Wednesday 27 March 2024

2023 UMRAH KE-6 BHG. 18 (Meninggalkan Madinah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 18: Madinah
PERJALANAN PULANG (Meninggalkan Madinah)

Part 44: Ziarah Wada'

Hari untuk kami meninggalkan Kota Madinah dan pulang ke Malaysia telah tiba. Kami dijadualkan pulang dengan penerbangan Saudia pada pukul 3.20 petang nanti. Untuk kemudahan urusan, kami diminta untuk untuk mengumpulkan bagasi di depan bilik selewat-lewatnya pada pukul 6 pagi. Oleh yang demikian, sebelum keluar ke Masjid untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah pagi ini, kami telah siap sedia meletakkan beg di depan bilik.

Subuh terakhir di Madinah
Bagasi yang diletakkan di depan bilik untuk persediaan pulang
Solat Subuh di Masjid Nabawi
Breakfast terakhir di Madinah
Hidangan breakfast
Selepas breakfast kami berjalan kembali ke Masjid Nabawi untuk membuat Ziarah Wada' kepada Rasullullah SAW. Cuaca pagi ini di Madinah masih sejuk ~ sekitar 14'C.

Bas yang menunggu di depan Hotel Movenpick Anwar Al Madinah yang terletak bertentangan dengan Hotel Condorde Dar Al Khair
Burung Merpati yang mencari rezeki di awal pagi
Pada pagi ini kami berjalan menyusuri Anwar Al Madinah Mall untuk menuju ke Masjidil Haram.

Berjalan menysuri kedai-kedai di Anwar Al Madinah Mall
Pemandangan mentari terbit di Madinah
Kerja pencucian pagar Masjid Nabawi
Hotel Hilton (kiri) dan Hotel Al Rawda Royal Inn (kanan) yang terletak pada kedudukan strategik di tengah-tengah Pintu Masuk Utara ke Masjid Nabawi
Berjalan menuju ke Pintu Utara
Bergambar di Pintu Masuk Utara ke Masjid Nabawi
Kami masuk ke Masjid Nabawi menerusi Pintu Utara (Northern Gate). Sewaktu berjalan dari sini menuju ke Kubah Hijau, kami dapat melihat kerja-kerja pembersihan masjid yang giat sedang dilaksanakan.

Ruang solat terbuka di luar Masjid Nabawi
Pintu No.18 untuk Jemaah Lelaki
Memang pengalaman menarik bagi kami pada pagi ini melihat kerja-kerja pembersihan perkarangan masjid yang sedang dijalankan. Pembersihan Masjid Nabawi memang serious business. Pelbagai peralatan digunakan untuk mencuci perkarangan masjid ini.

Kerja pembersihan yang paling menarik perhatian sesiapa juga di Masjid Nabawi ini adalah pencucian payung-payung besar. Kami perhatikan ada 2 kumpulan pekerja yang terlibat dengan pencucian payung ini. Satu kumpulan bertugas mencuci tiang dan bahagian bawah payung. Satu kumpulan lagi pula mencuci bahagian atas payung.

Persiapan untuk mencuci bahagian bawah payung
Pasukan pencuci bahagian bawah payung
Kren yang digunakan untuk mengangkut pekerja ke bahagian atas tiang payung
Memang menarik melihat kerja-kerja pembersihan payung dilaksanakan
Mencuci tiang payung
Pasukan yang ini pula ditugaskan untuk mencuci bahagian atas payung
Kren yang mengangkut pekerja ke atas payung
Bayang-bayang petugas yang naik ke atas payung
Pelaksanaan kerja-kerja pencucian di bahagian atas payung
Hati memang sayu sewaktu membuat Ziarah Wada' kepada Rasullullah SAW. Kami berdoa semoga kedatangan kami ke Madinah ini bukan kedatangan kami yang terakhir. Semoga Allah memberi rezeki dan peluang bagi kami untuk datang lagi beribadah di kota Makkah dan Madinah pada masa hadapan. Semoga Allah SWT juga memberi rezeki kepada kami untuk berziarah ke Masjid Al Aqsa yang merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam pada masa hadapan.

Selamat tinggal, Ya Rasullullah. Kami akan pulang ke tanah air kami sebentar lagi. Semoga Allah akan izinkan kami kembali berziarah kepadamu di masa akan datang.
Pengunjung-pengunjung yang sedang beratur untuk masuk ke dalam Raudah
Semoga Allah SWT akan mengizinkan kami kembali berziarah ke Raudah juga di masa hadapan.
Dengan hati yang sayu, kami melangkah kembali ke Hotel Concorde Dar Al Khair untuk membuat persiapan akhir pulang ke Malaysia.

Jemaah yang sedang mendengar tazkirah di luar masjid
Tentera yang berkawal di Masjid Nabawi
Kembali ke hotel

Part 45: Meninggalkan Madinah

Kami dijadualkan bertolak ke Lapangan Terbang Madinah pada pukul 10.15 pagi. Maka seawal pukul 10 pagi, kami berkumpul menunggu di lobi hotel.

Jemaah dari Turkiye dan Indonesia yang turut menunggu di lobi Hotel Concorde Dar Al Khair
Menguruskan bagasi penginap yang baru tiba
Seperti yang dijadualkan, bas yang akan membawa kami ke airport tiba pada pukul 10.15 pagi.

Bas yang akan membawa kami ke Airport Madinah
Bersiap sedia nak naik ke bas
Ahli Group yang bersedekah buah kurma di dalam bas
Lelaki yang katanya datang dari Palestin naik ke atas bas kami meminta derma bagi bapanya yang sedang dirawat di hospital
Bersiap-sedia nak berlepas menuju ke airport
Selepas semua bagasi siap dimasukkan ke dalam perut bas, kami bergerak meninggalkan kota Madinah.

Kami melalui Bukit Uhud dalam perjalanan menuju ke airport. Disebabkan tubuh badan yang tidak sihat, Myself dan Husband telah melepaskan kesempatan berziarah ke Bukit Uhud ini dalam perjalanan kami di Madinah kali ini. Oleh itu, kami memang seronok walau hanya memandang Bukit Uhud dari jauh.

Pemandangan Bukit Uhud dalam perjalanan menuju ke Airport Madinah
Bukit Uhud mempunyai tempat yang istimewa di hati Rasulullah SAW. Malah ia adalah bukit yang dikatakan akan berada di syurga kelak. Ada juga Hadis Nabi yang menyebut sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga selesai solat, dia mendapat pahala seberat satu qiraat dan sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga selesai dikebumikan dia mendapat pahala seberat dua qiraat. Kiraan satu qiraat adalah sebesar Bukit Uhud.

Pemandangan Bukit Uhud dari dalam bas
Bukit Uhud adalah bukit yang dikatakan akan berada di syurga kelak
Pahala yang diberi kepada orang yang menghadiri solat jenazah dan yang mengebumikan jenazah juga dibandingkan dengan saiz Bukit Uhud
Lapangan Terbang Madinah yang dinamakan Prince Mohammed bin Abdulaziz Airport terletak kira-kira 25 km dari kota Madinah. Perjalanan ke sana memakan masa setengah jam.

Pokok Kurma
Masjid Nuruldin
Simpang ke Mouwasat Hospital
Menuju ke arah lapangan terbang
Tiba di kawasan lapangan terbang
Kolam berhampiran lapangan terbang
Kagum juga melihat ada kolam air begini dekat Madinah. Namun demikian, ia mungkin pemandangan yang bersifat sementara di musim dingin.
Highway berhampiran airport


Bersambung ke Bahagian 19...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: