Sunday 17 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 13 (HHSR Makkah - Madinah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 13: Makkah - Madinah
HARAMAIN HIGH SPEED RAIL (Makkah - Madinah)

Part 34: Haramain High Speed Rail Dari Makkah Ke Madinah

Tepat pukul 3 petang, penumpang-penumpang Haramain High Speed Rail (HHSR) Tren 1152 dipanggil masuk ke platform perlepasan.

Masuk ke platform perlepasan
Turun escalator menuju ke platform perlepasan
Berjalan di platform menuju ke tren
Jauh juga kita kena berjalan nak mendapatkan tren
Maklumat tren kami
Memang excited melihat tren HHSR ini yang sekali imbas kelihatan seperti bullet train Shinkansen di Jepun.

Itu dia tren kita!!
Muncung tren HHSR ini memang saling tak tumpah macam Shinkansen di Jepun
Posing dulu dengan tren
Close-up sikit
Stesen Makkah
Panjang juga sebenarnya tren HHSR ini, macam tren Eurostar yang pernah kami naiki dari London ke Paris dulu. Jauh kita kena berjalan nak mendapatkan tren. Bila dah tiba kat tren, kena berjalan lagi sampai ke hujung pula sebab koc kita terletak di sana.

Dah sampai ke tren... tapi koc kami terletak kat hujunglah pulak!
Sebuah lagi tren yang menunggu di sebelah sana platform
Ini adalah tren kami
Punyalah panjang tren ini!
Berjalan mencari gerabak masing-masing
Tren lain di seberang sana
Masih mencari koc kami...
Petugas di Koc Ekonomi
Seperti yang diceritakan sebelum ini, kami membeli tiket Business Class HHSR dari Makkah ke Madinah. Bukan kerana nak berlagak, cuma nak merasa pengalamannya. Lagi pula harga tiket Business Class HHSR ini tidaklah semahal tiket Business Class kalau naik flight.

Cafetaria Business Class
Petugas Business Class yang begitu sporting berfoto. Jarang sangat nak jumpa perempuan Arab yang begini.
Koc Business Class
Jom kita masuk...
Koc Business Class HHSR ini luas dan selesa. Susunan tempat duduknya 1-2. Walau bagaimanapun, tidak seperti seat dalam ETS Business Class di Malaysia yang boleh dipusing menghala ke arah depan, seat di dalam tren ini fixed tak boleh bergerak. Kami pulak mendapat seat yang menghadap ke arah belakang dalam perjalanan. Bak kata Seniman P. Ramlee, "Nasiblah, Labu!!"

Masuk ke dalam koc kami
Susunan tempat duduk dalam koc Business Class HHSR adalah 2-1
Sebahagian seat menghadap ke depan dan sebahagian lagi menghadap ke belakang
Ada tempat letak barang yang terhad disediakan di atas tempat duduk. Bagasi yang besar (tetapi dengan ukuran tertentu) perlu diletakkan di rak di hujung koc.
Seat yang duduk berhadapan begini pasti lebih mahal harganya
Seat yang disediakan juga luas dan selesa
Pemandangan dari dalam tren
Husband posing dalam tren
Kita pun nak posing juga
Seperti yang dijadualkan, tren kami bergerak meninggalkan kota Makkah pada pukul 3.20 petang. Laluan tren ini tidak terus menghala ke utara menuju ke Madinah, sebaliknya bergerak ke arah barat terlebih dahulu menuju ke kota Jeddah.

Peta laluan tren menuju ke Madinah
Bergerak meninggalkan Stesen HHSR Makkah
Goodbye, Makkah. Semoga kami dapat kembali lagi.
Perjalanan dengan HHSR dari Makkah ke Madinah memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit. Kalau perjalanan dengan bas pula lazimnya memakan masa 4-5 jam.

Pemandangan sewaktu meninggalkan Makkah
Pergunungan batu yang mengelilingi kota Makkah
Hati memang sayu sewaktu bergerak meninggalkan kota Makkah
Kalau tak salah, pergunungan yang kelihatan di sana adalah Jabal Nur di mana letaknya Gua Hira', tempat di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
 Kita lihat lagi pemandangan pinggiran kota Makkah yang dilalui sewaktu tren menuju ke arah Jeddah.

Menara Jam Makkah. Di situ jugalah letaknya Kaabah yang menjadi kiblat Umat Islam sewaktu menunaikan solat.
Penumpang Business Class diberi sajian ringan berbentuk Teh Arab dan Biskut Kurma sebaik tren meninggalkan Makkah. Ada juga sehelai refreshing tissue yang diberi.

Semakin jauh meninggalkan kota Makkah...
Sajian ringan dan refreshing tissue yang diberi kepada penumpang
Stesen bas
Pandangan lebih dekat stesen bas yang sama
Kawasan luar bandar Makkah
Unik sungguh senibina bangunan yang di sana
Lebuhraya
Pemandangan padang pasir mula kelihatan selepas kami benar-benar meninggalkan kota Makkah menuju ke kota Jeddah.
 
Padang pasir dalam perjalanan menuju ke Jeddah
Tiada hiburan atau movie dalam tren ini. Cuma ada beberapa video informasi sahaja.
Pemeriksaan tiket oleh petugas tren
Semakin menghampiri Jeddah. Ketika ini tren bergerak dengan kelajuan 292 km/jam
Selepas kira-kira 10-15 minit perjalanan, tren kami tiba di kota Jeddah. Kita lihat pemandangan dari dalam tren sewaktu melalui sebahagian kota Jeddah...

Tiba di Jeddah
Menghampiri Stesen Jeddah
Walaupun Jeddah adalah bandaraya yang kedua terbesar di Arab Saudi, ia kelihatan amat tenang pada masa ini. Mungkin pemandangannya akan menjadi berbeza di Musim Haji dengan kedatangan jemaah dari seluruh dunia.

Perjalanan sehingga kini
Tren turut membuat perhentian singkat di Stesen Jeddah untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Stesen Jeddah
Selepas meninggalkan Stesen HHSR Jeddah, tren kami meneruskan perjalanan terus menuju ke Madinah.

Pemandangan sewaktu tren meninggalkan Stesen HHSR Jeddah
Pinggir kota Jeddah
Lebuhraya
Pemandangan di kota Jeddah
Lagi pemandangan di kota Jeddah
Dalam musim dingin begini, tak terasa bahang pun bila memandang padang pasir begini
Starbucks
Pemandangan di sebalik pagar
Meluncur laju menuju ke Madinah
Tidak seperti stretch perjalanan di antara Makkah dan Jeddah yang banyak melalui kawasan kediaman, pemandangan umum sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah adalah melintasi kawasan padang pasir.

Stadium King Abdullah
Kagum juga melihat ada pemandangan sungai sebegini dekat Jeddah. Mungkin ini adalah pemandangan sementara hanya pada musim dingin.
Mentari terik di padang pasir
Kawasan perumahan baru
Pemandangan padang pasir yang luas dah semakin menyerlah
Bergerak pada kelajuan 300 km/jam. Tren HHSR ini boleh mencapai kelajuan maksimum 350 km/jam.
Menara elektrik di tengah padang pasir
Ada sajian makanan diberi kepada penumpang Business Class dalam stretch perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Sajian makanannya walau bagaimanapun, tidak mempunyai pilihan. Hidangan yang diberi pada hari ini adalah nasi dengan lauk daging.

Sajian Rel
Sajian yang diberi
Nasi dengan lauk daging. Tak tahu daging apa yang diberi, harap jangan daging unta sudahlah.
Manisan
Jemput makan...
Tren kami turut melalui Stesen King Abdullah Economic City tanpa berhenti. Myself perhatikan kawasan di sekitar King Abdullah Economic City ini cuma kawasan padang pasir yang luas. Mungkin ia adalah sebuah kawasan bandar baru yang sedang dibangunkan. Stesen Keretapi ini mungkin menjadi sebahagian penggalak untuk pelaburan.

Padang pasir yang luas berhampiran King Abdullah Economic City
Melalui Stesen King Abdullah Economic City tanpa berhenti
Pembangunan yang sedang dilaksanakan di King Abdullah Economic City
Cuma terdaya nak menghabiskan separuh sahaja kerana masakannya macam tak kena dengan tekak kita.
Masih bergerak pada kelajuan 300 km/jam
Kita nikmati lagi pemandangan padang pasir dalam perjalanan menuju ke Madinah. Disebabkan pemandangannya macam monotonous sepanjang perjalanan dan ditambah dengan suasana seat tren yang begitu selesa, mata kita menjadi layu...

Gunung batu dalam perjalanan menuju ke Madinah
Stesen pencawang elektrik
Banyak juga rumput yang tumbuh di tengah padang pasir dalam musim dingin begini
Pemandangan ini menginagatkan Myself kepada suasana petang sewaktu melawat ke Dahab di Egypt dulu
Golden Moment
Bergerak laju merentas padang pasir
Unta
Masih pemandangan padang pasir dan gunung batu
Kuning keemasan
Gunung yang berbalam-balam
Pemandangan terakhir sebelum kita lena dibuai mimpi dalam tren HHSR...
Myself akui perjalanan tren HHSR ini sangat smooth sehingga kita tak sedar masa 2 jam 30 minit telah berlalu. Kita hanya tersedar dari tidur sewaktu tren mula bergerak perlahan menghampiri kota Madinah. 

Tiba di Madinah
Peta keseluruhan perjalanan
Tiba di pinggir bandar Madinah
Kota Madinah dari kejauhan
Mentari dah mula terbenam sewaktu kami sampai di Madinah
Pemandangan kota Madinah dari dalam  tren
Selamat tiba di Stesen HHSR Madinah


Bersambung ke Bahagian 14...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: