Friday 21 June 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 17 (Chefchaouen)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 17: Morocco
CHEFCHAOUEN

HARI KELIMA (2)

Part 45: Chefchaouen

Sebelum masuk ke bandar Chefchaouen (disebut: Shef-shon) yang sebenar, bas kami berhenti di sebuah kawasan panorama di mana pemandangan keseluruhan kota dapat dilihat.

Perhentian panorama untuk menikmati keindahan bandar Chefchaouen
 Banyak props disediakan untuk pelancong bergambar dengan pemandangan bandar Chefchaouen
 Berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan keseluruhan bandar Chefchaouen
Warna biru bangunan di Chefchaouen memang terserlah dari sini
Nama Chefchaouen berasal dari perkataan Berber yang bermaksud "look at the horns". Ia dinamakan sedemikian kerana Chefchaouen terletak di antara dua buah puncak gunung yang berbentuk seperti tanduk. Chefchaouen kini digelar sebagai The Blue Pearl of Morocco kerana rumah-rumah tradisionalnya dicat dengan warna putih dan biru.

 Melihat panorama bandar Chefchaouen
Husband pun nak bergambar dengan pemandangan bandar Chefchaouen
Perkhidmatan menyewa pakaian tradisional untuk bergambar
Pergunungan Rif
 Chefchaouen
Bandar Chefchaouen di Pergunungan Rif dibina oleh orang Yahudi dan Islam yang melarikan diri dari pemerintahan Kristian Katholik di Spain. Ada berbagai teori yang menceritakan mengapa bangunan-bangunan di Chefchaouen dicat dengan warna biru. Teori yang pertama mengatakan warna biru ini pada asalnya adalah pilihan penduduk Yahudi yang melarikan diri dari kekejaman Hitler kerana warna tersebut mempunyai maksud keagamaan kepada mereka. Teori yang kedua menceritakan warna biru dipilih kerana ia berkesan untuk menghalau nyamuk. Ada juga teori yang mengatakan warna biru dipilih kerana ia menggambarkan warna laut.

Satu lagi teori mengatakan bandar ini diwarna biru sebagai penghargaan kepada kaum Tuareg yang membantu mempertahankan bandar ini dari penjajahan pada masa dahulu. Orang Tuareg terkenal gemar memakai serban yang berwarna biru. Namun tak kiralah apa juga teori yang dipakai, warna biru ini menjadikan Chefchaouen sebuah bandar yang menarik.

 Chefchaouen
 Selamat datang ke Chefchaouen
Bas membawa kami ke kawasan bandar yang Myself namakan sendiri sebagai Lower Chefchaouen di kaki bukit. Kata Tour Guide kami Mohsein, bas tidak dapat naik ke bandar lama yang terletak di Upper Chefchaouen disebabkan jalan yang sempit. Oleh itu, dia telah mengaturkan teksi kecil yang dinamakan Petit Taxi untuk membawa kami ke sana dari tempat bas parking di Lower Chefchaouen.

 Masuk ke bandar Chefchaouen
Lower Chefchaouen
Pemandangan di Lower Chefchaouen
Taman yang dinamakan Place Mohammed V
 Lagi pemandangan di Lower Chefchaouen
Penunjuk arah
Bangunan biru di Chefchaouen
Mohammed VI Complex for Culture, Arts and Sports
 Bas kami parking di sini
Petit Taxi yang berwarna biru untuk membawa kami ke Upper Chefchaouen
Kata Mohsein selalunya ada banyak Petit Taxi yang menunggu nak membawa pelancong ke Upper Chefchaouen. Namun demikian, disebabkan ketika itu waktu tengah hari di Hari Jumaat, Petit Taxi ini tidak kelihatan kerana pemandunya pergi menunaikan Solat Jumaat. Terpaksalah kami menunggu seketika dalam cuaca yang agak panas ketika itu. Setelah selesai Solat Jumaat barulah kelihatan berbondong-bondong Petit Taxi menawarkan khidmat membawa pelancong ke Upper Chefchaouen.

Naik Petit Taxi ke Upper Chefchaouen
Perjalanan menuju ke Upper Chefchaouen
Pejabat Kerajaan
Hampir tiba di Upper Chefchaouen

Part 46: Chefchaouen Medina

Setibanya di Upper Chefchaouen, Petit Taxi menurunkan kami di depan Hotel Mirador. Selepas berkumpul seketika dan mendengar taklimat dari Mohsein mengenai program lawatan di Chefchaouen, kami diberikan masa bebas selama 2 jam.

 Tiba di Upper Chefchaouen
Petit Taxi menurunkan kami di depan Hotel Mirador
Berjalan masuk ke Hotel Mirador
Kolam renang di Hotel Mirador
Menikmati pemandangan Chefchaouen dari tepi kolam renang Hotel Mirador
Pemandangan dari tepi kolam renang Hotel Mirador
Lagi pemandangan Chefchaouen dari tepi kolam renang Hotel Mirador
Keindahan pemandangan Chefchaouen
 Ruang menunggu di Hotel Mirador
Berkumpul sebentar di Hotel Mirador untuk mendengar taklimat lawatan ke Chefchaouen
Myself dan Husband memulakan eksplorasi kami di Chefchaouen Medina yang dipenuhi dengan bangunan berwarna biru dan putih. Jantung Medina adalah sebuah dataran yang dinamakan Place Outa Hammam.

Berjalan menuju ke Medina
 Kedai-kedai di Medina
 Medina kini dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata
Place Outa Hammam di tengah-tengah Medina
Suasana di Place Outa Hammam di Chefchaouen Medina
 Singgah di kedai souvenir
 Membeli souvenir di Chefchaouen untuk Cat Sitter kami yang menjaga Tam Tam di rumah
 Bersiar-siar di Chefchaouen
 Di sana-sini ada bangunan yang berwarna biru
Parrot yang berwarna-warni
Tembok kota lama masih utuh berdiri di tengah-tengah Medina

Part 47: Al Kasaba

Bahagian tertua di Chefchaouen Medina adalah sebuah kubu yang dinamakan Al Kasaba. Ia dibina oleh Moulay Ali bin Musa pada tahun 1471. Kami melawat Al Kasaba ini secara tidak sengaja. Sewaktu berjalan di tepi tembok kota terjumpa pula opening untuk masuk ke Al Kasaba, lalu kami terus masuk ke dalam.

 Pemandangan tembok kota lama di Medina
Terjumpa opening untuk masuk ke Al Kasaba
 Keterangan tentang Al Kasaba
Peta Al Kasaba
 Membeli tiket masuk ke Al Kasaba
Tiket dewasa yang dikenakan adalah 60 Dirham (RM 30) seorang
Pintu yang kami masuki tadi bukanlah pintu asal Al Kasaba. Sewaktu pembinaannya, Al Kasaba memiliki 2 buah pintu: sebuah menghadap ke Pasar dan sebuah lagi menghadap ke Masjid. Kedua-dua pintu ini telah ditutup dan diganti dengan sebuah pintu baru yang dibina pada tahun 1930-an.

Pemandangan perkarangan di dalam Al Kasaba
Taman di perkarangan Al Kasaba
Taman bercirikan Andalusia di tengah-tengah Al Kasaba
Berjalan ke pintu masuk kubu Al Kasaba
Dinding Al Kasaba dibina dari tanah liat dan dikelilingi 10 buah menara. Sebuah menara tambahan yang dibuat dari batu bata telah dibina oleh Moulay Muhammad pada awal kurun ke-16 Masehi. Stuktur pembinaan dan fungsi menara ini sangat mirip dengan menara kediaman Dinasti Nasrid di Granada, Spain.

Binaan menara tambahan pada kurun ke-16 Masehi ini sangat mirip dengan kediaman Dinasti Nasrid di Granada, Spain.
Pintu di sebelah kiri adalah sebuah penjara. Tangga di sebelah kanan menuju masuk ke menara.
Kita mulakan lawatan dengan melawat penjara yang terletak di bawah menara.

Pintu masuk ke penjara
 Suasana di penjara
 Di sebalik tirai besi...
 Bergambar di penjara
 Jom masuk lagi ke dalam..
Meninjau-ninjau kawasan penjara
Tiang seri di dalam penjara
Pintu penjara
Rantai untuk mengikat pesalah
Husband bergambar dengan rantai
Selepas melawat penjara, kita melawat pula ke atas menara. Bangunan menara ini 2 tingkat dan ada sebuah tangga sempit untuk naik ke atas. Disebabkan tangga ini sempit, kenalah kita menunggu giliran dengan sabar untuk menggunakannya.
 
Tangga naik ke menara di sebelah penjara
Tiba di Aras Pertama
 Suasana di Aras Pertama
 Ada banyak papan keterangan yang menceritakan tentang sejarah Al Kasaba dan Chefchaouen, tetapi kesemuanya ditulis dalam Bahasa Arab, French dan Spanish. Tak ada yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
 Menunggu giliran untuk menggunakan tangga naik ke atas
Di Aras Kedua, ada keterangan mengenai Sayyida Al-Hurra yang juga ditulis dalam Bahasa Arab, French dan Spanish. Beriya kita Google kisah tentangnya disebabkan curious nak tahu apa kisahnya.

Rupa-rupanya Sayyida Al-Hurra adalah seorang ratu Kerajaan Tétouan yang terletak di utara Morocco. Kerajaan Tétouan digeruni kerana sering melancarkan serangan ke atas kapal-kapal milik empayar Spain dan Portugal. Oleh yang demikian, Kerajaan Tétouan dianggap oleh Spanish dan Portugis sebagai lanun dan Sayyida Al-Hurra diberi gelaran Pirate Queen.  Sayyida Al-Hurra memilih untuk menetap di Chefchaouen selepas bersara dan meninggal dunia pada usia 75 tahun. Beliau dirujuk sebagai Pirate Queen of the Mediterranean yang ditakuti dalam banyak tulisan orang Eropah.

Sayyida Al-Hurra yang digelar Barat sebagai Pirate Queen
Kisah mengenai Sayyida Al-Hurra yang ditulis dalam Bahasa French, Spanish dan Arab
Semua translation ini bermaksud: Al-Sayyida Al Hurra, ratu berasal dari Alami
Ada banyak kasbah yang dibina di seluruh Morocco. Setiap satunya dibina untuk fungsi yang tersendiri. Umpamanya Kasbah Oudaya yang kita lawati di Rabat sebelum ini dibina untuk meninjau kemungkinan serangan dari laut. Kasbah di Chefchaouen pula dibina untuk tujuan lain. Pada ketika itu, tentera Portugis di Ceuta sedang berusaha untuk menawan pantai utara Morocco. Oleh yang demikian, tempat seperti Chefchaouen yang diairi sungai dan terlindung di kawasan pergunungan menjadi lokasi yang sesuai untuk merancang dan memperkuatkan serangan ke atas orang Portugis.

Pemandangan ke luar dari Aras Kedua
Suasana di Aras Kedua
 Satu lagi pemandangan dari Aras Kedua
 Pemandangan Pergunungan Rif di kejauhan
Menara yang kelihatan adalah sebahagian dari Masjid Chefchaouen
 Juga pemandangan dari Aras Kedua
Siling di Aras Kedua
Pemandangan siling di Aras Kedua
Bergambar di Gerbang Tingkap
 Suasana di Aras Kedua
Menikmati pemandangan Chefchaouen
 Kenangan di Al Kasaba
Tangga turun ke bawah
Selepas dah puas menikmati pemandangan di Aras Kedua, kita turun kembali ke bawah. Kebetulan suasana dah tak sibuk sewaktu kita turun ke bawah, jadi banyaklah tingkap yang kami singgah untuk terus menikmati keindahan pemandangan Chefchaouen.

Pemandangan taman di perkarangan Al Kasaba dengan bandar Chefchaouen di sebalik tembok
Taman yang damai dan indah
Bandar Chefchaouen yang berwarna biru
 Pengunjung-pengunjung ke taman Al Kasaba
Tangga naik ke tembok kota
Suatu sudut yang menarik
Pintu masuk ke Al Kasaba
Pintu keluar dari bangunan menara
Bergambar di depan pintu keluar dari menara
Bergambar dengan tembok kota
Taman di perkarangan Al Kasaba ini dinamakan sebagai Jardin Andaluz (Andalusian Garden). Tamannya tidaklah begitu besar tetapi menarik.

 Jardin Andaluz
Sebuah bangunan di dalam Al Kasaba ini telah diubahsuai menjadi Ethnographic Museum pada tahun 1985. Kami turut masuk melawat ke muzium ini.

Ethnographic Museum
 Pemandangan di depan muzium menghala ke tembok kota
Masuk ke dalam muzium
Replika kota di tengah muzium
Muzium ini tidak besar dan didekasi bagi sejarah pembinaan Al Kasaba. Peralatan pembinaan dan bahan-bahan binaan dipamerkan di muzium ini.

Pameran peralatan pembinaan Al Kasaba
Ukiran kayu dan hiasan jubin
Peralatan tembaga
 Kembali ke courtyard
Siling kaca di tengah courtyard
 Gambaran pembuatan hiasan tradisional pada bangunan
Selepas melawat muzium, maka berakhirlah lawatan kami ke Al Kasaba. Kami keluar dari Al Kasaba untuk kembali ke Chefchaouen Medina.

Taman yang indah
   Pokok yang rimbun di taman Al Kasaba
 Meninggalkan Al Kasaba
 Pintu keluar dari Al Kasaba


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):

No comments: