Monday 25 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 17 (Ziarah Raudah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 17: Madinah
ZIARAH KE RAUDAH

Part 42: Ziarah Ke Raudah

Kota Suci Madinah adalah kota kedua daripada tiga kota suci bagi umat Islam. Saban waktu Madinah tidak sunyi daripada penziarah sebagaimana halnya kedua kota suci selainnya iaitu Makkah dan Baitulmaqdis.

Berziarah ke Madinah mempunyai aura yang tersendiri terutamanya sebagai pengubat kerinduan dan pengukuhan cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Salah sebuah tempat yang akan dikunjungi oleh sesiapa jua yang berkunjung ke Madinah ialah tempat yang mulia dan istimewa bernama Raudah. Di sinilah sekitar 1,400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW beribadah, bersolat, menerima wahyu dan berdakwah.

Masjid Nabawi
Raudah terletak berhampiran makam Rasullullah SAW yang ditandakan dengan Kubah Hijau ini.
Raudhah adalah salah sebuah tempat yang paling mustajab untuk memanjatkan doa. Oleh itu bukanlah sesuatu yang menghairankan jika ramai jemaah yang berlumba berusaha masuk untuk bersolat dan berdoa di Raudah. 

Myself pernah merasai pengalaman berebut memasuki Raudah dalam 5 kunjungan ke Madinah sebelum ini. Bermula dari tahun 2023, Kerajaan Arab Saudi telah memulakan kaedah yang sistematik untuk mengawal kemasukan pengunjung ke Raudah. Sejajar dengan kemajuan perkembangan teknologi terkini, apps diperkenalkan untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke Raudah. Apps ini pada asalnya dikenali sebagai Eatamarna sebelum ditukar kepada Nusuk.

Iklan apps Nusuk di KLIA
Smartphone adalah satu keperluan untuk menggunakan Nusuk. Sebagai Jemaah Umrah, kita dinasihatkan untuk download apps Nusuk ini di handphone sejak dari di Malaysia lagi. Ini adalah bagi memastikan apps ini telah sedia untuk digunakan apabila kita tiba di Arab Saudi.

Slot untuk membooking masa masuk ke Raudah dibuka hanya selepas kita officially dah masuk ke Arab Saudi. Mungkin apps ini mempunyai link langsung dengan sistem imigresen di Arab Saudi. Namun begitu, kemudahan untuk membooking kemasukan ke Raudah tidak dibuka sepanjang masa. Kenalah kita rajin-rajin membuka Nusuk untuk memastikan yang kita tidak ketinggalan bila permohonan kemasukan ke Raudah dibuka.

Bila membuat booking masuk ke Raudah, kena pastikan yang masa dipilih benar-benar sesuai dengan jadual perjalanan kita, terutama bagi mereka yang masuk terus ke Madinah terlebih dahulu. Dapatkan nasihat dari Mutawwif awal-awal lagi tentang bila masa yang sesuai untuk membooking slot lawatan. Ini adalah kerana booking perlu dibuat dengan cepat disebabkan waktu apps ini dibuka terhad dan beratus ribu pengunjung ke Madinah yang ingin masuk ke Raudah juga bersaing dengan kita untuk membuat booking. 

Selain itu, kemasukan ke Raudah hanya diberi sekali dalam tempoh 365 hari. Kalau kita miss menggunakan slot kemasukan yang diberikan, kita hanya boleh memohon permit baru selepas 365 hari. Disebabkan peraturan ini jugalah, Mutawwif mungkin tidak dapat masuk bersama untuk membimbing Group mereka beribadah di dalam Raudah kerana dia dah masuk dalam lawatan bersama Group yang terdahulu.

Beginilah rupa apps Nusuk bila ia dibuka untuk Slot Kemasukan ke Raudah. Pada ketika ini hanya slot hari yang berwarna Oren, Hijau dan Merah yang dibuka. Warna Merah menandakan slot dah hampir penuh.
Kumpulan kami bertuah kerana Mutawwif kami, Ustaz Azli amat peka bila apps Nusuk dibuka untuk membuat booking. Untuk kemudahan urusan perjalanan kami secara berkumpulan, beliau mencadangkan supaya kaum wanita dalam kumpulan kami menempah masa lawatan pada pukul 10.30 pagi manakala kaum lelaki pula dicadangkan untuk membuat tempahan pada pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

Slot masuk ke Raudah yang dicadangkan oleh Mutawwif kami
Kita akan diberikan permit elektronik melalui handphone bila berjaya membuat tempahan masuk ke Raudah. Untuk kemudahan, semua ahli kumpulan kami termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua dinasihatkan untuk memiliki handphone masing-masing yang tersendiri sewaktu membuat tempahan slot masuk. 

Permit masuk elektronik yang diberi selepas berjaya membuat tempahan
Tiba masa yang ditetapkan, kita dinasihatkan untuk berada awal di tempat masuk yang ditetapkan. Tidak seperti dulu di mana tempat kemasukan ke Raudah adalah menggunakan laluan di dalam Masjid Nabawi sendiri, laluan kemasukan ke Raudah sekarang adalah dari luar bangunan masjid, berhampiran Gate No. 362.

Suasana berhampiran pintu laluan masuk ke Raudah
Laluan masuk ke Raudah sekarang adalah berhampiran Pintu No. 362 ini.
Kita dinasihatkan supaya bersedia awal dekat laluan masuk ke Raudah kerana Myself pernah diberitahu yang sistem booking Raudah ini juga ada overbooking seperti tiket flight. Walaupun kita berjaya menempah slot masuk, bilangan kemasukan ke dalam Raudah tetap dikawal. Kalau kita terlewat tiba dan bilangan pengunjung pada masa tersebut dah mencapai had maksima, kita tetap akan dihalang dari masuk ke Raudah walaupun mempunyai permit masuk yang sah. Sistem overbooking ini sebenarnya memberi peluang kepada orang yang lewat tiba untuk mengisi kekosongan jika berlaku kejadian di mana orang yang mendapat permit tidak muncul atas sebarang sebab.

Tempat pengunjung berbaris untuk masuk ke Raudah
Pakcik yang bersedekah kurma kepada pengunjung yang sedang menunggu giliran masuk ke Raudah
Untuk memastikan kita akan dapat masuk ke dalam Raudah mengikut permit yang diberi, kita dinasihatkan berada dekat-dekat kawasan masuk ini kira-kira sejam awal. Tak ada kerusi atau permaidani disediakan untuk pengunjung menanti dekat tempat berbaris ini. Jadi kalau tiba awal, kita boleh duduk menunggu di karpet bawah payung yang berhampiran.

Husband masuk ke dalam masjid sementara menunggu giliran masuk ke dalam Raudah
Myself pula duduk menunggu di atas karpet di bawah payung di luar masjid
Dekat-dekat masa giliran kita masuk ke dalam Raudah, status permit masuk kita yang selama ini berstatus Not Active bertukar menjadi Active. Kita hanya dibenarkan masuk ke barisan menunggu bila status permit kita dah bertukar menjadi Active.

Status permit kita akan bertukar dari Not Active (kiri) kepada Active (kanan) dekat-dekat masa kemasukan. Bila status bertukar menjadi Active barulah kita dibenarkan masuk dalam barisan.
Signboard berhampiran tempat beratur turut mempunyai arahan dalam Bahasa Melayu
Tempat berbaris untuk menunggu masuk ke Raudah
Menunggu dalam barisan di Dataran Masjid Nabawi untuk masuk ke Raudah
Kawasan kemasukan ke Raudah dikawal ketat oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi
Tempat berkumpul dan laluan masuk ke Raudah untuk Jemaah Lelaki dan Wanita adalah serupa. Namun begitu, waktu kemasukan ke Raudah sekarang diasingkan terus di antara kedua-dua Lelaki dan Wanita. Maknanya, kalau slot yang dikhaskan adalah untuk Wanita, Jemaah Lelaki tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke Raudah. Begitu juga sebaliknya Jemaah Wanita tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke Raudah pada waktu yang dikhaskan untuk Jemaah Lelaki.

Beratur dengan tertib sewaktu menunggu giliran untuk masuk ke Raudah
Myself akui sistem kemasukan ke Raudah yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang memang membolehkan kita masuk ke Raudah dengan tenang. Tak adalah kerisauan berhimpit-himpit dan berebut-rebut lagi macam dahulu. Malah mereka yang menggunakan kerusi roda juga diberi laluan dan tempat yang khas untuk masuk ke Raudah.

Beratur lagi bila masuk ke dalam Masjid
Bila sampai di dalam masjid juga, Jemaah dikawal berdikit-dikit untuk masuk ke dalam Raudah.

Raudah berada di sebelah kiri di hadapan sana. Barisan yang di sebelah kiri di tepi dinding dikhaskan untuk pengunjung yang berkerusi roda.
Menunggu giliran masuk ke dalam Raudah
Kita tengok lagi gambar-gambar yang sempat Myself capture sewaktu menunggu giliran masuk ke dalam Raudah...

Beratur...
Payung di Dataran Masjid berhampiran Raudah
Dah boleh nampak Raudah dari sini
Jemaah dari Iraq
Raudah berada di antara rumah yang kini menjadi makam Rasulullah SAW dengan mimbar yang baginda gunakan untuk berdakwah. Luasnya kurang lebih 330 meter persegi. Dalam salah satu riwayat, Rasulullah SAW menyebut Raudhah sebagai taman surga. Baginda bersabda yang ertinya: "Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR Bukhari dan Muslim)

Suasana di dalam Raudah pada waktu kemasukan yang dikhaskan untuk wanita
Di sebalik rak-rak simpanan Al Quran ini adalah Makam Rasullullah SAW dan dua sahabat baginda: Saidina Abu Bakar As Siddik dan Saidina Umar Al Khattab.
Sebelum penggunaan apps Nusuk diperkenalkan, Jemaah Lelaki dan Wanita boleh masuk serentak ke Raudah menerusi pintu yang berlainan. Bahagian depan Raudah dikhaskan untuk Jemaah Lelaki dan hanya sebahagian kecil bahagian belakang Raudah sahaja yang dikhaskan untuk wanita. 

Bila kemasukan untuk ke Raudah diasingkan di antara Jemaah Lelaki dan Wanita seperti sekarang, ruang untuk Jemaah Wanita dah lebih luas. Kita boleh bersolat sehingga hampir ke Mimbar Nabi di dalam Raudah.

Kita juga dah boleh pergi sangat hampir dengan pusara Rasullullah SAW dan kedua-dua sahabat baginda. Namun untuk menjaga adab, ada penghadang diletakkan di depan makam ini bila giliran Jemaah Wanita melawat. 

Jemaah Wanita kini dah boleh berziarah begini hampir dengan Makam Rasullullah SAW dan kedua sahabat baginda
Pengalaman berada begitu dekat dengan pusara Rasullullah SAW memang sangat mengharukan. Myself tak dapat nak menahan linangan air mata bila berada begitu hampir dengan manusia yang sangat agung ini. Rasullullah SAW adalah seorang manusia yang sangat mulia. Walau dia telah meninggalkan kita di dunia, kita tahu jasad Rasullullah SAW memang masih terpelihara di dalam pusara baginda. Sangat terasa seolah-olah kita sedang berhadapan dengan baginda di sini. Itulah yang menyebabkan hati Myself merasa terharu, seolah-olah Allah SWT sedang mengizinkan diri yang kerdil ini berhadapan secara langsung dengan baginda.

Demi menjaga adab, ada tabir yang dipasang di sekeliling makam Rasullullah SAW dengan kedua sahabat bila Jemaah Wanita datang berziarah.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan pertemuan ini sebagai hari terakhir kami dengan Rasullullah SAW untuk menziarahinya ataupun berada di sisinya.
Pintu keluar dari Raudah
Terima kasih, Ya Allah atas kesempatan dan keizinan yang Engkau berikan untuk kami menziarahi Rasullullah SAW.
Laluan untuk keluar dari kawasan Raudah
Berjalan balik ke hotel
Jemaah Lelaki dalam Group kami termasuk Husband disarankan oleh Mutawwif kami untuk membooking slot masuk ke Raudah pada pukul 11.30 pagi yang merupakan slot lawatan terakhir sebelum masuk waktu Zohor. Kata Mutawwif kami, mereka yang berziarah ke dalam Raudah pada slot ini special kerana mereka juga sering berpeluang menunaikan Solat Zohor di dalam Raudah.

Jemaah lelaki sedang berjalan masuk ke dalam Raudah
Mihrab Nabi
Memang benar seperti kata Mutawwif kami, Husband dan Jemaah Lelaki Group kami yang masuk melawat Raudah pada waktu itu berpeluang untuk menunggu terus di dalam Raudah sehingga habis Solat Zohor. Sambil menunggu waktu Solat Zohor bermula, banyak jugalah gambar suasana di dalam Raudah yang dapat Husband ambil. Kita kongsi bersama melihat suasana tersebut di sini...

Jemaah bersama Husband yang berkesempatan menunaikan Solat Zohor di dalam Raudah
Mimbar Nabi. Ada Hadis Nabi yang menyebut kawasan di antara Mimbar Nabi ini sehingga ke makam Rasullullah di sebelah kiri adalah sebahagian dari Taman-taman Syurga.
Pandangan Mimbar Nabi dengan lebih dekat
Bumbung masjid di kawasan Raudah
Kawasan sekitar Raudah ini adalah Masjid Nabawi yang asal dibina di zaman Rasullullah SAW
Jemaah meninggalkan Raudah selepas selesai Solat Zohor
Gambar terakhir yang sempat Husband capture sebelum meninggalkan Raudah
Keluar dari Raudah
Berjalan balik ke hotel

Part 43: Yayasan Hadiyah

Berwakaf adalah sesuatu yang sentiasa Myself dan Husband cuba usahakan sewaktu berada di Tanah Haram. Sewaktu kami menunaikan Haji pada tahun 2006 dan dalam perjalanan Umrah pada tahun 2013 dulu, kami pernah berwakaf Al Quran kepada kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pada ketika itu kita boleh membeli Al Quran dari kedai-kedai di sekitar Makkah dan Madinah dan meminta mereka untuk menguruskan wakaf kepada masjid.

Namun begitu sewaktu kami datang lagi menunaikan Umrah pada tahun 2017, kami diberitahu kita tidak boleh lagi mewakafkan Al Quran kepada kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ini adalah kerana Kerajaan Arab Saudi telah membuat ketetapan hanya Al Quran cetakan rasmi King Fahd sahaja yang dibenarkan untuk diletakkan di kedua-dua masjid ini bagi menjamin ketulenan kandungan Al Quran tersebut.

Ketika itulah kami diperkenalkan dengan Yayasan Hadiyah oleh Mutawwif kami ketika itu, Ustaz Husni. Kata Ustaz Husni, dia sering menyampaikan derma dari orang yang berkirim kepadanya kepada Yayasan ini. Yayasan Hadiyah adalah salah sebuah NGO yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membantu menguruskan kebajikan Jemaah Haji dan Umrah.  Nama rasminya adalah The Hajj and Mutamer’s Gift Charitable Association. Mereka sangat mengalu-alukan sumbangan dari orang awam yang ingin membantu dalam urusan kebajikan ini.

Poster Yayasan Hadiyah di Anwar Al Madinah Mall di sebelah hotel penginapan kami
Yayasan Hadiyah ini mempunyai sebuah pejabat di Anwar Al Madinah Mall yang terletak di sebelah hotel penginapan kami, Hotel Concorde Dar Al Khair. Kami datang berkunjung ke pejabat Yayasan Hadiyah pada pagi Hari Jumaat tetapi pejabat ini tidak dibuka ketika itu. Hairan juga kerana mengikut Waktu Bekerja yang tertulis di pintu masuknya, Yayasan ini sepatutnya dibuka pada ketika itu.

Pejabat Yayasan Hadiyah di Anwar Al Madinah Mall
Waktu Bekerja yang tertulis di pintu masuk
Pejabat ini macam tak dibuka ketika itu
Ketika kami bertanya kepada pekedai di sebelah pejabat Yayasan ini, beliau memberitahu pejabat ini akan dibuka selepas Solat Asar. Adoii, kenapa tidak ditulis begitu pada pintu masuk? Teringat cerita Adik Myself yang bekerja di Qatar, katanya Orang Arab memang gemar membuat peraturan sesuka hati tentang urusan pekerjaan.

Disebabkan semangat nak berwakaf yang membara di hati, kami datang lagi ke pejabat Hadiyah pada keesokan harinya. Alhamdulillah, pejabat ini dibuka pada ketika itu.

Alhamdulillah, pejabat Yayasan Hadiyah dibuka sewaktu kami datang kali kedua.
Terang benderang pejabat ini ketika itu
Kami dilayan dengan baik dan mesra oleh staff Yayasan Hadiyah yang bertugas. Urusan juga mudah kerana staff yang melayan kami ini boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Suasana di dalam pejabat Yayasan Hadiyah
Ada pelbagai kategori wakaf yang boleh kita pilih menerusi Yayasan Hadiyah. Antaranya ialah Wakaf Umum yang menyediakan keperluan asas untuk Jemaah Haji dan juga penajaan Iftar di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Zakat dan Fidyah juga boleh dibayar menerusi Yayasan ini. Semua bentuk wakaf melalui Yayasan Hadiyah walau bagaimanapun tidak boleh dibuat menggunakan tunai, hanya pembayaran menerusi kad kredit sahaja yang diterima.

Husband berurusan dengan staff di Yayasan Hadiyah
Bergambar kenangan dengan staff di Yayasan Hadiyah
Souvenir yang diberi oleh Yayasan Hadiyah kepada kami
Isi kandungan dalam beg souvenir yang diberi


Bersambung ke Bahagian 18...


No comments: