Monday 1 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 22 (Tarifa - Algeciras - Granada)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 22: Spain
TARIFA - ALGECIRAS - GRANADA

HARI KEENAM (3)

Part 58: Tarifa

Hola, Espana! (disebut: Ola Espan-ya! yang bermaksud Hello, Spain! Huruf 'h' dalam Bahasa Spanish tidak mempunyai sebarang bunyi). Tarifa adalah kota yang terletak paling selatan di benua Eropah dan dikelilingi oleh 2 lautan: Atlantik dan Mediterranean. Ia mula terbentuk dengan berdirinya sebuah kota yang dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III pada kurun ke-10.

Tarifa
Tembok kota lama yang didirikan oleh Khalifah Abdul Rahman III
Kota lama ini kini dikenali sebagai Castle of Tarifa
Castle of Tarifa dibina pada tahun 960 Masehi oleh Khalifah Córdoba yang bernama Abdul Rahman III. Bila istana ini dirampas oleh King of Castile yang bernama Sancho IV pada tahun 1292, ia diserahkan untuk dijaga oleh Lord of Niebla & Nebrija yang bernama Alonso Pérez de Guzmán. Sewaktu dikepung oleh tentera adik kepada Sancho IV yang bernama Infante Don Juan, Guzmán dengan bantuan orang Marinid, tetap mempertahankan kota tersebut sekalipun nyawa anaknya sendiri menjadi taruhan. Tindakan Guzmán menyebabkan dia diberi gelaran El Bueno (The Good).

Castle of Tarifa
Castle of Tarifa yang dibina oleh Khalifah Córdoba ini menjadi rebutan di antara orang Islam dan Kristian di Spain pada masa dahulu.
Selepas penaklukan Kristian, Tarifa berfungsi sebagai sebuah kota sempadan yang pada mulanya dengan Kingdom of Granada. Selepas kerajaan Nazari di Granada tewas, Tarifa menjadi kota pertahanan serangan orang Berber dari Morocco pula. Pada kurun ke-18 Masehi seterusnya, Tarifa menjadi pangkalan tentera British untuk menakluk Gibraltar.

Laluan sepanjang 400 km dari Tarifa dan bercabang menerusi wilayah Málaga and Cádiz dikenali sebagai Ruta de los Almorávides y Almohades (Route of the Almoravids and Almohades). Almoravid dan Almohad adalah dua dinasti dari benua Afrika yang meninggalkan banyak tinggalan senibina hebat di Al-Andalus (Kerajaan Islam Spain). Jalan yang bercabang menerusi wilayah Málaga and Cádiz ini bercantum kembali di Ronda (Málaga).

Papan tanda permulaan Ruta de los Almorávides y Almohades (Route of the Almoravids and Almohades) di Tarifa
Banyak tinggalan sejarah Islam dapat ditemui di sepanjang Route of the Almoravids and Almohades ini yang menganjur dari Tarifa sehingga ke Ronda.
Peta Route of the Almoravids and Almohades
Senibina Spanish dengan pengaruh Moorish di Tarifa
Disebabkan keakraban sejarah Tarifa dengan Morocco pada masa dahulu, suasana di sini masih seakan-akan sama dengan di Morocco
Suasana di bandar Tarifa yang dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III dengan lorong-lorongnya yang sempit dan berliku masih dapat dilihat sehingga sekarang.

Penunjuk arah
Bangunan di Tarifa banyak dicat dengan warna putih
Hotel Villanueva
Hotel El Asturiano
Hotel Reni's
Jubin Moorish banyak digunakan sebagai perhiasan bangunan di Spain. Moorish adalah perkataan yang menggambarkan peninggalan Kerajaan Islam di Spain.
Tarifa juga terkenal dengan aktiviti Whale Watching di Laut Mediterranean
Lagi lukisan yang menggambarkan Ikan Paus
Travel Agent
Suasana di bandar Tarifa
Lagi suasana di bandar Tarifa
Spanish-Moorish architecture
Meninggalkan Tarifa

Part 59: Menuju Ke Algeciras
 
Destinasi kami selepas meninggalkan Tarifa adalah kota Granada untuk melawat Alhambra yang terkenal itu di sana. Memandangkan perjalanan ke Granada adalah sejauh 280 km dan dijangka memakan masa 3 jam 30 minit, kami akan membuat persinggahan terlebih dahulu di Algeciras untuk makan tengahari.

Perjalanan ke Algeciras adalah melalui kawasan yang dinamakan Costa del Sol (Coast of the Sun). Seperti Costa de la Luz (Coast of the Light), Costa del Sol juga adalah kawasan yang menerima banyak sinaran matahari dan tiupan angin yang kencang. Cuma bezanya Costa de la Luz adalah pantai yang menghadap ke Laut Atlantik manakala Costa del Sol pula adalah pantai yang menghadap ke Laut Mediterranean. Banyak kincir angin diperhatikan sepanjang perjalanan menuju ke Algeciras. Malah Spain adalah negara pertama di dunia yang menjadikan kincir angin sebagai sumber utama tenaganya. Tenaga elektrik dari kincir angin menyumbangkan 1/5 tenaga elektrik ke seluruh negara Spain pada tahun 2023.

Pemandangan tipikal di Costa del Sol yang banyak menerima tiupan angin kencang
Kincir angin
Sebelum kita melawat lebih jauh, eloklah kita berkenalan lebih dekat dengan negara Spain. Dengan nama rasmi Kingdom of Spain, ia adalah negara yang kedua terbesar di dalam European Union (EU) selepas France. Ibu negaranya adalah Madrid dan seperti Britain dan France, Spain juga pernah menjadi penjajah yang hebat ke seluruh dunia dengan tanah jajahan mereka meliputi benua Amerika Utara dan Selatan, Afrika (Western Sahara) dan Asia (Filipina).

Peta pelancongan Spain
Spain adalah sebuah negara demokrasi yang ditadbir oleh seorang Perdana Menteri. Namun demikian seperti juga di Malaysia, ia masih mempunyai seorang Raja. Raja yang memerintah Spain sekarang adalah King Felipe VI. Spain adalah juga satu-satunya negara Eropah yang mempunyai sempadan dengan benua Afrika kerana dua jajahan takluknya yang bernama Ceuta dan Melilla terletak di tanah besar Morocco.

Seperti kebanyakan negara Eropah lain, Spain juga terdiri dari beberapa negara kecil pada masa dahulu. Ia mula bersatu apabila King Ferdinand II of Aragon berkahwin dengan Queen Isabella I of Castille pada kurun ke-15 Masehi dan menyatukan kedua-dua negara mereka di bawah satu pemerintahan. Spanish adalah bahasa rasmi Spain yang dipertutur oleh 72% penduduknya. Bahasa-bahasa lain yang turut mendapat pengiktirafan sebagai bahasa rasmi di Spain adalah Catalan, Basque, Galician dan Aranese. Spanish juga menjadi bahasa pertuturan kedua terbesar di dunia selepas Bahasa Mandarin. Ia menjadi bahasa ibunda bagi 440 juta penduduk di seluruh dunia.

Pergunungan Sierra Nevada di selatan Spain
Jambatan lama yang masih digunakan sebagai laluan landasan keretapi
Spain adalah juga negara yang bersejarah. Dengan 49 tapak yang diwartakan, ia adalah antara negara yang memiliki bilangan UNESCO World Heritage Site yang terbanyak di dunia selepas Italy, China dan Germany. Walaupun agama Kristian banyak memainkan peranan dalam membentuk budaya Spanish, pengaruh agama telah semakin longgar di negara ini. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2012 mendapati hanya 13% sahaja rakyat Spain yang masih bersembahyang di gereja pada setiap hari Ahad. Namun demikian 70% penduduknya masih mengaku menganut agama Kristian Roman Katholik.

 Pemandangan Laut Mediterranean dalam perjalanan menuju ke Algeciras
Tanah di sebelah sana Lautan Mediterranean adalah Morocco yang terletak di benua Afrika
Algeciras terletak 23 km dari Tarifa dan perjalanan ke sana memakan masa hanya kira-kira 25 minit.

Pemandangan Algeciras dari kejauhan
Pinggir kota Algeciras

Part 60: Lunch Di Algeciras

Algeciras adalah bandar terbesar di Bay of Gibraltar. Disebabkan fahaman kebangsaan yang kuat, orang Spanish memanggil Bay of Gibraltar sebagai Bahia de Algeciras (Bay of Algeciras) sepertimana orang Iran merujuk Teluk Arab di Lautan Hindi sebagai Teluk Parsi.

Tiba di Algeciras
Algeciras
Masuk ke pusat kota
Bulatan di pusat kota
 Menuju ke pusat kota
Port of Algeciras adalah salah sebuah pelabuhan yang terbesar di Eropah dan di seluruh dunia dalam 3 kategori: kontena, kargo dan transshipment. Perkataan Algeciras dipercayai berasal dari perkataan Arab Al-jezirah Al-jadrah yang bermaksud The Green Island.

Sejak dulu lagi, Algeciras adalah kota penghubung di antara benua Eropah dengan Afrika. Sehingga kini, kota ini adalah juga pelabuhan perkhidmatan feri dari Tangier di Morocco selain dari kota Tarifa. Namun demikian, perjalanan dari Tangier ke Algeciras memakan masa lebih lama (2 jam) berbanding perjalanan feri dari Tangier ke Tarifa (1 jam).

Port of Algeciras
Pemandangan berhampiran kawasan pelabuhan
Pusat bandar Algeciras
Makan tengahari kami disediakan di sebuah restoran Arab yang bernama Restaurante Encuentro Familiar. Disebabkan dah lapar, lupa pulak nak ambil gambar makanan yang dihidangkan.

Restaurante Encuentro Familiar di Algeciras
Bas kami pada hari pertama di Spain
Suasana di dalam restoran

Sambung sedikit lagi tentang sejarah Algeciras... Algeciras menjadi pelabuhan penting bagi Kerajaan Muslim Al-Andalus selama 6 abad. Dalam tempoh tersebut, ia berkali-kali menjadi sasaran tentera Kristian yang ingin merampas penguasaannya. Seluruh kota dimusnahkan oleh Khalifah Granada yang bernama Muhammad V apabila ia hampir tidak dapat lagi dipertahankan. Algeciras akhirnya jatuh ke tangan tentera Kristian pada tahun 1344 di bawah pimpinan King Alfonso XI yang juga dikenali sebagai The Righteous.

Pemandangan di Algeciras
Simbol kepentingan laut kepada Algeciras
Tugu di tengah Algeciras
Sebuah pasar tempatan

Pada zaman moden pula, Algeciras dijajah oleh British setelah penaklukan Gibraltar pada kurun ke-18. Satu peristiwa penting lain yang berlaku di Algeciras ialah pada tahun 1906, kuasa-kuasa Eropah bersidang di bandar ini untuk menentukan pembahagian kuasa di negara Morocco.

Meninggalkan Algeciras

Part 61: Algeciras Ke Granada

Perjalanan dari Algeciras menuju ke Granada adalah sejauh 258 km dengan memakan masa 3 jam. Tidak seperti di Morocco di mana kami boleh membuat persinggahan untuk menunaikan solat, kami dinasihatkan untuk bersolat di dalam bas sahaja sepanjang perjalanan di Spain. Maklum sahajalah kerana Spain adalah sebuah negara Kristian, jadi kemudahan untuk orang Islam bersolat dalam perjalanan tidak disediakan.

Tidak seperti di Italy dulu di mana perjalanan antara destinasi tidak terlalu jauh, perjalanan antara destinasi di Spain pula sangat jauh. Jadi kita memang perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan tidak sempat sampai balik ke hotel untuk Solat Jamak walaupun kami mengembara dalam Musim Spring di mana waktu Maghrib masuk pada jam sekitar 9.20 malam, hampir setengah jam lebih lewat berbanding di Morocco.

Pemandangan dari Algeciras menuju ke Granada
Pemandangan di lebuhraya
Kawasan Los Barrios
Perjalanan kami di Spain adalah perjalanan menjejak sejarah kegemilangan Kerajaan Islam Al-Andalus yang pernah bertapak di negara ini pada masa dahulu. Kerajaan Al-Andalus pada mulanya berpusat di Cordoba sebelum berpindah ke Seville dan akhirnya ke Granada. Untuk lebih memahami kesemua tempat yang akan kita lawati nanti, kita imbau kembali sejarah Kerajaan Al-Andalus ini...

Kemenangan tentera Islam di bawah Tariq bin Ziyad menguasai Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai bumi Andalus. Tariq meneruskan penguasaan beliau ke Cordoba dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk di bandar Zaragoza, Leon, Málaga, Seville dan beberapa buah bandar lain.

Málaga
Pemandangan di Málaga
Málaga adalah antara kota terawal yang dikuasai oleh tentera Islam di Sepanyol dahulu
Pergunungan berhampiran Málaga
Bas Hispalis yang sama seperti bas yang kami gunakan sewaktu di Spain
Lebuhraya menuju ke Granada
Sejak penguasaan oleh Tariq bin Ziyad, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah berpusat di Damascus, Syria. Namun begitu mereka telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Al-Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Al-Andalus bermula dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz bin Musa bin Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf bin Abdul Rahman Al-Fihri.

Selepas kemasukan Islam melalui Gibraltar, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar ke negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nîmes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku kaum Goth dan Navarro di daerah sebelah Barat yang juga merupakan kawasan pergunungan.

Banyak terowong yang dilalui dalam perjalanan ke Granada
Suasana di dalam terowong
Cahaya di penghujung terowong
Kawasan pergunungan
Pemandangan di bumi Andalusia
Plaza Tol di Benahavis
Pandangan dekat Plaza Tol
Kadar tol yang dikenakan ialah Euro 3.60 (RM 18)
Islam menerangi bumi Spain dan disebabkan sikap penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang Sepanyol dengan tulus ikhlas memeluk agama Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, malah bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Khalifah Abdul Rahman Al-Dakhil misalnya, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak tetapi beliau menolak secara berdiplomasi dengan berkata: "Aku memerlukan tambahan untuk otakku dan bukan untuk mengurangkannya". 

Puncak gunung di tepi lebuhraya
Marbella, Spain
Jambatan di lebuhraya
Las Lagunas de Mijas
 Las Lagunas de Mijas
Las Lagunas de Mijas
Laut Mediterranean
Benalmádena
Lagi pemandangan kota Benalmádena
Stadium yang kelihatan di sana adalah Plaza de Toros yang merupakan sebuah gelanggang Laga Lembu (Bull Fighting)
Selama Islam berada di Al-Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap dikelilingi orang kafir Spanish yang sentiasa mencuba untuk menghapuskan Islam di negara tersebut, namun selalu gagal. Percubaan demi percubaan dibuat tetapi tidak mendatangkan hasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Spain. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluk Islam di Spain, iaitu dengan melemahkan iman umat Islam pada serangan pemikiran dan budaya.
 
Orang-orang kafir secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam di Spain. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Spain jatuh ke tangan mereka.

Sebuah bangunan moden yang dilihat dalam perjalanan
Masih di lebuhraya
Menghampiri Ciudad Jardin
Bandar Ciudad Jardin
Casabermeja
Kalau di Morocco dulu kita sering melihat pemandangan ladang gandum, pemandangan yang biasa dilihat di Southern Spain ini pula adalah pokok zaitun (olives). Spain adalah pengeluar minyak zaitun yang terbesar di dunia dan 25% penghasilan minyak zaitun ini datang dari wilayah Andalucia di Southern Spain ini.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Al- Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri di antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang membentuk negeri sendiri. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ialah ada di antara umat Islam ini yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadi.

Ladang pokok zaitun
Spain adalah pengeluar minyak zaitun terbesar di dunia
Lagi pemandangan ladang pokok zaitun
Tidak seperti di Morocco dulu yang pemandangan rupa buminya pelbagai, pemandangan di Spain sebelah sini cuma penuh dengan ladang pokok zaitun.
Ternakan biri-biri dekat ladang zaitun
Kawasan ini bernama Villanueva del Rosario
Amaran kawasan kemalangan
800 tahun bukanlah masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun berbanding bangsa-bangsa lain di Eropah ketika itu, ia akhirnya seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu.

Raja Spain yang bertanggungjawab menjatuhkan Kerajaan Islam Al-Andalus adalah King Ferdinand II of Aragon dan isterinya Queen Isabella I of Castille yang digelar sebagai Catholic Monarchs. Ferdinand dan Isabella telah melancarkan gerakan Reconquista yang seterusnya menjatuhkan Kerajaan Islam di Spain.

Ekk, lembu!
Terasa kita sedang berada di Spain bila melihat patung lembu begini
Cuaca di luar sana memang nampak panas
Rolling hills
Seperti juga di negara-negara Eropah yang lain, ada peraturan yang mewajibkan pemandu bas berhenti rehat setiap dua jam perjalanan. Kata Local Tour Guide kami Zarina, bagi setiap 2 jam perjalanan mereka wajib berhenti rehat 15 minit. Tetapi kalau perjalanan terpaksa diteruskan sehingga 3 jam, perhentian wajib pula adalah selama 40 minit. Pemandu walau bagaimanapun bertanggungjawab untuk memastikan mereka tidak memandu lebih 3 jam pada sebarang masa.

Disebabkan perkara ini juga, bas kami berhenti rehat dekat sebuah stesen minyak di kawasan Leja. Kami juga mengambil kesempatan untuk menggunakan tandas di sini. Seperti di Italy dulu, penggunaan tandas awam di Spain secara umumnya adalah percuma. Cuma di Western Europe dulu saja (France, Germany, Belgium, Netherlands dan Switzerland) kita perlu membayar kalau nak menggunakan tandas.

Berhenti rehat di Leja
Ada kedai runcit dan kafetaria di stesen minyak ini
Cafetaria La Palma
Pemandangan dari depan stesen minyak
Akhirnya kita tiba di Wilayah Granada yang merupakan sebuah wilayah autonomi di selatan negara Spain. Walaupun kedudukannya agak jauh di pedalaman, Granada pernah menjadi pusat intellectual dan kebudayaan Islam di zaman Kerajaan Al-Andalus, terutama sewaktu pemerintahan Khalifah Muhammad V. Pengembara dan ahli sejarah terkenal Ibnu Battuta pernah melawat Kerajaan Granada pada tahun 1350.

Tiba di wilayah Granada
Pemandangan kebun zaitun di Wilayah Granada
Ada kincir angin di atas pergunungan sana
Pemandangan lebuhraya yang merentas ladang zaitun
Hotel Los Abades
Wilayah Granada dikelilingi banjaran gunung yang tinggi. Banjaran gunung ini yang dinamakan Sierra Nevada (Snowy Mountain) adalah banjaran pergunungan tertinggi di Spain dengan ketinggian melebihi 10,000 meter. Walaupun sekarang dah Musim Bunga dan semakin menghampiri Musim Panas, sedikit salji masih kelihatan di kemuncak banjaran ini.

Banjaran Sierra Nevada yang mengelilingi Wilayah Granada
Bandar Moraleda de Zafayona di Wilayah Granada
Sierra Nevada
Sungai
Sebahagian puncak Sierra Nevada masih diseliputi salji
Tanah ladang
Destinasi kami di Wilayah Granada adalah ibu kotanya sendiri yang juga bernama Granada. Di sinilah letaknya sebuah UNESCO World Heritage Site terkenal yang bernama Alhambra yang juga menjadi destinasi kami pada petang ini.

Kota Granada dah kelihatan di kejauhan
Keluar dari lebuhraya
Granada
Granada adalah kota Islam yang terakhir di Semenanjung Iberia. Ia ditakluk oleh Catholic Monarchs pada tahun 1429 dan bertukar sepenuhnya menjadi kota Kristian menjelang kurun ke-16. Dengan kejatuhan kota Granada, Raja Kristian memerintahkan supaya semua umat Islam dan Yahudi di Kingdoms of Spain memeluk agama Kristian atau diusir keluar dari negara berkenaan. Sepanjang tempoh di antara 1492 - 1610, dianggarkan 3 juta umat Islam meninggalkan Spain secara paksa ataupun sukarela untuk menetap di Afrika Utara.

Granada
Sebahagian lagi pemandangan kota Granada
Laluan ke Alhambra
Menuju ke Alhambra


 Bersambung ke Bahagian 23...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: