh Tentera Bersekutu tetapi ia tidak musnah sepenuhnya. Ia telah diperbaiki menjadi seperti sekarang selepas perang tamat.

Jepun menakluk sebahagian besar Asia Timur sewaktu Perang Dunia Kedua. Selain dari British di Malaya dan Burma, mereka juga berperang dengan Amerika di Filipina dan Belanda di Indonesia (ketika itu dikenali sebagai Dutch East Indies). Kerana itulah selain dari tentera British, buruh-buruh paksa pembinaan landasan keretapi juga turut terdiri dari tentera Amerika dan Belanda yang menjadi tawanan perang Jepun. 

Kita lihat pula pemandangan yang dapat diperhatikan dari atas jambatan...

Di hujung jambatan seberang sana sungai ada sebuah replika kem tahanan perang tetapi kami tak berkesempatan nak melawat ke situ. Rekod menunjukkan selain dari dipaksa membuat kerja berat, tahanan-tahanan perang juga maut akibat penyakit dan kebuluran. Tahanan-tahanan perang juga turut disiksa jika dirasakan mereka melawan atau enggan bekerja.

Replika Kem Tahanan Perang di seberang River Kwai
Pemandangan lebih dekat Kem Tahanan Perang
Menarik juga kalau dapat melawat ke sana tetapi kami tak berkesempatan nak berbuat begitu.
Selain melawat ke River Kwai Bridge, kami juga akan dibawa menaiki Thai-Burma Death Railway ini. Keretapi dijangka berlepas dari Stesen River Kwai pada pukul 10.40 pagi. Jadi sementara ada sedikit waktu yang terluang ini, kita turun ke tebing sungai untuk menikmati pemandangan jambatan dari sana pulak.

Kisah jambatan ini juga pernah diabadikan dalam filem Hollywood 'The Bridge On The River Kwai' pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, penggambaran filem ini dibuat di Sri Lanka dan kami pernah melihat tempat penggambaran ini dibuat sewaktu melawat ke Sri Lanka dulu.


Part 30: Thai-Burma Death Railway

Walaupun Landasan Keretapi Maut yang sebenar tidak sampai ke sempadan Myanmar selepas dimusnahkan bila perang tamat, bahagian landasan yang berada di Thailand kini digunakan oleh State Railways of Thailand. River Kwai Bridge adalah sebahagian dari landasan ini.

Stesen River Kwai Bridge
Sebahagian jajaran Landasan Keretapi Maut berhampiran Stesen River Kwai Bridge
Bergambar di tengah landasan
Gerai jualan di Stesen River Kwai
Perkhidmatan keretapi dari Bangkok ke Nam Tok masih menggunakan landasan ini. Keretapi ini adalah sebenarnya keretapi untuk membawa pelancong melihat Landasan Keretapi Maut, tetapi turut digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di sekitar laluannya.

Excursion Train dari Bangkok tiba di River Kwai
Menunggu keretapi tiba
Bergambar di depan keretapi
Pemandangan keretapi di Stesen River Kwai Bridge
Keretapi ini bukan keretapi kami. Tapi bila nampak keretapi ini tiba di stesen, ramai ahli kumpulan yang masih berada di River Kwai Bridge menjadi panik sebab menyangka yang keretapi kami dah tiba.

Pemandangan dekat keretapi yang tiba
Keretapi ini memberi perkhidmatan di antara Bangkok dan Nam Tok
Pemandangan ke dalam keretapi
Macam pemandangan keretapi Kelas 3 KTM di Malaysia zaman dulu-dulu
Kipas antik dalam keretapi
Pemandangan ke luar dari dalam keretapi
Keretapi ini berhenti selama 10 minit di Stesen River Kwai Bridge
Husband posing dalam keretapi
Satu lagi pose dari Husband
Penjual poskad di Stesen River Kwai Bridge
Keretapi berlalu pergi
Keretapi kami adalah keretapi pelancong yang seterusnya. Selepas keretapi tadi berlalu, ada petugas State Railway of Thailand yang datang memeriksa tiket kita dan mengedarkan sticker kepada pelancong-pelancong yang akan naik ke tren tersebut. Sticker ini kena ditampal pada pakaian untuk kemudahan.

Petugas State Railways of Thailand yang mengedarkan sticker kepada kumpulan kami
Sticker ini kena ditampal pada baju. Ada nombor koc dan tempat duduk ditulis pada sticker ini.
Menunggu Death Railway tiba... Bunyi macam nak naik keretapi hantu je, kan??
Husband bergambar dengan Keluarga Thai. Anak dia orang tu suka mengagah-agah Husband.
Bersama ahli Group yang datang dari Sarawak
Pemandangan platform yang di sebelah sana
Satu lagi pemandangan platform di seberang sana
Mat-Mat Salleh yang juga nak naik Death Railway bersama kami
Death Railway yang kami naiki juga sebenarnya datang dari Bangkok. Ia berlepas dari Stesen Bangkok Thonburi pada pukul 7.50 pagi menuju ke Nam Tok Sai Yok Noi. Kami walau bagaimanapun menggunakan khidmat tren ini dari Stesen River Kwai Bridge sehingga ke Thamkrasae.

Death Railway tiba
Lawa keretapi ni... colour pink.
Koc kami
Pemandangan dalam koc kami
Keretapi kami berlepas dari River Kwai Bridge Station pada pukul 10.45 pagi mengikut jadual. Keretapi ini juga tak ada air-cond, cuma ada kipas angin antik pada siling. Tapi cuaca dingin di Kanchanaburi ketika itu menjadikan suasana di dalamnya nyaman dan selesa.

Meninggalkan River Kwai Bridge Station
Pemandangan berhampiran River Kwai Bridge Station
Beberapa minit selepas meninggalkan River Kwai Bridge Station, kami melintasi River Kwai Bridge. Sewaktu jambatan ini dibina, sungai di bawahnya bernama Mae Klong River yang bersambung dengan Khwae Noi River di hilirnya. Tapi entah bagaimana, jambatan ini sering dipanggil River Kwai Bridge oleh pelancong. Untuk kemudahan semua pihak, sungai di bawahnya kemudian ditukar nama menjadi Khwae Yai yang mirip kepada sebutan "Kwai". Kalau anda nak tahu, River Kwai sebenarnya bermaksud Buffalo River.

Pemandangan dari atas River Kwai Bridge
Satu lagi pemandangan yang sama
Kuil Buddha di seberang jambatan.
Sambil kita menaiki Death Railway, kita imbau kembali keperitan dan penderitaan buruh-buruh paksa yang membinanya. Seperti yang diceritakan sebelum ini, sebahagian buruh paksa ini adalah tentera British, Belanda, Australia dan Amerika yang ditawan oleh tentera Jepun. Ini berlaku kerana Jepun tidak menandatangani Geneva Convention yang melarang penggunaan tawanan perang dalam projek-projek pembinaan bagi kegunaan perang. Kesemua mereka dipaksa bekerja 13-14 jam sehari.

Replika Kem Tawanan Perang di seberang River Kwai
Satu lagi pemandangan ke dalam replika Kem Tawanan Perang
Kita dapat tempat duduk dekat toilet tapi tak apa sebab toilet ini bersih dan tak berbau.
Kadar kematian tawanan bukan tentera yang menjadi buruh paksa pula dianggarkan melebihi 100,000 orang. Lebih dari 86% berasal dari Asia. Penderitaan buruh-buruh paksa ini berakhir selepas Jepun tewas kepada Tentera Bersekutu pada tahun 1945. Salah seorang survivor yang dapat pulang ke kampung halaman adalah seorang Datuk Saudara Myself. Bayangkanlah betapa gembira dan bersyukurnya perasaan keluarga kami ketika itu sewaktu melihat dia kembali kerana selama ini dia disangka telah maut di tangan Jepun.

Death Railway melalui banyak kawasan pertanian dalam perjalanan menuju ke Thamkrasae. Memang kagum kita melihat betapa majunya sektor pertanian di Thailand walaupun ia lebih terkenal sebagai negara pengeluar beras.

Sesekali, Death Railway juga melalui tepi tebing-tebing gunung yang tinggi.

Melalui tebing gunung yang tinggi
Dekat sangat tebing ini dengan keretapi sehingga kita bagai boleh menyentuhnya.
Landasan keretapi maut telah dimusnahkan oleh Tentera Bersekutu selepas perang tamat pada tahun 1945. Tapi ia tidaklah dimusnahkan dengan serta-merta. Landasan ini terus digunakan sehingga tahun 1947 untuk mencari mayat mangsa-mangsa tawanan perang yang ditanam oleh Jepun di sepanjang landasan. 

Bahagian barat landasan ini telah diperbaiki untuk meneruskan kegunaannya dalam perkhidmatan keretapi di Thailand. Namun demikian, bahagian landasan di utara yang berhampiran dengan sempadan Burma telah dimusnahkan langsung untuk memastikan ia tak lagi dapat digunakan oleh Tentera Jepun jika mereka kembali berkuasa. Kesan bahagian landasan yang musnah ini masih boleh dilihat di Hellfire Pass yang akan kami lawati pada petang nanti.

Kuil Buddha di puncak bukit
Tanaman sayur rasanya ni
Railway Crossing
Lagi pemandangan di dalam tren
Tanah yang digembur untuk pertanian
Pokok pisang dan ubi kayu
Pokok Nira
Tapak Semaian
Ladang pertanian
Pokok Jagung
Yang kat sini, pokok jagungnya dah besar sikit
Persediaan untuk tanaman
Ladang Tebu
Kipas antik pada siling
Wat Buddha lagi
Bangunan sekolah di luar bandar
Tak pasti apa tanaman di sini
Kawasan pertanian
Kawasan pertanian lagi
Kemajuan pertanian di Thailand memang jelas kelihatan dari Death Railway
Keretapi Maut ini juga turut membuat persinggahan di beberapa stesen kecil dalam laluannya. Ada beberapa orang local dan penjaja akan naik ke dalam tren dari sini. Backpacker Mat Salleh yang tinggal di homestay kat kampung-kampung berdekatan pun ada yang naik dari sini. Disebabkan mereka naik dari stesen kampung, bolehlah mereka membeli tiket pada harga local dan bukan harga pelancong macam kami.

Singgah di sebuah stesen kecil
Stesen Wangyen
Pegawai-pegawai keretapi membuat pemeriksaan tiket
Meneruskan perjalanan
Kawasan perkampungan
Ladang Ubi Kayu
Ladang Pisang
Tanah yang sedang disiapkan untuk tanaman semula
Singgah di Stesen Ban Kao pulak
Sewaktu di dalam tren ada petugas keretapi yang akan mengambil gambar penumpang. Gambar-gambar ini kemudian dijual dalam bentuk sijil naik keretapi sebagai souvenir. Kalau tak salah, harganya dijual THB 10 (RM 1.40). Kita pun belilah juga untuk dijadikan kenangan.

Sijil yang dijual sebagai souvenir
Pemandangan di belakang Sijil
Ada juga ramai penjaja yang menjual makanan ringan dalam tren. Salah seorang di antara mereka adalah seorang Mamat dari Bangladesh yang menjual Donut dan Pancake. Disebabkan Donut dan Pancake ini Halal dan demi nak membantu saudara seagama, kami belilah jualannya yang turut disedekahkan kepada ahli-ahli kumpulan. Memang sedap dan lembut Donut dengan Pancake yang dijual.

Penjual Minuman dan Makanan Ringan
Mamat Bangladesh yang menjual Donut dan Pancake atas tren
Masih melalui kawasan tanaman Ubi Kayu
Pemandangan di luar tren
Penjual topi kat luar tren. Ada sebuah tarikan pelancongan dekat kawasan ini sebenarnya.
Lalu di tepi tebing gunung yang tinggi sekali lagi

WANG PHO VIADUCT

Kami mendapat tempat duduk di sebelah kanan dalam tren ini. Kalau boleh, dapatkan tempat duduk di sebelah kiri kerana pemandangan yang sangat superb terdapat di sebelah kiri sewaktu tren melalui Wang Pho Viaduct.

Tiba di Wang Pho Viaduct
Demi nak mendapatkan gambar cantik Sungai Kwae dan jambatan laluan keretapi sewaktu melintas Wang Pho Viaduct, Husband dengan beberapa orang lain bergadai nyawa berdiri dekat pintu keretapi. Tapi tak mengapa sebab tren bergerak slow sangat di sini untuk membolehkan penumpang mengambil gambar. Namun kalau anda seorang yang gayat, janganlah berbuat begitu kerana jambatan laluan keretapi di sini sangat-sangat tinggi.

Husband bergadai nyawa berdiri kat pintu keretapi untuk mengambil gambar
Pemandangan di Wang Pho Viaduct
River Kwai
Pemandangan dari tempat duduk kami yang sebenar sewaktu tren lalu di Wang Pho Viaduct
Wang Pho Viaduct adalah sebenarnya sebuah jambatan gantung (trestle bridge) yang dibina oleh tawanan perang Jepun menggunakan kayu. Jambatan ini memang tinggi dan dibina di kawasan yang sangat sukar untuk dibuat sebarang pembinaan. Banyak teknologi kejuruteraan yang luar biasa diperlukan untuk membina Wang Pho Viaduct sebenarnya terutama kerana ia dibina di zaman kejuruteraan tidak semaju sekarang. Namun ia tidak pernah mendapat pengiktifarafan dari mana-mana badan dunia kerana sejarah pembinaannya yang dibina oleh tawanan perang.

Kalau duduk di sebelah kanan pun tak bermakna kita tak dapat menghayati kegayatan sewaktu melalui Wang Pho Viaduct. Kita tetap dapat melihat jurang curam di celah tebing di tepi gunung. Memang gayat, weyy! Bayangkanlah tawanan-tawanan yang dipaksa memanjat tebing tinggi ini (dah pasti tanpa sebarang peralatan keselamatan) pada masa itu.

Jurang di bawah jambatan di tepi tebing curam
Gayat betul weyy bila tengok ke bawah sana.
Panjang juga bahagian jambatan yang tergantung begini kat tepi tebing tu.
Sebahagian besar jambatan ini masih menggunakan struktur asal yang dibina pada zaman Jepun
Death Train membelok di sini
Itulah jambatan Wang Pho Viaduct yang dilalui tadi
Penghujung Wang Pho Viaduct
Pada tebing curam di hujung Wang Pho Viaduct ini, ada sebuah gua yang di dalamnya terdapat sebuah patung Buddha. Ia juga terkenal dengan kelawar yang menjadikan gua ini sebagai tempat tinggal mereka.

Gua di penghujung Wang Pho Viaduct
Pintu gua
Melihat keretapi lalu dari tepi tebing curam
Melihat keretapi lalu dari sebelah tebing sungai
Lengkungan Sungai Kwai di Wang Pho Viaduct
Stesen Thamkrasae juga terletak di penghujung Wang Pho Viaduct. Di sinilah kami turun dan menamatkan pengembaraan kami dengan Thai-Burma Death Railway ini.



Bersambung ke Bahagian 13...