Thursday, 12 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 20 (Jeongbang Waterfall)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 20: Jeju Tour
SOUTH JEJU (Seongsan-Ojo Geo Trail &  Jeongbang Waterfall)

HARI KELIMA (5)

Part 51: Seongsan-Ojo Geo Trail

Program seterusnya adalah melawat ke tiga buah air terjun yang terletak di South Jeju. Namun sebelum bergerak ke sana, Lucas membawa kami ke Seongsan-Ojo Geo Trail yang terletak berhampiran bandar Seongsan-ri.

Bandar Seongsan-ri
Permulaan Seongsan-Ojo Geo Trail
Keterangan mengenai Seongsan-Ojo Geo Trail
Siksanbong Volcanic Cone
Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak) yang kita lawati tadi juga dapat dilihat dari sini.

Pemandangan Seongsan Ilchulbong yang dilihat dari Seongsan-Ojo Geo Trail
Kerusi rehat yang disediakan untuk menikmati pemandangan Seongsan Ilchulbong
Close-up pemandangan sisi Seongsan Ilchulbong
Pemandangan menghala ke bandar Seongsan-ri
Sebuah pemandangan menarik yang juga dapat kami lihat di Seongsan-Ojo Geo Trail ini adalah sebuah ladang penternakan ikan. Namun kami tak tahu apa jenis ikan yang diternak di ladang ini.

Pemandangan ladang penternakan ikan dari kejauhan
Menghampiri ladang penternakan ikan
Kolam-kolam ikan
Pontoon
Bot nelayan
Kawasan ini juga adalah tempat persinggahan burung-burung migratory.

Menyusuri Seongsan-Ojo Geo Trail dengan kereta
Selain terkenal dengan pemandangan Seongsan Ilchulbong, Seongsan-Ojo Geo Trail juga terkenal sebagai tempat persinggahan burung migratory.
Burung-burung migratory berehat mencari makan
Wetland
Sedang mencari kerang
Meninggalkan Seongsan-Ojo Geo Trail
Pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Seongsan-Ojo Geo Trail

Part 52: Boryong Bakery

Lucas memberitahu, kesemua air terjun yang akan kami lawati selepas ini terletak di South Jeju yang mana tak ada sebarang restoran Halal untuk lunch di sana. Oleh yang demikian, kami meminta Lucas untuk berhenti sahaja di mana-mana bakeri yang ditemui dalam perjalanan. Kita makan roti dan pastry untuk lunch pun dah cukup hari ini.

Boryong Bakery
Lucas membawa kami ke sebuah bakeri yang bernama Boryong Bakery. Bakeri ini kecil tetapi bermacam-macam roti dan pastri dijual di situ. Bakeri ini juga macam popular kerana ada ramai pelanggan sedang berada di situ.

Suasana di dalam Boryong Bakery
Ada berbagai roti dan pastri dijual di sini. Namun dah pasti ada di antaranya yang tidak boleh dimakan kerana mengandungi daging. Lucas membantu kami untuk mengenalpasti roti dan pastri yang Halal untuk dimakan.

Pelbagai pilihan roti dan pastri yang dijual
Ada di antaranya yang tak boleh kita makan kerana mengandungi daging
Banyak juga pilihan roti dan pastri yang boleh kita makan di sini
Pemilik bakery ini sangat pemurah kerana menyediakan sample percuma untuk setiap roti dan pastry yang dijual. Kami perhatikan Lucas memang mengambil kesempatan mencuba setiap sample yang disediakan sambil kami memilih roti dan pastry yang ingin dibeli.

Sample percuma turut disediakan untuk setiap roti dan pastry yang dijual
Roti dan kek pilihan kami untuk lunch
Pemilik bakeri turut menghadiahkan sebuah cheese bun percuma kepada kami. "On the house," katanya dalam Bahasa Inggeris yang fasih.

Part 53: Jeongbang Waterfall

Perjalanan dari Seongsan Ilchulbong ke Jeongbang Waterfall agak jauh. Sempat juga Myself dan Husband tertidur di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan.

Perjalanan dari East ke South Jeju
Hujan turun sekejap-sekejap di sepanjang perjalanan
Seogwipo adalah bandar yang kedua terbesar di Jeju selepas Jeju City
Tiba di Jeongbang Waterfall
Tempat parking kereta di Jeongbang Waterfall
Gerai makanan dan buah-buahan di tempat letak kereta
Seperti juga lawatan kami ke Seongsan Ilchulbong tadi, kemasukan ke Jeongbang Waterfall pada hari ini juga adalah percuma sempena Jeju Heritage Week.

Pejabat tiket untuk masuk ke Jeongbang Waterfall
Arah masuk ke Jeongbang Waterfall
Keterangan mengenai Jeongbang Waterfall
Peta Jeongbang Waterfall
Jeongbang Waterfall adalah sebuah air terjun yang istimewa kerana ia adalah satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir masuk terus ke dalam laut.

Platform masuk ke Jeongbang Waterfall
Pemandangan Jeongbang Waterfall dari platform
Close-up pemandangan Jeongbang Waterfall
Amaran ular di Jeongbang Waterfall
Jom turun ke bawah untuk melihat Jeongbang Waterfall dengan lebih dekat... Syukurlah tangga di sini tidak begitu tinggi dan ada tempat untuk berehat-rehat kalau penat nak naik tangga.

Tangga turun ke Jeongbang Waterfall
Jom kita turun ke bawah...
Pemandangan Jeongbang Waterfall dari tangga turun ke bawah
Kita teruskan lagi perjalanan menurun tangga menuju ke Jeongbang Waterfall.

Turun tangga lagi ke bawah
Pemandangan tangga yang telah kita turuni tadi
Ada sebuah khemah jualan hasil laut didirikan di tepi pantai berhempiran Jeongbang Waterfall yang diusahakan oleh penyelam wanita (haenyeo). Hasil laut yang dijual terdiri dari abalone, sea cucumber dan shell fishes yang kebanyakannya dimakan mentah-mentah.

Tangga turun ke pantai
Khemah jualan hasil laut yang diusahakan oleh haenyeo
Pandangan lebih dekat khemah jualan hasil laut
Orang Korea memang suka memakan seafood mentah-mentah
Ombak yang menghempas pantai
Ombak laut memang ganas sikit pada hari ini
Dari sini, kita terus berjalan mengikut laluan yang disediakan sehingga sampai ke waterfall...

Lorong menuju ke Jeongbang Waterfall
Pelantar perikanan rasanya di sana...
Pemandangan menghala ke Soegwipo City di South Jeju
Hati-hati... ada ular di sini
Memang excited bila akhirnya kita sampai di Jeongbang Waterfall yang sebenar. Kalau air terjun di tempat lain seperti ini, memang kita dah boleh mendengar deruan air terjun yang jatuh. Namun demikian, disebabkan Jeongbang Waterfall terletak di tepi laut, bunyi deruan air terjunnya bagai tenggelam dengan bunyi ombak ganas yang menghempas pantai.
 
Tiba di kaki air terjun
Khemah jualan seafood tadi di sebelah sana
Sea of Japan yang dipanggil sebagai East Sea di Korea
Jeongbang Waterfall adalah setinggi 23 meter. Percikan airnya kuat, lebih-lebih lagi kerana airnya jatuh menghempas batu dan bukan masuk ke kolam air seperti di kebanyakan air terjun yang lain.

Jeongbang Waterfall
Jeongbang Waterfall adalah satu-satunya air terjun di Asia yang aliran airnya mengalir terus masuk ke laut
Puncak air terjun di Jeongbang Waterfall
Aliran airnya berpunca dari sebatang sungai yang dinamakan Donghong-chun
Posing di kaki air terjun
Aliran air di kaki air terjun
Kami tak pergi dekat sangat dengan air terjun sebab kita kena melintas batu-batu yang loose dan tajam. Buatnya cedera atau terpelecok nanti, tak dapatlah kita enjoy percutian kita yang seterusnya di Korea nanti.

Batu-batu yang loose dan tajam di kaki waterfall
Sangat mencabar nak berjalan di atas batu-batu ini
Bergambar di Jeongbang Waterfall
Husband pun nak bergambar juga
Bergambar berdua pulak...
Another one for the album...
Kita dilarang pergi dekat-dekat sangat dengan waterfall ini sebab merbahaya
Kami tak menghabiskan masa yang lama di Jeongbang Waterfall kerana Lucas nak membawa kami melawat ke dua buah lagi waterfall di Jeju ini: Cheonjiyeon Waterfall dan Cheonjeyeon Waterfall.

Pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Jeongbang Waterfall
Jomlah kita bergerak balik...
Kembali ke pangkal jalan...
Pelawat-pelawat yang baru tiba
Arah ke shelter di waktu kecemasan
Tangga ada di depan sana...
Khemah jualan seafood
Tangga untuk kembali ke tempat parking kereta
Rasa tinggi pulaklah tangga ni sewaktu kita nak balik ni!


 Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: