Sunday, 22 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 25 (N Seoul Tower)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 25: Seoul Tour
SEOUL (N Seoul Tower)

HARI KEENAM (3)

Part 65: N Seoul Tower

Selepas mendapat parking, jauh jugalah kita kena berjalan nak menuju ke N Seoul Tower.

Berjalan dari tempat parking menuju ke N Seoul Tower
Modern Art
Public Bus di Seoul
Plaza Tol
N Seoul Tower terletak di atas sebuah bukit yang tinggi. Kenderaan awam memang tidak boleh sampai ke sana. Oleh yang demikian satu-satunya cara untuk sampai ke situ adalah dengan menggunakan Cable Car. Namun begitu, dari tempat kami parking kereta tadi, kami terpaksa naik Namsan Ormi Inclined Elevator terlebih dahulu untuk menuju ke stesen cable car.

Namsan Ormi Inclined Elevator
Kena naik elevator ini untuk sampai ke Stesen Cable Car
Tugu dekat tempat masuk ke Nami Ormi Inclined Elevator
Patung Burung Helang di puncak tugu
Perkhidmatan elevator ini adalah percuma tetapi kita terpaksa beratur panjang untuk menggunakannya. Kalau tak mahu beratur panjang begini, ada juga kemudahan tangga yang disediakan untuk naik ke stesen cable car.

Beratur masuk ke dalam elevator
Pemandangan dari dalam elevator
Hampir tiba ke stesen cable car
Sampai di stesen cable car, kami terpaksa menunggu Clara membeli tiket terlebih dahulu. Sambil-sambil itu, kita lihat-lihat pemandangan suasana di sekitar.
 
Menunggu Clara membelikan tiket cable car
Cable car yang menuju ke N Seoul Tower
Cable Car
Pejabat tiket Cable Car
Kalau tadi kami dah beratur panjang nak naik Namsan Ormi Inclined Elevator, sekali lagi kami kena beratur panjang nak naik cable car. Barisan nak naik cable car ini jauh lebih panjang dan berlingkar-lingkar.

Pemandangan di dalam bangunan stesen cable car
Mula beratur di sini
Namsan Cable Car
Beratur kat tangga pulak...
Pemandangan kota Seoul dari tingkap di tepi tangga
Satu lagi pemandangan dari tingkap yang sama
Aduiii... berlingkar-lingkar lagi kat depan tu!
Macam ada setingkat lagi tangga kena naik di sana.
Sambil beratur sempat juga Husband bergosip berbisik-bisik dengan Clara tentang Mamat yang baru membuat plastic surgery beratur di belakang Husband.
 The final stage beratur nak naik cable car
Tingkap yang terbuka luas membolehkan udara segar masuk ke dalam
Tunggu cable car tiba
Dah tiba... Tapi kena tunggu orang keluar dulu di pintu sebelah sana.
Jom kita masuk ke dalam...
Perjalanan dengan cable car naik ke N Seoul Tower sangat cepat ~ tak sampai pun 5 minit. Cable car ini juga bergerak dengan sangat smooth, walaupun ketika melalui tepi tiang. Teringat pada cable car kat Switzerland dulu yang jerking juga sikit bila lalu dekat tepi tiang.

Menuju ke N Seoul Tower
Pemandangan tempat drop-off dekat stesen dari atas cable car
Bangunan tradisional yang rasanya dah menjadi sebuah restoran
Suasana di dalam cable car
Pemandangan kota Seoul dari dalam cable car
Perjalanan sangat smooth walau sedang lalu di tepi tiang begini
Daun yang sedang bertukar warna di Musim Luruh
Tiba di stesen cable car N Seoul Tower
Pengunjung yang menunggu cable car untuk turun ke bawah
Berjalan keluar dari stesen cable car
Dari stesen cable car, Clara membawa kami menaiki tangga menuju ke N Seoul Tower yang sebenar. Sambil mendaki, dia menunjukkan kepada kami sebahagian runtuhan tembok kota lama Seoul yang masih berdiri di tepi tangga.

Tangga naik ke N Seoul Tower
Tangga naik ke atas...
Sebahagian tembok kota lama Seoul yang masih berdiri di tepi tangga
Pandangan tembok kota lama dengan lebih dekat
Beacon Station di puncak tangga
N Seoul Tower
Kenangan dengan N Seoul Tower
Sebelum kita melawat dengan lebuh jauh, Clara bercerita tentang tembok kota lama Seoul. Tembok yang mengelilingi kota Seoul ini sangat besar. Lihat peta di bawah...

Peta lokasi kota lama Seoul berbanding kedudukan N Seoul Tower sekarang
Seoul Fortress Wall yang sepanjang 18.6 km dibina pada tahun 1396. Ia berjasa menjadi benteng pertahanan kota Seoul selama 600 tahun sebelum sebahagiannya diruntuh untuk pembangunan. Ia dibina mengelilingi 4 buah gunung: Bugaksan, Naksan, Namsan dan Inwangsan serta sebuah lembah yang dinamakan Dongdaemun. N Seoul Tower berada di puncak Bukit Namsan. N Seoul Tower sendiri sebenarnya bermaksud Namsan Seoul Tower.

Tembok lama kota Seoul
Lubang yang digunakan untuk memanah musuh yang datang
Bukaan begini juga digunakan untuk menempatkan senjata seperti meriam
Di sepanjang tembok ini juga ada didirikan stesen-stesen isyarat asap yang dinamakan sebagai Beacon Station. Dari stesen inilah asap akan digunakan untuk menyampaikan berita kepada stesen-stesen serupa di sepanjang tembok tentang maklumat kehadiran musuh.
 
Stesen isyarat asap untuk memberi pemakluman tentang kehadiran musuh
Bergambar dengan Beacon Station
Love Locks
Penunjuk arah
Tak ada pulak arah Kuala Lumpur di sini...
Ada sebuah pavilion terbuka dibina di kawasan N Seoul Tower ini. Kata Clara, ini juga adalah sebenarnya binaan bersejarah. Pavilion seperti ini memang selalu dibina di banyak kawasan kota pada masa dahulu untuk membolehkan orang yang datang berdagang dan bermusafir di kota berehat melepaskan lelah.

Pavilion yang selalu dibina di kota-kota lama Korea untuk membolehkan pedagang dan pemusafir ke kota berehat melepaskan lelah.
Pandangan pavilion dengan lebih dekat
Senibina tradisional pada pavilion
Bergambar dengan pavilion
Saranghaeyo
Peta Namsan Cable Car
Pelawat boleh membeli tiket untuk melihat pemandangan dari atas N Seoul Tower. Kami walau bagaimanapun tidak berbuat begitu. Tak perlu pun nak berbuat begitu sebenarnya sebab N Seoul Tower memang dah sedia dibina di atas puncak sebuah bukit yang tinggi. Pemandangan kota Seoul memang boleh dinikmati dari luar menara sendiri.

Tempat untuk menikmati pemandangan bandar Seoul
Seperti yang telah diceritakan tadi, kota lama Seoul dibina mengelilingi 4 buah bukit tinggi di sekitar bandar tersebut. Clara menunjukkan kepada kami Bukit Bugaksan yang terletak di utara.
 
Bergambar dengan pemandangan kota Seoul di N Seoul Tower
Gunung di belakang sana adalah Bugaksan. Kota lama Seoul dulu dibina dari tempat N Seoul Tower sekarang sehingga ke sana.
Kata Clara, kawasan di kaki Bukit Namsan ini adalah kawasan yang dilindungi oleh Kerajaan Korea. Kerana itulah tiada pembinaan bangunan tinggi dibenarkan di kawasan kaki bukit ini.
Pemandangan bangunan moden di Seoul
Walaupun sesak, trafik di Seoul sangat teratur
Kita lihat lagi pemandangan kota Seoul dari N Seoul Tower...

Bangunan yang berwarna hitam kat depan tu adalah Ambassador Hotel
Daun yang berwarna-warni di musim luruh
Banyak syarikat konglomerat Korea yang berpusat di sini
N Seoul Tower pada asalnya dibina sebagai sebuah menara komunikasi. Ia mempunyai ketinggian 236 meter dan merupakan puncak yang tertinggi di Seoul. Menara yang dibina pada tahun 1969 ini masih digunakan untuk penyiaran TV dan radio sehingga sekarang.

N Seoul Tower yang masih digunakan sebagai menara komunikasi
Pejabat tiket untuk masuk ke N Seoul Tower
Penunjuk arah
Puncak N Seoul Tower
Clara kemudian membawa kami ke sebuah viewpoint lain untuk melihat pemandangan ke arah selatan kota Seoul pula.

Mengikut Clara ke viewpoint untuk melihat pemandangan di selatan kota Seoul pula
Naik ke atas tangga
Pemandangan menghala ke dataran N Seoul Tower
Modern Art di N Seoul Tower
Kat sini pun ada banyak love locks
Pemandangan viewpoint menghala ke selatan kota Seoul
Jom kita ke sana...
Love Locks
Pemandangan menghala ke selatan adalah pemandangan menghala ke Han River. 

Pemandangan menghala ke selatan Seoul
Hotel Grand Hyatt
Di sini, Clara menunjukkan kepada kami sebuah kawasan hijau yang besar berhampiran Han River. Sekali imbas, ia kelihatan seperti sebuah taman yang besar, tetapi sebenarnya ia adalah pangkalan tentera milik Amerika Syarikat sewaktu Perang Korea. 

Pangkalan tentera ini sedang berpindah ke sebuah kawasan baru di selatan Semenanjung Korea kerana tanah ini akan diambil semula oleh Kerajaan Korea. Seperti pangkalan sedia ada ini, ia dikatakan dibina menghadap ke Korea Utara kerana Amerika Syarikat mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Korea Selatan untuk membantu negara ini jika perang meletus semula dengan Korea Utara. Namun begitu kata Clara, semua orang tahu yang pangkalan baru ini sebenarnya dibina menghadap ke negara China yang lebih dianggap sebagai ancaman terkini kepada Amerika Syarikat berbanding Korea Utara.

Kawasan hijau yang luas di depan sana adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat
Pandangan lebih dekat tanah yang digunakan sebagai pangkalan tentera Amerika Syarikat
Selepas melihat pemandangan di selatan Seoul ini, Clara mengajak kami meninggalkan N Seoul Tower kerana dia nak membawa kami melawat ke Myeongdong pulak.

Bergerak meninggalkan N Seoul Tower
Membawa anjing bersiar-siar di N Seoul Tower
Pemandangan indah autumn di N Seoul Tower
Pemandangan Beacon Tower di sebalik Love Locks
Tangga turun ke stesen cable car
Beratur nak naik cable car turun ke bawah
Menunggu giliran untuk naik cable car
Dalam cable car sewaktu turun ke bawah
Meninggalkan stesen cable car di N Seoul Tower
Turun ke bawah...
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Bangunan Seoul Education Research & Information Institute
Tiba di Stesen Cable Car Namsan
Myeongdong yang ingin kami kunjungi terletak tidak begitu jauh dari Stesen Cable Car Namsan. Oleh yang demikian, Clara cuma membawa kami berjalan kaki ke sana.

Berjalan meninggalkan Stesen Cable Car Namsan
Turun tangga ke bawah
Tangga yang kami turuni tadi dari Stesen Namsan Cable Car
Seperti juga kota Busan yang kami kunjungi terdahulu, Seoul juga berbukit-bukau
Berjalan menuju ke Myeongdong


 Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: